PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. yang telah memberi ilham kepada saya sehingga kerja kursus
ini dapat disiapkan dalam masa yang telah di tetapkan.
Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga terutama kepada pensyarah subjek Psikologi dan Sosiologi Sukan PJMS3162 ini iaitu En Khairuddin Bin Mat Hassan yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta teguran yang membina bagi menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaik mungkin. Penghargaan ini juga ditujukan kepada kedua ibu dan bapa saya yang telah banyak memberi sokongan serta dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Walaupun mereka tidak terlibat secara langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini, namun mereka telah memberi sumbangan yang sangat besar kepada saya. Segala peralatan dan keperluan untuk menyiapkan tugasan ini telah disediakan oleh kedua ibu dan bapa saya. Sekiranya tiada bantuan daripada mereka, kemungkinana saya akan mengalami kesukaran untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaik mungkin. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu saya daripada belakang sama ada dalam
menyediakan
bahan serta membantu memberi sumbangan idea kepada saya. Terima kasih ini juga diberikan kerana mereka telah banyak memberi bimbingan, nasihat dan semangat kepada saya. Terima kasih untuk segala-galanya.
1
1.0 PENGENALAN
Individu yang telah melanggar norma setempat atau melakukan perbuatan yang bercanggah dengan norma dikategorikan sebagai devian. Tingkah laku ini pula digelar sebagai deviasi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), agresif didefinisikan sebagai cenderung menyerang atau berlaku secara bermusuhan terhadap pihak yang lain. Ganas atau keganasan pula didefinisikan sebagai liar dan suka menyerang, cenderung merosakkan harta benda, mencederakan orang. Silva (1988) menganggap keagresifan sebagai tingkah laku yang berupa percakapan atau perlakuan fizikal yang boleh mencederakan individu lain. Manakala Alderman (1974), berpendapat bahawa keagresifan mempunyai kaitan dengan bergaduh atau perlakuan ganas yang bertujuan untuk mencederakan lawan. Ianya tidak melibatkan sikap dan emosi individu. Kebiasaannya keagresifan dizahirkan melalui tingkah laku seseorang apabila dirangsang untuk melakukannya.
Dalam dunia sukan deviasi membawa maksud yang sama dimana seseorang atlet melakukan penyelewengan untuk mencapai hasil atau kepuasan dirinya melalui cara yang tidak betul atau dengan melanggar nilai- nilai etika seorang atlet.Dalam konteks sukan, keganasan dalam sukan merupakan satu fenomena tingkah laku deviasi yang sering berlaku dalam sukan terutamanya sukan kontak separti bola baling, bola jaring, bola sepak, hoki dan ragbi. Keganasan deviasi tingkah laku ini dikenali sebagai suatu perlakuan yang bermatlamat untuk mendatangkan kecederaan dan kesakitan secara fizikal dan psikologikal kepada ahli sukan. Sebarang keganasan yang berlaku dalam sukan adalah melanggar batas- batas norma yang hanya bertujuan untuk kepentingan individu sahaja.
2
1.1 KEGANASAN DEVIASI TINGKAH LAKU
Sukan bola sepak adalah sukan yang berbentuk kontrak yang juga tidak terlepas dengan isu keganansa deviasi tingkah laku. Terdapat beberapa kes yang boleh dijadikan bukti bahawa sukan ini sudah sinonim dengan kes keganasan deviasi yang mana yang menyebabkan pergaduhan semasa perlawanan. Contoh insiden yang berlaku di Malaysia dimana perlawanan persahabatan antara pasukan bawah 23 tahun negara dan pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Shah Alam pada 10 Ogos 2018 dicemari insiden pergaduhan melibatkan pemain kedua- dua pasukan serta pengawai UAE. Insiden berlaku di tengah padang pada penghujung perlawanan ketika Malaysia mendahului 2-0 dan bermula apabila beberapa pemain serta pegawai UAE bertindak menyerang pemain kebangsaan, dipercayai berpunca daripada beberapa kekasaran yang dilakukan oleh pemain kedua-dua pasukan sebelum itu. Mengulas insiden itu pada sidang media selepas perlawanan, ketua jurulatih B-23 negara Datuk Ong Kim Swee berkata pergaduhan tersebut sememangnya dapat dijangka kerana menjadi kebiasaan pasukan UAE atau mana-mana pasukan dari Timur Tengah melakukan provokasi terhadap pasukan lawan apabila mereka ketinggalan. Pengajaran dari inside itu, Datuk Ong Kim Swee menasihati supaya pemain perlu lebih pandai mengawal emosi mereka bila berhadapan dengan provokasi daripada pihak lawan. Bagaimanapun insiden itu