Ibnu Rushd

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ibnu Rushd as PDF for free.

More details

  • Words: 1,104
  • Pages: 7
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU (JXEA 1104) TAJUK: FALSAFAH DARI PANDANGAN IBNU RUSHD PENSYARAH: DR AMRAN MUHAMMAD

MUHAMAAD HAZANI BIN SUKRI JEA 080051 SEMESTER 1 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

LATAR BELAKANG Ibnu Rushd lahir dalam keluarga yang berilmu dan ternama. Bapanya dan datuknya merupakan kadi di Cordova (Sepanyol). Ibnu Rushd mempelajari ilmu fiqh dan perubatan daripada rakannya yang juga merupakan tokoh perubatan yang terkenal di Sepanyol, Ibnu Zuhr yang pernah bertugas di sebagai doktor istana di Andalusia. Sebelum meninggal dunia, Ibnu Rushd telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al Taysir. Buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul ”Faclititation of Treatment”. Selain menjalin perhubungan yang akrab dengan Ibnu Zuhr, Ibnu Rushd juga mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Islam Muwahidin. Hubungan ini telah membolehkan Ibnu Rusyd dilantik sebagai hakim di Sevilla pada tahun 1169. Selepas beberapa waktu menjadi hakim, beliau dilantik sebagai doktor istana pada tahun 1182 berikutan persaraan Ibnu Tufail. Kerana desakan dan tekanan pihak tertentu yang menganggapnya sebagai mulhid, beliau dibuang ke daerah Alaisano.Setelah selesai menjalani tempoh pembuangannya, beliau pulang semula Cordova. Kehadirannya di Cordova bukan sahaja tidak diterima, tetapi beliau telah disisihkan oleh orang ramai serta menerima pelbagai penghinaan daripada masyarakatnya.Pada lewat penghujung usianya, kedudukan Ibnu Rusyd dipulihkan semula

apabila

Khalifah

Al-Mansor

Al-Muwahhidi

menyedari

kesilapan

yang

dilakukannya. Namun, segala kurniaan dan penghormatan yang diberikan kepadanya tidak sempat dikecapi kerana beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1198.

FALSAFAH DAN ILMU LOGIK Ibnu Rushd terkenal untuk terjemahan hasil kerja Aristotle. Melalui terjemahan dari bahasa latin oleh Ibnu Rushd pada awal abad ke-12, pengetahuan yang ditinggalkan oleh Aristotel mula diketahui ramai di barat. Hujah Ibnu Rushd dalam “The Decisive Treatise” menjustifikasi pembebasan sains dan falsafah dari aliran rasmi mazhab Ash'ari. Ini menyebabkan sebahagian sarjana menganggap Ibnu Rushd sebagai bapa kepada fahaman sekularisme di Eropah barat. Ibnu Rushd menterjemah dan memberi komen hasil kerja Aristotle selama hampir tiga dekad. Beliau banyak mempengaruhi falsafah dunia Islam. Dalam hasil kerjanya Fasl al-Maqal (The Decisive Treatise), beliau menekankan pentingkan berfikir secara analitikal untuk menterjemah Quran dan ini bertentangan dengan pandangan konservatif ulama' Islam di mana penekanan pentafsiran Quran diletakkan kepada sumber seperti hadith. Pembicaraan falsafah Ibnu Rushd banyak tertumpu pada perkara yang berkaitan dengan metafizik, terutamanya ketuhanan. Beliau telah mengemukakan idea yang bernas lagi jelas, dan melakukan pembaharuan semasa membuat huraian mengenai perkara tersebut. Hasil pemikiran yang dimuatkan dalam tulisannya, terutamanya dalam bidang falsafah, telah mempengaruhi ahli falsafah Barat seperti Voltaire dan Rousseau. Pemikiran Voltaire dan Rousseau telah mencetuskan era Renaissance di Perancis sehingga merobah wajah Eropah keseluruhannya sebagaimana yang ada pada hari ini. Masyarakat Barat sebenarnya terhutang budi kepada Ibnu Rusyd kerana pemikirannya, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, telah mencetuskan revolusi di benua Eropah.

CORAK PEMIKIRAN RUSHD Pemikiran Ibnu Rushd yang paling menonjol adalah aspek falsafaty (estetika logika dan filsafat) yang terbentang di hampir setiap karyanya. Beliau mengamalkan corak pemikiran secara logik. Menurutnya, nilai filsafat dan logika itu sangat penting, khususnya dalam mentakwil dan menafsir Al-quran sebagai kitab teks, yang selalu memerlukan artikulasi makna dan perlu diberi interpretasi kontekstual dan bukan artikulasi lafadz. Islam sendiri tidak melarang orang berfilsafat, bahkan Al Kitab, dalam banyak ayatnya, memerintahkan umatnya untuk mempelajari filsafat. Menurut Rushd, takwil (pentafsiran) dan interpretasi teks diperlukan untuk menghindari adanya pertentangan antara pendapat akal dan filsafat serta teks Al-quran. Dalam kaitan kandungan Al-quran ini, Rushd membahagi manusia kepada tiga kelompok: awam, pendebat, dan ahli fikir. Kata Rushd kepada ahli awam, Al-quran tidak dapat ditakwilkan, kerana mereka hanya dapat memahami secara tertulis. Demikian juga kepada golongan pendebat, takwil sulit diterapkan. Takwil, secara tertulis dalam bentuk karya, hanya boleh diperuntukkan bagi kaum ahli fikir. Pemikiran Rushd tersebut kemudian dikenal sebagai teori perpaduan agama dan filsafat. Sementara itu, dalam kajian tentang Quran, Rushd berpendapat bahwa Al-quran memiliki makna batin di samping makna lahir. Ada tiga dalil untuk menjelaskan teori itu:

1.

