FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 HIKAYAT : CERITA SI SUTON
NAMA NO. MATRIK NAMA PENSYARAH
: RAHIMAH BINTI JUSOH : JEA 080112 : DR. AMRAN BIN MUHAMAD
SEMESTER 1 SESI 2008 / 2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA
Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, halaman 457, keluaran Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2002, hikayat bermksud cerita ( khasnya cerita-cerita lama ). Cerita-cerita lama dalam bentuk prosa contohnya hikayat Merong Mahawangsa. Manakala
bagi
riwayat
atau
sejarah
pula
seperti
Iskandar
Zulkarnain
dan
sebagainya. Ia juga mengandungi sejarah hidup. Cerita Si Suton merupakan sebuah hikayat klasik yang telah dituturkan oleh Encik Ismail b. Hassan daripada Kampung Nesam kurong Batang, Kangar, Perlis dan dirakamkan oleh Bahagian Penyelidikan Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerita Si Suton mengisahkan tentang seorang raja yang bernama Si Suton yang telah berkahwin dengan permaisurinya Ikadon. Beliau juga telah memperisterikan seorang puteri dari kayangan iaitu Tuan Puteri Cempaka Biru yang merupakan puteri bongsu kepada Dewa Ratu Daha. Baginda Si Suton dan Tuan Puteri Cempaka Biru sentiasa berhadapan dengan dugaan dan cabaran dalam melayari kehidupan mereka sebagai suami dan isteri. Walaupun sentiasa berhadapan dengan dugaan, namun kasih sayang mereka berdua tetap utuh. Baginda pernah berpisah dengan Puteri cempaka Biru, namun kerana kasih sayang yang mendalam terhadap Puteri Cempaka Biru, baginda sanggup mengikut Puteri Cempaka Biru ke kayangan dan menyelamatkan Puteri Cempaka
Biru
dengan
menewaskan
Dewa
Si-Tangkal Ali.
Selepas
berjaya
mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan, Si Suton akhirnya dikahwinkan sekali lagi dengan Puteri Cempaka Biru dan hidup bersama dengan bahagianya. Cerita Si Suton mempunyai persamaan dengan “ Hikayat Malim Demam” yang dituturkan oleh Pawang Ana.
2
Melalui kajian yang telah saya jalankan terhadap beberapa hikayat lama, saya telah memilih Cerita Si Suton. Salah satu nilai falsafah yang terdapat dalam Cerita Si Suton ialah falsafah kasih sayang seorang suami terhadap isterinya. Nilai falsafah kasih sayang seorang suami terhadap isterinya ini ditunjukkan oleh Raja Si Suton apabila
baginda
sedaya
upaya
ingin
menunaikan
keinginan
isterinya
iaitu
Permaisuri Ikadon yang mengidam untuk merasai daging rusa. Selepas mengetahui tentang
keinginan
permaisurinya
itu, baginda
terus
bertitah
kepada
orang
bawahannya iaitu Tok Pawang untuk segera mencari daging rusa.
“ Pergi-lah tuan dengan segera. Kira-nya engkau ta’ mendapat kali ini, tentulah engkau mendapat sengsara. Beta berjanji jikalu ta’ dapat rusa itu dalam tujoh hari, beta akan taroh engkau di dalam jil. Lebeh baik-lah engkau segera pergi.”
Melalui petikan tersebut jelas menonjolkan kasih sayang Si Suton terhadap permaisurinya Ikadon. Baginda mahu menunaikan keinginan permaisuri Ikadon dengan secepat yang mungkin. Walaupun baginda sentiasa sibuk dalam memerintah negeri, namun baginda tetap tidak mengabaikan isterinya. Baginda sentiasa meluangkan masa untuk menemani isterinya. Baginda telah memberikan tempoh selama tujuh hari kepada Tok Pawang untuk mencari rusa tersebut kerana ingin menunaikan keinginan permaisurinya dengan masa yang singkat. Ini membuktikan bahawa baginda amat menyayangi permaisurinya itu.
Kira-nya: sekiranya, ta’: tidak, tujoh: tujuh, taroh: menahan, jil: penjara @ bilik tahahan, lebeh: lebih
3
Selain itu kasih sayang baginda Si Suton juga ditunjukkan terhadap isterinya yang kedua iaitu Tuan Puteri Cempaka Biru. Ini dapat dilihat sewaktu baginda diperdaya oleh Nenek Tok Belian yang menyamar sebagai Dewa Angkasa dan menyuruh baginda mencari gajah putih gading hitam, di padang. Katanya lagi, gajah putih gading hitam itulah merupakan kenaikan yang layak untuk Tuan Puteri Cempaka Biru. Gajah putih gading hitam itu boleh dijumpai di Bukit Kaf. Kerana terlampau sayang dan kasih kepada isterinya, baginda mempercayai kata-kata Nenek Tok Belian. Baginda segera bertitah kepada Mamak Pemangkubuminya yang baru:
“ Hai Mamak Pemangkubumi yang baharu, dengar-lah beta ini hendak bersabda. Kita berdua ini kena-lah pergi ka-Bukit Kaf dengan segera. Malam tadi beta telah mendengar sa-orang nenek dari Indera turun melayang ka-muka bumi yang rata. Ia bertitah konon, hendaklah kita ini pergi chari gajah puteh gading hitam untok kenaikan Tuan Puteri Cempaka Biru.”
