Aahperd Speed Spot Shooting Test.docx

  • Uploaded by: nadiah kama
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Aahperd Speed Spot Shooting Test.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 3,559
  • Pages: 22
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. yang telah memberi ilham kepada saya sehingga kerja kursus

ini dapat disiapkan dalam masa yang telah di tetapkan.

Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga terutama kepada pensyarah subjek Lakuan Motor PJMS3123 ini iaitu Dr. Hjh Mazlina Bt Mahmood yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta teguran yang membina bagi menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaik mungkin. Penghargaan ini juga ditujukan kepada kedua ibu dan bapa saya yang telah banyak memberi sokongan serta dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Walaupun mereka tidak terlibat secara langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini, namun mereka telah memberi sumbangan yang sangat besar kepada saya. Segala peralatan dan keperluan untuk menyiapkan tugasan ini telah disediakan oleh kedua ibu dan bapa saya. Sekiranya tiada bantuan daripada mereka, kemungkinana saya akan mengalami kesukaran untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaik mungkin. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu saya daripada belakang sama ada dalam

menyediakan

bahan serta membantu memberi sumbangan idea kepada saya. Terima kasih ini juga diberikan kerana mereka telah banyak memberi bimbingan, nasihat dan semangat kepada saya. Terima kasih untuk segala-galanya.

1

BAHAGIAN A

2

Bahagian A – Pengukuran Ujian Prestasi Kemahiran Sukan Berdasarkan Pembelajaran Motor Dan Kawalan Motor. 1.0 NAMA UJIAN AAHPERD Basketball speed spot shooting test. 2.0 TUJUAN UJIAN Ujian ini mengukur kemahiran ketangkasan seseorang dalam kemahiran menjaring dengan berterusan dari pelbagai arah dalam masa yang ditetapkan. 3.0 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN UJIAN Dilaporkan dari r =.84 hinggan r =.95 4.0 SASARAN/ PESERTA Pemain bola keranjang Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Pelajar sem 6 dan sem 8 seramai 30 peserta. 15 lelaki dan 15 perempuan. 5.0 ALATAN Pita Ukur, Jam randik, marking tape, Bola keranjang

3

6.0 PROTOKOL UJIAN

Rajah 1 Gambarajah AAHPERD Speed Spot shooting test 1. Penanda

B, C, dan D di tanda pada lantai dengan jarak 9 kaki dari titik tengah

papan tanpan bola keranjang. 2. Manakala titik A dan E diukur 9 kaki dari tengah bulatan jaring bagi gol bola

keranjang. 3. Permulaan ujian, peserta akan berdiri dibelakang salah satu penanda (A,B,C,D,dan

E) mengikut pilihan sendiri dan apabila arahan “Ready go” peserta akan bergerak, menggelecek bola keranjang dan menjaringkan bola pada penanda yang lain. Sekurang- kurangnya satu jaringan dilakukan dari setiap satu penanda. 4. Sebelah kaki perlu berada belakang garisan penanda setiap kali peserta ingin

menjaringkan bola. 5. Sekiranya bola yang dijaringkan dari penanda itu masuk, pesera perlu membuat satu

jaringan lay- up dan yang diberikan 4 kali percubaan. 6. Setelah jaringan lay- up dapat dilaksananakan, peserta akan terus ke penanda yang

lain dan membuat jaringan yang lain dan diikuti jaringan lay- up. Masa diberikan selama 60 saat. 7. Peserta perlu melakukan ujian ini sebanyak 3 kali. 8. Ujian pertama dianggap percubaan dan tidak direkodkan manakala percubaan kedua

dan ketiga akan direkodkan.

4

7.0 PEMARKAHAN

1. Dua mata diberikan untuk setiap jaringan yang berjaya dimasukkan dan satu mata diberikan bagi setiap jaringan yang tidak berjaya dimasukkan tetapi terkena rim (dari atas). 2. Kerdua- dua jumlah mata dari ujian kedua dan ketiga akan ditambah untuk mendapat jumlah keseluruhan.

PENCAPAIAN

MATA

SKOR

PERATUS (%)

SANGAT BAIK

5

22-35

95 %

BAIK

4

18-21

75%

SEDERHANA

3

14-17

50%

LEMAH

2

9-13

25%

SANGAT LEMAH

1

0-8

5%

Jadual 1 Norma pemarkahan untuk AAHPERD Speed Spot shooting test bagi peserta wanita.

