TAJUK BUYA HAMKA
: TOKOH
NAMA BINTI AWANG
: AZILAH
NO MATRIK
: JEA
SESI 2008/2009 SEMESTER 1 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA
Tokoh yang dipilih ialah Buya Hamka. Hamka merupakan seorang ulama, politisi dan sastrawan besar yang tersohor dan dihormati di kawasan Asia. HAMKA adalah nama singkatan dari nama lengkapnya, Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah. Beliau lahir pada 17 Februari 1908 di Kampung Molek, Mninjau, Sumatera Barat, Indonesia. Dia diberikan sebutan Buya iaitu panggilan buat orang Minangkabau yang berasal dari kata abi, abuya dalam bahasa Arab yang bererti ayah kami atau seseorang yang dihormati.
Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga darjah dua.
Ketika usia Hamka mencapai 10 tahun, ayahnya telah mendirikan Sumatera
Thawalib di Padang Panjang. Di situ Hamka mempelajari agama dan mendalami bahasa Arab.
Hamka juga pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid yang
diberikan ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sultan Mansur dan ulama lain.
Hamka mula-mula bekerja sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan dan guru agama di Padang Panjang pada tahun 1929. Hamka lebih banyak belajar sendiri dan melakukan penyelidikan meliputi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah, kesusasteraan, sejarah, sosiologi dan politik. Hamka juga aktif dalam gerakan Islam melalui pertubuhan Muhammadiyah. Selain aktif dalam soal keagamaan dan politik, Hamka merupakan seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit.
Hamka pernah menerima beberapa anugerah pada peringkat nasional dan
antarabangsa. Hamka telah pulang ke rahmatullah pada 24 Julai 1981.
Buya Hamka merupakan seorang pemikir Islam yang termasyhur dan tersohor di Indonesia. Falsafah yang dikeluarkan oleh beliau ialah usaha memperbaharui tanggapan dan perspektif Islam oleh umat Islam Nusantara. Beliau adalah seorang yang optimis dan menyatakan bahawa walaupun ancaman yang dihadapi Islam di kerajaan-kerajaan Islam, Islam itu tidak akan terus dikalahkan oleh mana-mana pihak musuh. Sikap optimisme hanya boleh tercapai dengan pemimpin-pemimpin yang berpandangan jauh ke depan. Jika adanya sifat sedemikian, kekuatan untuk melawan pihak musuh dapat ditawan dengan lebih baik dan tersusun.
Beliau juga berani mengatakan bahawa dalam kitab suci lain, selain al-Quran tidak ada tuntutan politik Pertahanan dan Keamanan (HANKAM) yang sejelas al-Quran dalam surah Al-Hajj ayat 40. Beliau menegaskan bahawa apabila seseorang itu berkuasa seseorang itu harus memandang jauh ke depan.
Seseorang itu janganlah hanya
mementingkan kelompok mereka sahaja tetapi harus memikirkan kepentingan orang lain dan perlindungan agama lain dengan sebaik-baiknya. Teori ini bukan hanya tertulis dalam al-Quran untuk dinyanyi dan dilagukan tetapi telah diamalkan sepanjang masa sejarah. Jadi, memandangkan Islam adalah agama yang suci dan sempurna di sisi Allah, kita sebagai umat Islam mesti bekerjasama melindungi agama Islam yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.
Ada di kalangan masyarakat Indonesia mengatakan bahawa di Indonesia telah tercipta toleransi umat beragama yang harmonis, sedangkan di negara-negara lain terjadi pertentangan antara umat beragama.
Sebagai Ketua Majlis Ulama, Buya Hamka
menjelaskan bahawa dengan adanya toleransi itu adalah disebabkan di Indonesia rakyatnya rata-rata beragama Islam. Jadi rakyat di Indonesia mudah bekerjasama dan mudah diajar bagi mempertahankan agama Islam. Beliau juga menghuraikan keadaan di negara-negara lain di mana umat Islam menjadi umat minoriti. Contohnya di Filipina selama belasan tahun terjadi pertentangan umat beragama.
