FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 HIKAYAT SI MISKIN NAMA PELAJAR
: SITI SUHAILA MOHD ZAINI
NO MATRIK
: JEA 080138
SESI
: SEMESTER 1 2008/2009
NAMA PENSYARAH
: DR.AMRAN MOHAMAD
NAMA TUTOR
: CIK HADIJAH ABD RAHMAN
FAKULTI
: AKEDEMI PENGAJIAN MELAYU
Dalam tugasan ini mengandungi mengandungi kupasan dari segi falsafah berkaitan dengan sebuah karya klasik. Sastera hikayat tergolong dalam sastera melayu tradisional. Sastera hikayat terbahagi kepada beberapa golongan iaitu hikayat melayu asli, hikayat melayu berpengaruh islam ,hikayat melayu berpengaruh hindu dan lain-lain lagi. Hikayat yang ingin dipilih oleh penulis untuk dikupas dari segi falsafah ialah hikayat Si Miskin. Hikayat Si Miskin mengisahkan Si Miskin suami isteri dicampak ke Negeri Anta Beranta setelah di sumpah oleh Bentara Indera. Tidak lama kemudian isteri Si Miskin hamil dan melahirkan seorang putera yang diberi nama Marakarma. Setelah kelahiran puteranya hidup Si Miskin bertukar menjadi mewah dan mempunyai sebuah negeri yang dinamakan Negeri Puspa Sari. Mereka dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Nila Kesuma. Maharaja Indera Dewa yang memerintah Anta Beranta cemburu dengan kerajaan Maharaja Indera Angkasa. Apabila Maharaja Indera Angkasa memanggil nujum, Maharaja Indera Dewa menghasut nujum-nujum itu supaya mengatakan anak-anak Si Miskin membawa kecelakaan. Si Miskin termakan fitnah dan membuang kedua-dua orang anaknya tetapi Negeri Puspa Sari terbakar dan Si Miskin menjadi papa kembali. Dalam buangan Marakarma dan Nila Kesuma menempuh pelbagai halangan dalam menempuh hari-hari yang mendatang.
Mereka terpaksa berdepan dengan binatang-
binatang buas,mengharungi kelaparan dan sebagainya. Dari peristiwa itu penulis telah memilih falsafah kasih sayang untuk dikupas. Kasih sayang dalam petikan ini dapat dilihat melalui watak Marakarma dan Nila Kesuma.
Peristiwa ini berlaku semasa
2
Marakarma dan Nila Kesuma telah dihalau dari istana setelah dituduh sebagai pembawa sial. Mereka membawa diri kedalam hutan belantara. Falsafah kasih sayang mengenai kecekalan seorang abang dalam melindungi adik iaitu Marakarma dan Nila Kesuma.
Kasih sayang yang ditonjolkan dalam watak
Marakarma memperlihatkan kekuatan dalam sebuah ikatan kekeluargaan.
Sebagai
contoh Marakarma begitu kasih akan adiknya. Dia sanggup menahan lapar asalkan adiknya tidak menangis kelaparan. Sebagai seorang abang Marakarma mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan adiknya. Sikap Marakarma harus dijadikan contoh dalam kehidupan kita. Sikap kasih sayang juga dapat dipupuk tanpa mengira usia dan kedudukan atau pangkat seseorang. Selain itu juga nilai kasih sayang dapat memupuk individu mempunyai nilai ketabahan dan kesabaran dalam diri. Sikap ini akan mendorong individu lebih tabah dan cekal apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Dengan adanya sikap kasih sayang juga individu akan rasa diri masih dihargai malaupun mempunyai kekurangan dalam hidup.
Berdasarkan petikan yang dipilih
melihatkan kesungguhan Marakarma melindungi adiknya daripada segala bahaya. Kerana terlalu kasihkan adiknya juga dia sanggup mengorbankan nyawanya. Selain itu dengan adanya rasa kasih sayang ini juga seterusnya dapat menghapuskan sikap mementingkan diri.
Terutama dalam sebuah keluarga, setiap keluarga seharusnya
mempunyai semangat kasih sayang yang kuat dan jitu untuk mencapai kesefahaman dan keharmonian dalam sesebuah keluarga.