tidak menyebabkan kecederaan dari segi fizikal. Ahli sukan luar negara juga tidak terlepas dengan kes keganasan deviasi ini. Antaranya isu pemain terkenal bola sepak iaitu Luis Suarez yang dikaitkan dengan kesalahan menggigit pemain pasukan lawan semasa dalam permainan. Menurut akbar Berita Harian, Suarez dikatakan cuba melepaskan diri dari kawalan Chiellini dan bertindak mengigit dan ia merupakan gigitan yang ketiga sepanjang kariernya.Tidak asing juga kes seperti ini terjadi di Malaysia di mana kes seorang pemain yang ditumbuk. Berdasarkan akhbar Sinar Harian yang bertarikh 3 Februari 2014 yang bertajuk “PBSNT kecewa insiden di Larkin” menyatakan bahawa perasaan kecewa mereka berhubung dengan seorang pemain bola sepak Negeri Terengganu (T – Team) iaitu Evaldo Rodrigues yang ditumbuk oleh pihak pengurusan pasukan JDT semasa perlawanan pusingan kedua Piala FA pada malam 2 Februari 2014 menentang JDT di stadium Larkin, Johor. Selain pemain, jurulatih kecergasan pasukan iaitu Stefano Impagliazzo turut dikasari pegawai keselamatan. Kejadian berlaku sejurus tamat separuh masa pertama ketika mangsa menuju ke bilik persalinan. Akibat daripada kejadian tersebut, pihak pengurusan T – Team telah menarik diri daripada bermain dengan alasan faktor keselamatan pemain. Kedua- dua kes ini sangat jelas menunjukkan perbuatan tersebut merupakan antara kes-kes keganasan dalam sukan. Kenyataan ini dikukuhkan lagi dengan pendapat yang diutarakan oleh Alderman (1974),
3
yang mengatakan bahawa keagresifan mempunyai kaitan dengan bergaduh atau perlakuan ganas yang bertujuan untuk mencederakan lawan.
Kes keempat ini juga merupakan kes berkaitan dengan pergaduhan semasa permainan bola sepak dan kes ini lebih teruk kerana melibatkan penyokong yang tidak perpuas hati. Kes ini berlaku semasa perlawanan Liga Juara juara Asia 19 Oktober 2011 di Stadium Piala Dunia Suwon di selatan Seoul, Korea Selatan. Berdasarkan kenyataan akhbar Utusan Borneo pada 21 Oktober 2011 bertajuk “Perlawanan antara Suwon dan Al Sadd dicemari pergaduhan besar” memperlihatkan kedua-dua pasukan saling berbalas tumbukan. Kejadian tersebut tercetus disebabkan pemain Al Sadd memecut untuk menjaringkan gol kedua tanpa halangan, ketika tumpuan pasukan Suwon ialah merawati seorang pemain yang cedera. Pemain kemudian menunjukkan rasa tidak puas hati kepada pengadil
dan ketika perlawanan
hendak
diteruskan,
seorang
penyokong
Suwon
menceroboh masuk ke dalam padang dan menyebabkan pergaduhan beramai-ramai tercetus. Keadaan menjadi lebih buruk apabila pemain dan kakitangan kedua-dua pasukan juga masuk campur. Maka, dapat disimpulkan di sini adalah perasaan marah menyebabkan kejadian tumbuk menumbuk berlaku antara penyokong dan kedua-dua pasukan. (Cox, 1998)
Berdasarkan kes empat- empat kes pergaduhan dalam permainan bola sepak, di dapati keganasan deviasi berlaku bermula dengan bentuk psikologi iaitu memprovokasi pasukan lawan dan membawa kepada pergaduhan dan kecederaan fizikal. Jelaslah tingkah laku deviasi ini berlaku bukan sahaja membawa kecederaan dan kesakitan secara bukan sahaja berbentuk fizikal malah juga dalam bentuk psikologi kepada ahli sukan.
4
1.2 CADANGAN LANGKAH PENYELESAIAN
Dalam memastikan sifar keganasan dalam sukan yang berbetuk tingkah laku deviasi, beberapa langkah mengatasi perlu diambil. Antara cadangan pertama dalam memastikan keganasan dalam sukan tidak berlaku, pihak kerajaan di bawah Kementerian Belia dan Sukan perlu mengambil tindakan yang tegas dan sewajarnya terhadap atlet atau pemain yang melakukan kesalahan yang sama berulang kali perlu dihukum dengan hukuman yang berat kerana bukan sahaja mereka mencederakan atlet yang lain malah juga mendatangkan kerugian dari segi kos, malahan mereka menjadi contoh negatif kepada pemain-pemain muda. Contohnya, pemain akan digantung perlawanan dalam tempoh yang ditetapkan dan perlu membayar denda atas kesalahan tersebut.
Bukan sahaja pemain yang bersalah perlu dihukum, malahan jurulatih dan pasukan yang menggalakkan keagresifan dan membudayakan stategi kotor untuk meraih kemenangan seperti mengada- adakan kecederaan yang dibuat oleh pihak lawan, menggunakan perkataan berbaur ugutan, dan menggunakan kekerasan samasa permain. Setiap pasukan yang mencentuskan pergaduhan perlulah wajib dijatuhkan bayaran denda pagi pasukan tersebut supaya kes keganasan dalam sukan dapat dikurangkan. Bayaran juga perlu dinaikkan supaya atlet takut untuk melakukan taktik kotor semasa permainan.
