FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU (JXEA 1104) TAJUK: KUPASAN FALSAFAH DALAM KONSEP BAIK HATI PENSYARAH: DR.AMRAN MUHAMMAD NAMA:MOHD AZWAN B.IBRAHIM NO. MATRIK: JEA080040 SEMESTER 1,SESI 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA
Petikan dari Hikayat Si Miskin Maka isteri-nya pun menangis tiada mahu makan jikalau bukan buah mempelam yang didalam taman raja itu,Biar-lah aku mati sa-kali.` Maka terlalu-lah sebal hati suami-nya itu melihatkan akan kelakuan isteri-nya itu saperti orang yang hendak mati rupa-nya tiada-lah berdaya lagi.Maka suami-nya itu pun pergilah mengadap Maharaja Indera Dewa itu.Maka baginda itu pun sedang ramai di-hadap oleh segakla raja2.Maka Si-Miskin pun dating-lah lalu masok ka-dalam sa-kali. Maka titah baginda,Hai Si-Miskin,apa kehendak-mu? Maka sahut Si-Miskin,Ada juga Tuanku,lalu ia sujud . Kepala-nya
rakyat
lalu
di-letakkan-nya
ka-tanah.Ampun
Tuan-ku
beribu-ribu
ampun,Tuanku,jikalau ada kurnia Duli Shah Alam akan patek hamba orang yang hina ini hendak-lah memohonkan daun mempelam Shah Alam yang sudah gugur ka-bumi itu barang sa-helai.,Tuanku Maka titah baginda ,Hendak engkau buatkan apa daun mempelam itu Maka sembah Si-Miskin,Hendak di-makan,Tuanku Maka titah baginda,Ambilkan-lahbarang sa-tangkai,berikan pada Si-Miskin itu. Maka di-ambil orang-lah,di-berikan kapada Si-Miskin itu.Maka di-ambil-lah oleh SiMiskin itu seraya menyembah kapada baginda itu lalu keluar ia berjalan kembali. Sa-telah itu maka baginda pun berangkat-lah masok ka-dalam istana-nya.Maka segala raja2 dan menteri,hulubalang rayat sekalian itu masing2 pulang ka-rumah-nya. Arakian,maka Si-Miskin pun sampai-lah kapada tenpat-nya.Sa-telah di-lihat oleh isterinya akan suami-nya datang itu membawa buah mempelam sa-tangkai,maka ia tertawatawa seraya di-sambut-nya lalu di-makan-nya.
Konsep baik hati
Politik Dalam konteks baik hati, sampel yang telah dipilih dari Hikayat Si Miskin merupakan satu petikan yang lebih menjurus kepada hubungan sesama manusia. Dari segi falsafah konsep ini telah diterangkan oleh Prof.. Syed Muhammad Naquib al- Attas iaitu beliau telah menyatakan bahawa falsafah Melayu kini lebih berlandaskan kepercayaan akan kuasa benda-benda di alam iaitu secara tidak langsung ia sangat berkait rapat antara hubungan sesama manusia. Dalam sampel yang dipilih, pemakaian istilah telah dijadikan satu falsafah yang tersirat yang kini menjadi satu bahan kajian masyarakat sekarang Kepala-nya rakyat lalu di-letakkan-nya ka-tanah.Ampun Tuan-ku beribu-ribu ampun,Tuanku,jikalau ada kurnia Duli Shah Alam akan patek hamba orang yang hina ini hendak-lah memohonkan daun mempelam Shah Alam yang sudah gugur ka-bumi itu barang sahelai.,Tuanku Maka titah baginda ,Hendak engkau buatkan apa daun mempelam itu Maka sembah Si-Miskin,Hendak di-makan,Tuanku Maka titah baginda,Ambilkan-lahbarang sa-tangkai,berikan pada SiMiskin itu. Maka di-ambil orang-lah,di-berikan kapada Si-Miskin itu.Maka diambil-lah oleh Si-Miskin itu seraya menyembah kapada baginda itu lalu keluar ia berjalan kembali
Ini kita dapat lihat penggunaan perkataan memohonkan dan ambilkan-lah barang satangkai berikan membawa satu falsafah dalam konteks masyarakat Melayu iaitu bagaimana seorang raja sanggup berkongsi sesuatu yang mengikut kepercayaan animisme (kepercayaan sebelum kedatangan agama Islam; iaitu seandainya seseorang raja itu berkongsi hak miliknya dengan hambanya maka, raja tersebut tidak akan kekal
lama). Dalam konteks ini, kita dapat lihat dalam Hikayat Si Miskin, kepercayaan ini tidak lagi dugunakan dan kedatangan Islam telah membawa satu falsafah baru dalam dunia masyarakat Melayu. Dalam konsep yang telah dipilih iaitu baik hati, kita dapat melihat bahawa konsep ini telah dilambangkan dengan baik dalam Hikayat Si Miskin iaitu bagaimana seorang raja telah berkongsi apa yang dimiliki oleh dirinya bersama rakyatnya. Falsafah baik hati ini juga ditunjukkan dengan rakyatnya iaitu Si Miskin hanya meminta daun mempelam tetapi raja telah memberi setangkai buah kepada disebabkan falsafah yang didokong iaitu konsep baik hati yang telah menjadi salah satu idealisme penulis untuk disampaikan kepada pembaca. Ini dapat dilihat seperti berikut Maka titah baginda,Hai Si-Miskin,apa kehendak-mu? Maka sahut Si-Miskin,Ada juga Tuanku,lalu ia sujud . Kepala-nya rakyat lalu di-letakkan-nya ka-tanah.Ampun Tuan-ku beribu-ribu ampun,Tuanku,jikalau ada kurnia Duli Shah Alam akan patek hamba orang yang hina ini hendak-lah memohonkan daun mempelam Shah Alam yang sudah gugur ka-bumi itu barang sahelai.,Tuanku Maka titah baginda ,Hendak engkau buatkan apa daun mempelam itu Maka sembah Si-Miskin,Hendak di-makan,Tuanku Maka titah baginda,Ambilkan-lahbarang sa-tangkai,berikan pada SiMiskin itu. Maka di-ambil orang-lah,di-berikan kapada Si-Miskin itu.Maka diambil-lah oleh Si-Miskin itu seraya menyembah kapada baginda itu lalu keluar ia berjalan kembali. Sa-telah itu maka baginda pun berangkat-lah masok ka-dalam istananya.Maka segala raja2 dan menteri,hulubalang rayat sekalian itu masing2 pulang ka-rumah-nya.
