Hamka

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hamka as PDF for free.

More details

  • Words: 1,488
  • Pages: 9
JXEA 1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU 2008/2009 TOKOH FALSAFAH : HAMKA

PRAXIS KESEDERHANAAN DALAM KEHIDUPAN NAMA

: MOHAMAD SHAHIR BIN ABDUL RAHIM

NO MATRIK

: JEA080036

NAMA PENSYARAH

: DR. AMRAN BIN MUHAMMAD

FAKULTI

: AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

1

Nama sebenar Hamka ialah Doktar Haji Abd. Malik bin Sheikh Abd. Karim bin Sheikh Muhammad Amrullah. Beliau dilahirkan di desa Tanah Sirah, Sungai Batang, Maninjau, Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia pada 16 Februari 1908 @ 13 Muharam 1362 Hijrah. Ayahnya seorang ulama Islam yang terkenal telah membawa pembaharuan Islam di Minangkabau. Jawatan yang disandang beliau ialah anggota tetap majlis konsul Muhammadiah, Sumatera Tengah (1934) dan mengetuai gerakan Muhammadiah (1946). Beliau meninggal dunia pada 24 Julai 1981 dalam usia 73 tahun.Hamka seorang yang pintar dan bijak. Beliau juga terkenal sebagai ahli kesusasteraan Melayu klasik serta pengarang yang masyhur dan novelis terkemuka dan mahir dalam bahasa Arab. Hamka terkenal sebagai ahli falsafah dan pujangga Islam. Hamka mendapat pendidikan awal daripada bapanya. Beliau mempelajari ilmu-ilmu asas agama serta mempelajari al-Quran sehingga khatam. Hamka merupakan seorang tokoh reformasi Islam yang terkenal dalam bidang falsafah dan tasawuf. Beliau adalah tokoh terkenal dalam bidang falsafah dan tasawuf. Antara sumbangannya pada tahun 1935, Hamka telah mendirikan kolej Kuliah AlMuballighin di Padang Panjang yang telah melahirkan ramai tokoh-tokoh terkenal. Beliau juga banyak berjasa dalam penyebaran Islam dalam bahasa Indonesia kerana keahliannya dalam kesusasteraan sehingga beliau mendapat gelaran "Hamzah Fansuri zaman baharu. Pada tahun 1925, Hamka memulakan kerjayanya sebagai pengarang di Padang Panjang. Beliau menulis majalah "Seruan Islam di Tanjung Para Langkat, menerbitkan majalah "Pedoman masyarakat, dan "Panji Masyarakat. Hamka mula mengarang dalam akhbar "Pembela Islam, Bandung pada tahun 1930.

2

Jangan bersikap melebihi daripada ukuran diri, baik waktu duduk dalam majlis atau dalam cara berpakaian dan hendaklah tubuh sepanjang

bayang-bayang - yakni

kesederhanaan. – HAMKA

Falsafah yang ingin ditonjolkan dalam pemikiran falsafah Hamka ini ialah kesederhanaan dalam hidup. Dalam paradigma pemikiran masyarakat hari ini ingin saya ungkaikan falsafah yang ditonjolkan Hamka kepada beberapa bahagian iaitu sederhana tentang niat dan tujuan, sederhana dalam berfikir, sederhana kepada keperluan hidup, sederhana pada harta benda dan sederhana dalam mencari nama dan pangkat. Apa yng dikatakan dengan falsafah kesederhanaan? Falsafah kesederhanaan itu boleh disebut juga sebagai istiqamah( tegak lurus di tengah-tengah), dan I”tidal(sama berat),disuruh didalam ibadat bagi mendekatkan diri kepada Allah.

Setiap perbuatan yang kita lakukan

hendaklah berdasarkan kepada tuntutan agama agar kita tidak terpesong dari landasan yang benar dan seharusnya kita sentiasa bersederhana dalam menjalani kehidupan ini.

Falsafah kesederhanaan yang diketengahkan oleh Hamka turut membincangkan tentang kesederhanaan tentang niat dan tujuan. Apa yang dikatakan oleh Hamka tentang kesederhanaan jenis ini adalah kita perlu mencari hakikat kebenaran manusia yang mempunyai cita-cita yang sederhana sahaja agar kita berada dalam landasan yang benar. Sebagai manusia kita harus mempunyai nilai kemanusiaan, walaupun miskin atau pun kaya, semuanya itu hanya warna hidup, bukan hakikat hidup yang bertujuan dengan niat suci lagi sederhana.