PENCAPAIAN

MATA

SKOR

PERATUS (%)

SANGAT BAIK

5

26-30

95

BAIK

4

23-25

75

SEDERHANA

3

20-22

50

LEMAH

2

13-19

25

SANGAT LEMAH

1

0-14

5

Jadual 2 Norma pemarkahan untuk AAHPERD Speed Spot shooting test bagi peserta lelaki.

5

8.0 BORANG UJIAN Bil

Nama Peserta

Ujian 2

Ujian 3

Skor

1.

MUHAMMAD IRFAN BIN AB. NASIR

10

12

22

2.

MUHAMAD HARITH CHAILAN

13

14

27

3.

MOHD HAZIQ HILMI BIN HASBI

11

12

23

4.

MOHAMAD ALI MURSYID BIN

9

12

21

12

12

24

MOHD HAMZAH 5.

MOHAMAD AFIQ IKHWAN BIN ABDULLAH

6.

MUHAMMAD IZZAT BIN IBRAHIM

10

10

20

7.

MOHAMAD SYAFIQ BIN

10

11

21

MARHISHAM 8.

MOHD NAIM BIN MOHTAR

11

11

22

9.

TAN KEH CHIN

11

13

24

10.

KHAIRUL YAZIQ BIN KHAIRUSALEH

10

10

20

11.

MUHAMMAD SYAIFULRUDDIN BIN

11

13

25

MOHD IDRUS 12.

ZAHIR BIN ZAINOL AZALI

9

10

19

13.

MUHAMMAD FAIZ BIN

10

11

21

KAMARULZAMAN 14.

MUHAMMAD HAKIM BIN ISHAK

11

14

25

15.

MUHAMMAD YUSOF BIN NAWI

10

10

20

16.

ASMA SABRINA BINTI AB. HAMID

9

9

18

17.

FELLYSIA CHONG

6

8

16

18.

HANY NAJWA BINTI MOHD SAKRI

5

5

10

19.

CHEN SHI HUI

10

12

22

20.

MINDY LIM MIN

5

6

11

6

21.

TEO HUI YING

7

7

14

22.

RUMAIZAH BINTI ALI

6

7

13

23.

CHOE SEOK THENG

7

8

15

24.

ASHAARTHI MUTHARPAVALAR

8

8

16

25.

SOFIA AZNEETA BINTI MOHD

6

6

12

7

9

16

4

5

9

NAZRI 26.

NURUL AZZIERA BINTI SHAMSUDIN

27.

WAN FARZANA AIDA BINTI WAN ISMAIL

28.

SITI FATONAH BINTI AFFANDI

7

10

17

29.

NURSYAFIQAH BINTI MOHD

4

4

8

6

8

16

HANAPPI 30.

NORMALA SABARIAH BINTI ADI

7

9.0 ANALISIS DAPATAN UJIAN

Dalam mengumpul data ujian speed spot shooting , 30 pemain bola keranjang ipg kampus sultan mizan yang terdiri daripada 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan dari sem 6 dan sem 8 telah membuat ujian tersebut sebanyak tiga kali seorang. Ujian pertama adalah percubaan dan tidak direkodkan. Hanya ujian 2 dan ujian 3 sahaja direkodkan dan untuk mendapatkan skor, jumlah markah ujian 2 dan ujian 3 perlu ditambah. Jadual 1.2 dan jadual 1.3 menunjukkan data bagi ujian Speed Spot Shooting, peserta lelaki dan perempuan dalam permainan Bola Keranjang

Jadual 3: Skor mentah, peratus dan mata bagi ujian Speed Spot Shooting, peserta lelaki dalam permainan Bola Keranjang.

