FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 TOKOH FALSAFAH AL – GHAZALI
NAMA : NORHAFIZA BINTI YA’ACOB NO.MATRIK : JEA 080172 NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD SESI : SEMESTER 1, SESI 2008/2009 NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH BINTI ABDUL RAHMAN
1
Iman Al – Ghazali merupakan ulama tasawuf dan akidah. Nama sebenarnya ialah Abu Hamid ibnu Muhammad Al – Tusi Al – Ghazali. Beliau dilahirkan di Tus, Parsi, pada tahun 450 hijrah. Bapanya seorang sufi yang sangat wara’. Bapanya bekerja sebagai memintal dan penjual benang yang di tenun daripada biri –biri. Beliau mempunyai saudara lelaki yang bernama Ahmad.
Sejak kecil lagi, beliau telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa dengan
menguasai ilmu pengetahuan dari
pelbagai cabang.
Beliau sangat produktif dari segi
menghasilkan buku dan karya. Beliau juga seorang ahli fikir Islam terulung. Cintanya terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam sehingga mendorong beliau pergi mengembara untuk belajar dengan ulama-ulama yang hidup pada zamannya, antaranya, Iman Al – Juwani di Naisabur dan Nizam Al – Muluk di Muaskar. Sewaktu di Baghdad, beliau telah di lantik menjadi Mahaguru di universiti Baghdad. Walau bagaimanapun, beliau masih merasa kekurangan ilmu. Lantas, beliau meninggalkan jawatan tersebut dan beralih arah ke bidang tasawuf dengan merantau ke Mekkah dan berguru dengan ahli sufi di sana. Al – Ghazali juga banyak menulis dan dianggarkan, beliau menulis 300 buah buku mencakupi bidang ilmu pengetahuan, akhlak, tafsir, ulumul Quran, falsafah dan sebagainya. Tetapi sebahagian besar hasil karyanya telah hangus dibakar oleh tentera Moghul yang mengerang Baghdad. Antara kitab yang musnah termasuk 40 jilid tafsir, Sirrul Alamain ( Rahsia Dua Dunia), Al Madhnuuna bihi ala Qhairiha, ( ilmu yang harus disembungikan dari orang’orang bukan ahli). Terdapat hanya 84 buku tulisan beliau yang berjaya diselamatkan iaitu Al Munqiz Mm al dhalal ( penyelamat kesesatan), Mizanul Amal ( Timbangan Amal ), I hya Ulumuddin ( penghidupan pengetahuan) dan banyak lagi. Beliau kembali ke Rahmatullah pada tahun 505 hijrah pada usia 55 tahun.
2
Al – Ghazali seorang ahli falsafah yang membawa falsafah mencari kebenaran melalui Al – Quran dan Hadis. Al – Ghazali membawa falsafah ini kerana beliau tidak bersetuju dengan ahli falsafal barat yang hanya mengunakan pemikiran semata – mata, pemikiran serta permain logik. Olek itu, Al – Ghazali telah dilebal sebagai seorang antifalsafah.
Hal ini berpunca
daripada pandangan Al – Ghazali dalam buku tahafut falsafah. Beliau banyak mengemukakan kritikan dan mengecam falsafah di dalam buku itu.
Al – Ghazali juga, pernah membuat
kenyataan bahawa tujuan buku itu disusun adalah untuk menghancurkan falsafah dan menggugat keyakinan orang terhadap falsafah. Oleh kerana itu, Al – Ghazali golongkan dalam golongan yang anti pada falsafah. Walau bagaimanapun, tidak ada satu orang yang boleh menafikan kecaman tersebut. Di samping itu, masih ada beberapa orang ahli falsafah yang tidak bersetuju dengan pengolongan Al – Ghazali sebagai seorang yang antifalsafah. Hal ini kerana, perlu di ingatkan bahawa skeptis dan kritikan terhadap falsafah merupakan sebahagia daripada falsafah itu sendiri. Maka tindakan mengkritik atau mengecam sesuatu falsafah adalah tidak salah dan tidak sepatutnya digolongkan dalam golongan antifalsafah. Hal ini kerana, tugas seorang ahli falsafah bukan semata – mata untuk mencari kebenaran dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah tetapi juga mencabar serta membantah penyelesaian yang dikemukakan terhadap permasalahan tersebut. Tradisi fahsafah Yunani menjadi tunjang kepada falsafah barat memancarkan pandangan hidup Yunani dalam aspek teologi, kosmologi, dan etika atau aksiologi yang menurut Islam meraba – raba dan sentiasa dalam pencarian yang tidak berkesudahan. Ketidakserasian konsep falsafah Yunani menyebabkan kandungannya bertentangan dengan asas – asas aqidah Islam. Disamping itu, Al – Ghazali juga tidak menolak penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah dan ilmu pengetahuan tetapi beliau lebih berpendapat, ilmu kajian pengelidikan yang
3
mengunakan fikiran boleh menambahkan keyakinan dan menyemaikan keimanan pada hati orang yang bukan Islam terhadap kebenaran Islam. Oleh itu, bagi pendapat Al – Ghazali, perkembang sesuatu ilmu pengetahuan itu bukan sahaja bersandarkan kepuasan tetapi juga mengambil kira aspek perasan dan hati nurani. Sehubungan dengan itu juga, Al – Ghazali juga menyuruh semua umat Islam mencari kebenaran dengan menjadikan Al – Quran sebagai sumber utama bukannya melalui proses pemikiran dan akal semata – mata. Hal ini sekaligus menunjukkan Al – Ghazali menolak cara pemikiran barat yang selalu dibawa oleh ahli Ahli falsafah Yunani selama ini. Menurut Al – Ghazali sememangnya tidak salah berpengang pada logik yang menjadi masalah ialah terdapat beberapa golongan ahli falsafah yang terlalu perpengan kepada logik. Sepatutnya, kita perlu membuktikan fakta tersebut termasuk perkara yang berhubungan dengan ketuhanan atau metafizik. Al – Ghazali juga menyatakan bahawa para Filosef yang menganut pelbagai mazhab dan yang membawa pemikiran yang berciri kekufuran dapat dibahagian kepada tiga golongan iaitu golongan Ad – Dahriyyah ( Aties ), golongan At – Tobilygah ( naturalis ), dan golongan Al – Ilahiyyah ( Theis ). Ad – Dahriyyah ( Aties ) ialah golongan yang menyikirkan adanya Tuhan. Kata mereka, alam ini ada dengan sendirinya. Seperti haiwan yang ada melalui mani dari mani haiwan tanpa kesudahan lingkarannya. Demikianlah hal dengan alam.golongan ini adalah Zindiq. Golongan At – Tobilygah ( Naturalis ) ialah golongan ini memusatkan perbahasan pada alam fizikal terutama haiwan dan tumbuh – tumbuhan. Keajaiban yang mereka temui menjadikan mereka mengakui adanya Pencipta Maha Bijaksana. Golongan ini berpandapat setiap jiwa akan fana tidak kembali lagi. Lantaran itu, mereka megingkari adanya hari akhirat, syurga dan neraka.