3

Hamka juga turut mengangkat nilai kesederhanaannya dalam pemikiran manusia. Setiap manusia perlu berfikir secara rasional dan sederhana bagi mendapatkan pemikiran yang terbaik. Pemikiran yang terbaik ini mampu membezakan antara yang hak dan yang batil, serta mampu melahirkan kesempurnaan dalam diri manusia seterusnya mengangkat martabat manusia ke peringkat yang lebih tinggi selaras dengan saluran ilmu iaitu akal yang membentuk sahsiah manusia.

Kesederhanan dalam

pemikiran juga adalah satu lambang manusia itu berakal dalam berfikir dan orang yang menggunakan akalnya ini sentiasa memandang ringan setiap masalah yang dihadapinya. Pemikiran yang sederhana ini mampu menimbulkan tawakal dan cita–cita yang suci untuk menghindarkan kepercayaan yang hanya datang dari nenek moyang dan taklid.

Kesederhanaan dalam berfikir ini juga dapat menjauhkan diri dari hasad dengki dan berperasangka buruk terhadap orang lain kesederhanaan dalam berfikir ini juga dapat menjauhkan diri dari hasad dengki dan berperasangka buruk terhadap orang lain serta menjadikan kita lebih tenteram. Maka sesiapa yang ingin sederhana, tawakkallah kepada tuhan, hidupkan cita-cita dalam diri dan berbaik sangka kepada sesama manusia. Berfikirlah secara sederhana dan selari dengan niat yang luhur bagi mendapatkan kesinambungan iman.

4

Seterusnya dalam menghayati falsafah kesederhanaan yang dilontarkan Hamka ini, beliau turut mengembangkan falsafah tersebut dalam melayari kesederhanaan pada keperluan kehidupan. Kita dapat menyuap makanan dua kali sehari, pakaian dua kali salinan, menghirup udara tanpa sekatan dan bayaran hanya nafsu manusia itu sendiri yang meminta lebih daripada itu. Kerap kali manusia alpa dengan rahmat yang diberikan terhadapnya maka kita hendaklah sentiasa bersyukur terhadap rezeki yang diberikan terhadap kita ibarat kata pepatah mengukur baju di badan sendiri, tidak melebihi daripada kekuatan yang dapat dipikul, menjadi jalan yang seaman-amannya menuju kesenangan hati. Justeru itu tidak hairanlah orang yang sudah biasa hidup dalam kesederhanaan ini tidak akan canggung walaupun berhadapan dengan musibah, sebaliknya mereka akan terus bangkit dan maju kehadapan.

Ini membuktikan bahawa dengan falsafah

kesederhanaan ini menjadikan seseorang manusia itu lebih kuat dalam menghadapi cabaran dan rintangan.

Hamka turut menitikberatkan praxis falsafah kesederhanaan ini dalam kesederhanaan pada harta benda. Harta benda adalah sebagai titian untuk mencapai apa yang dimaksudkan sebagai pergaulan. Harta tersebut janganlah dinilai lebih dari nilainya yang sejati. Banyak berlaku huru hara berpunca dari harta, maka kita perlu bersederhana agar kita tidak terus dihanyutkan dalam dunia penuh kepalsuan ini. Walaupun begitu tanpa harta kita tidak dapat untuk hidup dengan sempurna maka kita harus bersederhana bagi mengelakkan kita dari bersikap bongkak dan lupa pada diri, seorang ibu menyusukan bayinya dengan penuh keikhlasan, dia tidak meminta upah daripada anak itu, tetapi seorang anak yang mengenang jasa ibunya itu pasti akan membalas jasa ibunya

5

itu kelak dengan memberikan kesenangan dan kasih sayang yang secukupnya. Orang berkata didunia ini harta yang paling mustahak, jika tanggapan ini terus tersemat dalam pemikiran masyarakat kita pastinya dunia akan musnah dan tiada lagi nilai kemanusiaan yang wujud dikalangan manusia hari ini. hendaklah

Bila mengingatkan hal seperti ini kita

kembali berpegang kepada falsafah Hamka iaitu kesederhanaan dalam

kehidupan bagi mengingatkan kita tentang kenaikan hidup secara sederhana. Selain itu juga kita perlu insaf bahawa nikmat Allah itu sangat banyak kepada manusia yang tidak dapat dituliskan walaupun sehingga ketujuh lautan dalamnya. Allah berikan kita nikmat dan kita perlu bersyukur dan mengamalkan kesederhanaan

agar terus berada pada

landasan yang benar.