SUBJEK

UJIAN 1

UJIAN 2

SKOR

PERATUS

MATA

(%) 1

10

12

22

50%

3

2

13

14

27

95%

5

3

11

12

23

75%

4

4

9

12

21

50%

3

5

12

12

24

75%

4

6

10

10

20

50%

3

7

10

11

21

75%

4

8

11

11

22

75%

4

9

11

13

24

75%

4

10

10

10

20

50%

3

11

11

13

25

75%

4

12

9

10

19

25%

2

13

10

11

21

50%

3

14

11

14

25

75%

4

15

10

10

20

50%

3

8

Markah Ujian Speed Spot Shooting (L) 16 14 12 10 8 6 4 2 0 1

2

3

4

5

6

7

8

UJIAN 1

9

10

11

12

13

14

15

UJIAN 2

Graf 1 : Menunjukkan bilangan markah ujian 1 dan ujian 2 yang dicapai oleh peserta lelaki dalam ujian Speed Spot Shooting.

Data dalam jadual 3 dan graf 1 menunjukkan perbandingan pencapaian peserta lelaki antara ujian 1 dan ujian 2. Graf di atas menunjukkan rata- rata peserta dapat membuat lebih baik pada ujian kedua di mana markah bagu ujian 2 lebih tinggi iaitu lebih satu atau dua markah daripada ujian 1. Kerana peserta mula mendapat rentak pada ujian kedua dan hanya terdapat 5 peserta daripda 15 peserta yang markah ujian 1 dan ujian 2 sama dan tidak berubah iaitu pada subjek 5, 6, 8, 10 dan 15.

9

Jadual 4: Skor mentah, peratus dan mata bagi ujian Speed Spot Shooting, peserta perempuan dalam permainan Bola Keranjang.

SUBJEK

UJIAN 1

UJIAN 2

SKOR

PERATUS (%)

MATA

16

9

9

18

75%

4

17

6

8

16

50%

3

18

5

5

10

25%

2

19

10

12

22

95%

5

20

5

6

11

25%

2

21

7

7

14

50%

3

22

6

7

13

25%

2

23

7

8

15

50%

3

24

8

8

16

50%

3

25

6

6

12

25%

2

26

7

9

16

50%

3

27

4

5

9

25%

2

28

7

10

17

50%

3

29

4

4

8

5%

1

30

6

8

16

50%

3

Markah Ujian Speed Spot Shooting (P) 14 12 10 8 6 4 2 0

161

217

318

4 19

520

621

7 22

823

UJIAN 1

9 24

10 25

11 26

12 27

13 28

14 29

15 30

UJIAN 2

Graf 2 : Menunjukkan bilangan markah ujian 1 dan ujian 2 yang dicapai oleh peserta perempuan dalam ujian Speed Spot Shooting. 10

Data dalam jadual 4 dan graf 2 menunjukkan perbandingan pencapaian peserta perempuan antara ujian 1 dan ujian 2. Graf di atas menunjukkan rata- rata peserta dapat membuat lebih baik pada ujian kedua di mana markah bagu ujian 2 lebih tinggi iaitu lebih satu atau dua markah daripada ujian 1. Kerana peserta mula mendapat rentak pada ujian kedua dan hanya terdapat 5 peserta daripada 15 peserta yang markah ujian 1 dan ujian 2 sama dan tidak berubah iaitu pada subjek 16, 18, 24, 25 dan 29.

Peratus Ujian Speed Spot Shooting (L) 8

Bilangan subjek (L)

7 6 5 4 3 2 1 0 95%

75%

50%

25%

Graf 3 : Menunjukkan bilangan peserta lelaki mengikut peratus dalam ujian Speed Spot Shooting PENCAPAIAN

MATA

SKOR

PERATUS (%)

SANGAT BAIK

5

26-30

95

BAIK

4

23-25

75

SEDERHANA

3

20-22

50

LEMAH

2

13-19

25

SANGAT LEMAH

1

0-14

5

Jadual 3 dan graf 3 menunjukkan jumlah peserta lelaki mengikut peratus ujian Speed Spot Shooting. Berdasarkan garaf diatas, peserta yang berjaya menguasai 95% iaitu 5 mata iaitu dalam kategori sangat baik, hanya seorang sahaja iaitu subjek 2 yang mendapat jumlah skor = 27. Manakala 7 orang peserta lelaki berjaya menguasai 75 % ujian yang mendapat 4 mata iaitu dalam kategori baik dan sebanyak 6 orang peserta berjaya menguasai 50% 11

daripada ujian iaitu 3 mata dalam kategori sederhana. Manakala hanya sorang peserta berjaya menguasai 25 % daripda ujian iaitu 2 mata dalam kategori lemah yang mendapat jumlah skor = 19 dan tiada peserta lelaki yang mendapat 5 % daripda ujian iaitu 1 mata dalam kategori sangat lemah.

