Hikayat Raja Muda

  • Uploaded by: Firda
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hikayat Raja Muda as PDF for free.

More details

  • Words: 1,708
  • Pages: 9
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 HIKAYAT RAJA MUDA

NAMA PELAJAR

: NORAAINA DAWANA MOHAMED YAHYA

NO MATRIK

: JEA 080078

SESI

: SEMESTER 1 2008/2009

NAMA PENSYARAH

: DR.AMRAN MOHAMAD

NAMA TUTOR

: CIK SITI HADIJAH ABD RAHMAN

FAKULTI

: AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

Pendahuluan

Hikayat melayu biasanya isinya terbahagi kepada dua ,iaitu bahagian yang merupakan dongeng ,myth atau legend, dan bahagian yang menceritakan apa yang terjadi dalam sejarah. Bahagian pertama itu memberikan konotasi kepada apa yang terjadi berabadabad sebelum zaman pengarang, sedangkan bahagian yang kedua itu berlaku dalam z aman pengarang itu sendiri. Hikayat Raja Muda adalah cerita penglipur lara yang penuh dengan

unsur-unsur keajaiban,manusia kayangan dan hikmatnya. Barmacam-macam

adat istiadat istana yang menyentuh hal-hal kelahiran,perkahwinan ,pertabalan dan kematian dipaparkan juga, yang menunjukkan dengan jelas bahawa pada zaman dahulu kesusasteraan lebih merupakan milik bangsawan. . Motif tua hikayat tidak ketinggalan dalam persembahan hikayat ini,misalnya melalui peristiwa gajah putih mengembara mencari raja untuk negeri yang tidak beraja dan adegan yang memerlukan Raja Muda memerangi tujuh orang penyamun sebelum sampai bersama-sama isterinya ,puteri bongsu,ke rumah Nenek Kebayan.Hikayat ini ditulis dalam bahasa prosa ynag indah dan disulami potongan-potongsn puisi yang menarik.

2

Falsafah

yang

dapat

dikeluarkan

dalam

hikayat

ini

adalah

falsafah

kesedihan.falsafah Kesedihan ini dapat dilihat dari petikan Raja Muda yang sedang berfikir seorang diri dalam keadaan tidak menentu dan menangis mengenangkan untung nasib kehidupannya pada masa akan datang. Dalam keadaan sedih Raja Muda menghadap ayahandanya di meja makan,ayahandanya tersenyum melihat Raja Muda dan meyuruh Raja Muda makan sekali bersama baginda.denagan linangan air mataraja Muda duduk menghadap ayahandanya. Ayahandanya bertanya tentang kemurungan yang melanda anakandanya itu setelah melihat wajah Raja Muda yang muram itu. Raja Muda meminta

keampunan daripada ayahandanya jikalau apa yang ingin disampaikan

mengguris hati ayahandanya. Raja Muda meminta izin ingin pergi ke luar negeri kerana ingin melihat keadaan negeri orang dan melihat-lihat keadaan dimana Raja Muda boleh membuat kebajikan.dalam petikan ini kita dapat melihat falsafah kesedihan, ketika ayahandanya mendengar kemahuan yang disampaikan oleh Raja Muda.

Ayahanda Raja Muda menangis kerana terlalu sedih di atas permintaan Raja Muda,ayahandanya tidak dapat menunaikan permintaan Raja Muda tersebut, kerana khuathir Raja Muda tidak akan kembali lagi ke istana memandangkan ayahandanya sudah tua tiada siapa yang akan menggantikan tempat ayahandanya apabila ayahandanya meninggal dunia kelak,tambahan pula kakanda Raja Muda iaitu puteri Lindunagan Bulan yang sudah hamil dan dalam keadaan sarat hendak melahirkan anak pertamanya.Setelah

3

mendengar ayahandanya berkata-kata,Raja Muda pun tertunduk kesedihan dan tidak berkata apa-apa,lalu meminta izin untuk pergi

