FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104
NAMA : NORAZILA BINTI YAHYA NOMBOR MATRIK : JEA 080086 TAJUK : HIKAYAT PAK BELALANG
SINOPSIS
Di sebuah desa tinggal satu keluarga miskin . Ketua keluarganya dipanggil Pak Belalang kerana anaknya bernama Belalang . Pak Belalang bekerja mencari kayu di hutan dan isterinya mengambil upah menumbuk dan menampi beras . Jika mereka berdua bekerja ,barulah mereka sekeluarga dapat makan . Suatu hari ,Belalang bermain agak jauh hingga di sekitar istana dan dia berasa iri hati terhadap kehidupan anak-anak raja yang mewah . Dia mencari idea untuk mengatasi kemiskinan mereka . Suatu hari ,Belalang telah mencuri beberapa helai pakaian gundik raja yang sedang dijemur , lalu disembunyikan di tengah hutan . Dia juga mengatakan kepada anak-anak raja bahawa ayahnya seorang ahli nujum . Dayang-dayang memberitahu raja bahawa pakaian mereka hilang dan raja menyuruh ahli nujum untuk meramal lokasi pakaian itu disorok . Pak Belalang dipanggil ke istana untuk meramal pakaian gundik raja yang hilang . Pak Belalang membakar dupa dan berpura-pura memejamkan mata seolah-olah sedang mencari ilham dan memberitahu keberadaan pakaian tersebut . Raja telah memberi upah kepada Pak Belalang kerana berhasil menemukan pakaian tersebut . Suatu hari ,Belalang melihat raja sedang bergurau dengan seekor burung kuwau dan kelihatannya raja sangat menyayanginya . Belalang telah mencuri burung itu dan disembunyikan ke tengah hutan . Raja sangat murka setelah burung kesayangannya telah hilang dan dia memerintahkan Pak Belalang untuk mencari burung kuwau itu . Pak Belalang dapat menemukan burung tersebut setelah diberitahu oleh anaknya dan telah diberi upah oleh raja . Raja telah memanggil Pak Belalang kerana seorang saudagar telah kehilangan tujuh peti barang berharganya dan jika Pak Belalang tidak dapat menemukan barangan tersebut ,dia akan dibunuh . Pak Belalang telah meminta tempoh selama tiga hari untuk menyelesaikan masalah ini . Pak Belalang telah menangkap pencuri itu yang bernama Nafsu dan Badan . Beberapa bulan kemudian ,datang sebuah kapal ke negeri itu . Nakhoda kapal itu sengaja singgah ke istana untuk mengadu nasib dengan mengajukan beberapa pertanyaan . Jika raja dapat menjawabnya ,kapal dan isinya akan diserahkan kepada raja , tetapi jika raja tidak dapat menjawab persoalannya separuh kerajaan raja menjadi milik nakhoda itu . Pertanyaan yang pertama ialah menentukan ujung dan pangkal sebatang kayu . Soalan yang kedua ialah meneka yang mana satu anak itik jantan dan betina . Raja meminta tempoh selama tiga hari untuk mencari jawapan . Raja kemudiannya memanggil Pak Belalang untuk menjawab soalan tersebut dan jika Pak Belalang tidak dapat menjawabnya ,Pak Belalang sekeluarga akan dibunuh . Pak Belalang berasa kecewa dan melarikan diri dengan masuk ke sungai . Pak Belalang telah tersangkut pada tali kemudi kapal nakhoda tersebut dan dia telah mendengar percakapan antara jurumudi dengan jurubatu yang berkisar tentang jawapan yang dicarinya . Pak Belalang kembali semula ke rumah dan telah menghadap raja untuk menjawab pertanyaan nakhoda itu . Pak Belalang telah meminta para pembantu menyediakan sebuah pasu yang berisi air . Kemudian Pak Belalang memasukkan kayu yang dibawa nakhoda itu perlahan-lahan ke dalam pasu . Salah satu ujung kayu itu tenggelam terlebih dahulu . Menurut Pak Belalang ,kayu yang tenggelam itu adalah bahagian pangkalnya . Bagi jawapan yang
kedua ,Pak Belalang mengatakan anak itik yang masuk ke dalam pasu terlebih dahulu adalah itik jantan dan diikuti itik betina . Raja berasa lega kerana tidak menyerahkan sebahagian istananya kepada nakhoda tersebut . Suatu hari , raja telah menyuruh Pak Belalang meneka benda yang berada di dalam genggamannya . Pak Belalang mengeluh sambil menyebut nama anaknya . “Wah ,Belalang , aku tidak dapat lagi bertemu dengan Belalang!” . Raja berasa gembira kerana mempunyai ahli nujum yang handal . Sejak saat itu , kesejahteraan keluarga Pak Belalang dijamin oleh raja sampai akhir hayatnya .
Suatu hari , Belalang telah mencuri pakaian gundik raja . Dia telah memberitahu perbuatannya itu kepada Pak Belalang agar Pak Belalang dapat bertindak sebagai ahli nujum . Belalang mencari idea untuk mengatasi kemiskinan mereka sekeluarga . Suatu hari , seorang saudagar telah kehilangan tujuh peti barang berharganya . Raja yang mendapat laporan tentang saudagar yang kehilangan tujuh peti hartanya itu segera bermusyawarah dengan para menteri dan hulubalangnya . Raja telah memanggil Pak Belalang untuk menyelesaikan masalah ini . Pak Belalang telah meminta tempoh selama tiga hari untuk menyelesaikan masalah ini . Kemudian ,Pak Belalang telah menangkap pencuri itu yang bernama Nafsu dan Badan . Mereka berdua telah menyerah diri kepada Pak Belalang dengan harapan agar tidak dibunuh oleh raja . Pak Belalang telah mengabulkan permintaan mereka .
