FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU TOKOH FALSAFAH
AL – FARABI PENGENALAN Nama lengkapnya ialah Abu Nasher Mohamad bin Mohammad bin Quzalq bin Thurkhan Al Farabi. Dilahirkan pada tahun 780 M dan telah meninggal dunia pada tahun 950 M.Beliau telah dilahirkan di negeri Farab di Turkestan. Buku-buku Al-Kindi dipelajarinya dengan bersungguh-sungguh. Dalam beberapa hal Al- Farabi jelas mengatasi Al-Kindi misalnya dalam ilmu Mantik. Jasa Al-Farabi yang terbesar adalah terletak pada ilmunya tentang falsafah Plato dan Aritotles. Kesimpulannya Al-Farabi sendiri menegakkan kedua-dua falsafah Yunani itu meskipun umumnya tidak dapat diterima oleh masyarakat, akan tetapi kesimpulannya itu merupakan suatu pemikiran yang dalam. Al- Farabi juga digelari orang Al-Mu’allim us Tsani ( guru kedua) dalam ilmu falsafah sesudah Aristotles yang dianggap Al Muallimul Awwal ( guru pertama ). Selain iti ada juga yang memanggil Al-Farbi sebagai Aristotles dari negeri Arab. AlFarabi juga seorang ahli muzik, memahami bahasa-bahasa asing dan mahir dalam ilmu matematik. Dalam ilmu muzik hasil karyanya ialah karangan-karangan lagu,pembuatan instrument baru dan beliau juga banyak menulis teori-teori baru dan memperbaiki kekeliruan dan teori-teori ahli muzik terdahulu.
“ Negeri yang utama itu ialah negeri yang memperjuangkan kemakmuran dan kebahagiaaan warga negerinya. Untuk itu haruslah berlandaskan dengan amalan/hubungan antara Tuhan dengan Alam dan diantara isi alam yang lain”
Dalam terbentuknya masyarakat, Al-Farabi mengulangi pendapat yang telah ada pada waktu itu : Pertama-masyarakat timbul dengan adanya kekuasaan seorang yang kuat
( raja atau panglima ) yang menyatu dan memimpin sesebuah masyarakat itu.
Kedua- Disebabkan persamaan keturunan atau hubungan perkahwinan diantara warganya. Ketiga- Masyarakat itu dapat terbentuk dengan adanya hubungan perkahwinan diantara beberapa keluarga.
Disini dapat dilihat bahawa pokok dari falsafah kenegaraan Al-Farabi ialah autokrasi dimana seorang raja berkuasa mutlak dalam pentadbiran sesebuah negara.Disini juga nyata bahawa teori kenegaraannya itu dapat dikaitkan dengan kejadian alam ( pemikiran yang bersumberkan pada satu ). Hubungan dunia dengan tuhan dapat menjadi contoh teladan bagi hubungan antara masyarakat dengan raja. Dapat diungkapkan dari aspek falsafah bahawa negeri yang utama ( Al madinatul fadlillah ) itu ialah kota ( negara ) yang mana masyarakatnya tersusun mengikut susunan alam besar ( makrokosmos ) atau menurut susunan alam kecil ( mikrokosmos ). Contohnya dalam diri manusia yang terpenting itu adalah hati manusia, jadi dalam negara yang terpenting adalah Kepala Negara ( Raja ). Oleh sebab hati merupakan unsur badan manusia yang terpenting maka raja haruslah dipilih dari kalangan orang yang paling sempurna dalam anggota masyarakat yang lain dan jika kesihatan manusia itu
bergantung pada perkembangan dan perhubungan yang teratur diantara unsur-unsurnya yang lain maka negara itu adalah seperti seorang yang sakit ( abnormal ).