Keadaan ini jelas
menunjukkan golongan yang beragama Islam adalah sedikit berbanding golongan yang bukan beragama Islam. Jadi keadaan ini telah menyebabkan wujudnya kepercayaan yang berbeza-beza sehingga berlakunya pertentangan agama.
Walau bagaimanapun, Hamka menyeru kepada semua masyarakat Indonesia dan mubaligh-mubaligh berjuang demi mempertahankan agama Islam supaya menggantikan tempat beliau pada hari tua kelak.
Beliau mengatakan bahawa pemerintah telah
mendekati penduduk dan penduduk pula telah mendekati pemerintah. Tujuan tersebut adalah untuk kebahagiaan tanah air, bangsa dan negara teguh berdasarkan agama Islam di Indonesia. Beliau juga telah mengatakan bahawa rakyat Indonesia tidak boleh mundur lagi. Mundur ertinya malu maju atau hilang kesedaran tentang pentingnya menjaga maruah bangsa.
Jika rakyat Indonesia tidak memperjuangkan dan mempertahankan
negara mereka, mereka mungkin akan ditindas oleh pihak musuh. Pihak-pihak musuh pula selalu mencari peluang untuk menentang pihak lawannya.
Hamka juga menegaskan bahawa walaupun beliau merupakan seorang yang agak popular, terkenal atau termasyhur di mana-mana, tetapi kepopularan bukanlah menunjukkan beliau seorang yang terbaik.
Bagi beliau ada yang lebih bagus lagi
berbanding beliau. Hamka merasa lebih lega kerana beliau dikelilingi oleh orang-orang yang lebih berilmu daripada beliau. Contohnya seperti Tuan guru Haji Abdullah Syafi’i yang terkenal dengan kegiatan dakwah dan keteguhan hatinya mendidik umat. Selain itu, ulama seperti Tuan guru Syukri Gahzali merupakan seorang yang tenang, berfikir secara objektif sehingga sangat sesuai menjadi timbalan Hamka yang sering kali emosional. Namun begitu, Hamka menjelaskan bahawa walaupun beliau bukan ulama belajar di pondok atau bermukim di Mekah tetapi jiwanya sudah sesuai dengan jiwa ulama. Oleh itu, beliau lebih berani melangkah ke depan bagi menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan yang akan menimpa.
Namun begitu, Hamka telah menyatakan bahawa tema terpenting dari Menus Majlis Ulama ialah untuk mencapai kerukunan beragama sebagai salah satu syarat mutlak dalam pembangunan.
Selain itu, tetap menjaga kerukunan beragama yang telah
digariskan 8 tahun yang lalu. Demi kerukunan agama dan demi ketahanan nasional, beliau seulama dengan Majlisnya, baik di pusat atau pun di daerah akan memegang teguh petunjuk presiden yang terlibat. Mereka tidak akan mempropagandakan agama mereka kepada orang lain yang telah memeluk suatu agama baik dengan paksaan atau dengan pujuk rayuan. Tidak ada paksaan dalam hal agama, tetapi sudah ternyata perbezaan di antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat.
Jelas bahawa, Buya Hamka merupakan seorang pemikir Islam yang tersohor dan termasyhur di Indonesia. Walaupun terdapat banyak cabaran dan dugaan yang menimpa dirinya, tetapi beliau sanggup menempuhi pelbagai halangan dengan penuh tabah demi mempertahankan dan memartabatkan agama Islam. Pelbagai buku yang dihasilkan oleh beliau dan sehingga kini buku-buku tersebut masih digunakan sebagai rujukan. Oleh itu, Buya Hamka merupakan seorang tokoh yang sangat hebat dan tabah dalam membuat sesuatu kerja demi memperjuangkan agama Islam.
Bibliografi
1. Berita Harian.Selasa.22 Mei 2001. 2. H.Rusydi Hamka.2002.Hamka Pujangga Islam.Pustaka Dini Sdn Bhd. 3. http://www.google.com 4. Kenangan-kenangan 70 tahun Buya Hamka, terbitan Yayasan Nurul Islam, cetakan Kedua 1979.