Hamka

  • Uploaded by: Firda
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hamka as PDF for free.

More details

  • Words: 1,207
  • Pages: 9
KURSUS

: FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU KOD KURSUS : JXEA1104 TAJUK : TOKOH FALSAFAH NAMA : MARY KWAN NO. MATRIK : JEA080165 SESI : 2008/2009 SEMESTER : SATU NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH BTE ABD. RAHMAN

PERKARA

MUKASURAT

Pengenalan

1

Pemikiran dan Falsafah BUYA HAMKA dalam Menegakkan Dunia Islam

2-4

Penutup

5

Bibliografi

6

Lampiran Gambar BUYA HAMKA

7-9

PENGENALAN Hamka ( 1908-1981) adalah akronim kepada nama sebenar Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah. Beliau lahir di Kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, 17 Februari 1908 dan meninggal dunia di Jakarta 24 Julai 1981. Beliau diberikan gelaran Buya Hamka, iaitu gelaran atau panggilan untuk orang Minangkabau yang berasal daripada perkataan abi dan abuya dalam bahasa Arab yang bermaksud ayah kami atau seseorang yang dihormati. Ayahnya Syeikh Abdul Karim bin Amrullah dipanggil Haji Rasul, seorang pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Mekah. Hamka seorang tokoh yang lahir daripada keluarga yang harmoni dan berkah. Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga Darjah Dua.

Ketika usia Hamka mencapai 10 tahun, ayahnya telah mendirikan Sumatera

Thawalib di Padang Panjang. Di situ Hamka mempelajari agama dan mendalami bahasa Arab. Hamka juga pernah mengikuti kelas agama di surau dan masjid yang disampaikan ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid dan Sultan Mansur. Hamka mula-mula bekerja sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing, Medah dan guru agama di Padang Panjang pada tahun 1929. Setelah itu, Hamka dilantik menjadi sebagai pensyarah di Universiti Islam, Jakarta, Indonesia dan Universiti Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 sehingga 1958. Selepas itu, beliau dinaikkan pangkat menjadi rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universiti Mostapo, Jakarta. Pada tahun 1951 sehingga 1906 beliau menjawat-jawatan sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia.

PEMIKIRAN DAN FALSAFAH BUYA HAMKA DALAM MENEGAKKAN DUNIA ISLAM Ketokohan Buya Hamka dalam menegakkan atau mempertahankan agama Islam terbukti apabila beliau berjaya menemui teori persejarahan kedatangan Islam di Nusantara. Beliau dengan tegas menolak pandangan orientalis yang mengatakan Islam datang dari Benua Kecil India. Buya Hamka telah membentangkan kajiannya dalam seminar Kedatangan Islam di Medan pada tahun 1963. Beliau menyatakan Islam di Nusantara datang atau berasal dari Semenanjung Arab pada zaman permulaan Islam lagi iaitu pada kurun ke -7 Masihi. Beliau menegaskan lagi pendapat ini untuk menolak pendapat Sarjana Barat yang mendakwa Islam yang dianuti di Nusantara tidak asli sebaliknya dipengaruhi oleh kebudayaan dan pengaruh Hindu dan Buddha. Sumbangan penulisan terbesar beliau dalam bidang sejarah ialah Sejarah Umat Islam sebanyak 4 jilid yang diusahakan selama lebih dari 30 tahun. Selain itu, Hamka mempertahankan Bahasa Melayu-Indonesia yang banyak terdapat daripada istilah dan perbendaharaan Arab. Apabila wujud usaha untuk menolak kalimah Arab dan menggantikannya dengan istilah Sanskrit dengan satu contoh beliau mengajak agar kalimah hajat ditukar dan keperluan dalam bahasa Melayu kepada istilah butuh. Justeru sekiranya hendak menolak ciri-ciri Arab dan Islam, maka bahasa Melayu , Indonesia wajib digunakan walaupun dengan secara karut-marut, tegasnya. Buya Hamka juga adalah seorang jurudakwah dan ulama yang lembut perwatakan. Namun, beliau tegas dalam memegang aqidah dan nilai-nilai Islam sehingga dengan lantang dan berani mengundurkan diri daripada menjawat jawatan sebagai Ketua MUI (1977-1981) dalam rangka mempertahankan fatwa haram pembangunan Jakarta

