Ibnu Rushd

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ibnu Rushd as PDF for free.

More details

  • Words: 1,088
  • Pages: 7
SARJANA MUDA PENGAJIAN MELAYU AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

JXEA 1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU SEMESTER 1 SES1 2008/2009

TOKOH FALSAFAH

IBNU RUSHD

NAMA

: MOHD FUAD ‘AFIFI BIN ZAHKAI

NO. METRIK

: JEA 080185

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD NAMA TUTOR

: CIK NURUL

PENGENALAN Ibnu Rushd atau nama sebenarnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad. Beliau dilahirkan di Cardova (Sepanyol) pada tahun 1126 M dan meninggal dunia di Maghribi pada tahun 1198 M. Beliau adalah ahli falsafah, perubatan, teologi, ahli fikah mazhab Maliki, astronomi, geografi dan sains. Beliau merupakan ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas di dunia Islam, malah dalam kalangan masyarakat di Eropah. Di Barat, beliau dikenali sebagai Averroes dan bapa kepada fahaman sekularisme. Ibnu Rushd mempelajari ilmu fiqh dan perubatan daripada rakannya yang juga merupakan tokoh perubatan yang terkenal di Sepanyol, Ibnu Zuhr yang pernah bertugas sebagai doktor istana di Andalusia. Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Islam Muwahidin. Hubungan ini telah membolehkan beliau dilantik sebagai hakim di Sevilla pada tahun 1169 M. Dua tahun kemudian, beliau dilantik menjadi hakim di Cardova. Selepas beberapa waktu menjadi hakim, beliau dilantik sebagai doktor istana pada tahun 1182 M berikutan persaraan Ibn Tufail. Ramai yang berasa cemburu dan dengki dengan kedudukan Ibnu Rushd. Kerana desakan dan tekanan pihak tertentu, beliau dibuang ke daerah Alaisano. Setelah selesai menjalani tempoh pembuangannya, beliau pulang semula ke Cardova.

Pada lewat

penghujung usianya, kedudukan beliau dipulihkan semula apabila Khalifah Al-Mansor Al-Muwahhidi menyedari kesilapan yang dilakukan.

Namun, segala kurniaan dan

penghormatan yang diberikan kepadanya tidak sempat dikecapi kerana beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1198 M.

Ibnu Rushd terkenal untuk terjemahan hasil kerja Aristotle yang dilupai Barat. Melalui terjemahan daripada bahasa Latin oleh Ibnu Rushd pada abad ke-2, pengetahuan yang ditinggalkan oleh Aristotle mula diketahui ramai di Barat. Hujah Ibnu Rushd dalam The Decisive Treatise menjustifikasi pembebasan sains dan falsafah daripada aliran rasmi mazhab Ash’ari. Hal ini menyebabkan sebahagian sarjana menganggap Ibnu Rushd sebagai bapa kepada fahaman sekularisme di Eropah Barat. Ibnu Rushd menterjemah dan memberi komen hasil kerja Aristotle selama hampir tiga dekad. Beliau banyak mempengaruhi falsafah dunia Islam. Dalam hasil kerjanya Fasl alMaqal (The Decisive Treatise), beliau menekankan pentingnya berfikir secara analitikal untuk menterjemah al-Quran dan ini bertentangan dengan pandangan konservatif ulama’ Islam di mana penekanan pentafsiran al-Quran diletakkan kepada sumber seperti hadith. Pembicaraan falsafah Ibnu Rushd banyak tertumpu pada persoalan yang berkaitan dengan metafizik, terutamanya ketuhanan. Beliau telah mengemukan idea yang bernas lagi jelas dan melakukan pembaharuan semasa membuat huraiannya mengenai perkara tersebut. Hasil pemikiran yang dimuatkan dalam tulisannya, terutamanya dalam bidang falsafah, telah mempengaruhi ahli falsafah Barat. Dua orang ahli falsafah Eropah, iaitu Voltaire dan Rousseau dikatakan bukan sekadar terpengaruh oleh falsafah Ibnu Rushd, tetapi memperolehi ilham daripada pembacaan karya. Pemikiran Voltaire dan Rousseau telah mencetuskan era Renaissance di Perancis sehingga merubah wajah Eropah keseluruhannya sebagaimana yang ada pada hari ini.

Masyarakat Barat sebenarnya

terhutang budi kepada Ibnu Rushd kerana pemikirannya, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, telah mencetuskan revolusi di benua Eropah.

