FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA1104 TAJUK TUGASAN : IDEOLOGI IBNU TUFAIL
NAMA : NURAINI BINTI AHMAD NO. MATRIK : JEA080099 NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD
KUPASAN FALSAFAH IBNU TUFAIL Abu Bakr Muhammad Ibnu Abdul Malik Ibnu Muhammad Ibnu Tufail Al-Qisi lebih dikenali dengan nama Ibnu Tufail telah dilahirkan pada tahun 1106 Masihi di Asya,Granada.Beliau adalah ahli hukum,perubatan,dan ahli politik yang handal.Beliau pernah dilantik sebagai pembantu gebenor Wilayah Sabtah dan Tonjah di Maghribi serta doktor peribadi kepada pemerintah Al-Muwahidin iaitu Abu Ya’kub Yusuf .Selain itu,beliau juga melibatkan diri dalam bidang pendidikan,pengadilan dan penulisan.Beliau telah meninggalkan salah satu hasil karyanya iaitu kitab Hay Ibn Yazqan yang memuatkan pandangannya secara umum dengan gaya bahasanya yang menarik dan imaginasi yang indah.Kitab ini dianggap sebagai warisan paling unik yang ditinggalkan oleh seorang ahli falsafah Islam. Ibnu Tufail berusaha mengungkapkan persoalan hubungan antara manusia,akal dan Tuhan di dalam kitabnya ini.Beliau juga menerangkan bagaimana manusia mempunyai potensi untuk mengenal Allah.Ibnu Tufail melihat alam ini sebagai baru dan ditadbir oleh Tuhan yang satu serta berkuasa penuh.Pemikiran falsafah Ibnu Tufail juga meliputi perkara yang berhubung dengan masyarakat.Belia menyifatkan masyarakat terdiri daripada sebahagian besar anggota-anggota yang malas dan mudah terpengaruh serta terikut-ikut dengan nilai yang sedia ada tanpa mahu membahasnya. Allah S.W.T menyatakan bahawa penglihatan manusia untuk melihat hakikat tuhan adalah satu sifat mustahil dengan cara seperti seseorang melihat benda-benda di sekelilingnya menggunakan pancaindera yang dimilikinya.Dalam hal tersebut manusia selangkah demi selangkah akan mendapat pengetahuan dan keyakinan kepada adanya Tuhan tersebut sejak manusia pertama hidup di permukaan bumi.Mereka telah
meyakinkan kita bahawa akan adanya satu Zat Pemelihara Kehidupan dan ini membuktikan yang mereka telah mencapai satu wujud mutlak sejak kehidupan manusia di zaman lampau. Satu di antara hasil pemikiran dalam mencari Tuhan adalah apa yang dikemukakan oleh sarjana-sarjana ilmu alam dan astronomi di mana seorang ahli ilmu falak umpamanya banyak bersandar kepada logika dan ilmu pasti.Para ahli ilmu alam juga bersandar kepada hasil pemikiran-pemikiran lahiriah dengan melalui percubaanpercubaan perasaan dan akal yang dirasakan oleh mereka pula dengan penuh kepastian.Mereka mengemukakan dalil-dalil kenyataan tersebut dengan memberikan hasil perumusan adanya susunan langit yang teratur dan apa yang dapat dirasa dalam dalam kehidupan di bumi ini.Seterusnya dapat disimpulkan bahawa mereka telah sampai kepada adanya pemikiran wujud Tuhan dalam semesta yang maha luas ini. Mengemukakan pemikiran-pemikiran positif dalam mencari Tuhan dengan dalil pengetahuan adalah merupakan sesuatu yang dibenarkan.Pemikir-pemikir ini telah menyatakan bahawa alam semesta ini memiliki susunan rapi yang pastinya diatur oleh Zat yang Maha Bijaksana.Hasil pengetahuan pula menetapkan tentang kebenaran yang belum terlihat oleh mata mahupun terdengar oleh telinga.Setelah itu,para sarjana telah menemui atom,electron,proton,dan neutron yang kemudiannya mampu dilihat oleh mata.Namun,kadang kala mata itu menolak dengan tidak percaya kerana wujudnya pengaruh ilusi atau adanya pemikiran-pemikiran kacau.Lalu orang-orang yang sesat ini telah menemui Tuhannya dengan jalan pembuatan patung yang diukir dengan tangannya sendiri dan dijadikan Tuhan yang telah menciptanya.Tetapi bagi para pemikir dengan kesempurnaan akal mereka telah menemui bentuk ketuhanan berdasarkan erti serta
pemikiran dan kemudian menyembah tuhan berdasarkan pengetahuan yang logis.Maka pengetahuan telah menetapkan wujudnya Tuhan dengan cara yang tidak dapat diragukan.Manusia seterusnya dapat mencari dan menemui Tuhan dengan melihat langit dan bintang-bintang yang terdapat di angkasa dan menggunakan akal fikiran yang luas serta sihat dengan menyorotkan pandangan pada alam semesta ini. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Imran ayat 190 yang bermaksud : “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,dan silih bergantinya malam dan siang terdapat bukti-bukti adanya Allah S.W.T” Komuniti masyarakat yang membantu mewujudkan satu pemikiran dalam kehidupan seharian manusia perlulah diambil kira sebagai salah satu perkara yang penting dalam pembinaan sahsiah dan jati diri manusia.Setiap perkara yang dilakukan oleh ahli masyarakat perlu berlandaskan ajaran Islam agar tidak mudah terpesong dengan anasir-anasir luar yang bersifat negatif.Setiap perkara yang muncul di dalam masyarakat ,harus diteliti terlebih dahulu sebelum menerima bulat-bulat sebagai satu budaya yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat.Justeru,takwa adalah tunjang agama yang sekaligus menjadi asas kebudayaan.Sesuatu kebudayaan itu dikira baik dan ma’aruf apabila diasaskan kepada takwa kerana di sanalah letaknya nilai agama dan syariat yang luhur yang menentukan laluan hala ke mana budaya manusia itu akan dituju dan dikemudi.Tanpa takwa maka kebudayaan akan lahir berdasarkan budaya nafsu manusia yang buas dan tidak bersopan untuk menghalalkan kebuasan dan kerakusan nafsu itulah maka manusia cuba mencari pelbagai cara semata-mata supaya kebuasan nafsu mereka dapat dikaburi dengan cara yang manis,cantik,ghairah dan diterima oleh akal.
