FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA1104 NAMA:NORHASHIMAH BINTI ISMAIL NO.MATRIK:JEAO8O189 NAMA PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMMAD TAJUK KURSUS:KARYA KLASIK(HIKAYAT RAJA DONAN) SEMESTER:1 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
BAB 3: HIKAYAT RAJA DONAN Maka oleh Temenggong-Bendahara dikerahnya orang memukul chanang pemanggil,lalu di-sahut taboh di-ladang. Maka berhimpun-lah sakaian ra’ayat: Dengan buta datang berpimpin, Dengan patah datang bertongkat, Dengan pekak terteleng2, Dengan kurap menyiah jalan, Dari jauh berserang dekat, Sudah dekat berserang sampai, Tersenjang lutut’ ngan dua, Terangkat jari sa-puloh.
Pada suatu hari tergerak-lah hati Raja Madong bongsu hendak menengok nasib Raja Donan. Maka di-panggil-lah Nujum’Ngan Tujoh,maka bertanya-lah Raja Madong Bongsu, “Apa-kah padah-nya anak beta ini? “Jatoh ka-tikar,tikar roboh, Jatoh ka-lantai,lanta patah; Lansong jatoh ka-tanah.”
Hikayat Raja Donan merupakan hasil karya yang telah diceritakan oleh Esah binti Muhammad. Pada permulaan cerita Raja Donan ini telah menceritakan tentang Raja Diu yang merupakan moyang kepada Raja Donan yang telah berkahwin dengan Tuan Puteri Saja Di-Embun. Kemudian baginda telah menjumpai seorang budak ketika mengembara di Gunung Lotang. Baginda telah menamakan anak tersebut Raja Bongsu Dondang Adek Raja Bongsu Dondang Adek telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak iaitu Raja Besar dan Raja Madong Bongsu.
Kisah Raja Donan menceritakan
perihal Raja Donan yang telah dibuang negeri oleh ayahanya kandungnya iaitu Raja Madong Bongsu kerana fitnah ahli nujum yang mengatakan bahawa Raja Donan seorang yang membawa nasib yang malang didalam negeri. Menurut ahli nujum itu jika Raja Donan dibesarkan didalam negerinya malapetaka akan menimpa negeri itu. Raja Donan telah dibesarkan oleh Temenggong- Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasoh di Pulau Sembilan. Setelah Raja Donan menigkat usianya Raja Donan telah pergi mengembara ke beberapa tempat dan pada penghujung pengembaraannya Raja Donan telah menyamar sebagai seorang yang hina dina dimata masyarakat iaitu sebagai Budak Burok. Seterusnya Raja Donan telah berjaya merebut tuan puteri iaitu Puteri Gandar Eran daripada tunangnya Dewa Perakas kerana menang dalam menyabung ayam.
Dalam bab 3 Hikayat Raja Donan ini banyak falsafah yang boleh dikaitkan dengan kehidupan masyarakat Melayu pada Zaman Melayu Klasik.
Ketaatan dan
kepatuhan rakyat terhadap raja merupakan satu sikap masyarakat Melayu yang penting
dalam sebuah negeri atau kerajaan. Menerusi cerita Raja Donan ini Raja Madong Bongsu yang merupakan bapa kandung Raja Donan telah menitahkan kepada rakyat jelata supaya mencari ikan, burung punai, susu rimau jantan, remis dan lokan untuk memenuhi
keinginan
isteri
kesayangannya
Puteri
Permaisuri
yang
sedang
mengandungkan Raja Donan pada ketika itu. Tanpa sebarang bantahan rakyat negeri itu terus sahaja menurut perintah Raja Madong Bongsu bagi memenuhi keinginan Puteri Permaisuri. Namun mereka telah meminta masa selama tiga hari untuk mencari dan membawa apa yang diingini oleh Puteri Permaisuri. Setelah selama tiga hari mereka pun telah mendapatkan ikan, burung punai, susu rimau jantan, remis dan lokan untuk dipersembahkan kepada Raja Madong Bongsu.
Hal ini telah membuktikan bahawa
masyarakat melayu sangat taat dan patuh kepada perintah raja.
Perintah Raja atau Sultan merupakan suatu perkara yang harus dipatuoleh setiap rakyat jelata.
Mengikut sejarah Melayu pada Zaman Melayu Melaka, sesiapa yang
ingkar terhadap perintah raja akan ditimpa tulah atau malapetaka. Walaubagaimanapaun, masyarakat melayu hari ini tidak lagi percaya terhadap perkara
tersebut tetapi
berpandukan undang-undang dalam perlembagaan. Raja hanya dianggap sebagai simbol atau lambang terhadap kerajaan demokrasi seperti di negara kita .
Dalam Hikayat Raja Donan sifat taat dan setia terhadap raja begitu jelas sekali apabila terdapat rakyat yang cacat seperti buta, patah kaki dan sebagainya telah datang menyembah raja ketika diperintahkan oleh Raja Madong Bongsu kepada Temenggung-
Bendahara untuk meminta rakyatnya pergi mencari ikan, burung punai dan sebagainya untuk dipersembahkan kepada Puteri Permaisuri yang telah mengidam itu. Cacat atau kurang upaya tidak menjadi alasan kepada mereka untuk membantah perintah raja. Kepatuhan kepada Raja merupakan perkara yang menjadi tanggunjawab setiap rakyat ketika Zaman Melayu Klasik. Falsafah ini harus diterapkan kepada masyarakat pada masa sekarang untuk menjadikan negara yang aman dan makmur.