Selain itu, seorang pemerintah itu juga harus mentadbir dan menguruskan negara dengan adil dan saksama agar masyarakat dan negara akan terus maju dan berkaliber. Oleh hal yang demikian seseorang yang dipilih menjadi pemimpin atau pemerintah haruslah merupakan seorang yang berpegang teguh pada agama dan tidak mementingkan kuasa dan harta semata-mata ( materialistic ) supaya masyarakat yang di bawah pemerintahan nya tidak dizalimi dan ditindas.Oleh hal yang demikian masyarakat dan raja/pemerintah itu sendiri dalam sesebuah negara harus memainkan peranan masing-masing contohnya golongan masyarakat haruslah mematuhi aturan dan perintah yang ditetapkan oleh pentadbir dan pemerintah mereka sendiri. Dalam hal ini dapat disifatkan bahawa masyarakat yang sempurna itu ialah masyarakat yang mengandungi keseimbangan diantara unsur-unsurnya seperti keseimbangan yang ada di dalam diri manusia itu sendiri. Perbezaannya hanyalah bintang-bintang mempunyai kebebasan individual yang lebih besar maka diri manusia unsurnya-unsurnya itu lebih dikuasai dan diperintah oleh pusatnya. Walau bagaimanapun dalam hal ini Al-Farabi menyifatkan bahawa masyarakat sempurna baginya dapat diklafikasikan kepada tiga iaitu, pertama masyarakat besar iaitu dunia seluruhnya, kedua masyarakat pertengahan yang terdiri daripada sebahagian dunia atau sesuatu territorial dan ketiga masyarakat kecil yang terdiri hanya satu kota. Menurut Al- Farabi pula perkembangan dari htidak sempurna kepada sempurna itu adalah bertingkat-tingkat iaitu permulaanya ialah masyarakat manusia merupakan masyarakat
yang terbesar lalu menjadi desa dan kampung, kemudian menuju masyarakat kota yang sempurna berpemerintahan dan berpelembagaan.
Disamping itu juga dapat kita ungkapkan bahawa berlaku adil harus ada pada diri seorang pemerintah itu kerana berlaku adil itu dapat membangkitkan ketaatan dan kesetiaan masyarakat itu sendiri. Selain itu berlaku adil itu juga dapat memberi ketenteraman jiwa yang dapat mencetuskan keamanan dalam masyarakat serta dapat menghapuskan segala bentuk kejahatan. Dalam Islam Allah S.W.T juga turut memerintahkan umatnya supaya berlaku adil iaitu dalam surah An-Nahl ayat 90 yang membawa makna “Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya berlaku adil, berbuat baik dan memberi kepada saudara mara.” Dan juga dalam fimaNya juga turut memohon umatnya berlaku adil yakni dalam firman yang berbunyi “ Dan berlaku adillah kamu,kerana berlaku adil itu lebih dekat kepada ketakwaan.” Kedua-dua firman ini dapat diungkapkan bahawa setiap orang harus ada sifat adil tetapi pemimpin lebih penting mempunyai sifat ini kerana mereka adalah anugerah tuhan untuk memerintah dunia/negara supaya menjadi contoh teladan yang baik. Oleh sebab itu jugalah sesebuah negara harus mempunyai seorang pemimpin tertinggi yakni raja/sultan sebagai pemerintah yang agung di dunia yakni pentadbir tertinggi dalam hireaki masyarakat dalam sesebuah negara.
KESIMPULAN
Etika kenegaraan Al-Farabi ini ternyata sangat sesuai dengan fakta-fakta yang terjadi dalam perkembangan sejarah negara-negara dan kerajaan-kerajaan sejak dahulu kala hingga dewasa ini. Oleh hal yang demikian dapat kita katakana bahawa memperkuatkan negara adalah lebih penting demi untuk mempertahankan keadilan. Walau bagaimanapun dalam politik kenegaraan masyarakat harus mengambil iktibar dan teladan dari apa yang berlaku dalam sesebuah negara tersebut dan harus berlaku adil antara pemerintah dan rakyat. Hal yang demikian barulah keadilan itu dapat dikecapi dan dilaksanakan apabila kita dalam kemenangan.
Selain itu juga, seorang pemerintah yang diamanahkan unttuk memimpin sesebuah negara haruslah mempunyai sifat-sifat terpuji seperti berrlaku adil tanpa memihak kepada mana-mana pihak supaya menjadi contoh teladan yang baik kepada rakyat jelata dimana Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda “sesungguhnya orangorang yang adil di sisi Allah S.W.T berada di atas mimbar-mimbar cahaya iaitu orangorang yang adil dalam hukum mereka, terhadap keluarga dan orang-orang yang mereka pimpin.
Rujukan Awang Sariyan,2007,Falsafah Dan Logika Melayu, Jabatan Bahasa Melayu,Akademi Pengajian melayu Universiti Malaya
Hahsim Bin Haji Musa,2001,Falsafah Logik Teori Nilai.Suatu Pengenalan. Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Http://www.sabah.edu.my/cwm010/al-farabi.htm Http://en.wikipedia.org/wiki/al-farabi