JXEA 1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU
TOKOH FALSAFAH IBNU RUSYD
NAMA
: MOHD IRUWANDY BIN MAT NOR
NO MATRIK
: JEA 080186
NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD
Pengenalan Ibnu Rusyd atau nama sebenarnya Muhammad bin Ahmad bin Muhammad Ibnu Rusyd. Beliau juga turut digelar sebagai Abul Walied. Namun lebih popular dengan panggilan nama Ibnu Rusyd. Ensiklopedia Indonesia turut menyebut namanya “Ibnu Rosyid”. Dia menulis “Ibnu Rosyid” dan juga disebut Ibn Rusyd (1126 -1198), di Eropah terkenal sebagai Averroes, salah seorang filsuf Arab yang paling masyhur, menulis komenter-komenter yang terkenal sekali tentang tulisan-tulisan Aristoteles; oleh hal yang demikian ia menyebarkan pengetahuan tentang filsafat Yunani ke Eropah. Ibnu Rusyd dilahirkan pada tahun 520 H iaitu bersamaan dengan 1126 M dikota Cordova, Ibu Kota Andalusia, iaitu wilayah Islam diujung barat benua Europa. Beliau telah meninggal dunia pada hari Khamis iaitu pada tanggal 9 Shafar 595 H. iaitu bersamaan dengan 11 Disember 1198 M. iaitu bertempat dikota Marakisy, Ibu Kota Marokko, yang merupakan wilayah paling barat dari Afrika Utara. Usia beliau sewaktu meninggal dunia ialah 75 tahun menurut tahun Hijriyah, atau 72 tahun menurut perkiraan tahun Masihi. Ibnu Rusyd berasal daripada golongan berilmu dan ternama. Bapa dan datuknya merupakan Kadi di Cordova. Oleh hal yang demikian, beliau telah dihantar untuk berguru dengan Ibnu Zuhr yang kemudiaanya telah menjadi sahabat karibnya. Beliau merupakan seorang ahli falsafah, perubatan, matematik, teologi, ahli fakir Mazhab Maliki, astronomi, geografi, dan ilmuan sains yang termasyhur dan dihormati.
Perbincangan atau pembicaraan Ibnu Rusyd banyak tertumpu pada persoalan yang berkaitan dengan metafizik, terutamanya soal-soal yang berkaitan dengan unsur-unsur ketuhanan. Beliau telah mengemukakan dan memberi idea-idea yang cukup bernas dan jelas, beliau juga turut melakukan anjakan pembaharuan semasa membuat hujahan dan huraianya mengenai perkara tersebut. Pemodenan pembaharuan ini dapat dilihat dalam bidang perubatan apabila Ibnu Rusyd memberi penekanan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Beberapa pandangan dan pendapat yang dikemukakan dalam bidang perubatan juga di dapati telah mendahului pada zaman beliau. Beliau pernah mengatakan bahawa demam campak hanya akan dialami oleh seseorang sekali sahaja sepanjang hayat mereka. Kebolehan dan kehebatan Ibnu Rusyd dalam bidang perubatan tidak hanya terangkum kepada perubatan umum sahaja tetapi juga merangkumi pembedahan serta fungsi-fungsi sesuatu organ di dalam tubuh manusia. Kehebatan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Ibnu Rusyd turut menjangkau bidang-bidang yang berkaitan dengan kemasyarakatan apabila beliau cuba membuat pembahagian masyarakat itu kepada dua golongan iaitu golongan elit yang terdiri daripada ahli falsafah dan masyarakat awam. Pembahagian struktur sosial ini merupakan asas pengenalan pembahagian masyarakat berdasarkan kelas seperti yang dilakukan oleh ahli-ahli falsafah terkemudian, seperti Karl Max dan mereka yang sealiran dengannya.