3
Pada masa kini terdapat segelintir masyarakat melayu yang tidak menitikberatkan aspek kasih sayang dalam diri individu mahupun dalam sesebuah kekeluargaan. Akibatnya daripada itu banyak berlaku kepincangan dalam hubungan kekeluargaan seperti bercerai-berai, keruntuhan akhlak anak-anak muda yang tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa. Seharusnya sebagai ibu bapa perlu memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak mereka. Kasih sayang bukan sahaja dari segi kemewahan tetapi dari segi didikan agama dan akademik yang seiring. Penulis yakin jika sikap kasih sayang dipupuk dalam diri setiap individu sebuah keluarga ataupun masyarakat akan hidup dalam keharmonian dan kesejahteraan. Masalah Keruntuhan dan perpecahan dalam keluarga juga dapat dielakkan. Watak Marakarma sesuai dijadikan contoh yang baik untuk diikuti oleh semua individu. Pada masa kini sikap kasih sayang semakin pudar dalam diri sekaligus segelintir individu sanggup melakukan kekejaman yang tidak berperikemanusiaan. Dalam hikayat Si Miskin nilai kasih sayang bukan sahaja melibatkan kasih sayang antara manusia dengan manusia tetapi menunjukkan kasih sayang dengan makhluk ciptaan Tuhan yang lain. Contohnya dalam perjalanan Marakarma dan adiknya telah berjumpa dengan dewa-dewa, jin ,dan ular yang telah memberikan kuasa sakti kepada Marakarma sebagai perlindungan diri di samping mengangkat Marakarma sebaagai saudara mereka. Jelaslah kasih sayang dapat disemai tanpa mengira darjat atau kedudukkan seseorang. Telah menjadi lumrah dalam kehidupan ini setiap makhluk yang diciptakan telah dilahirkan mempunyai pelbagai perasaan dalam diri seperti perasaan sayang, suka,marah, benci, dan sebaginya. Walhal haiwan sekalipun diciptakan dengan mempunyai kasih sayang iaitu kasih sayang terhadap anaknya dengan cara melindungi anaknya agar tidak menjadi mangsa haiwan lain.
4
Manusia yang mempunyai akal dan fikiran seharusnya lebih mempunyai rasa kasih sayang antara satu sama lain. Selain daripada hubungan kasih sayang antara adik –beradik yang ingin diketengahkan penulis terdapat juga persoalan mengenai kasih sayang ibu bapa yang sanggup mementingkan kemewahan hidup daripada darah daging sendiri. Pada zaman sebelum kedatangan islam kita mengetahui tentang kejahilan masyarakat pada zaman itu yang sanggup membunuh bayi-bayi perempuan yang baru dilahirkan kerana mempercayai kaum perempuan pada masa itu mendatangkan kecelakaan dan membawa musibah dalam keluarga.
Mereka tidak mementingkan nilai kasih sayang kerana
membunuh darah daging sendiri dan lebih mempercayai kepercayaan mereka pada masa itu
.Begitu juga dalam hikayat Si Miskin digambarkan bahawa kemewahan dan
kesenangan lebih bermakna daripada anak mereka sendiri. Mereka lebih mmempercayai tilikan ahli nujum dan menggangap ahli nujum sebagai Tuhan mereka. Jelaslah pada masa ini mereka tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh. Dari sudut pandangan Islam sendiri telah menekankan pentingnya semangat kekeluargaan berbanding mengutamakan kekayaan duniawi yang bersifat semetara.
Si Miskin dan isterinya
sanggup memutuskan kasih sayang antara ibu bapa dan anak supaya mereka hidup dalam kemewahan. Jelaslah menunjukkan pada masa itu nilai kasih sayang dalam diri mereka terlalu rendah. Akibat daripada ketamakkan itu juga mereka menerima balasan yang setimpal iaitu Negerinya telah terbakar.