daripada hasil judi pada masa Gabenor Ali Sadikin. Bahkan selama menjawat jawatan Ketua MUI, Hamka dengan tegas menolak pemberian gaji dan faedah bagi menegakkan atau mempertahankan maruah Islam. Buya Hamka akan terus dikenang sebagai ulama yang tegas dengan pendiriannya. Ketika

ada

usaha

untuk

mengiktiraf

‘agama

Jawa’

yang

disebut

sebagai

‘KEPERCAYAAN’ beliaulah antara ulama yang paling lantang mengingatkan Presiden Suharto agar bersikap tegas supaya tidak mudah tunduk kepada desakan golongan tersebut.

Ketika ada pihak yang melarang memuatkan tafsir surah Al-ikhlas dalam

kurikulum pelajaran, beliau dengan tegasnya mengatakan kalau tafsir surah al-ikhlas itu dilarang, kerana mahu menjaga hati golongan yang bertuhan tiga. Justeru beliau dengan lantang mengatakan, “apa lagi ertinya kami yang menyakini keesaan Tuhan”! Apabila ada desakan supaya kalimah jihad dianggap sebagai berbahaya, maka didepan pegawai tinggi ABRIC ( Angkatan Bersenjata Repbulik Indonesia- hari ini TNI) beliau mengatakan, “ saya akan merasa sangat terhormat bila dianggap sebagai Kepala Komando Jihad”. Pada tahun 1960-an, Buya Hamka mula menerima pelbagai masalah kerana sikapnya yang tegas seringkali menimbulkan pertembungan dengan pihak pemerintah. Tindakan Sukarno menerapkan ‘demokrasi pemimpin’ dibidas oleh Hamka sebagai ‘jalan lurus menuju neraka’. Pendirian tegas ini menyebabkan beliau menjadi sasaran pemerintah. Salah satu daripada tuduhan itu ialah terlibat dalam komplot untuk membunuh Presiden Sukarno dengan menerima sejumlah wang daripada Tuanku Abdul Rahman. Buya Hamka dipenjarakan selama 2 tahun.

Ketika dipenjarakan beliau

melengkapkan tafsir Al-Azhar (30 juzu’) yang merupakan karya teragung beliau.

Dibawah “Order Baru”, beliau dibebaskan dan kembali aktif berdakwah . Pada tahun 1957 HAMKA dilantik menjadi Ketua Majlis ulama Indonesia. Beliau memegang sehingga meletakkan jawatan pada tahun 1981 kerana mempertahankan fatwanya yang mengharamkan natal bersama (umat Islam disaran turut merayakan hari natal).

Atas

desakan Menteri Agama beliau menarik balik penyiaran fatwa ke media tetapi menegaskan bahawa fatwa tersebut tetap dipertahankan. Menteri Agama H.Alamsyah mengugut untuk mengundur diri. Demi untuk mengendurkan ketegangan, Buya Hamka telah membuat keputusan agar beliau dilantik sebagai Ketua Majlis Ulama yang bertanggungjawab atas peredaran fatwa yang diputuskan oleh Komisi Fatwa itu yang meletakkan jawatan. Menurut Buya Hamka yang merupakan filsuf muslim dalam bukunya Falsafah Hidup (1982: 192-194) dalam menegakkan Islam, kita akan menghadapi tentangan fahaman baru seperti fahaman Atheisme, Komunisme dan Sosialisme serta faham Mu’tazillah yang merupakan percampuran agama dan falsafah serta mementingkan ratio. Kekhuatiran tersebut terbukti dengan fenomena yang terjadi pada masa kini iaitu banyak ditimbulkan orang Skeptisme, Mazhabisy-Syak iaitu keraguan dalam menerima kebenaran Islam. Mereka menentang bahkan menolak ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang sudah jelas akan kebenarannya. Seringkali mereka menafsirkan Al-Quran dan Hadis secara sambil lewa tanpa mengikuti kaedah-kaedah bahasa Arab dan latar belakang sejarah diturunkan suatu ayat (asbabun nuzul). Hal ini disebabkan mereka terlalu mementingkan kemerdekaan akal dan mantiq ( logika ) sahaja.

