Ibnu Rushd

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ibnu Rushd as PDF for free.

More details

  • Words: 956
  • Pages: 7
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU (JXEA 1104) PELAJAR SEMESTER 1 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU ( APM) NOOR LATIFAH BINTI RAZAK@AB RAZAK (JEA 080067) TAJUK :TOKOH FALSAFAH(IBNU RUSHD) NAMA PENSYARAH: DR AMRAN BIN MUHAMMAD

PENGENALAN

Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani atau Greek dan pertama kali digunakan oleh Pythagoras(570-504 SM). Perkataan falsafah mengandungi gabungan dua perkataan iaitu “philo” bermaksud “cinta” dan “sophia” bermaksud “kebijaksanaan”.Oleh itu falsafah boleh diertikan sebagai “cinta akan kebijaksaan” Plato yang merupakan seorang Yunani sesudah Pythagoras ialah orang yang mulamula memberikan takrif falsafah dengan lebih khusus. Plato menegaskan “falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara di sebalik sifat luarannya;iaitu apa sebenarnya yang menjadi asas atau inti pati pembentukan sesuatu benda atau perkara itu; apa asasnya; apa esensinya; apa zatnya”. Namun takrif demikian masih lagi terlalu luas. Hasbulullah Bakry(1964)menghuraikan tentang erti falsafah daripada tiga sudut pandangan iaitu daripada sudut bahasa, sudut pengertian praktis dan sudut perbezaannya daripada ilmu-ilmu lain.

LATAR BELAKANG

Ketika bangsa Eropah sedang berada dalam kegelapan dan kejahilan pada abad pertengahan, di Sepanyol pada ketika itu berada dalam sinar kebudayaan Islam yang gemilang dengan lahirnya seorang putera Islam yang bakal menjadi seorang ahli falsafah yang kewibawaannya standing dengan Aristotle. Abu al-Walid Muhammad bin Ahmad bin Muhammad Ibnu Rushd dikenali sebagai Ibnu Rushd.Beliau dilahirkan di Cordova Sepanyol (Andalus) pada tahun 520 H/112M. Ibnu Rushd dilahirkan daripada keluarga ilmuan bermazhab Maliki. Semenjak kecil lagi beliau telah mengenali isu-isu yang berhubung dengan perundangan Islam dan penyelesaiannya menurut Mazhab Maliki. Manakala dalam ilmu tauhid, Ibnu Rushd berpegang teguh kepada fahaman Asya’riah, dan ini membuka jalan baginya untuk mempelajari ilmu falsafah. Ibnu Rushd merupakan seorang doktor, ahli hukum, dan tokoh falsafah yang paling menonjol pada zaman perkembangan falsafah Islam (700-1200).Beliau hidup sezaman dengan tokoh falsafah Islam yang lain seperti Ibnu Tufayl dan Ibnu Zuhr.Beliau bukan sahaja mahir tentang ilmu-ilmu Islam, malah turut menguasai ilmu yang lain seperti matematik, fizik, astronomi, logik, falsafah dan perubatan.Oleh sebab itu beliau terkenal sebagai pakar dalam pelbagai cabang ilmu pengetahuan. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai hakim di Seville dan sebagai hakim agung di Cordova.

IBNU RUSHD DALAM BIDANG ILMU DAN FALSAFAH

Kematian Ibnu Rushd merupakan kehilangan yang cukup besar kepada kerajaan dan umat Islam di Sepanyol. Beliau tidak meninggalkan sebarang harta benda melainkan ilmu dan tulisan dalam pelbagai bidang seperti falsafah, perubatan, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kaji bintang, tatabahasa, dan nahu. Ibnu Rushd telah meninggalkan sumbangan yang sangat besar dalam bidang falsafah terutamanya falsafah Aristotle, ilmu perubatan dan pandangan Islam.Kebanyakan karyanya tentang falsafah dan perubatan telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan Hebrew. Ini menunjukkan bahawa idea-idea yang dikemukakan oleh beliau dapat diterima dan dihargai oleh orang ramai pada zaman itu. Ibnu Rushd lebih dikenali dan dihargai di Eropah, berbanding di Timur pada zaman pertengahan. Selain itu, Eropah pada zaman Pembaharuan iautu pada zaman Renaisance bersedia menerima kaedah saintifik mengikut pandangan Ibnu Rushd, sedangkan sains dan falsafah di Timur mula dikorbankan demi gerakan mistik agama. Kehebatan ibnu Rushd dapat dilihat pada karya-karya tulisannya. Antaranya ialah kitab Bidayat al-Mujtahid iaitu sebuah kitab tentang fikah yang digunakan oleh para ulama fikah sebagai bahan rujukan. Ibnu Rushd telah membukukan idea-idea falsafahnya. Idea-idea Ibnu Rushd dimuatkan dalam tiga karya utamanya dan satu dalam risalah kecil yang ditulisnya.