Kesetiaan dan ketaatan yang ditonjolkan oleh masyarakat Melayu Klasik harus diberikan perhatian didalam cerita ini sebagai falsafah hidup yang baik dalam sesebuah masyarakat yang hidup dalam sesebuah kerajaan atau institusi beraja.
Falsafah mengenai kepercayan dan agama juga telah diketengahkan oleh penutor cerita Raja Donan ini. Dalam bab tiga cerita Raja Donan masyarakat Melayu
telah
mengamalkan kepercayaan terhadap ahli nujum atau amalan menilik. Perkara ini dapat dilihat apabila Raja Madong Bongsu bertanya kepada Nujum Ngan Bongsu mengenai nasib anaknya Raja Donan yang dikataka mempunyai tuah terhadap negerinya. Namun Raja Madong Bongsu tidak mempercayai kata-kata Nujum Ngan Bongsu tetapi lebih mempercayai Nujum Ngan Enam yang menyatakan bahawa anaknya Raja Donan membawa tanda buruk terhadap negerinya.
Amalan menilik nasib atau menggunakan ahli nujum yang diamalkan dalam masyarakat Melayu bertentangan dengan ajaran agama Islam. Dalam cerita Raja Donan ini, kepercayaan terhadap agama Islam juga telah wujud namun tidak diamalkan secara
mendalam. Mengikut ajaran agama Islam, umat manusia haruslah patuh kepada Allah dan percaya hanya Allah yang menentukan takdir seseorang manusia itu. Manusia tidak seharusnya percaya terhadap amalan syirik seperti mengamalkan ahli nujum untuk menilik nasib seseorang seperti yang diamalkan oleh Raja Madong Bongsun terhadap anaknya Raja Donan. Perbuatan syirik ialah dianggap seperti menyekutukan Allah sedangkan dalam ajaran Islam manusia haruslah patuh dan taat kepada Allah dan hanya mengesakanNYA. Selain itu juga manusia harus redha akan ketentuan Ilahi.
Kehidupan masyarakat Zaman Melayu Klasik mempuyai gaya hidup yang sama dengan masyarakaat Melayu moden pada hari ini. Hal ini demikian kerana, masyarakat Melayu pada hari ini juga masih mengamalkan dan mempercayai amalan tahyul ini. Amalan menilik nasib seperti menilik jodoh dan sebagainya masih lagi dipercayai oleh sesetengah masyarakat .
Falsafah merupakan penilaian yang mendalam terhadap sesuatu benda atau perkara yang wujud atau tidak di alam semesta ini. Kepercayaan terhadap amalan ilmu menilik dengan menggunakan ahli nujum juga falsafah yang wujud dan dikaji secara mendalam oleh masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu yang tiada pegangan agama yang mendalam telah mempercayai bahawa ahli nujum merupakan seorang yang mempunyai firasat yang benar terhadap sesuatu perkara. Samaada perkara itu baik atau buruk masyarakat yang tiada pengetahuan
agama yang mendalam ini tetap
menerimanya. Walaupun hal atau perkara yang ditilik oleh ahli nujum tiada logik dalam
sesebuah kehidupan manusia tetapi masyarakat melayu tetap mengamalkannya samaada benar atau tidak.
Walhal dalam cerita Raja Donan pula masyarakat Melayu ketika itu menganggap ahli nujum atau tukang tilik merupakan satu keperluan terutama kepada Raja untuk memastikan bahawa keadaan negeri berada dalam keadaan aman dan tiada bencana atau malapetaka yang buruk berlaku dalam negerinya. Selain itu, Raja Madong Bongsu juga merupakan seorang yang mementingkan diri sendiri kerana lebih menyayangi negeri dan isterinya sahaja berbanding anak kandungnya sendiri. Raja Donan telah dibuang negeri dan telah membesar tanpa kasih sayang ibu bapa kandungnya sendiri.
Pada penghujung cerita Raja Donan ini, Raja Donan telah berdamai dengan Dewa Perakas dan hidup dalam keadaan aman damai. Anaknya Awang Merah Suara dan Puteri Sa-Hari Bulan juga telah berkahwin. Kesimpulannya, falsafah yang diterapkan didalam cerita ini banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu.
BIBLIOGRAFI Abbas Mohd.Shariff. Budaya Dan Falsafah Melayu.Singapore:EDN Media,2002. Awang Sarian. 2007. Falsafah dan Logika Melayu.Selangor:Synergate Sdn.Bhd. Awang Sarian. Perkembangan Falsafah Bahasa dan Pemikiran dalam Linguistik. Prof,1953-Petaling Jaya,Selangor:Sasbadi 2007. Hashim Musa.1998. Falsafah , Logika ,Teori Nilai Dan Etika.Kuala Lumpur:APM Mohd Hazim Shah. Pemikiran Melayu Ditinjau Dari Aspek Falsafah Rasionaliti.Source: Forum Universiti Malaya-Universitas Sumatera Utara.Paper 10 (3-4 Jan 1997:Kuala Lumpur