KESIMPULAN Melalui pengalaman dan renungan Buya Hamka, beliau telah melahirkan pengetahuannya dalam penulisannya yang akan dihayati setiap generasi umat manusia. Peranannya sebagai ulama amat jelas apabila beliau berupaya menghasilkan Tafsir AlAzhar sebanya 30 jilid pada tahun 1978 ketika dipenjarakan bawah pemerintahan rejim Sukarno. Hamka adalah ulama Nusantara yang telah berjaya mengangkat medium penulisan dakwah dan genre kreatif mahupun ilmiah. Pengaruhnya amat besar di kalangan masyarakat pada kurun ke-20 dan 21. Kini lebih 20 tahun beliau meninggal dunia, namun jasa dan peninggalannya masih menjadi panduan masyarakat. Tidak hairanlah beliau telah meninggalkan banyak karya kerana motif penulisannya adalah cinta kepada Allah. Jelas Hamka dalam catatannya: “ Cinta tertinggi adalah kepada Dia Yang Maha Pangasih dan Maha Penyayang dan Maha Pengasih iaitu Allah SWT. Pandanglah Islam dengan penuh cinta . Dengan begitu anda akan berbalas-balas cinta dengan Dia Pemberi Cinta-cinta Sejati adla tatkala anda memasuki gerbang maut dan tatkala and memasuki gerbang maut dan bertemu dia: Almautu ayatu bi sadiq..” Pulanglah Hamka sebagai seorang tokoh dakwah yang tidak akan lupus kehormatannya bak kata pepatah, “ gajah mati meninggalkan gading, harimau mati menunggalkan belang, Buya Hamka wafat meninggalkan nama besar dan karya-karya monumentalnya.”

Hamka. 1951. Kenang-kenangan Hidup 111. Jakarta. Gapura Fatmawati. Hamka. 2002. Di Bawah Lindungan Kaabah. Selangor. Pustaka Dini H. Rusydi Hamka.2002. Hamka Pujangga Islam Kebanggaan Rumpun Melayu. Menatap Peribadi dan Martabatnya. Selangor.Pustaka Dini. Hamka. 2007. Peribadi. Selangor. Pustaka Dini http://hamka_ulama dan pujangga_nusantara http://krj .tganu:blogspot.com/2006/02 http://tokohindonesia.com/ensiklopedia/hamka/index http://syairsyair.blogspot.com/2008/04/hamkafalsafah http://www.tabiyah .com/elsfam/tokoh/hamka.htm http://www.forum.ummuhami/com/index http://www.kainlipat.wordpress.com/2007/07/hamka-hilangnya-seorang -tokohilmuah-islam http://www.homelibrary.com/ekarya /tokoh/hamka/htm http://www.yisc-alazhar.id.or http://www.geocities.com/tradisionalislam/pemikiran/hamka.htm

Related Documents

Hamka
October 2019 50
Hamka
October 2019 47
Hamka
October 2019 40
Buya Hamka
October 2019 24
Tokoh Hamka
May 2020 13
Musium Hamka
December 2019 18

More Documents from "Rasyid"

Daftar Pustaka.docx
April 2020 31
Al-ghazali
October 2019 45
Plato
October 2019 71
Al-farabi
October 2019 46
Pantun
October 2019 40