Islam menolak apa jua bentuk budaya yang menjejaskan cara berfikir manusia.Sesuatu budaya yang mengenepikan kekesanan kepada pemikiran dan rasa takwa maka itulah budaya haiwan kerana manusia yang rosak pemikiran dan tidak bertakwa akan mempengaruhi dirinya serta ahli masyarakat yang lain kepada nafsu yang buas dan liar.Manusia ini tidak menghiraukan pandangan dan kehendak masyarakat sama seperti haiwan yang tidak bermasyarakat.Apa yang ternyata hasil daripada fahaman budaya buas dan liar inilah maka pelbagai penyakit dan masalah masyarakat kini semakin parah.Kita dibebani dengan masalah dadah dan mengharapkan kepada agama untuk mengatasinya,sedangkan punca dan akibat kepada terpengaruhnya kepada dadah digalakkan,Kita menyeru kepada kesopanan dan kesusilaan sedangkan gejala-gejala yang meruntuhkan kesopanan dan kesusilaan kita agung-agungkan.Malahan kita berusaha ke arah penerapan nilai-nilai Islam sedangkan mereka yang berusaha menerapkan nilai-nilai budaya kuning dibiarkan juga bermaharajalela diimport dan diundang dari luar negeri.Inilah yang berlaku apabila budaya dan kebudayaan itu tidak berlandaskan Islam,hanyut tanpa haluan mengikut arus seolah-olah kita tidak punya apa-apa panduan.Kita sanggup membutakan mata dan memekakkan telinga dari perkara yang hak terhadap apa yang berlaku dalam masyarakat sebaliknya membeliakkan mata dan meluaskan telinga kepada yang biadab dan maksiat. Bagi mengawal dan memelihara martabat dan kedudukan manusia seperti yang diberikan oleh Allah S.W.T ini maka dari sudut kebudayaan sekalipun,Islam tetap mempunyai pengertian dan pegangannya yang tersendiri.Kebudayaan Islam ialah cara berfikir dan cara merasa takwa yang meletakkan diri seseorang dalam seluruh bidang kehidupannya ke dalam kelompok manusia yang dapat membentuk kesatuan sosial dalam
suatu keadaan.Memperkatakan mengenai kebudayaan,ilmu antropologi memandang kebudayaan sebagai Lembaga Khas Manusia.Hanya manusia yang berkebudayaan sedangkan benda-benda lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak.Kebudayaan membezakan kehidupan manusia daripada yang lain,zahiriahnya mahupun rohiah.Ternyata bahawa perbezaan antara haiwan dan manusia itulah yang disebut kebudayaan.Oleh itu apabila manusia tidak mengawal dan menghormati batas-batas perbezaan tersebut maka ia akan menjadi lebih hina darjatnya kepda serendah-rendah darjat.Ini jelas dengan apa yang difirmankan oleh Allah S.W.T dalam Surah At-Tian ayat 4 yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya(dan berkelengkapa sesuai dengan keadaanny)kemudian (jika ia telah tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu)Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus” Daripada ayat ini jelas ternyata betapa besarnya perhatian Allah terhadap manusia.Sejak awal lagi ia diciptakan dalam bentuk yang sebaik-baiknya.Perhatian Allah yang besar terhadap manusia ini,walaupun ia mempunyai titik kelemahan dan sering dilanda kerosakan dan penyelewengan fitrah yang suci,menunjukkan manusia mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah S.W.T.
BIBLIOGRAFI Md Yusnan Yusof.(2005).Tanggungjawab Muslim dalam Memikul Risalah.Kuala Lumpur:AGDAL Consultant. Imam Habib Abdullah Haddad.(1981).Nasihat Agama dan Wasiat Iman.Singapura:Pustaka Nasional Private Limited. Mohd Isa Selamat.(1994).Penawar Jiwa.Kuala Lumpur:Darul Nu’man. Mohd Hassan Ismail.(2000).Bagaimana Mengenal Allah.Pulau Pinang:Pencetakan Al Muarif Sdn.Bhd. Abdul Jalil Hassan.1989.Falsafah dan Pengetahuan Islam.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahmud Hamdi Zaqzuq.1989.Orientalisme Kesan Pemikirannya Terhadap Tamadun Islam.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Dipetik daripada Alha Kelantan : http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id7.html yang diambil pada hari Jumaat, 22 Ogos 2008.