JXEA1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU KARYA MELAYU KLASIK: HIKAYAT AWANG DONAN NAMA: NORAINI BINTI ISMAIL NO.MATRIK:JEA080082 PROF.DR AMRAN AHMAD
1
Dari sudut epistemologi perkataan falsafah berasal dari perkataan Yunani atau Greek purba iaitu Pilosophia. Philos bermakna cinta dan Sophia bererti hikmah atau kebijaksanaan. Jadi philosophia bermakna cinta akan kebijaksanaan atau hikmah. Dari perkataan philosophia muncullah perkataan philosophy dalam bahasa Inggeris, falsafah dalam bahasa Arab, Philosophy dalam bahasa Jerman dan Perancis, filosofia dalam bahasa Sepanyol dan falsafah atau falasifat dalam bahasa Melayu yang bermakna cinta akan hikmah atau cinta akan kebijaksanaan.(lihat missal ABD Jalil Hassan 1964:41, Sidi Gazalba 1974:17, Al Syaibani 1991:25, Hassan Langgulung 1991;41 Wollf 1992:17). Perkataan philosophia mula digunakan oleh ahli falsafah Yunani pada abad ke 7 S.M. namun ada pendapat mengatakan perkataan ini mula diguna oleh Socrates yang hidup pada abad ke 5 S.M.(Abd. Jalil Hassan(1989:4) Pendapat pertama yang mengatakan perkataan philosophia mula digunakan pada abad ke S.M. dipertahankan dengan berasaskan fakta bahawa sejak 600 tahun S.M. sekumpulan pemikir Miletus (kini dikenali sebagai Pantai Turki)telah menyelidik kandungan, susunan dan asal usul dunia. Tokoh pertama yang dianggap sebagai ahli falsafah daripada yang dikenal Melibians ialah Thales. Erti cinta akan hikmah atau kebijaksanaan untuk kata falsafah dapat dipertalikan dengan usaha menyelidik hakikat kandungan, sususnan dan asal usul alam semesta yang dimulakan oleh Thales. Erti kata falsafah dapat dibahagikan kepada tiga sudut pandangan iaitu sudut bahasa, sudut praktis dan sudut perbezaannya dengan ilmu yang lain. Plato(428-347S.M) telah memberi takrif faksafah dengan lebih terperinci iaitu falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara disebalik sifat luarannya iaitu apa yang menjadi asas dan inti pati pembentukan sesuatu benda atau perkara itu; apa zatnya, apa ensesinya dan apa asasnya. Namun kini takrif falsafah berbagai-bagai bergantung kepada sudut pandangan dan pegangan pentakrifnya. Menurut .A.G Fuller falsafah ialah satu penyelidikan atau kajian dan ilmu yang berasaskan pentaakulan dan renungan untuk merumuska sifat, hakikat dan kandungan alam wujud dilihat secara keseluruhan sebagai satu kesatuan, berdasarkan penelitian dan pengkajian terhadap data dan fakta yang diambil dari semua aspek alam wujud. Sejak abad ke-7 S.M., semua sains fizik dan metafizik disebut falsafah. Asalnya falsafah bersinonim dengan ilmu iaitu kajian mencari ilmu yang meliputi semua bidang kajian teoritis. Aspek asas yang dikaji dalam falsafah sebagai ilmu ialah penentuan bahan atau komponen terbentuknya segala benda di dunia. Empat katogeri di dunia ialah tanah, air, udara dan api. Menurut golongan Stoik falsafah sebagai ilmu dan golongan ini telah menkaji dua aspek utama iaitu manusia dan hal ehwal manusia dan kosmos atau alam semesta. Manakala Socrates membataskan kajian falsafah pada manusia.