Kasih sayang juga menjadikan seseorang
individu lebih berdikari. Hal ini demikian kerana Marakarma mempunyai semangat yang kuat untuk terus hidup walaupun telah mengharungi dugaan dalam hidupnya. Dia juga berusaha untuk berjumpa semula dengan keluarga yang telah terpisah lama. Semua
5
usaha yang dilakukannya kerana mempunyai rasa kasih dan sayang kepada keluarganya tanpa menyimpan perasaan dendam. Jika dilihat dalam perspektif masyarakat Melayu pada masa ini, menyimpan perasaan dendam sudah sebati dalam diri mereka. Amalan seperti itu adalah dilarang dalam agama kita sendiri. Intiharnya, pada zaman serba moden ini, karya hikayat semakin dilupakan dan pudar dalam ingatan pembaca terutama sekali bagi golongan remaja.
Menurut pandangan
mereka sastera hikayat begitu membosankan. Hal ini demikian kerana, lahirnya banyak bahan bacaan berbentuk picisan seperti novel, majalah, komik, dan sebagainya yang ternyata dapat menarik perhatian pembaca. Seharusnya masyarakat perlu menjadikan karya-karya hikayat seperti Hikayat Si Miskin ini sebagai satu bahan bacaan kerana terdapat banyak unsur-unsur didaktik dan pengajaran dalam sesebuah karya. Contohnya dalam hikayat Si Miskin jelas menunjukkan sikap kasih sayang yang tinggi dalam diri Marakarma yang sanggup menjaga dan melindungi adiknya. Perasaan kasih sayang sememangnya telah wujud dalam diri individu cuma bergantung kepada individu itu sendiri untuk mempraktikkannya. Setiap individu harus menyemai sikap kasih sayang antara satu sama lain tanpa membezakan status diri seseorang.
6
PETIKAN DALAM HIKAYAT SI MISKIN Alkisah, maka tersebutlah kisah Marakarma berjalan dua bersaudara itu. Maka Tuan Puteri Nila Kesuma itu pun menangis hendak minum susu. Maka Marakarma pun menangis seraya berkata, “Diamlah adinda, jangan menangis kerna kita orang celaka. Dimanakah kita boleh mendapat susu lagi? kita sudah dibuangkan orang.” Maka diberinyalah kepada adiknya ketupat itu sebelah. Maka dimakannyalah. Maka ia pun diamlah. Maka sampai tujuh hari tujuh malam ia berjalan itu. Maka ketupat yang tujuh biji itu habislah dimakan oleh Tuan Puteri Nila Kesuma itu, kerana diberikannya kpada adiknya sebelah dan petang sebelah. Setelah habis ketupat itu, Maka Tuan Puteri Nila Kesuma itu menangis lagi hendak makan. Maka diambil oleh Marakarmasegala taruk kayu dan umbut-umbut dan buah-buahan kayu yang didalam hutan itu yang patut dimakannya. Maka diberikannya kepada saudaranya itu dan barang dimana ia bertemu dengan air maka dimandikannyalah akan saudaranya. Syahadan beberapa lamanya ia berjalan itu, maka beberapa bertemu dengan gunung yang tinggi-tinggi dan padang yang luas-luas dan tasik yang berombak seperti laut tempat segala dewa-dewi dan peri, mambang, indera, cendera, jin. Maka raja-raja jin disanalah tempat bermain lancang berlumba-lumba,disanalah banyak ia beroleh kesaktian yang diberi oleh anak raja-raja itu.Adapun Marakarma itu apabila ia bertemu dengan segala raja-raja itu, maka Tuan Puteri Nila Kesuma itu pun disembunyikanlah, dan jikalau ia bertemu dengan segala binatang-binatang yang buas-buas, maka didukungnyalah akan saudaranya itu tiada diberinya lepas dari tubuhnya.
7
BIBLIOGRAFI Abu bakar Hamid. 1985. Hikayat Si Miskin. Petaling Jaya:Fajar Bakti Sdn.Bhd Mutiara sastera melayu tradisional.2006.penyelanggaraan Majlis Peperiksaan Malaysia. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Liaw Yock Fang.1991.Sejarah Kesusasteraan Melayu klasik1:Jakarta Penerbit Erlangga Awang Sariyan. 2008. Falsafah dan Logika Melayu. Selangor: Synergate Sdn.Bhd Zainal Abidin Ahmad(Za’ba).1962.Ilmu Pengarang Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
8