Ibnu Rusyd

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ibnu Rusyd as PDF for free.

More details

  • Words: 842
  • Pages: 7
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU (JXEA 1104)

TAJUK:TOKOH FALSAFAH PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMMAD TUTOR:SITI HADEJA ABDOLRAHMAN

NAMA:MOHAMMAD FAHMI MISHAN NO MATRIK:JEA 080038 SEMESTAR 1,SESI 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

PENGENALAN. Nama sebenar Ibnu Rusyd adalah Mohammad ibn Ahmad ibn Mohammad ibn Rusyd(1126-1198).Beliau dilahirkan di sebuah keluarga ahli hukum di Cordoba,Sepanyol dan meninggal di Maghribi.Pengaruhnya begitu meluas bukan saja dalam ketamadunan Islam,malah tersebar hingga ke dunia Barat,yang ketika itu mengalami zaman gelap.Beliau juga telah di angkat para orientalis Barat sebagai ‘Bapa kepada fahaman Sekularisme’ dan lebih dikenali masyarakat Barat sebagai Averroes.Pemikiran Ibn Rusyd jauh lebih berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli falsafah seangkatannya mahupun selepas kematiannya.

IBNU RUSYD SEJARAH HIDUP Ibnu Rusyd,seperti yang didokumentasikan dalam sejarah,merupakan ahli falsafah,mantikperubatan,matematik,teologi,ahli fikah mazhab Maliki dan sains,serta turut dianggap sebagai ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam.Beliau mendapat pendidikan mempelajari hukum hakam melalui bapa dan datuknya yang merupakan pegawai Kadi(hakim).Ibnu Rusyd kemudiannya meninggalkan pekerjaan rasminya sebagai hakim,lalu menekuni dunia kedoktoran dan berguru kepada Ibn Zuhr yang kemudiannya menjadi sahabat karib.Ibnu Zuhr dikenali dalam dunia

kedoktoran dengan nama Avenzoar.Hubungan persahabatan mereka akhirnya melahirkan sikap saling menghargai antara satu sama lain.Sebagai contoh,Ibnu Rusyd menganggap Ibn Zuhr sebagai seorang doctor terbaik selepas era pasca Galen dan dianggap sebagai seorang filosof yang terbesar pada zamannya.

SUMBANGAN. FALSAFAH DAN ILMU LOGIKA. Ibnu Rusyd merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menterjemahkan hasil karya tulisan Aristotle yang dilupai Barat.Melaluinya,pengetahuan yang ditinggalkan oleh Aristotle mula diketahui ramai di barat dan dikesan pada awal abad ke-12.Ibnu Rusyd menganggap Aristotles sebagai ahli falsafah terbesar dengan mengeluarkan kenyataan bahawa alam melahirkan dia sebagai sebuah model yang sempurna.Beberapa komentarnya telah diterjemahkan dalam Bahasa Latin dan Hebrew(Yahudi) dan menjadi kajian penting dalam kajian abad pertengahan dan kajian Aritotelian Latin di Barat.Dalam tempoh tiga abad,para intelektual Barat dapat memahami Aristotle melalui komentar Ibnu Rusyd.

Ibnu Rusyd menulis pemikirannya dengan menyifatkan bahawa mereka tidak mudah menjadi kafir semata-mata kerana membaca karya falsafah,kerana mereka dibentuk oleh sistem pendidikan yang semakin maju serta demokratik,dan ilmu pengetahuan semakin mudah didapati dan banyak lagi kelainan lain yang mencirikan sifat khalayak

ini.Pemikiran beliau tersebut telah dirakamkan ke dalam bentuk buku yang diberi judul,Fasl al-Maqal.

Ibnu Rusyd juga menyatakan bahawa tidak ada perbezaan yang nampak antara esensi dan eksistensi.Beliau bersependapat dengan pandangan Ibnu Sina yang membezakan antara akal mungkin dan akal aktif,kerana yang ada hanyalah perbandingan logika untuk tujuan analisis.

