Ibnu Sina

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ibnu Sina as PDF for free.

More details

  • Words: 935
  • Pages: 8
NA MA: NO R AFFAF B IN TI I BR AHI M NO. MA TR IK: JEA 08 006 8 TOKOH FAL SAFAH: IB NU S INA

Tokoh falsa fah yang saya kagumi ia lah Ibnu Sina. Hal ini kerana latar belakang dan su mbangan beliau yan g telah memar tabatkan

dunia Is lam. Ibnu Sina merupakan tokoh falsafah islam yang terkenal. Nama sebenar Ibnu Sina

ialah Abu Ali al-Hussian Ibnu Abdullah. Namun begitu di barat, beliau lebih dikenali sebagai Avicenna. Ibnu Sina dilahirkan pada 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi. Beliau memulakan pengajian awalnya di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau juga turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, matematik, sains, logik, fiqh, dan ilmu perubatan. Walaupun menguasai pelbagai ilmu termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang bidang perubatan sama ada sebagai doktor mahupun mahaguru ilmu tersebut.

Ibnu Sina mula terkenal selepas sumbangan beliau berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal disembuhkan oleh doktor lain. Kepakaran dan kehebatan beliau dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama)

Kemasyuran Ibnu Sina telah melangkaui wilayah dan negara islam. Buku beliau berjudul Al Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris yang berjudul Precepts of Medecine.Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku tersebut telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Tambahan pula, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas di universiti-universiti Itali dan Perancis pada abad ke-17. Malahan sehingga abad ke-19, buku beliau masih lagi diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.

Selain itu, beliau juga telah menghasilkan sebuah buku yang berjudul Remedies for The Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku tersebut , beliau telah menceritakan dan meghuraikan 760 jenis penyakit berserta cara mengubatinya. Hasil penulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja malahan turut merangkumi bidang-bidang lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi, ( ilmu bahasa ), syair, prosa, dan ilmu agama.

Di samping itu, penguasaan beliau dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikan beliau seorang tokoh sarjana ilmuan islam yang serba boleh. Beliau juga tidak sekadar menguasai sesuatu ilmu tersebut tetapi berjaya mencapai tahap zenith iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.

Di samping menjadi zenith dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki ranking yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga beliau digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menyumbangkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.

Perkara yang lebih menakjubkan tentang Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku yang berjudul al-Najah. Buku tersebut membicarakan persoalan tentang falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.

Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.

Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori tersebut didapati tidak tepat sama sekali tetapi telah meletakkan satu landasan yang kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Setelah itu, Ibnu Sina juga telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya.

Ibnu Sina juga percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api, dan angin. Keempatempat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.

Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, malahan juga dalam bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.

Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah, beliau telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan “Wajib al-Wujud” ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut beliau juga, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada “Wajib al-Wujud” yang tiada permulaan.

Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab “Himah Ilahiyyah” dalam fasal “Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan.Pemikiran beliau ini telah mencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al’Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.

Selain itu, antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, juga penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga dan neraka.

Namun begitu, walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak dapat dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Ibnu Sina bukan sahaja unggul dalam bidang perubatan malah kehebatan beliau dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu al-Farabi.

RUJUKAN

http: // alhakelantan. tripod. com / tokoh / id3. html

Related Documents

Ibnu Sina
October 2019 48
Ibnu Sina
October 2019 53
Ibnu Sina
October 2019 58
Ibnu Sina
October 2019 50
Ibnu Sina
October 2019 47
Ibnu Sina
October 2019 46

More Documents from "Firda"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48