Ibnu Rusyd

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ibnu Rusyd as PDF for free.

More details

  • Words: 1,286
  • Pages: 9
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 TAJUK:

ONTOLOGI IBNU RUSHD

NAMA PENSYARAH NAMA PELAJAR

: DR.AMRAN MUHAMMAD : ROSLINDA BINTI SAWAD(JEA080119)

Pengenalan Nama lengkap Ibnu Rushd ialah Abu Walid Muhammad ibnu Ahmad.Beliau dilahirkan di Sepanyol pada tahun 1126 dan meninggal dunia di Maghribi pada tahun 1198.Ibnu Rushd merupakan seorang ahli

falsafah,perubatan,matematik,teologi,ahli fikah mazhab maliki,astronomi,geografi dan sains.Beliau merupakan ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah islamdan pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas di dunia islam tetapi di kalangan masyarakat Eropah juga.Beliau dikenali sebagai Averroes di barat dan merupakan bapa kepada fahaman sekularisme. Ibnu rushd lahir dalam keluarga yang berilmu dan ternama kerana ayah dan datuknya merupakan kadi di Cordova.Beliau dihantar belajar kepada ibnu Zuhr untuk mempelajari ilmu fiqh dan perubatan.Sebelum meninggal dunia,beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al Taysir yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa latin dan bahasa Inggeris dengan judul faclititation of treatment. Beliau menjadi hakim di Sevilla pada tahun 1169 dan dua tahun kemudian menjadi hakim di Cordova.Selepas beberapa waktu,beliau telah dilantik ebagai doctor istana pada tahun 1182,namun begitu ramai yang berasa cemburu dengan kedudukan beliau.Akibat desekan pihak tertentu yang menganggap beliau sebagai mulhid,beliau dibuang ke Alaiseno.Pada penghujung usianya,kedudukan ibnu Rushd dipulihkan setelah khalifah AlMansor Al-Muwahhidi menyedari kesilapannya.Namun segala kurniaan itu tidak sempat dikecapi apabila beliau menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1198.

Falsafah Ibnu Rushd

Falsafah berasal daripada bahasa Yunani philos yang bermaksud ‘cinta’ dan Sophia yang bererti ‘hikmah’.Kata majmuk philosophia yang menerbitkankata philosophiy dalam bahasa Inggeris,kata falsafah dalam bahasa Arab,kata philosophie dalam bahasa Jerman dan bahasa Perancis,kata filosofia dalam bahasa Sepanyol dan kata falsafah atau filsafat dalam bahasa melayu bererti ‘cinta akan hikmah’ atau ‘cinta akan kebijaksanaan’. Falsafah bagi ibnu Rushd,tiada lain ialah melihat dan memikirkan tentang penciptaan supaya ia dapat memandu kepada penciptaan dalam lain perkataanmelihat ke dalam makna kewujudannya.Syariah dalam pelbagai caranya menggesa manusia supaya memerhati penciptaan melalui akal malah ia juga menuntut pengetahuan melalui akal.Jelasnya,ia mengindikasi keperluan penggunaan fakulti akal atau lebih tepat lagi akal dan agama dalam menginterpretasi benda dengan firman: “Apakah mereka tidak memerhati kerajaan langit dan bumi juga segala yang dicipyakan Tuhan”.Oleh itu,memerhati dan memikirkan tentang penciptaan terbukti menjadi satu kewajipan akal.Berfikir secara mendalam menjadikan sesuatu yang kabur tampak jelas dan ini tentunya dapat dilakukan hanya melalui akal. Pemikiran falsafah yang ditonjolkan oleh ibnu Rushd adalah satu pemikiran yang membawa kita ke arah berfikir secara mendalam dan kritis.Falsafah pemikiran tentang kewujudannya memaksa kita supaya berfikir menggunakan akal yang diberikan untuk mentafsir,menganalisa dan