Selain memberi hukuman, jurulatih juga boleh memastikan atlet di bawahnya sentiasa berdisiplin dan mematuhi paraturan- peraturan perlawanan dengan mengangkat ikrar di hadapan jurulatih setiap kali bermulanya sesuatu perlawan atau pertandingan. Ikrar tersebut perlu menerapkan unsur- unsur fair-play dan berjanji untuk mengawal tekanan sewaktu bermain bukan sahaja semasa permainan malah selepas tamatnya sesebuah permainan. Dengan cara itu sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran dan peringatan kepada atlet bahawa pentingnya bermain secara adil dan pentingnya menjaga emosi dalam sesebuah perlawanan agar permainan dapat dijalankan dengan lancar.
Akhir sekal, langkah ini pula lebih berfokus kepada mengurangkan keagresifan di kalangan penonoton. Menurut Shaharudin (2001), keagresifan di kalangan pemain sebenarnya berkait rapat dengan keagresifan penonton. Ini adalah kerana penonton merupakan di antara faktor yang boleh mencetuskan keagresifan di kalangan pemain semasa perlawanan berlangsung dan kadangkala menjadi pencetus keagresifan apabila wujudnya konfrontasi di antara pemain dan penyokong. Justeru, antara langkah yang boleh
5
diambil untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengetatkan pemeriksaan kepada penonton yang ingin memasuki stadium supaya tiada senjata atau perkara yang membahayakan diri dibawa masuk oleh penyokong ke dalam stadium. Pihak pengurusan stadium perlu memastikan agar penonton yang melakukan kesalan seperti bergaduh dan membawa senjata disenaraihitamkan daripada memasuki stadium dalam tempoh yang di tetapkan agar penyokong lebih berdisiplin dan mematuhi peraturan untuk mengelakkan situasi seperti di Eropah di mana ramai penonton yang mati kerana pergaduhan di antara penyokong.
Ringkasnya, tindakan tegas dan sewajarnya perlu diambil terhadap mereka yang didapati bersalah bagi membuktikan bahawa Malaysia serius dalam memastikan keganasan dalam sukan yang merupakan fenomena tingkah laku deviasi, tidak semakin berleluasa.
1.3 KESIMPULAN
Kes deviasi dalam sukan di Malaysia bukanlah satu perkara yang boleh di ambil mudah. Kerana sekiranya kes ini masih berleluasa, kelompk yang terlibat akan berasa selesa dan norma sedia ada tidak akan menjadi peraturan yang perlu dipatuhi lagi. Sekiranya keganasan deviasi ini terus berlaku, akhirnya akan membawa kepada pergaduhan dalam sukan sekaligus dasar kerajaan ‘Sukan Alat Perpaduan’ tidak akan tercapai. Justeru itu pelbagai pihak perlulah memainkan peranan yang penting untuk memastikan sebarang sukan sama ada di dalam Malaysia mahupun diluar nagara dapat dilaksanakan dengan adil dengan bersaing secara sihat tanpa penyelewengan. Barulah seiring dengan dasar kerajaan, Sukan Alat Perpaduan.
6
RUJUKAN
Alderman,(1974). Psychological bahavior in sports.Philadhepia: W.B.Sounders Company
Cox, (1998). Sport psychology: Concepts and application (4 th ed.) Dubuque, IA : WM. C. Brown.
Shaharudin Abd. Aziz. (2001). Mengaplikasi teori psikologi dalam sukan. Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.
Silva (1988). The Silva mind control method of mental dynamics. New York: Pocket Books.
Kamus Dewan. Edisi keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.
Pergaduhan sudah dijangka - Sukan | mStar. Retrieved from https://www.mstar.com.my/sukan/2018/08/11/pergaduhan-sudah-dijangka
7
LAMPIRAN
8
9
Mengulas kenyataan Khairy tersebut, Presiden Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM), Hairuddin Omar menegaskan bahawa gejala rasuah tidak akan berlaku sekiranya kebajikan pemain dan pegawai dijaga oleh pasukan atau kelab masing-masing terutama gaji.
Berdasarkan kenyataan Hairuddin itu, bermakna di sini, segala jenis kelompongan serta ruang yang dilihat berupaya mewujudkan gejala rasuah harus dihentikan supaya ia tidak membarah.
Oleh sebab itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM harus mencari satu mekanisme paling mujarab bagi memerangi isu tersebut.
kalau dlm malaysia x ambik berat kes ini nanti bila atlet wakil negara jika tertangkap melakukan kes tersebut negara yang malu jd kena cegah dari awal
10
http://mondnieltalk.blogspot.com/2015/07/kes-deviasi-dalam-sukan-atau-keganasan.html http://mikepjeduworld.blogspot.com/2012/09/keganasan-dalam-sukan-i-pengenalan.html
11