Peratus Ujian Speed Spot Shooting ( P) 8 7

Bilangan Subjek (P)

6 5 4 3 2 1 0 95%

75%

50%

25%

5%

Graf 4 : Menunjukkan bilangan peserta perempuan mengikut peratus dalam ujian Speed Spot Shooting PENCAPAIAN

MATA

SKOR

PERATUS (%)

SANGAT BAIK

5

22-35

95 %

BAIK

4

18-21

75%

SEDERHANA

3

14-17

50%

LEMAH

2

9-13

25%

SANGAT LEMAH

1

0-8

5%

Jadual 4 dan graf 4 menunjukkan jumlah peserta perempuan mengikut peratus ujian Speed Spot Shooting. Berdasarkan garaf diatas, peserta yang berjaya menguasai 95% iaitu 5 mata iaitu dalam kategori sangat baik, hanya seorang sahaja iaitu subjek 19 yang mendapat jumlah skor = 22. Peserta perempuan berjaya menguasai 75 % ujian yang mendapat 4 mata iaitu dalam kategori baik juga hanya seorang dengan jumlah skor= 18. Manakala 7 orang peserta berjaya menguasai 50% daripada ujian iaitu 3 mata dalam kategori sederhana. Pada pencapaian lemah terdapat 5 peserta sahaja peserta yang menguasai 25 % daripada 12

ujian dan mendapat 2 mata. Akhir sekali, terdapat seorang peserta yang hanya berjaya mencapai tahap sangat lemah iaitu sebanyak 5 % daripada ujian dan mendapat 1 mata iaitu subjek 29 yang mendapat jumlah skor= 8.

Jumlah Skor Ujian Speed Spot Shooting 30

Bilangan Skor

25 20 15 10 5 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 12 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

Subjek

Lelaki

Perempuan

Graf 5 : Menunjukkan jumlah skor peserta lelaki dan dalam ujian Speed Spot Shooting

Berdasarkan graf 5, didapati keseluruhan jumlah skor bagi peserta lelaki lebih tinggi berbanding peserta perempuan yang mana skor bagi peserta lelaki bermula dari 19 – 27. Manakala peserta perempuan bermula dari 8- 22. Graf ini menunjukkan keseluruhan peserta lelaki lebih menguasai ujian Speed Spot Shooting berbanding peserta perempuan.

Berdasarkan jumlah skor, min skor bagi ujian Speed Spot Shooting bagi peserta lelaki min=19,sisihan piawai 2.313 dan nilai mod bagi ujian Speed Spot Shooting bagi peserta lelaki ialah 21 ini bermakna kebanyakkan lelaki berada pada tahap pencapaian sederhana. Manakala min skor ujian Speed Spot Shooting bagi peserta perempuan min= 8, sisihan piawai 3.813 dan mod bagi ujian Speed Spot Shooting bagi peserta perempuan ialah 16 ini bermakna kebanyakkan peserta perempuan juga berada pada tahap pencapaian sederhana. Min keseluruhan ujian min=8 dan sisihan piawai keseluruhan ujian 5.388.

13

10.0 PERBINCANGAN

Hasil daripada analisis dapatan data bagu ujian Speed Spot Shooting, dapat dilihat rata- rata peserta yang terdiri daripada pemain bola keranjang IPG Sultan Mizan berada pada tahap pencapaian sederhana baik perempuan mahupun lelaki. Ini bermakna banyak latihan yang perlu di perkemaskan kepada pamain bola kerangang IPG Sultan Mizan terutamanya dalam kemahiran menjaring untuk membolehkann pasukan ini dapat mewakili IPG Sultan Mizan ke peringkat yang lebih tinggi.

Selain itu juga, dapat dirumuskan peserta lelaki lebih menguasai kemahiran menjaring dengan pantas berbanding perempuan kerana jika dilihat dalam graf 5, skor bagi peserta lelaki bermula dari 19 – 27 manakala peserta perempuan bermula dari 8- 22.. Ini menunjukkan tahap ketangkasaan dan koordinasi peserta lelaki lebih tinggi daripada perempuan.