mendominasikan sesuatu perkara itu menjadi jelas dan terang.Tanpa akal yang diberi oleh Tuhan,nescaya kita tidak dapat menilai dan melihat tentang penciptaan dan kewujudanNya sama ada secara langsung ataupun tak langsung. Pada persepsi ibnu Rushd,pemikiran falsafah tidak boleh dikatakan suatu pembaharuan dalam agama islam atas alasan ia tidak pernah wujud pada zaman awal islam.Ini kerana pemikiran hukum juga tercipta pada zaman terkemudian dan tiada siapa pernah mendakwa ia adalah pembaharuan.Ini seharusnya juga menjadi sikap terhadap pemikiran falsafah.Dari penjelasan beliau,majority muslim mengesahkan pemikiran ini kecuali minority kecil yang menolaknya dengan hujah-hujah hokum sebelum dan semasa zamannya. Jika pada masa sebelum islam,seseorang pernah melihat ke dalam persolan ini,ucapannya boleh dijadikan sebagai rujukan untuk mendapatkan bantuan dalam melihat kepada persolan yang sama.Persoalan perbezaan agama menjadi tidak penting jika padanya ternyata ada sifat kebenaran.Mereka adalah para pendahulu yang menyiasat perkara ini jauh sebelum kedatangan islam dan segala objek yang menjadi pertanyaan dalam pemikiram falsafah telah mereka uji dengan sempurna.Kaedah ini amat diyakini oleh ibnu Rushd sebagai salah satu cara untuk memperolehi instrument pemerhatian semesta dan memikirkan tentang ciri umumnya.Dengan mengetahui ciri umumnya,akan terhasil pengetahuan tentang makhluk sekaligus pengetahuan akan sifatnya.

Pada pandangan saya,falsafah pemikiran yang diajukan oleh ibnu Rushd mengandungi maksud yang tersirat yang membawa kita ke dalam pemikiran yang lebih mendalam lagi untuk kita mencari,mengkaji dan menyiasat perkara tersebut hingga ke akar umbinya.Dan memang benar kata ibnu Rushd bahawa tiada pembahuruan yang dilakukan dalam pemikiran falsafah kerana pemikiran falsafah sudah wujud zaman sebelumnya.Daripada falsafah pemikiran beliau, kita dapat mengetahui tentang makna kewujudan sesuatu dengan membuat kajian dan ujian serta menyiasatnya. Filasuf,apabila menuruti segala aturan pelajaran yang betul,tidak mungkin dirosakkan oleh pengajian tersebut.Oleh itu,tindakan pelarangan pengajian falsafah adalah suatu pertimbangan yang salah.Sebarang kerosakan yang terjadi,mungkin terjadi secara aksiden(tidak sengaja) seperti mana kesan sampingan dalam penggunaan ubatan,jika kerosakannya serius datangnya dari pengajian falsafah,bagi ibnu Rushd: ia disebabkan oleh keghairahannya yang menguasai diri mereka ,guru yang tidak cukup bagus atau kekurangan semula jadi yang dimiliki. Menurut pandangan yang diberikan oleh ibnu Rushd,saya berpendapat bahawa segala kejadian yang berlaku sama ada disengajakan ataupun tidak disengajakan.Ini kerana,manusia semuanya dicipta dalam keadaan yang tidak sempurna,ada kelebihan dan ada juga kekurangan.Jadi jika berlaku sebarang kerosakan,ianya berlaku sama ada secara sengaja ataupun tidak disengajakan,bukannya hanya tidak disengajakan.Falsafah menurut

pandangan saya ialah suatu bidang ilmu yang mengkaji dan mencari makna di sebalik sesuatu perkara,oleh itu jika berlaku sebarang kerosakan ianya kerana sifat kekurangan yang ada pada kita ataupun kerana terlalu takjub dengan apa yang kita ingin kaji dan ketahui. Tidak semua manusiadapat temui kebenaran melalui falsafah.Oleh sebab itu,shariah menyatakan tiga cara bagi bagi manusia guna mencari kebenaran dan menginterpretasi al-Quran;secara demonstratif(penunjuk),diaelektik dan retorik.Atas realiti ini,ibnu Rushd membentuk konsep bahawa manusia terbahagi kepada tiga golongan iaitu filasuf,teolog dan awam.dalam erti kata yang sebenarnya,telah ditetapkan bagi setiap orang satu cara,konsisten dengan kecenderungan semula jadi mereka,supaya dengannya dapat mereka menemukan kebenarannya. Menurut keyakinan ibnu Rushd,kebenaran demostratiftidak akan bertentangan dengan Quran,kerana islam adalah suatu kebenarannya akhir dan falsafah sifatnya adalah pencarian kebenaran.Jika terdapat pertentangan anatara falsafah dan Quran dalam kewujudan sesuatu benda,Quran harus diinterpretasi secara kiasan kerana pertentangan tersebut hanyalah pada pandangan nyata sahaja.Interpretasi wahyu secara kiasan,menurut ibnu Rushd,telah menjadi kebiasaan di kalangan ahli hokum,teolog danfilasuf dan metode ini telah lama diakui oleh seluruh muslim:yang menjadi pertikaian hanyalah had dan adab penggunaannya sahaja.Tuhan telah memberi makna dan interpretasi yang pelbagai,sama ada nyata atau tersembunyi,pada kebanyakan firmanNya untuk merangsang upaya menuntut ilmu dan sesuai