Selepas itu baginda dan Mamak Pemangkubumi yang baru iaitu Tok Pawang segera berangkat mencari gajah putih gading hitam yang dimaksudkan itu. Hal ini jelas membuktikan bahawa baginda Si Suton sanggup melakukan apa sahaja hanya yang terbaik untuk isterinya itu. Baginda sanggup meninggalkan negerinya, sematamata kerana ingin mencari gajah putih gading hitam untuk dijadikan kenaikan Puteri Cempaka Biru.
Mamak Pemangkubumi: nama jawatan, baharu: baru, ka-bukit: kebukit, sa-orang: seorang, ka-muka: kemuka, chari: cari, gajah puteh: gajah putih, untok: untuk
4
Falsafah lain yang terdapat dalam Cerita Si Suton ini ialah falsafah keberanian diri yang tinggi. Falsafah keberanian ini ditunjukkan oleh Raja Si Suton sewaktu baginda ingin mengikut isterinya iaitu Tuan Puteti Cempaka Biru balik ke kayangan. Hal ini kerana, sekiranya baginda ingin ke kayangan juga, baginda harus menempuhi pelbagai rintangan termasuk melalui tempat dua ekor naga sedang berjuang dan dihantar oleh geroda ke kayangan. Baginda juga tidak gentar
untuk
mempertahankan
Puteri
Cempaka
Biru
dari
dirampas
oleh
tunangannya di kayangan iaitu Dewa Si Tangkal Ali yang merupakan anak kepada Dewa Maha Bisnu. Peperangan antara Raja Si Suton dan Dewa Tangkal Ali telah berlanjutan selama lima bulan dan akhirnya kemenangan berpihak kepada baginda Si Suton. Selain itu, falsafah keberanian diri yang tinggi ini juga dapat dilihat sewaktu Raja Si Suton tidak gentar dan takut ketika baginda diuji oleh Dewa Ratu Daha menyelesaikan empat permintaan sebagai ujian sekiranya baginda ingin berkahwin semula dengan Tuan Puteri Cempaka Biru. Walaupun permintaan tersebut amat sukar untuk disempurnakan namun baginda Si Suton tidak mudah berputus asa. Baginda tetap menyelesaikan semua cabaran tersebut. Akhirnya baginda Si Suton dapat menyelesaikan semua permintaan tersebut dengan sempurna dan dapat memuaskan hati Dewa Ratu Daha. Baginda bersungguh-sungguh ingin membuktikan bahawa baginda mempunyai kesaktian dan mampu menjadi suami yang baik kepada Tuan Puteri Cempaka Biru.
5
Kesimpulannya, nilai falsafah yang
ditonjolkan dalam Cerita Si Suton ini
mengandungi bukti-bukti yang jelas. Cerita rakyat mengandungi sifat umumnya iaitu berunsur `romantik’. Ini jelas dapat dilihat melalui falsafah kasih sayang seorang suami kepada isterinya yang ditunjukkan oleh Raja Si Suton kepada kedua-dua isterinya. Selain itu, cerita rakyat berlaku dalam dunia yang tidak terbatas kemungkinannya. Sebagai contoh alam kayangan. Ini juga terdapat dalam Cerita Si Suton apabila Raja Si Suton dari dunia nyata iaitu bumi berkahwin dengan Tuan Puteri Cempaka Biru yang berasal dari kayangan. Melalui jalan cerita yang terdapat dalam Cerita Si Suton ini, dapatlah kita menyimpulkan bahawa nilai falsafah kasih sayang dan keberanian merangkumi hampir keseluruhan cerita ini. Cerita Si Suton amat padat dengan nilai-nilai murni melalui falsafah yang terdapat dalam cerita ini. Cerita rakyat mempunyai jalan cerita yang sama iaitu watak utama di dalam cerita tersebut akan mengalami kesulitan seperti terpaksa berpisah di awal cerita dan kembali bersama akhirnya setelah melalui pelbagai rintangan dan penderitaan. seperti raja Si Suton yang akhirnya hidup bahagia bersama Tuan Puteri Cempaka Biru setelah melalui pelbagai dugaan dan cabaran dalm kehidupannya.
6
BIBILIOGRAFI
Hamsiah Bt. Hj. Abdul Hamid.( Cherita Si Suton ) Siri klasik DBP Bil. 8, 1964
`Hikayat Malim Deman’ Oxford University Press
Kamus Dewan Edisi Ketiga Halaman 457, keluaran DBP,2002
Http://www.cerita rakyat.com.my
Http://www.hikayat klasik melayu.com.my
7