Ketiga-tiga karya falsafah Ibnu Rushd dalam bentuk buku ialah kitab Al-Maqal wa Taqrir ma Bayn al-Shari’ah wa al-Hikmah iaitu apabila diterjemah dalam bahasa Melayu adalah satu pembelaan terhadap falsafah selagi falsafah tersebut kelihatan sesuai dengan agama.

Selain itu, kitab Al-Kashf an Manahij al-Adillah fi Aqa’id al-Millah menjelaskan secara terperinci masalah-masalah akidah yang dibahas oleh para ahli falsafah dan ahli teologi islam. Manakala kitab Tahafut al-Tahafut terkandung tentang pembelaan ahli falsafah daripada tuduhan kafir sebagaimana yang dilontarkan oleh al-Ghazali dalam bukunya Tahafut al-Falasifah Satu lagi karya falsafah Ibnu Rushd yang bersifat satu risalah kecil ialah al-Ittsal. Disamping karya-karya asli tersebut, idea-idea falsafahnya turut dimuatkan juga dalam komentarnya terhadap karya-karya Aristotle dan tokoh falsafah Greek yang lain. Ibnu Rushd terkenal untuk terjemahan hasil karya Aristotle yang dilupai Barat. Melalui terjemahan dari bahasa Latin oleh Ibnu Rushd pada awal abad ke-12, pengetahuan yang ditinggalkan oleh Aristotle mula diketahui ramai di Barat. Hujah yang dikemukakan oleh Ibnu Rushd dalam The DecisiveTreatise menjustifikasikan pembebasan sains dan falsafah dari aliran rasmi mazhab Ash’ari. Ini menyebabkan sebahagian sarjana menganggap Ibnu Rushd sebagai bapa kepada fahaman sekularisme di Eropah barat. Ibnu Rushd menterjemah dan memberi komen hasil kerja Aristotle selama hampir tiga dekad. Beliau banyak mempengaruhi dalam falsafah dunia Islam. Dalam hasil kerjanya Fasl al-Maqal (The Decisive Treatise) beliau menekankan pentingnya berfikir

secara analitikal untuk menterjemah al-Quran dan ini bertentangan dengan pandangan konservatif ulama’ Islam dimana penekanan pentafsiran al-Quran diletakkan kepada sumber seperti hadith. Pembicaraan falsafah Ibnu Rushd banyak tertumpu pada persoalan yang berkaitan dengan metafizik terutamanya ketuhanan. Beliau telah mengemukakan idea yang bernas lagi jelas. Ibnu Rushd juga melakukan pembaharuan semasa membuat huraiannya mengenai perkara tersebut. Hasil pemikiran yang dimuatkan dalam pemikiran Ibnu Rushd, terutamanya dalam bidang falsafah telah memepengaruhi ahli falsafah Barat. Dua orang ahli falsafah Eropah iaitu Voltaire dan Rousseau dikatakan bukan sekadar terpengaruh oleh falsafah Ibnu Rushd, tetapi memperolehi ilham daripada pembacaan karyanya.

KESIMPULAN

Ibnu Rushd merupakan tokoh falsafah dan ilmuan Islam yang tiada tolok bandingannya apabila dilihat daripada keterampilan beliau dalam pelbagai bidang ilmu. Malahan dari pelbagai aspek, pemikiran Ibnu Rushd jauh lebih tinggi dan berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli falsafah yang pernah hidup sebelum zamannya ataupun selepas kematiannya. Ibnu Rushd telah meninggal dunia pada malam Khamis, 6 Rabiulawal tahun 595 H/1198M yang pada ketika itu berusia 72 tahun di kota Marrakush.

BIBLIOGRAFI

Samsu Adabi Mamat, Wan Ramli Wan Muhamad. 2002. Cendekiawan Islam: Perintis Peradaban Manusia.

Prof.Dr.Awang Sariyan. 2007. Falsafah dan Logika Melayu.

Hasyim bin Hj.Musa,Ph.D. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu: Suatu Pengenalan

Syed Mahadzir Syed Ibrahim. Siri Cendekiawan Islam 163 Tokoh Terkenal Islam

http://ms.wikipedia.org/wiki/Abul Waleed Muhammad Ibn Rushd

Related Documents

Ibnu Rushd
October 2019 32
Ibnu Rushd
October 2019 53
Ibnu Rushd
October 2019 38
Ibnu Rushd
October 2019 35
Ibn Rushd
June 2020 27
Ibnu
November 2019 53

More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48