AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIV ER SITI MAL AYA KUAL A LUM PU R. FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU
(JXEA 1104) 2008/2009 (SEM 1 )
TAJUK : TOKOH (HAMKA) PENSYARAH : DR . AMRAN MUHAMMAD NAMA : NORBAIZURA BT ZAKARIA NO. MATRIK : JEA080087
Pengenalan Hamka merupakan seorang ahli falsafah Islam yang terkenal di Indonesia. Nama sebenar beliau ialah Doktor Haji Abd. Malik Bin Sheikh Abdul Karim Bin Sheikh Muhammad Amiullah . Beliau dilahirkan pada 16 Febuari 1908 bersamaan dengan 13 Muharram 1362 Hijrah di Desa Tanah Sirah , Sungai Batang Maninjau , Minangkabau , Sumatera Barat , Indonesia . Hamka merupakan seorang ulama Islam yang terkenal dan membawa pembaharuan Islam di Minangkabau . Sifat peribadi yang terdapat pada beliau sebagai ulama yang terkenal iaitu merupakan seorang yang bijak dan pintar serta terkenal sebagai ahli kesusasteraan Melayu klasik dan merupakan pengarang yang mashur penulis novelis yang terkemuka . Selain itu , Hamka mahir dalam Bahasa Arab dan terkenal sebagai ahli falsafah serta pujangga Islam . Beliau mendapat pendidikan awal daripada bapanya , kemudian bersekolah di Sekolah Desa di Padang Panjang pada tahun 1915 . Beliau juga belajar dengan datuknya di Sekolah Muhammad Amiullah pada tahun 1918 . Beliau meninggal dunia pada 24 Julai 1981 ketika berusia 73 tahun . Sumbangan yang di tinggalkan oleh beliau iaitu dalam bidang ilmu dan pemikiran Islam . Sumbangan beliau juga sebagai seorang tokoh reformasi Islam yang terkenal dalam bidang falsafah dan tasawuf . Beliau juga merupakan tokoh agama dan pendakwah yang banyak berjasa dalam penyebaran Islam di Indonesia . Selain menjadi tokoh , beliau juga mengarang akhbar dan menulis novel , ahkbar yang dikarangnya iaitu PEMBELA ISLAM di Bandung pada tahun 1930 . Beliau menulis karya sebanyak 60 buah buku selama 25 tahun , antara karya – karya beliau iaitu Di bawah lingkungan kaabah , tenggelamnya kapal Van Der Vijk dan sebagainya .
Falsafah Hamka Hamka merupakan seorang ahli falsafah Islam yang memperjuang dan menegakkan ajaran agama Islam . Beliau juga seorang tokoh yang bergiat aktif dalam pelbagai gerakan dan persatuan , beliau bergerak aktif dalam gerakan dan persatuan ini adalah untuk bangun menentang penjajah dan menegakkan ajaran agama Islam yang telah di campurkan dengan unsur – unsur yang boleh melalaikan manusia dari menjaga agama Islam yang suci dan negara . Setiap manusia perlu menjaga agama masing – masing tidak mengira bangsa atau pun kaum untuk menjamin kesejahteraan hidup dan menjaga diri serta negara daripada di ceroboh oleh orang asing . Falsafah Hamka menyatakan bahawa sesebuah negara perlu menjaga negaranya dengan baik dan melahirkan pemuda – pemudi yang berani menentang musuh . Hamka bergiat aktif dalam beberapa gerakan dan menjadi anggota tetap gerakan . Beliau menjadi anggota tetap dalam Majlis Konsul Muhammadiah di Sumatera Tengah pada tahun 1934 dan mengetuai gerakan Muhammadiah pada tahun 1946 untuk memimpin gerakan tersebut supaya bangun menentang penjajah yang telah lama memerintah negara mereka dan menuntut bela ke atas penginayaan dan penindasan yang di tanggung oleh rakyat . Oleh itu , Hamka mengeluarkan falsafahnya khas kepada golongan pejuang untuk lebih bersemangat bangun menentang penjajah . Selain itu , Hamka juga mengarang buku dan akhbar untuk memberi semangat kepada para pejuang , dalam falsafah beliau menyatakan bahawa seorang pejuang perlu berani dalam membuat sesuatu perkara dan keputusan di samping mencapai kemenangan yang di perolehi .