Ibnu Rusyd berpendapat, bahawa jiwa itu bersifat kebendaan,sehingga tidak mengalami kematian.Oleh yang demikian,beliau mengkhususkan status khas manusia adalah dari perspektif penguasaan ilmu pengetahuan dengan ketinggian akalnya.Ibnu Rusyd menekankan bahawaNamun begitu,pandangan beliau tentang akal manusia telah menimbulkan skeptikal.Saya mengambil contoh,golongan Kristian menolak ideanya disebabkan pentafsiran beliau mengisyaratkan bahawa akal aktif dan akal pasif adalah berbeza.Sudah tentu konsep yang cuba disampaikan Ibnu Rusyd menimbulkan masalah bagi golongan Kristian,kerana pendapatnya yang mengatakan bahawa tidak ada satu akal individu pun yang luput daripada kematian

KARYA-KARYA YANG DIHASILKAN Disamping komentarnya terhadap filsafat,ia menulis empat buku tentang hukum dan beberapa lagi buku mengenai perihal kedoktoran.Ternyata,tidak sia-sia beliau memiliki

pengetahuan tentang hukum dan yang paling bernilai,hasil karyanya mendapat sambutan yang begitu besar serta masih relevan hingga ke hari ini.Berikut,adalah contoh-contoh karya yang telah dihasilkan oleh beliau:

(A)Dalam bukunya,’De anisme beatitudine’,Ibnu Rusyd menyatakan seperti berikut:’semua filosof sepakat bahawa puncak kebahagiaan manusia adalah pemahamannya tentang akal khusus.Baginya,makhluk diciptakan untuk kebenaran in mente dan juga memiliki hakikat dan esensi yang extra mentem,tanpa memandang apakah esensinya difahami.Pandangannya tentang agama dan filsafat hampir sama dengan keyakinan Al-Farabi pada supremasi akal,tetapi beliau juga tidak bersetuju dengan Ibnu Sina.Ibnu Sina menyatakan bahawa makhluk itu diperlukan dan bersifat abadi,tetapi Ibnu Rusyd menolak idea penciptaan sebagai pembaharuan agama serta menolak perbezaan esensi dan eksistensi serta menambah bahawa yang ada hanyalah pencerakinan logika untuk tujuan analisis.Dengan keyakinannya yang kuat dan dilandasi tradisi aristokrasi dalam filsafat,Ibnu Rusyd menganggap para filosof sebagai golongan elit intelektual(al-Khawwas).

(B)Karya beliau,’kulliyah fit-thibb’,merupakan karya beliau yang paling popular,mengandungi 16 jilid mencatatkan mengenai perihal perubatan secara umum.Karya tersebut kemudiannya telah diterjemahkan oleh Bonacosa,berbangsa yahudi,ke dalam Bahasa Latin pada tahun 1255M.Buku tersebut kemudiannya dikenali dengan judul ‘General Rules of Medicine’ apabila berjaya diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris.

Ibnu Rusyd memberi penekanan mengenai penjagaan kesihatan dan kehebatannya tidak sekadar perubatan umum,tetapi mencakupi pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh manusia.Paling utama,beliau pernah menyatakan bahawa demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang sekali sahaja sepanjang hayatnya.Pendapat beliau tersebut didapati telah menjangkau jauh ke hadapan mendahului zamannya.

KESIMPULAN. Ibnu Rusyd merupakan tokoh falsafah yang seba boleh dan mahsyur namanya hingga merentasi dunia Barat,dan lebih dikenali sebagai Averroes dalam ketamadunan Eropah.Beliau juga merupakan antara salah seorang tokoh falsafah teragung yang pernah dilahirkan dalam sejarah Islam dan naskah-naskah karyanya masih relevan diguna pakai hingga ke hari ini,sebagai rujukan ilmiah.Buktinya,hasil karya beliau telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia.

RUJUKAN Ahmad Sunawari Long,Sejarah Falsafah,halaman 9-14, UKM,Bangi,2006

Altman,Studies in Religious Philosophy and Mysticism,halaman 121,

Al-Mustaqeem Mahmod Radhi,Makalah Penentu tentang Hubungan antara Syariah dengan Falsafah Ibnu Rusyd,halaman 42. MEGC,Kuala Lumpur,2006

F.Hurani,Averrous,halaman 13

Imam Yahya,Paradigma Filsafat Pendidikan Islam,Kontribusi Filosof Muslim,halaman 81-85.

SE.Stumpf,Socrates to Sartre(New York:McGraw Hill,1996)halaman 181

Thomas Aquinas,St.,On the Unity of The Intellect Against the Averroists,terjemahan Beatrice Zelder,halaman 83.

Abul Waleed Muhammad Ibn Rushd-Wikipedia Bahasa Melayu,ensiklopedia bebas.mht

Related Documents

Ibnu Rusyd
October 2019 53
Ibnu Rusyd
October 2019 28
Ibnu Rusyd
October 2019 20
Ibnu
November 2019 53
Ibnu Haitham
June 2020 31
Ibnu Sina
October 2019 53

More Documents from "Nur Ain Mohd Amin"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48