Sosial
Konsep baik hati sebenarnya dapat dilihat dalam hubungan diantara sesama manusia dan konsep ini secara dasarnya disebut konsep hablumminannas. Hablumminannas ditakrifkan sebagai hubungan manusia dengan manusia. Didalam petikan yang telah dipilih, kita dapat melihat bahawa konsep ini diterangkan dengan sangat baik sama ada dari segi realiti mahupun dari segi falsafah yang cuba disampaikan kepada pembaca. Dalam konteks hierarki terdahulu, raja dengan rakyat mempunyai susunan atau kedudukan tinggi dan rendah dalam organisisi masyarakat yang berdasarkan taraf atau kekuasaan.Hubungan antara raja dengan rakyat dapat dikaitkan dengan konsep baik hati. Ini dapat dilihat pada petikan berikut Kepala-nya rakyat lalu di-letakkan-nya ka-tanah.Ampun Tuan-ku beribu-ribu ampun,Tuanku,jikalau ada kurnia Duli Shah Alam akan patek hamba orang yang hina ini hendak-lah memohonkan daun mempelam
Shah Alam yang sudah gugur ka-bumi itu barang sa-
helai.,Tuanku Maka titah baginda ,Hendak engkau buatkan apa daun mempelam itu Maka sembah Si-Miskin,Hendak di-makan,Tuanku Maka titah baginda,Ambilkan-lahbarang sa-tangkai,berikan pada SiMiskin itu. Maka di-ambil orang-lah,di-berikan kapada Si-Miskin itu.Maka diambil-lah oleh Si-Miskin itu seraya menyembah kapada baginda itu lalu keluar ia berjalan kembali. Sa-telah itu maka baginda pun berangkat-lah masok ka-dalam istananya.Maka segala raja2 dan menteri,hulubalang rayat sekalian itu masing2 pulang ka-rumah-nya.
Dari segi falsafah konsep baik hati merupakan satu kelakuan yang yang bersifat bermoral. Ini sebenarnya dapat dilihat kepada kelakuan bermoral raja terhadap rakyatnya.
Hubungan sesama manusia dapat dilihat dalam petikan dibawah, yang telah menunjukkan Raja Shah Alam yang menunjukkan sifat baik hatinya kepada rakyatnya iaitu Si-Miskin. Ia dapat dilihat pada petikan dibawah, Maka titah baginda,Ambilkan-lahbarang sa-tangkai,berikan pada SiMiskin itu. Maka di-ambil orang-lah,di-berikan kapada Si-Miskin itu.Maka diambil-lah oleh Si-Miskin itu seraya menyembah kapada baginda itu lalu keluar ia berjalan kembali.
Secara kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa konsep baik hati ini telah membawa maksud yang pelbagai sama ada dari konteks realiti mahupun dari segi falsafah. Semua ini telah membawa maksud masing-masing yang secara lahiriahnya mempunyai makna yang tersendiri. Justeru, maksud baik hati yang telah dipilih disifatkan sebagai satu makna yang lebih dekat kepada penghayatan falsafah dan ia juga telah membawa satu makna yang lebih mendalam dalam satu suasana falsafah yang lebih jelas.
Rujukan Al-Attas S.M.N 1972 .Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu.Kuala Lumpur,Universiti Kebangsaan Malaysia.
Al-Attas S.M.N 1978. Islam and Secularis.Kuala Lumpur.ABIM. Hashim Musa.Falsafah ,Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu.Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.2001 J.S.A Van Dissel(Leiden 1897)diterbitkan oleh E.J Brill Ltd. Lieden OxfOrd Universiti Press 1965. Prof. Dr. Awang Sariyan.Falsafah dan Logika Melayu.Synergymate 2007,m/s 12-13