Apabila melihat keterampilan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang yang telah beliau cerburi, maka tidak syak lagi beliau adalah merupakan tokoh ilmuan Islam yang tiada tolok bandingannya. Malahan dalam banyak perkara, pemikiran Ibnu Rusyd jauh lebih besar dan berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli falsafah yang pernah hidup pada zaman sebelum atau pun selepas beliau. Antara karya-karya besar yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rusyd ialah termasuklah “kulliyah fit-thibb”, yang mengandungi 16 jilid, iaitu mengenai ilmu perubatan secara umum, Mabadil Falsafah ( pengantar ilmu falsafah ), Tafsir Urjuza yang membicarakan tentang perubatan dan tauhid, Taslul, buku mengenai ilmu kalam, Kasyful Adillah, yang mengungkap persoalan mengenai falsafah dan agama, Tahafatul Falaisafah, dan Muwafaqatil hikmah Wal Syaria yang meyentuh persamaan antara falsafah dan agama. Siri hasil karya-karya tersebut menunjukkan betapa pengusaan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang dan cabang ilmu begitu ketara sekali sehingga usaha untuk menterjemahkan tulisan beliau telah dilakukan ke dalam bahasa lain. Buku ( kulliyah fit-Thibb ), telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin iaitu pada tahun 1255 oleh Bonacosa, iaitu orang Yahudi dari pedua. Kemudian buku itu diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris dengan judul General Rules of Medicine. Hasil pemikiran yang dimuatkan dalam tulisannya, terutamanya dalam bidang falsafah, telah mempengaruhi ahli-ahli falsafah Barat. Dua orang ahli falsafah Eropah, iaitu Valtaire dan Rousseua dikatakan bukan sekadar terpengaruh oleh falsafah Ibnu Rusyd tetapi juga memperolehi ilham daripada pembacaan hasil tulisan karya-karya beliau.
Pemikiran Votaire dan Rousseua telah mencetuskan era Renaissance di Perancis sehingga merubah wajah Eropah keseluruhannya sebagaimana yang dapat kita lihat pada hari ini. Masyarakat Barat sebenarnya banyak terhutang budi dengan Ibnu Rusyd kerana dengan kebijaksaan dan dengan hasil pemikirannya, sama ada secara langsung atau tidak langsung, idea-idea ini telah mencetuskan Revolusi dan kepada pembangunan pemodenan di benua Eropah. Hasil-hasil daripada pemikirannya memungkinkan masyarakat disana keluar daripada zaman kegelapan dan seterusnya menuju ke era pemodenan dan kemajuan industri yang pesat membangun sehingga pada hari ini. Hospital Les Quizze-Vingt yang juga merupakan hospital pertama di Paris yang didirikan oleh Raja Louis ke-6 berdasarkan model hospital sultan Naruddin di Damsyik yang kaedah perubatannya merupakan hasil daripada idea-idea dan pemikiran Ibnu Rusyh.
Kesimpulan Selesailah tugasan saya bagi menghimpunkan dan menyajikan riwayat hidup dan falsafah filosuf islam, Ibnu Rusyd ( Aerroes ). Tokoh ilmuan islam yang lahir di benua Barat ( Andalusia, sepanyol ), tetapi di dalam tubuhnya mengalir darah Arab, sedang dalam iman dan pendirian hidupnya seorang Muslim sejati. Namanya lebih terkenal di benua Barat, pendiriannya lebih dijunjung oleh Sarjana Barat, dan segala aktivitanya lebih diketahui oleh penyelidik-penyelidik Europa. Sedangkan di kalangan-kalangan umat seagamanya Islam, namanya tidaklah begitu popular dikalangan oleh Al Gazali, Ibnu Siena dan sebagainya. Kematiannya merupakan satu kehilangan yang cukup besar kepada kerajaan dan umat islam di sepanyol. Beliau tidak meninggalkan sebarang harta benda melainkan ilmu dan karya-karya tulisannya dalam pelbagai bidang seperti falsafah, perubatan, ilmu kalam, falak, fiqh, kaji bintang, tatabahasa dan nahu.
BIBLIOGRAFI 1. 2. 3.
http://averroes.or.id/2008/05/12/sumbangan-peradaban-islam-terhadapfilsafat-dan-pengetahuan/ http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibnu_Rushd http://mediabilhikmah.multiply.com/journal/item/83