Kesederhanaan dalam kehidupan yang dijelaskan oleh tokoh falsafah Hamka juga melebarkan pendefinisian kesederhanaan kepada kesederhanaan dalam mencari pangkat atau pun nama. Sesungguhnya instinct ’ ingin berkuasa’ itu sememangnya ada pada setiap manusia. Kalau kita tiada semangat untuk berkuasa bagaimana revolusi kita yang hebat ini mampu kita semua lalui. Keinginan berkuasa ini jika kita tahu menanamnya dalam diri kita pasti kita mampu menjadi seorang yang hebat. Tetapi hari ini terlalu ramai orang inigin berkuasa sehingga mereka jatuh ke lembah yang hina. Seseorang itu juga perlu bersederhana dalam mencari pangkat agar tidak terlalu mengejar pangkat, sebaliknya berlumba untuk menyiapkan diri sendiri agar menjadi bangsa yang merdeka . Pangkat dalam negara yang merdeka, adalah kewajipan dan kepercayaan.

6

Kewajipan yang dipikul oleh golongan atasan hari ini ialah kerana mereka menganggap mereka mampu memikul segala bebanan yang akan diberikan kepada mereka. Pangkat bagi orang yang merdeka adalah pengorbanan, bukan kemegahan dan kesanggupan menjalankan tugas kewajipan dalam satu pangkat yang kecil, adalah jalan buat orang yang memikul tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Seseorang itu juga perlu mengetahui pangkat yang ingin dicapai terlebih dahulu sebelum memegangnya tanpa usul periksa bagi mengelakkan kekaburan tugas serta mampu menyusahkan orang lain. Sebentar tadi Hamka ada mengatakan tentang keinginan berkuasa adalah instinct yang terlekat dalam diri manusia, membunuh keinginan ini adalah membunuh manusia itu sendiri. Kalau sekiranya manusia itu tahu akan hal ini pastinya dunia tidak seperti hari ini, dan mujur juga hanya sedikit yang insaf kerana yang sedikit ini juga yang mempunyai kemanusiaan yang tinggi.

7

Kesimpulannya, pada pendapat saya falsafah praxis kesederhanaan dalam hidup yang diungkapkan oleh Hamka ini adalah yang terbaik dalam mendidik masyarakat hari ini untuk lebih memahami kehendak diri agar tidak terjerumus ke laluan hidup yang salah. Sebagai manusia kita perlu sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi musibah yang bakal dilalui kelak. Falsafah kesederhanaan ini diharap mampu menjadi garis panduan kepada masyarakat untuk dijadikan wadah untuk membina masyarakat yang lebih bersikap optimis serta lebih berjaya. Kesederhanaan menjadikan manusia lebih menghargai diri dan orang lain.

Kesederhanaan ini mampu membentuk dan mendidik diri seseorang kearah yang cemerlang, ini terbukti apabila seseorang itu mengamalkan falsafah ini maka individu itu tidak akan canggung apabila berada ditempat asing kerana dirinya akan lebih disenangi. Falsafah ini memberikan seseorang itu lebih menghayati nilai keimanan terhadap maha pencipta kerana manusia itu akan sentiasa bersyukur terhadap kurniaan yang diberikan kepadanya kerana falsafah kesederhanaan mengajar, mendidik, dan membentuk jati diri yang unggul dalam diri individu itu sendiri. Dengan menjaga dan mengamalkan falsafah ini sudah pasti masyarakat harmoni dan berwawasan dapat dihasilkan, seterusnya praxis kesederhanaan dalam kehidupan mampu menjana pemikiran kelas pertama dan global dalam masyarakat kita.

8

Bibliografi.

Prof.Dr Hamka Falsafah Hidup. Kuala Lumpur:Pustaka Antara Hashim Bin Haji Musa Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Prof.Dr Awang Sariyan Falsafah Dan Logika Melayu. Kuala Lumpur:Akademi Pengajian Melayu Worawit Baru@ Haji Ahmad Idris.2004. Pemikiran Melayu Tradisi Dan Kesinambungan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Rujukan Internet http://wikipedia.org/wiki/hamka

9

Related Documents

Hamka
October 2019 50
Hamka
October 2019 47
Hamka
October 2019 40
Buya Hamka
October 2019 24
Tokoh Hamka
May 2020 13
Musium Hamka
December 2019 18

More Documents from "Rasyid"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48