Falsafah yang dapat diperolehi daripada Hikayat Pak Belalang ialah yang pertama muafakat dan musyawarah . Falsafah ini terdapat pada watak raja dan para menterinya dalam episod saudagar yang kehilangan tujuh peti hartanya .
Raja yang mendapat
laporan tentang saudagar yang kehilangan tujuh peti hartanya itu segera bermusyawarah dengan para menteri dan hulubalangnya . Falsafah ini juga terdapat dalam episod raja yang mendapat tentangan untuk menjawab dua teka-teki nakhoda kapal yang sedang berlabuh . Raja harus meneka dua anak itik yang baru menetas ,mana yang jantan dan mana yang betina . Di samping itu ,raja juga harus meneka mana ujung dan mana pangkal kayu yang dibawa nakhoda itu . Apabila raja dapat menjawab teka-teki itu , nakhoda akan menyerahkan kapal dengan isinya . Namun ,apabila raja tidak dapat menjawab teka-teki itu , sebahagian negerinya akan diberikan kepada nakhoda . Raja
mengadakan musyawarah dengan semua orang besar dan orang kaya untuk membicarakan masalah tersebut . Falsafah yang kedua ialah suka menolong . Falsafah suka menolong ini terdapat pada watak Pak Belalang dalam episod saudagar yang kehilangan tujuh peti hartanya . Ketika dia melaporkan bahawa pencuri itu sudah tertangkap beserta barang curiannya , Pak Belalang menolong pencuri itu untuk memohon ampun kepada raja . Raja bersedia mengampuni para pencuri itu asalkan harta saudagar itu telah ditemukan . Selain itu ,falsafah yang dapat diperolehi daripada cerita ini ialah bekerjasama . Falsafah ini terdapat dalam episod pencurian kain gundik raja . Belalang mencuri kainkain gundik raja yang sedang dijemur . Dia memberitahu perbuatannya itu kepada bapanya . Hal itu dilakukan agar bapanya dapat bertindak sebagai ahli nujum jikalau raja memanggilnya . Pak Belalang datang menghadap raja ,dia berpura-pura menilik . Tentu sahaja tempat kain gundik raja itu diketahuinya kerana dia telah diberitahu oleh Belalang. Setelah kain itu ditemukan ,Pak Belalang mendapat upah . Hal itu dilakukan Belalang beberapa kali kepada para pembesar negeri itu sehingga mereka dapat makan minum sekeluarga . Falsafah yang keempat ialah kecerdikan .
Falsafah ini terdapat pada watak
Belalang . Dia melihat kesukaran hidup kedua orang tuanya untuk mencari makan . Dia berfikir tentang kesukaran hidupnya serta melihat peluang di istana raja . Kecerdasannya membuahkan fikiran bagaimana dia dan orang tuanya dapat makan sehari-hari . Hal itu juga dihubungkan pada kebiasaan adat orang masa itu yang hidup bermasyarakat . Kebiasaan untuk percaya pada ahli nujum itulah yang membuahkan idea kepada Belalang untuk menjadikan bapanya sebagai tukang tilik atau ahli nujum . Dia mencuri kain-kain gundik raja dan disembunyikan di suatu tempat . Selain itu ,dia juga menyebarkan berita
kepada anak-anak gundik itu bahawa ayahnya pandai menilik . Hal itu dilakukan dengan perhitungan agar raja akan memanggil ayahnya sebagai tukang tilik dan dia akan memberitahu tempat kain itu disembunyikan . Apabila rancangannya berhasil ,tentulah ayahnya akan mendapat upah dan mereka sekeluarga tidak akan kelaparan . Kesimpulannya , kita haruslah berusaha dengan gigih untuk mencapai sesuatu kejayaan . Berdasarkan Hikayat Pak Belalang ini dapat disimpulkan bahawa orang yang cerdik dan banyak idea akan terhindar daripada bahaya . Dalam liku-liku kehidupannya ,Pak Belalang bernasib baik dalam setiap perbuatannya .
Kadang-kadang usahanya
cukup berhasil ,tetapi saat lain harus mengalami suatu kecemasan yang luar biasa . Peristiwa-peristiwa tersebut dapat dilalui oleh Pak Belalang kerana dia pasrah kepada Allah atas nasib yang diberikan-Nya .
Oleh kerana itulah dia selalu mendapat
pertolongan daripada Allah . Hal itu juga merupakan amanat yang tersirat dalam cerita ini bahawa seseorang akan mendapat pertolongan apabila mahu berusaha dan pasrah .
Bibliografi :
Nikmah Sunardjo & Sulistiati Amir Mahmud . 2000 . Struktur Karya dan Nilai Budaya dalam Hikayat Pak Belalang dan Lebai Malang , Hikayat Abu Nawas dan
Hikayat Mahsyud Hak . Jakarta : Pusat Bahasa Departmen Pendidikan Nasional .