2
Maka ternampaklah oleh Raja Mambang Nan Bongsu akan dia dan berkatalah Raja Mambang Nan Bongsu, “Oh, Awang Donan ada di Gunung Mandi Angin, takkan aku belayar ke sini membnuh Raja Madong Bongsu.” “Baiklah Awang, anak ayahanda: Dua tidak, Tiga tidak, Melainkan Awang Donan seorang”. “Ayahanda anakanda pun, ayahandalah: Dua tidak, Tiga tidak, Melainkan ayahanda seorang. Marilah naik ayahanda”. Maka naiklah Raja Mambang Nan Bongsu dan Raja Donan pun mengeluarkan bekas srih sebuah dan tikar sebidang. Maka duduklah Raja Donan dan Raja Mambang Nan Bongsu di atas tikar sebidang itu bercakap-cakap sambil memakan sirih. Kita Raja Donan,”Ayahanda, ajarlah anakanda memencak.” “Baiklah Awang. Segala pencak yang ayahanda tahu akan ayahanda ajarkan kepada Awang kerana anak ayahanda: Dua tidak, Tiga tidak, Melainkan Awang seorang.” “Baiklah ayahanda,” Kemudian pergilah Awang Donan menghadap bondanya Puteri Permaisuri lalu berkata, “wahai bonda! Hendakkah bonda mengikut kita anakanda?” Maka jawab bondanya,”Hai anakanda! Kite siapakah lagi bonda hendak ikutkan kite ayahanda, ayahanda sudah meninggal.’ Maka berkata lagi Awang Donan,” Kalau begitu bonda, memasaklah bonda dahulu kerana ayahanda Mambang Nan Bongsu letih sangat belayar. Ia hendak makan nasi masakan bonda sendiri. Sesudah memasak hendaklah bonda bersikat, berminyak dan bersanggul.” “Baiklah anakanda,” jawab Puteri Permaisuri. Maka memasaklah Puteri Permaisuri. Sejurus sejenang panjang kemudian, maka masaklah sayur, nasi dan siaplah sambal sepiring. Maka diangkatlah hidangan ke hadapan Raja Mambang Nan Bongsu lalu santaplah bersama Awang Donan. Setelah itu maka Puteri Permaisuri pun berlimau bersanggul dan duduk memakai di pintu gerbang. Melihatkan kecantikannya itu, sesuap nasi pun tak habis dimakan oleh Raja Mambang Nan Bongsu kerana lenuk(asyik) matanya memandang Puteri Permaisuri yang cantik manis tak ada tolok bandingnya di seluruh Gunung Mandi Angin itu. Maka Raja Donan pun sangatlah geram memandang mata Raja Mambang Nan Bongsu itu. Maka berkatalah Raja Donan, “Marilah kita santap ayahanda.” Maka santaplah Raja Mambang Nan Bongsu bersama-sama Raja Donan” Sesuap kedua berundur air, Ketiga makan sirih dua kapur.
3
Hikayat Raja Donan mengisahkan tentang seorang anak raja yang dilahirkan dalam keadaan yang penuh keajaiban seperti apabila dilahirkan terus jatuh ke tanah san di tangan kanan terdapat sebilah pedang, telur disebelah tangan kiri serta beduk di atas bahu kanan. Keadaan ini telah memaksa Raja Madong Bongsu ingin mengetahui nasib Raja Donan dan baginda telah memanggil Bidan Nan Tujuh untuk menilik nasib anakandanya. Maka Bidan Nan Enam tiliklah nasib Raja Donan dan mengatakan bahawa Raja Donan akan membawa musibah pada baginda serta negeri. Namun tilikan Bidan Nan Enam merbeza dengan tilikan Bidan Nan Tujuh yang mengatakan bahawa Raja Donan akan membawa tuah kepada baginda namun tilikan Bidan Nan Tujuh tidak dippercayai oleh baginda. Baginda telah membuat keputusan untuk membuang bayi tersebut ke laut namun dihalang oleh Temenggung Bendahara dan Mak Inang dan mereka telah membawa Raja Donan ke Pulau Sembilan dan mereka berkampung di sana.Maka membesarlah Raja Donan dalam peliharaan Temenggung Bendahara. Pada suatu malam Raja Donan telah mendengar bedil ayahandanya dan baginda berasa Raja Mambang Nan Bongsu datang untuk mengambil Puteri