4
Golongan ini juga termasuk zindiq. Al – Ilahiyyah ( Theis ) ialah golongan ini muncul dari dua golongan yang telah dinyatakan, seperti sokrates ploto dan aristoteles.
Kesah daripada itu,
aristoteles telah menyakal pemikiran pada filosef sebelumnya. Tetapi dia sendiri tidak mampu membebaskan diri dari sisa – sisa kekufuran. Namun ilmu falsafah selain membincang tentang ketuhanan boleh diterima selagi tidak bertentangan dari ajaran Islam. Biar pun Al – Ghazali mendapat tentanggan daripada banyak pihak tetapi masih ada yang menyokong dan mengikuti ajaran dan fahsafah yang dibawa oleh Al – Ghazali. Oleh kerana sifat ulama Islam yang ada dalam diri beliau,beliau sangat dihormati oleh pemerintan Bani Saljuk dan Abbasiah kerana keilmuannya yang mendalam dan mempelopori bidang ilmu falsafah. Menurut kata beliau, keistimewaan para sufi tidak akan dapat di pelajari melalui buku – buku kecuali dengan pengalaman dan merasainya sendiri. Selain daripada itu, falsafah itu telah meninggalkan kesan yang amat berpengaruh dalam diri para intelek Islam seperti Ar – Rumi, Ibnu Rusyd, Syah Waliuliah dan ramai lagi. Selain itu, Al – Ghazali juga sangat menentang golongan ahli falsafah Islam yang cuba mengungkapkan kejadian alam dan persoalan ketuhanan menggunakan pemikiran daripada Ahli falsafah Yunani. Antara beberapa tokoh Islam yang menggunakan falsafah barat ialah Ibnu Sina, Al – Kindi, Al – Farabi dan Ibnu Rushd, jelas terpengaruh akan idea pemikiran falsafah Aristotle. Maka tidak hairahlah ada antara pandangan ahli falsafah ini yang bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh menyebabkan syirik dan kesesatan. Al – Ghazali, melalui karya seperti Tahafut al Falasifah ( kekacauan Ahli falsafah ) dan Al Munqidh min al dalal ( pembendung kesesatan ). Al – Ghazali mengemukakan 20 kesalahan akidah dalam falsafah yang dianuti oleh al Farabi dan Ibnu Sina. Tiga yang terbesar ialah alam
5
ini qadim dan azali, Allah hanya mengetahui perkara – perkara yang umum atau universal dan tidak mengetahui perkara – perkara yang khusus dan yang terakhir, jasad manusia tidak akan dibangkitkan semula pada hari kiamat,dan hanya Roh sahaja yang akan menerima pembalasan. Itulah antara perkara yang tidak disetujui oleh Al – Ghazali yang jelas melangar ajaran Islam Sebagai natijahnya, Al –Ghazali merupakan ahli falsafah terulung kerana hasil karya beliau menjadi rujukan terutama dalam bidang falsafah. Karyanya merupakan jawapan dan pendirian terhadap falsafah yang bertentangan dengan akidah Islam.
Inilah bukti yang
menjadikan beliau ahli falsafah yang mempunyai keistimewaan Al – Ghazali. Al – Ghazali sebenarnya merupakan seorang ahli falsafah yang mencari kebenaran dengan berpandukan Al – Quran dan Hadis. Perkara yang ditentangan oleh Al – Ghazali sebenarnya bukan ahli falsafah dan pemikiran yang dibawa oleh mereka tetapi kesalahan, kesilapan dan kesesatan yang dilakukan oleh golongan tersebut. Pada Al – Ghazali, tunjang kepada pemikiran falsafah ialah Al – Quran dan Hadis. Sekian. Wassalam…………
6
BIBLIOGRAFI Awang sariyan. 2007. Falsafah Dan Logika Melayu : Selangor : synergymate Sdn. Bhd. Hashim bin Haji Musa. 2001. Fasafah , Logik, teori nilai dan Etika Melayu : Akademi Pengajian Melayu. Forum eKPKM. Lihat, topik – falsafah : Iman Al – Ghazali – Mozilla firefox http://www.onlineislamictore.com./alghazali. html http://www.sabah.edu.my/skpmldon/notes/iman% 20 al Ghazali.pdt
7