Karya besar yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rushd adalah "Kulliyah fit-Thibb" yang mengandungi 16 jilid adalah berkisar tentang perubatan secara umum. Buku "Kulliyah fit-Thibb" telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1255 oleh Bonacosa, orang Yahudi dari Padua. Buku itu kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul General Rules of Medicine. Hospital Les Quinze-Vingt yang juga merupakan hopital pertama di Paris didirikan oleh Raja Louis IX berdasarkan model hospital Sultan Nuruddin di Damsyik yang kaedah perubatannya merupakan hasil daripada idea dan pemikiran Ibnu Rushd. Kehebatannya dalam bidang perubatan tidak berlegar di sekitar perubatan umum, tetapi juga merangkum pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh manusia. Ibnu Rushd memberi penekanan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Beberapa pandangan yang dikemukakan dalam bidang perubatan juga didapati mendahului zamannya. Beliau pernah menyatakan bahawa demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang sekali sahaja. Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Ibnu Rushd turut menjangkau bidang yang berkaitan dengan kemasyarakatan apabila beliau cuba membuat pembahagian masyarakat itu kepada dua golongan iaitu golongan elit yang terdiri daripada ahli falsafah dan masyarakat awam. Pembahagian strata sosial ini merupakan asas pengenalan pembahagian masyarakat berdasarkan kelas seperti yang dilakukan oleh ahli falsafah terkemudian, seperti Karl Max dan mereka yang sealiran dengannya.

Karya-karya lain Ibnu Rushd termasuk Pengantar Ilmu Falsafah, Tafsir Urjuza yang membicarakan perubatan dan tauhid, Taslul; buku mengenai ilmu kalam, Kasyful Adillah; yang mengungkap persoalan falsafah dan agama, Tahafatul Tahafut; ulasannya terhadap buku Imam Al-Ghazali yang berjudul Tahafatul Falaisafah, dan Muwafaqatil Hikmah Wal Syari'a yang menyentuh persamaan antara falsafah dengan agama. Beliau juga telah menulis sebuah buku muzik yang diberi judul "De Anima Aristoteles" (Commentary on the Aristotle's De Animo).

Hasil karyanya ini

membuktikan betapa Ibnu Rushd begitu terpengaruh dan tertarik dengan ilmu logik yang dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani, Aristotle. Di dalam bidang astronomi pula, beliau merupakan orang pertama menulis mengenai warna merah matahari ketika mana planet Utarid melintas di permukaan matahari. Beliau telah melakukan pengintipan dan kajian ketika mana lintasan ini berlaku. Selain itu, beliau menulis penjelasan mengenai pergerakan cakerawala dalam bukunya bertajuk 'Kitab fi-Harakat al-Falak'. Ringkasan ini telah diterjemah daripada bahasa Arab ke bahasa Yahudi oleh Jacob Anatoli pada tahun 1231. Menurut kajian, penulisan Ibn Rushd melibatkan lebih 20,000 muka surat dan yang paling terkenal ialah penulisan mengenai falsafah, perubatan serta sains dan falsafah undang-undang.

Malah buku-buku beliau telah diterjemah ke dalam pelbagai jenis

bahasa meliputi Latin, bahasa Inggeris, German dan Yahudi. Dalam bidang perubatan pula, beliau telah menghasilkan 20 buah buku.

KESIMPULAN Keilmuan Islam telah berjaya mempengaruhi kehidupan masyarakat Eropah dari aspek pemikiran, sistem politik dan sosial. Akhirnya, masyarakat Eropah dapat memanafaatkan keilmuan Islam ini sehingga membawa mereka keluar daripada Zaman Gelap dan mempengaruhi perkembangan sejarah Eropah. Ini membuktikan bahawa kekuatan ilmu ialah teras bagi kekuatan setiap kerajaan. Melihat keterampilan Ibnu Rushd dalam pelbagai bidang ini, maka tidak syak lagi beliau merupakan tokoh ilmuwan Islam yang tiada tolok bandingannya. Malahan dalam banyak perkara, pemikiran Ibnu Rushd jauh lebih besar dan berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli falsafah yang pernah hidup sebelum zamannya ataupun selepas kematiannya. Kematiannya merupakan kehilangan yang cukup besar kepada kerajaan dan umat Islam di Sepanyol. Beliau tidak meninggalkan sebarang harta benda melainkan ilmu dan tulisan dalam pelbagai bidang seperti falsafah, perubatan, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kaji bintang, tatabahasa, dan nahu. Oleh itu, kita perlulah menghargai segala jasa dan sumbangannya terhadap dunia Islam.

BIBLIOGRAFI 1. H.Zainal Abidin Ahmad, Riwayat Ibnu Rushd (Averroes) Filosuf Islam Terbesar Di Barat, Penerbit Bulan Bintang Jakarta, 1957 2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Abul_Waleed_Muhammad_Ibn_Rushd 3. http://averroes.or.id/2008/05/12/sumbangan-peradaban-islam-terhadap-filsafatdan-pengetahuan/ 4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibnu_Rushd 5. http://mediabilhikmah.multiply.com/journal/item/83 6. http://wordpress.com/tag/ibn-rushd/ 7. http://www.muslimphilosophy.com/ir/art/ibn%20rushd-rep.htm 8. http://members.tripod.com/man999/Ibnu_Rusyd.html

Related Documents

Ibnu Rushd
October 2019 32
Ibnu Rushd
October 2019 53
Ibnu Rushd
October 2019 38
Ibnu Rushd
October 2019 35
Ibn Rushd
June 2020 27
Ibnu
November 2019 53

More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48