Permaisuri. Raja Donan telah mengambil keputusan untuk ke sana. Ketika Raja Donan sampai ke sana Raja Madong Bongsu telah dibunuh oleh Raja Mambang Nan Bongsu. Raja Donan telah memanggil Raja Mambang Nan Bongsu sebagai ayahanda kerana ingin memasang perangkap bagi membunuh Raja Mambang Nan Bongsu. Raja Donan telah berpakat dengan Puteri Permaisuri dan menyyuruh permaisuri menanak nasi untuk santapan Raja Mambang Nan Bongsu. Selesai makan Raja Donan mengajak Raja Mambang Nan Bongsu untuk mengajar baginda silat dan peluang ini telah diambil untuk membunuh Raja Mambang Nan Bongsu. Selepas membunuh Raja Mambang Nan Bongsu baginda telah menghidupkan kembali ayahandanya dan kembali semula ke Pualu Sembilan. Raja Madong Bongsu telah mengambil keputusan untuk mencari Raja Donan namun tidak Berjaya. Hal ini kerana baginda masih berkecil hati dengan peerbuatan ayahandanya yang terlalu mengikut tilikan sehingga sanggup membuangnya. Menurut R.O. Winstedt cerita panglipur lara juga dikenali sebagai folk romance. Cerita panglipur lara merupakan cerita –cerita roman yang mengandungi unsur pengembaraan . Biasanya cerita berlegar-legar dikawasan istana atau golongan putera-puteri, cerita raja dengan segala gambaran keindahan, kemewahan, kesaktian serta kejadian luar biasa. Menurut Dr,Ismaildalam bukunya mengatakan panglipur laramembawa makna penghibur sementara lara bermakna duka. Jadi panglipur lara bermakna cerita yang menghiburkan orang yang sedang berduka. Ciri-ciri panglipurlara ialah percintaan wira dan wirawati dengan pelbagai unsur pengembaraan, peperangan dan sebagainya. Stuktur cerita ini terdiri dari tiga bahagian iaitu sebelum pengembaraan,semasa pengembaraan dan selepas pengembaraan. Cerita panglipur lara biasanya diselangselikan dengan menggunakan bahasa puisi yang indah dan berirama tertentu yang dikenali puisi berirama. Antara fungsi cerita panglipur lara ialah sebagai alat hiburan bagi masyarakat melayu terutama dikalangan rakyat jelata, sebagai alat didaktik iaitu alat pengajaran dan pendidikan moral serta etika yang dapat dicontoh.
4
Cerita panglipur lara Hikayat Raja Donan menampilkan banyak falsafah disebalik cerita ini. Antaranya ialah memartabatkan status pemerintah. Ciri ini mempunyai persamaan dengan falsafah zaman pertengahan ataupun falsafah paderi. Namun zaman paderi menjadikan paderi sebagai penguasa dan berkuasa terhadap pemerintahan berbeza dengan dalam cerita Falsafah gereja dikuasai oleh Saint Augustin dan Saint Thomas Aquinqs. Hikayat Raja Donan yang digambarkan mempunyai pelbagai keistimewaan seperti lahir bersama dengan beduk, parang dan sebiji telur ditangan. Selain itu, bagi meningkatkan lagi martabat Raja Donan, baginda digambarkan seorang yang bijak. Hal ini dapat dilihat apabila Raja Donan berjaya memperdayakan Raja Mambang Nan Bongsu dan berjaya membunuh raja tersebut. Hanya menggunakan kebijaksanaan Raja Donan berjaya membuat helah dengan menyatakan baginda ingin belajar pencak silat dengan Raja Mambang Nan Bongsu dan memanggil raja itu dengan gelaran ayahanda. Semasa kedua-dua raja itu sedang belajar silat Raja Donan mengambil kesempatan menikam Raja Mambang Nan Bongsu. Dalam falsafah ilmu pengetahuan amat penting dan dengan adanya ilmu pengetahuan seseorang itu dianggap sempurna. Bagi Plato untuk mewujudkan sebuah negara ideal semua rakyat harus mempunyai