Ibnu Tufail

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ibnu Tufail as PDF for free.

More details

  • Words: 710
  • Pages: 6
SARJANA MUDA PENGAJIAN MELAYU AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

JXEA 1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU TOKOH FALSAFAH : IBNU TUFAIL

NAMA

: ROSHIDAYU BINTI ISMAIL

NO. MATRIK

: JEA 080118

NAMA PENSYARAH

: DR.AMRAN MUHAMMAD

SEMESTER

: SATU SESI 08/09

PENGENALAN Abu Bakr Muhammad ibn Abdul Malik ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Tufail al-Qisi atau lebih dikenali sebagai Ibnu Tufail merupakan seorang tokoh falsafah Islam. Beliau dilahirkan pada 1106 Masihi di Asya , Granada dan meninggal dunia pada 1185 Masihi.

TOKOH IBNU TUFAIL

Tokoh falsafah Ibnu Tufail ini telah banyak memberikan sumbangan terutamanya dalam bidang Falsafah dan bidang-bidang lain seperti sastera, ilmu matematik, astronomi dan ilmu perubatan. Beliau merupakan seorang ilmuan Islam yang sangat dikagumi terutamanya oleh orang-orang Islam. Ibnu Tufail adalah pakar dalam ilmu hukum perubatan dan ini dapat dibuktikan apabila beliau pernah menjadi doktor peribadi kepada pemerintah al-Muwahidin, iaitu Abu Ya'kub Yusuf. Ketika hayatnya, beliau pernah dilantik sebagai menteri dan merupakan ahli politik yang dihormati oleh ahli pemerintah. Beliau juga turut membabitkan diri dalam bidang pendidikan, pengadilan, dan penulisan.

Ibnu Tufail banyak menulis kitab-kitab namun hanya satu sahaja yang diwariskan kepada generasi umat Islam iaitu kitab Hay ibn Yaqzan. Kitab ini memuatkan pandangannya secara umum, dengan gaya bahasa menarik dan imaginasi indah. Bagi umat Islam mereka berpendapat bahawa kitab ini merupakan warisan paling unik yang ditinggalakan oleh ahli falsafah Islam kerana menerusi kitab ini beliau

berusaha menerangkan bagaimana manusia mempunyai potensi untuk mengenali Allah dengan membuat penelitian terhadap alam sekitar dan sekelilingnya.

Selain itu juga, menerusi buku Hay ibn Yaqzan ini Ibnu Tufail cuba merangka satu sistem falsafah berdasarkan perkembangan pemikiran yang ada pada diri manusia serta berusaha mengungkap persoalan hubungan antara manusia, akal dan Tuhan. Menerusi buku ini beliau telah menggunakan watak Hayibn Yaqzan. Watak ini hidup di sebuah pulau di Khatulistiwa sebagai gambaran percampuran empat unsur penting dalam kehidupan

iaitu

panas,

sejuk,

kering

dan

basah

dengan

tanah.

Walaupun watak ini hidup terpencil di pulau tersebut namun dia dapat mempertahankan kelangsungan hidupnya dengan pimpinan akal dan bantuan pancaindera. Langkah Ibnu Tufail menggunakan analog watak itu dalam bukunya dianggap sebagai suatu perkara yang luar biasa dalam penulisan karya yang berbentuk falsafah. Buku itu turut mengandungi pengamatan Ibnu Tufail dari aspek ilmu metafizik, matematik,fizik,dan sebagainya. Ibnu Tufail melihat alam ini sebagai baru dan ditadbir oleh Tuhan yang satu dan berkuasa penuh sementara dalam diri manusia pula terdapat roh yang menjadi sumber dan asas kehidupan mereka di muka bumi ini.

Falsafah Ibnu Tufail juga bukan sekadar menyentuh perkara yang berkaitan dengan metafizik semata-mata tetapi juga sains tabii seperti fizik di mana beliau mendapati lapisan udara yang tinggi lebih sejuk dan nipis daripada lapisan yang rendah. Hal ini disebabkan oleh kepanasan yang berlaku di permukaan bumi bukannya di ruang

dan lapisan udara. Meskipun pandangan itu dianggap sebagai satu perkara yang biasa pada hari ini, pandangan ini sebenarnya telah menyediakan landasan kepada ahli sains untuk melakukan kajian terhadap kepanasan dan segala fenomena yang berkaitan dengannya. Pandangan yang dikemukakan oleh Ibnu Tufail jelas menggambarkan tahap ketinggian ilmu beliau.

Selain itu, pemikiran falsafah Ibnu Tufail juga turut meliputi perkara yang berhubung dengan masyarakat. Hal ini dapat dilihat apabila beliau menyifatkan masyarakat terdiri daripada sebahagian besar anggota-anggota yang malas. Lantaran itu, mereka mudah terpengaruh dan terikut- Lantaran itu, mereka mudah terpengaruh dan terikut-ikut

dengan

nilai

yang

sedia

ada

tanpa

mahu

membahaskannya.

ikut dengan nilai yang sedia ada tanpa mahu membahaskannya.

Tokoh ini juga merupakan seorang ahli falsafah yang berpegang kepada logik dalam mengungkap realiti alam dan kehidupan manusia. Barangkali bertitik tolak daripada sikapnya itu, beliau tidak menyepi dan mengasingkan diri seperti mana dilakukan oleh segelintir ahli falsafah lain. Sebaliknya beliau bergiat dalam hal-hal yang berkaitan dengan kemasyarakatan dan mengambil bahagian secara aktif dalam urusan pemerintahan

serta

kenegaraan.

Kegiatan

menghembuskan nafas terakhir pada 1185 Masihi.

ini

dilakukannya

sehingga

beliau

PENUTUP Secara keseluruhannya, ilmu falsafah ialah ilmu yang melihat sesuatu kejadian dalam alam semesta secara keseluruhannya iaitu menghubungkaitkan sesuatu benda, perkara, kejadian, dan sistem yang dikaji itu dengan benda, perkara dan kejadian dalam system yang lain di dalam alam semesta ini untuk melihat keberkaitan antara satu sama lain dan dengan itu dapat dibuat kesimpulan yang menyeluruh tentangnya iaitu dari segi hakikat dan sifat kejadiannya, kedudukan dan juga matlamat serta fungsinya, serta keberkaitannya dengan system-sistem yang lain dalam alam semesta ini.

RUJUKAN www.allbiographies.com www.google.com http://tokoh.blogspot.com www.yahoo.com

Related Documents

Ibnu Tufail
October 2019 38
Ibnu Tufail
October 2019 34
Ibnu Tufail
October 2019 38
Tufail Khan
November 2019 37
Tufail Ahmed
June 2020 16
Ibnu
November 2019 53

More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48