Ini mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor salah satunya, pemain bola

keranjang lelaki lebih kerap turun latihan pada waktu petang iaitu 4 kali semnggu berbanding pemain perempuan hanya seminggu sekali. Latihan akan mempengaruhi prestrasi dan kemahiran setiap individu tersebut. Pencapaian prestasi yang baik dipengaruhi oleh latihan yang berkualiti (Martindale et al, 2007) Namun prestasi pemain Bola Keranjang Lelaki IPG Sulatan Mizan masih berada pada tahap sederhana.

Berdasarkan data yang diperolehi hasil daripada ujian yang dibuat, di dapati ratarata peserta lelaki dan perempuan dapat menunjukkan peningkatan semasa melakukan ujiaan Speed Spot Shooting ini semasa ujian 2 berbanding ujian 1. Salah satu faktor adaptasi dapat dilihat dengan jelas semasa peserta membuat ujian 2 di mana peserta mula mendapat rentak yang membolehkan mereka menyumbang mata yang lebih pada ujian 2.

11.0 KESIMPULAN

Untuk membenarkan semua peserta Pamain Bola Keranjang IPG Sultam Mizan mendapat pencapaian yang lebih baik dan tinggi iaitu tahap pencapaian sangat baik dalam ujian Speed Spot Shooting, peserta perlu banyakkan latihan yang dapat meningkatkan ketangkasa, kepantasan dan koordinasi terutamanya dalam kemahiran menjaring dalam permainan Bola Keranjang.

14

RUJUKAN

Martindale R, Collins D, Abraham A. Effective talent development: the elite coach perspective in UK sport. J Appl Sport Psychology. 2007;19(2):187–206

Johnson, B., & Nelson, J. (1986). Practical measurements for evaluation in physical education (4th ed.). Edina, MN.: Burgess Pub.

15

BAHAGIAN B

16

1.0 HUBUNGKAI FAKTOR BIOLOGI DAN SOSIAL DENGAN PERTUMBUHAN, KEMATANGAN DAN PRESTASI

Faktor biologi terdiri daripada genetik atau baka dan faktor sosial memberi kesan yang sangat besar dalam pertumbuhan, kematangan dan prestasi seseorang individu tersebut dalam permainan atau sukan yang diceburi 1.0.1 Faktor biologi mempengaruhi pertumbuhan, kematangan dan prestasi

Biasanya tumbesaran seseorang dapat dilihat dengan merujuk kepada ketinggian kerana peningkatan ketinggian seseorang dapat dilihat dengan jelas. Ketinggian puncak merupakan petunjuk yang jelas untuk melihat perubahan saiz badan dan tumbesaran puncak seseorang (Philippaerts et al, 2006). Prestasi lakuan motor boleh dipengaruhi oleh perubahan biologi yang berbeza (Thoamas & French 1985). Weaver- Hightower (2003), mendapati secara purata, rangka lelaki adalah 10 peratus lebih tinggi daripada wanita. Dari segi berat tubuh orang dewasa, lelaki lebih berat lebih kurang 11 kg dan ini disebabkan oleh berbezaan stuktur tulang lelaki yang lebih besar.Jadi kalau dilihat pada ujian Speed Spot Shooting bagi pemain Bola Keranjang IPGKSM , keseluruhannya peserta lelaki lebih tinggi dari peserta wanita yang memberi kelebihan kepada peserta lelaki terutamanya dari segi kepantasan kerana langkah peserta lelaki lebih besar dan laju yang membolehkan mereka mencatat mata yang lebih baik daripada peserta wanita.

Faktor genetik juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan prestasi atlit. Pernyataan ini disokong oleh Smith et al. (1992) dalam kajiannya dalam pemilihan permain bola tampar pembawaan genetik perlu diberi perhatian yang serius dalam pemilihan pemain dan beliau berpendapat adalah lebih mudah untuk melatih atlit yang mempunyai keperluan genetik yang khusus. Bergitu juga dengan permainan Bola Keranjang di mana permainan Bola Keranjang memerlukan pemain yang mempunyai baka yang tinggi yang dapat memberi kelebihan dalam permainan seperti peserta lelaki Muhamad Harith Chailan yang telah berjaya mendapatkan mata yang paling tinggi dalam ujian Speed Spot Shooting.