Selain daripada itu falsafah kesedihan dapat dilihat di dalam petikan ini ketika Raja Muda pergi

bertemu kakandanya iaitu Puteri Lindungan Bulan.Raja Muda

menceritakan Kakandanya tentang hajatnya ingin pergi ke negeri orang dan bertanya kepada kakandanya tentang kepulangan Raja Bujang Selamat daripada

memanjat

nyiur,kerana ingin mengggunakan parang puting yang digunakan oleh Raja Bujang Selamat.setelah mendengar apa yang ingin disampaikan oleh Raja Muda,Puteri Lindungan Bulan berasa amat sedih kerana adindanya sanggup meninggalkannya dalam keadaan dirinya yang sarat mengandung,dengan ketiadaan bondanya,Puteri Lindungan Bulan tidak sanggup untuk berpisah dengan adindanya sungguhpun masih ada ayahanda disisinya,kerana ayahandanya sudah tua tidak lagi menghiraukan apa-apa hal ehwal lagi. Kakandanya tidak akan merasa senag hati jika adindanya pergi juga dan menasihati adindanya supaya tidak melanggar perintah ayahandanya.

Setelah didengar oleh Raja Muda,lalu ia pun tunduk.tanpa berkata apa-apa lalau meminta diri untuk pulang istananya.Kita juga dapat melihat falsafah kesedihan dalam diri Raja Muda kerana tidak mendapat keizinan daripada ayahandanya dan juga kakandanya untuk pergi berjalan-jalan ke negeri orang. Apabila malam hari Raja Muda berjalan keluar dari istana dan menyerakhkan dirinya kepada Allah subhanahu wa taala menuju ke dalam hutan besar mengikut kehendak hati.Selain itu kita dapat melihat falsafah kesedihan dalam diri Puteri Lindungan Bulan ketika suaminya Raja Bujang

4

Selamat kembali ke istana.Raja Bujang Selamat Pulang ke istana setelah pergi mencari nyiur buat isterinya,beliau mendapati keadaan isterinya amat kurus dan mukanya amat pucat sekali.hal ini kerana isterinya amat merindui akan dirinya dan memikirkan tentang adindanya yang ingin pergi itu.Selain daripada itu,falsafah kesedihan yang ditunjukkan dalam petikan ini adalah ketika kehilangan Raja Muda. Setelah hari sudah siang pengasuh mendapati Raja Muda belum bangun dari tidurnya,lalu pengasuh yang tua tersebut pergi ke bilik Raja Muda dan menyelak kelambu yang di gunakan oleh Raja Muda,pengasuh itu mendapati Raja Muda tiada. Lalu pengasuh itu pun menangis dan memberitahu kepada pangasuh-pengasuh yang lain tentang kehilangan Raja Muda.

Setelah itu segala orang di istana berlari berkeliaran ke sana ke mari ke segenap taman dan tempat permainan,tetapi tidak juga jumpa . Lalu pengasuh yang tua pergi menghadap baginda ke dalam istana besar dan Tuan Puteri

di atas.sebaik sahaja

mendapat berita tentang kehilangan Raja Muda,baginda dan Tuan puteri tidak terkata apa-apa lagi sehingga tunduk menangis dan merasa amat kecewa akan Puteranya yang pergi itu.Setelah itu Raja Bujang Selamat pergi menghadap ayahandanya sambil menangis,dan meminta izin daripadanya ayahandanya untuk pergi mencari Raja Muda.Raja Bujang Selamat berjanji kepada ayahandanya tbahawa beliau tidak akan menghadap ayahandanya selagi tidak membawa pulang Raja Muda ke istana. Ayahandanya pun berkata supaya membawa Raja Muda pulang ke istana dan jangan membiarkan Raja Muda berjalan sendiri di dalam hutan.Setelah itu Raja Bujang Selamat pergilah ke dalam hutan sendirian dengan membawa parang puting kesaktiannya itu.