Falsafah Hamka yang di tujukan kepada para pejuang supaya mereka mempunyai sifat berani dalam diri agar tidak gentar menyerang dan berdepan dengan musuh serta berani menghadapi apa jua keadaan . Seseorang perlu berani menghadapi cabaran dan menempuh dugaan jika negaranya berada dalam keadaan yang terumbang – ambing atau di serang musuh , para pejuang perlu mempunyai sifat ini untuk menjaga negaranya daripada di ceroboh . Para pejuang perlu berani tampil kehadapan untuk menegakkan kebenaran walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran , walaupun negaranya telah di jajah oleh penjajah . Oleh itu , para pemuda dalam negeri tersebut perlu berani tampil kehadapan untuk menuntut bela dan hak –hak tanah air yang telah di cabuli oleh penjajah . Seseorang yang berani menghadapi cabaran dan sanggup menghadapi apa jua keadaan , baginya tiada masalah untuk bangun menegak kebenaran , keadilan dan bangun menentang musuh kerana ia berhak mempertahankan maruah dan nama negaranya daripada tercemar . Selain itu , keberanian membuatkannya tidak berasa jemu dalam membuat sesuatu perkara dan keputusan , tidak mengenal erti mundur , walaupun akan menimpa dan menerima nasib yang malang serta kesusahan dalam mengharungi . Walaupun menghadapi pelbagai masalah dalam mengharungi cabaran para pejuang atau pemuda perlu tawakal , sabar dan tidak mudah putus asa kerana Allah S.W.T tidak menyukai orang mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara sama ada kecil atau besar . Oleh itu , seseorang perlu menanam sifat berani dalam diri agar dapat memajukan diri , membela dan dapat mempertahankan diri . Hamka juga memperkatakan dalam falsafahnya mengenai keberanian budi yang di tujukan khas kepada para pejuang . Dalam keberanian budi perlu mempunyai
kefahaman dan fikiran yang terbuka serta mudah menerima pandangan orang lain walaupun pandangannya telah ketinggalan zaman . Jika tiada sesiapa yang ingin mengubah cara pemikiran lama kepada pemikiran yang lebih rasional maka hidupnya akan selalu mundur . Setiap bangsa juga disarankan untuk menerima pandangan orang lain walaupun bercanggah dengan prinsip hidup mereka kerana tidak sesuai lagi untuk di ikuti pada zaman sekarang . Orang yang tidak berani menyatakan kebenaran dan mencari kesalahan orang lain lama – kelamaan akan kecundang jua jika dibandingkan dengan orang selalu menegakkan kebenaran tanpa berasa gelisah atau berasa serba salah dalam menyatakan sesuatu perkara . Orang yang berani menyatakan kebenaran dan kefahaman barunya akan berada di hadapan dan tidak akan ketinggalan zaman , orang – orang yang belum mengenalinya akan mengata dan mengutuknya mengenai pandangan dan kefahaman baru yang dibawanya tetapi dalam pada masa yang sama mereka akan mengikuti apa jau yang dikatakanya olehnya kerana pemikirannya yang terbuka . Pemikiran yang dibawanya akan menyebabkan orang lain kurang senang terhadap kefahaman dan pandangannya . Sejak dahulu lagi agama Islam menyarankan umatnya supaya selalu membela dan menegakkan kebenaran yang sebenar – benarnya jika menghadapi masalah . Kebenaran yang tidak bercampur dengan keraguan akan dapat membela seseorang daripada terus berada dalam keadaan bersalah . Setiap umat Islam wajib berbuat baik , mencegah yang mungkar dan mengikut perintah Allah S.W.T kerana membuat parkara yang baik dapat membimbing seseorang ke jalan yang benar dan di redhai . Orang yang sentiasa menyatakan kebenaran pasti akan mempunyai kawan yang ramai kerana kesetian dan keyakinan serta mempunyai pendirian hidup yang kukuh . Orang yang berani menegakkan kebenaran tidak akan diam diri kerana ia akan berasa
dirinya serba salah dan takut akan memungkiri janji yang di buatnya ,jika tidak orang lain akan mempersalahkannya .
Kesimpulan Dalam falsafah Hamka banyak menyatakan tentang keberanaian dan kebenaran yang perlu ada pada seorang pejuang untuk menjaga maruah dan nama Negara , para pejuang perlu menanam sifat berani dalam diri agar tidak mudah dipatahkan oleh musuh dan orang lain tidak akan mengambil kesempatan ke atasnya . Keberanian seseorang dapat menimbulkan kebenaran kerana keberanian mampu menegakkan kebenaran jika berlaku sesuatu ke atas dirinya .Tidak ada sesuatu kekerasan yang dapat mengalah keberanian . Falsafah Hamka juga menyarankan kepada para pejuang supaya mencapai kemenangan dalam menegakkan kebenaran agar tidak ditindas segolongan masyarakat . Dalam mencapai kemenangan mestilah bertindak secara bijak tanpa menggunakan kekerasan dan mempunyai sifat muslim yang sejati seperti penyabar , berani dan sebagainya . Selain itu , falsafah Hamka juga lebih mementingkan ajaran agama Islam untuk menjadi panduan hidup supaya tidak terpesong dengan akidah .
Rujukan http://falsafah +hamka.com.my