pengetahuan agar dapat mewujudkan negara yang sempurna. Dalam hikayat ini juga diceritakan mengenai kepercayaan dan amalan masyarakat zaman dahulu. Ini dapat dilihat melalui watak Raja Madong Bongsu iaitu ayahanda kepada Raja Donan. Raja Madong Bongsu ingin melihat masa hadapan anakandanya dan baginda telah memanggil Bidan Nan Tujuh untuk menilik nasib anakandanya Raja Donan. Baginda bertanya kepada Bidan Nan Enam dan bidan itu mengatakan Raja Donan akan membawa malang kepada baginda dan negara namun berbeza pula dengan tilikan Bidan Nan Tujuh menatakan Raja Donan akan membawa tuah kepada baginda. Akibat percaya pada tilikan, baginda ingin membunuh Raja Donan namun dihalang oleh Temenggung Bendahara dan Inang Pengasuh lalu mereka membawa Raja Donan ke Pulau Sembilan. Kepercayaan dan amalan masyarakat dahulu hampir sama dengan amalan dalam sejarah falsafah barat iaitu pada zaman falsafah zaman silam atau kuno atau dikenali juga zaman aristocrat. Pada zaman ini masyarakat mengamalkan anamisme atau kepercayaan terhadap alam sekeliling. Contohnya jika seseorang itu melihat pokok yang besar mereka akan menganggap itu sebagai tuhan. Ini hampir sama dengan Raja Madong Bongsu yang amat percaya pada tilikan tanpa mengira takdir dari tuhan. Kepercayaan anamisme bergantung pada pancaindera semata-mata tanpa mengira logic akal. Ilmu panancaindera tidak akan kekal dan akan sentiasa berubah-ubah.
5
Hikayat Raja Donan turut memaparkan persoalan kasih saying dan simpati sesame manusia. Persoalan ini dapat dilihat melalui watak Temenggung Bendahara dan Inang Pemgasuh. Apabila mengetahui Raja Madong Bongsu ingin membuang Raja Donan ke laut, Temenggung Bendahara telah mengambil inisiatif agar memberi Raja Donan kepada beliau dan Inang Pengasuh untuk dipelihara. Mereka telah membawa Raja Donan ke Pulau Sembilan dan membesarkan baginda disana dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan ilmu bela diri. Hikayat ini juga memaparkan kasih saying seorang anak kepada kedua ibu bapanya. Peristiwa ini digambarkan melalui watak Raja Donan yang sanggup membantu bonda dan ayahandanya dari serangan Raja Maambang Nan Bongsu. Walaupun Raja Madong Bongsu ingin membunuhnya dahulu namun Raja Donan tidak berdendam kerana baginda mengatakan bahawa tanpa ayahandanya siapalah dia. Baginda elah membunuh Raja Mambang Nan Bongsu dan menghidupkan kembali ayahandanya yang telah mati dibunuh oleh Raja Mambang Nan Bongsu. Sifat mulia seperti ini juga diterapkan dalam ilmu falsafah. Dalam hikayat ini juga terdapat juga jenis ilmu penetahuan manusia iaitu ilmu mistik. Ilmu mistik ialah ilmu tentang objek yang abstrak atau transedental yang berdasarkan paradigma pemikiran yang supralogikal, melalui kaedah latihan yang bersifat jasmani dan rohani dan juga melalui ilham, kasyaf, dan wahyu berasaskan pengukuran rasa kalbu atau hati. Ilmu mistik yang dipaparkan dalam hikayat ini ialah Raja Madong Nan Bongsu telah memanggil Bidan Nan Tujuh untuk menilik nasib Raja Donan. Ilmu menilik ini merupakan perbuatan yang melangkaui pemikiran logical manusia dan tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia.
BIBLIOGRAFI 1. PROF.AWANG SARIYAN, JABATAN PENGAJIAN MELAYU,AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA 2. MUTIARA SASTERA MELAYU TRADISIONAL, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KUALA LUMPUR,2006
6
7