dengan kecerdasan akal yang berbeza.Komuniti awal muslim juga telah mencapai consensus bahawa Quran mempunyai makna nyata dan tersembunyi. Pandangan ibnu rushd bahawa islam adalah suatu kebenaran ,saya sangat-sangat bersetuju dengan falsafah beliau kerana islam merupakan satu agama yang benar dan sahih.Ayat-ayat Quran yang diturunkan membawa makna yang tersurat dan tersirat yang memerlukan kita mencari kebenaran di sebalik yang tersurat.Pada pendapat saya,Quran memberi kita suatu kebenaran yang kita cari,sebagai contohnya,seseorang yang mengkaji dan meneliti kandungan Quran akan mendapat hidayah Allah SWT melalui pemerhatian dan pengkajian yang pernah dilakukannya.Saya sebagai seorang mualaf,tanpa ragu-ragu mengatakan bahawa Quran dan islam adalah sesuatu yang benar. Secara kesimpulannya,terbukti visi suci,melalui penandaan ini,punya makna esoterik(batin) serta menggesa penggunaan fakulti akal dan agama dalam pencarian kebenaran.Dan untuk kebenaran itu,suatu yang objektif tetapi subjektif untuk mencapainya atau dalam lain perkataannya kebenaran itu satu tetapi jalan menujunya itu mungkin dua atau tiga.Keseluruhan daripada falsafah ibnu rushd,saya berpendapat falsafah beliau sangat bertepatan dengan keadaan alam yang terbentang luas yang perlu kita cari kebenarannya dan kewujudannya.Tanpa pemikiran falsafah untuk melihat dan memikirkan tentang penciptaan dalam mencari makna kewujudannya

dengan memerhatinya melalui akal,kita mungkin tidak dapat melihat sesuatu yang kabur dengan jelasnya. FirmanNya: “Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang/kejadian diri mereka/sendiri?(agar mereka mengetahui bahawa)Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan/tujuan yang benar dan waktu yang ditentukan.Dan sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar engkar akan menemui Tuhannya.

(Surah Ar-ruum ayat 8) Hadis tersebut jelas menunjukkan bahawa kita perlu mencari kebenaran dan kewujudan diri kita seperti yang telah dinyatakan oleh ibnu Rushd bahawa manusia harus melihat dan memikirkan penciptaan dan makna kewujudan manusia itu sendiri BIBLIOGRAFI 1.Abdul Jalil Hassan,1989:3.Falsafah dan Pengetahuan Islam. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka 2.Hasbullah Bakry,1964:5.Systematik Filsafat.Solo: Penerbit Ab-Sitti Sjamsijah 3.Sidi Gazalba,1974:17.Sistematik Filsafat:Pengantar kepada dunia filsafat,teori pengetahuan, Metafizik,Teori nilai.Kuala Lumpur:Utusan Melayu Bhd.

4.Al Syaibani,1991:25.Falsafah pendidikan islam (terjemahan Hasan Langgulung). Shah Alam:Hizbi. 5.Hassan Langgulung,1991:41.Asas Asas Pendidikan islam.Shah Alam:Hizbi. 6.Wolf,1992:5.About philosophy.New Jersey:Prentice Hall,Inc. 7.Dipetik daripada Alha Kelantan:http://alhakelantan tripod.com/tokoh/id7.htm1 yang diambil Pada hari Jumaat,22 Ogos 2008.

Related Documents

Ibnu Rusyd
October 2019 53
Ibnu Rusyd
October 2019 28
Ibnu Rusyd
October 2019 20
Ibnu
November 2019 53
Ibnu Haitham
June 2020 31
Ibnu Sina
October 2019 53

More Documents from "Nur Ain Mohd Amin"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48