Dalil Inayah ialah dalil yang mengemukakan bahawa alam dan seluruh kejadian yang ada di dalamnya, seperti siang dan malam, matahari dan bulan, semuanya menunjukkan adanya penciptaan yang teratur dan rapi yang didasarkan atas ilmu dan kebijaksanaan. Dalil ini pula yang akan membawa kepada pengetahuan yang benar sesuai dengan ketentuan Al-quran.

2.

Dalil ikhtira' iaitu maksud yang menunjukkan bahwa penciptaan alam dan makhluk di dalamnya nampak jelas dalam ciri-ciri yang dimiliki makhluk hidup. Kata Rushd, semakin tinggi taraf makhluk

itu,

semakin tinggi pula kegiatan dan pekerjaannya. Ini menunjukkan adanya pencipta yang mengatur kehidupan. Dalil ini sesuai dengan syariat Islam, dimana banyak ayat yang menunjukkan perintah untuk memikirkan seluruh kejadian alam ini.

3.

Dalil gerak disebut juga dalil penggerak pertama yang diambil dari Aristoteles. Dalil tersebut mengungkapkan bahawa alam semesta bergerak dengan suatu gerakan yang abadi, dan gerakan ini mengandung adanya penggerak pertama yang tidak bergerak dan berbenda, iaitu Tuhan.

Menurut Rushd, benda-benda langit beserta gerakannya dijadikan oleh Tuhan. Jadi gerakan

menghendaki

adanya

penggerak

utama

atau

sesuatu

sebab

yang

mengeluarkan dari tiada menjadi ada. Rushd yang juga dikenal sebagai 'pelanjut' aliran Aristoteles ini, menilai bahawa kajian yang terdahulu itulah yang memberikan wujud kepada kajian yang kemudian tanpa memerlukan petunjuk (Tuhan) yang ada di luarnya. Ketidaksepakatan Al Ghazali terhadap falsafah Rushd (hingga mengkafirkan Rushd) diluahkan dalam buku berjudul ”Tahafutul Falasifah” (Kerancuan falsafah). Rushd membalas dengan menulis ”Tahafutut Tahaafut” (Kerancuan dari Kerancuan). Menurut Rushd, pembangkitan yang di maksud kaum filsuf adalah pembangkitan ruhy, bukan jasmani. Bagi Rushd, yang penting bagi manusia adalah jiwanya. Kebahagiaan dan ketenangan hakiki adalah kebahagiaan jiwa. Bagi Al Ghazali, kebangkitan kembali

manusia tak hanya secara ruh, tapi juga jasmaniyah. Teorinya ini bardasarkan pada tiga prinsip epistemologi:

1. Keharusan untuk memahami 'yang lain' dalam sistem referensinya sendiri. Dalam hal ini, terlihat dari penerapan aksiomatik dalam menafsirkan ilmu-ilmu Yunani.

2. Ibnu Rushd berpendapat bahawa tidak ada perbezaan antara kebenaran agama dan falsafah, tapi menjadi harmoni di antara keduanya. Harmoni tidak berarti sama. Kerana itu, hak untuk berbeza harus dihargai.

3. Mengembangkan sikap toleransi. Rushd menolak cara-cara Al Ghazali mencari kebenaran. Kata Al Ghazali, "Tujuan saya adalah mempertanyakan kajian mereka dan saya berhasil." Ibnu Rushd menjawab, "Ini tidak sewajarnya dilakukan oleh orang terpelajar kerana tujuan orang terpelajar tak lain adalah mencari kebenaran dan bukan menyebarkan karaguan."

KESIMPULAN Secara keseluruhannya, ilmu dan kata-kata Ibnu Rushd banyak dipengaruhi dengan perkara logik yang boleh diterima akal. Beliau mengamalkan corak falsafah yang muktamad dan mempunyai hubung kait yang kuat antara manusia dengan Tuhan. Ibnu Rushd adalah seorang yang rasionalis dan menyatakan semua hal boleh diterima akal kecuali hal-hal yang diwahyukan. Antara karya agung Rushd adalah Tahaafutut Tahaafut, Kitab fil Kulliyat fi at Tibb (kaedah umum dalam ilmu kedoktoran), Bidayatul Mujtahid wa Nihayatul Muqtashid, Kitab Fashl al Maqal fii ma Baina Syariah wa al Hilmah min al Ittisal, dan Al Kasyf ’an Manahij al Adillah fi ’Aqaid al Millah.

Related Documents

Ibnu Rushd
October 2019 32
Ibnu Rushd
October 2019 53
Ibnu Rushd
October 2019 38
Ibnu Rushd
October 2019 35
Ibn Rushd
June 2020 27
Ibnu
November 2019 53

More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48