5

Kesimpulan

Kesimpulannya disini kita dapat melihat tentang falsafah kesedihan dengan lebih mendalam. Kita juga dapat merasa kesedihan yang dirasai oleh Raja Muda apabila keinginan nya untuk pergi ke negeri orang terhalang oleh ayahandanya dan juga kakandanya.Kita juga boleh mengambil ihktibar dari hikayat ini iaitu tidak membuat keputusan terburu-buru dan sanggup meninggalkan keluarga demi kepintingan diri sehingga menyebabkan seluruh ahli keuarga kita merasa sedih dan kecewa akan sikap kita yang mementingkan diri itu.Kita juga harus menjaga hati orang tua kita dan tidak ingkar dengan arahannya supaya orng tua kita tidak merasa sedih.

6

BIBLIOGRAFI Pawang Ana.1998. Hikayat Raja Muda. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd Mutiara sastera melayu tradisional.2006.penyelanggaraan Majlis Peperiksaan Malaysia. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Liaw Yock Fang.1991.Sejarah Kesusasteraan Melayu klasik1:Jakarta Penerbit Erlangga Awang Sariyan. 2008. Falsafah dan Logika Melayu. Selangor: Synergate Sdn.Bhd Zainal Abidin Ahmad(Za’ba).1962.Ilmu Pengarang Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

7

Petikan hikayat

Hatta, maka Raja Muda terkejutla lalu bangun seraya dicium bau tubuhnya terlalu amat harum. Maka Raja Muda pun berfikir seorang dirinya di dalam peraduan itu keluh kesah tiada berketahuan fikirannya seraya ia menangis terkenangkan nasibnya. Seketika lagi hari pun sianglah .maka ia pun berangkatl ke tanam bersiram, lepas bersiram kembali ke istananya lalu santap dilayani inang pengasuhnya, berupa muram wajahnya. Hatta, setelah sudah memakai itu, Raja Muda pun berangkatlah diiringi oleh segala budak-budaknya menghadap ayahanda baginda ke dalam istana besar. Maka ketika tu baginda ada tengah menghadapi persantapan. Setelah dilihat oleh baginda ankanda baginda dating itu,bagunda tersenyum seraya bertitah, “silakan anakku duduk dekat ayahanda ini, ayahanda pun sangatlah rindu dendam rasanya”. Maka Raja Muda pun duduklah dekat dengan ayahanda baginda seraya menyembah berlinang air matanya diajak baginda santap dua oramg sehidangan. Maka baginda pun bertitah , “ayuhai anakanda, apalah sebab muram wajah ayahanda lihati ini, apalah maksud anakanda,khabarkanlah benar kepada ayahanda. Maka sembah Raja Muda, “Ampun ayahanda beribu-ribu ampun, sembah anakanda harapkan diampun; jikalau ada mudah-mudahan ampun kurnia ayahanda, anakanda hendak bermohon berjalan, tiadalah lama anakanda meninggalkan ayahanda, hendak menengok negeri orang pula,kalau-kalau dapat anakanda fikiran yang kebajikan; haraplah anakanda memohon izin ayahanda sempurnakan hajat ayahanda ini.” Maka setelah didengar baginda akan sembah baginda itu, maka baginda pun bertitah seraya menangis pula, “ayuhai anakku cahaya mata ayahanda, jikalau sampai hayat maut ayahanda, siapalah akan ganti ayahanda memerintah negeri ini, tambahan pula seperti baginda itu Puteri Londungan Bulan sudah hamil, di dalam keberkatan gering sahaja. Hatta setelah didengar oleh Raja Muda akan titah paduka ayahanda baginda itu, ia pun tunduk, suatu pun tidak apa katanya. Seketika lagi baginda sudahlah santap lalu santap sirih di dalam puan yang keemasan. Hari pun petanglah. Maka raja Muda pun memohon kepada ayahanda baginda lalu kembali,singgah di istana baginda Tuan

8

Puteri Lindungan Bulan seraya duduk menyembah. Maka ditegur Tuan Puteri , “ Ayuhai adinda, silakan duduk, apa khabar adinda berangkat kepada kakanda ini?” Maka sabda Raja Muda, “ Ayuhai kakanda, adinda hendak berjalan, ingin rsanya hendak melihat negeri orang, maka sekarang adakah pulang kakanda Raja Bujang Selamat yang memanjat nyiur itu, kejana adinda hendak memohonkan parang putting adinda yang dipinjam kakanda itu hendak diperbuat perintis jalan di dalam hutan.”

Setelah dudengar oleh Tuan Puteri Lindungan Bulan akan sabda adinda baginda itu, maka Tuan Puteri pun menangis seraya bersabda, “Ayuhai adinda, sampai hati rasanya hendak meninggalkan selaku kakanda selaku ini; sudahlah tiada bonda kita; janganlah kita bercerai adik-beradik ini; sungguhpun ada ayahanda, ia sudah tiada pedulikan apa-apa hal-ehwal. Maka seperti adinda hendak berangkat berjalan itu, tiadalah sekali-sekali kesukaan bagi hati kakanda; janganlah adinda berjalan meninggalkan kakanda ini serta melalui titah paduka ayahanda itu.” Setelah didengar oleh raja Muda, maka iapun tunduk, suatu pun tiada apa katanya seraya bermohon kepada kakanda baginda kembali ke istananya. Seketimalamlah, bulan pun terang empat belas haribulan. Maka apabila sunyi senyap di dalam istana, maka iapun turunlah berjalan sambil menyerahkan dirinya kepada Allah subhanahu wa taala menuju ke dalam hutan besar mengikut sekehendak kakinya. Maka Raja Bujang segeralah membelah nyiur itu dengan parang puting kesaktian, dibelahnya tiga oleh Raja bujang Selamat; sekeping jatuh ke laut menjadi ikan raya, sekeping jatuh ke bumi menjadi kerbau si benuang; maka sekeping itu didukungnya dibawa turun tujuh hari tujuh malam. Selang antara tiada barapa lamanya sampailah ia ke tanah, ke pangkal pohon nyiur itu. Maka didapatinya Tuan Puteri ada menanti terlalu amat kurus pucat warna mukanya oleh kemasghulan bercinta akan suaminya, tambahan pula dukacita hatinya akan saudaranya Raja Muda hendak berjalan itu. Maka Raja Bujang Selamat pun sampailah menunjukkan nyiur gading kepada isterinya. Maka disambut Tuan Puteri dengan sukacitanya lalu disantapnya. Arakian, maka tersebutlah inang pengasuh Raja Muda, setelah tinggi hari dinanti-nanti oleh inang pengusuh, rajanya belun bangun lagi. Maka pergilah pengasuh yang tua masuk kedalam peraduan menyingkapkan tirai kelambu peraduan itu. Dilihatnya tiadalah tuannya itu lagi. Maka inang itu pun menangislah berkhabarkan hal itu kepada budak-budak kundangnya. Maka sekalian isi istana itu pun menangislah berkeliaran ke sana ke mari mencari segenap taman dan tempat permainan sehari-hari itu, tiadalah juga jumpa; Maka sudah lama dicari, maka inang yang tua pun pergilah menghadap baginda ke dalam istana besar dan kepada Tuan Puteri da atas: permaklumkan hal-ehwal anakanda baginda yang sudah hilang itu. Maka baginda dan Tuan Puteri Lindungan Bulan kedua berputera tiadalah terkata-kata lagi sehingga tunduk menangis bercucuran air matanya sahaja.

9

Related Documents

Hikayat Raja Muda
October 2019 42
Hikayat Raja Donan
October 2019 42
Hikayat Nakhoda Muda
October 2019 37
Hikayat Raja Donan
October 2019 33
Hikayat Raja Donan
October 2019 41
Hikayat
June 2020 38

More Documents from ""

Daftar Pustaka.docx
April 2020 31
Al-ghazali
October 2019 45
Plato
October 2019 71
Al-farabi
October 2019 46
Pantun
October 2019 40