Antara salah satu faktor yang menyebabkan peserta lelaki IPGKSM lebih menguasai ujian Speed Spot Shooting daripada peserta wanita ialah faktor pertumbuhan. Kajian oleh Espenschander (1947), dimana hasil kajian menunjukkan selepas umur 14 tahun, kanakkanak lelaki akan terus meningkat dari segi ketangkasan tetapi sebaliknya bagi kanakkanak perempuan menunjukkan penurunan. Keadaan ini disebabkan apabila kanak- kanak perempuan selepas umur 14 tahun akan berlakunya perubahan dari segi bentuk badan 17

serta saiz pertumbuhan akan semakin meningkat menyebabkan prestasi seseorang itu mula menurun.Selain itu, dalam proses tumbesaran, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi proses tumbesaran tersebut, antaranya adalah kematangan. Tumbesaran dan kematangan mempunyai hubungan saling berkaitan dengan prestasi motor seseorang.

Dalam

konteks

biologikal,

kesan

kematangan

terhadap

prestasi

motor

berkemungkinan lebih besar berbanding kesan yang berkait dengan pendedahan kepada aktiviti fizikal atau latihan (Baxter-Jones & Sherar, 2007). Kematangan bermaksud kemajuan ke arah kematangan fizikal, keadaan di mana penggabungan optimum fungsi sistem tubuh badan manusia dan keupayaan untuk proses pembiakan. Di mana di peringkat kanakkanak dan remaja, prestasi fizikal dipengaruhi oleh pelbagai faktor, antaranya aspek latihan, kematangan dan tumbesaran (Malina, Bourchard & Bar-Or, 2004). Namun begitu, pada peringkat kanak-kanak dan remaja, prestasi fizikal akan meningkat dengan sendirinya tanpa menjalani latihan fizikal secara langsung. Peningkatan prestasi motor kanak-kanak dan remaja akan berlaku seiring dengan peningkatan umur mereka. (Patton & Viner, 2007). Jelaslah faktor biologi mempengaruhi kematanganb, pertumbuhan dan prestasi atlet dan faktor biologi ini penting dalam pemilihan atlit untuk memastikan individu tersebut mempunyai keperluan genetik yang khusus pada sesuatu sukan dan permainan.

1.0.2 Faktor sosial mempengaruhi pertumbuhan, kematangan dan prestasi

Faktor kedua yang mempengaruhi pertumbuhan, kematangan dan prestasi seseorang ialah sosial atau persekitaran. Faktor ini merujuk kepada keadaa semasa proses perkembangan sesorang individu tersebut. Ini termasuklah pengalaman dan latihan mencerminkan mutu perlakuan yang dihasilkan. Menurut Coakley (2009), Sosiologi Sukan merupakan subdisiplin dalam sosiologi yang dikenali sebagai fenomena sosial. Individu memilih untuk melibatkan diri ke dalam sukan kesan dari pengaruh,dorongan serta impak agen-agen sosialisasi sukan. Pengaruh agen-agen sosialisasi ini membantu membentuk sikap, nilai dan perlakuan yang diperlukan dalam sukan yang diceburi.

Antara salah satu agen sosialis yang mempengaruhi pertumbuhan, kematangan dan prestasi seseorang individu dalam sukan ialah rakan sebaya. Rahil & Habibah (2002) menyatakan rakan sebaya melibatkan kesamaan sosial iaitu dari segi umur, pematangan, latar belakang dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti danmatlamat. Menurut mereka lagi,

18

rakan sebaya juga menyumbang kepada sosialisasi dengan menguji bakat seperti kebolehan sukan, keberanian dan kepimpinan,

Shahabuddin, Mahani & Ramlah (2003) menjelaskan bahawa rakan sebaya adalah agen penting mempengaruhi pembentukan dan perkembangan individu kanak-kanak. Rakan sebayayang mempunyai nilai-nilai positif seperti bekerjasama, tolong menolong dan saling bantu-membantu dapat membantu proses pembelajaran dan memberi kesan kepada perkembangan individu.Situasi ini jelas dapat dilihat semasa ujian Speed Spot Shooting ini dibuat, peserta- peserta memberi sokongan dan semangat antara satu sama lain samasa ujian sedang dijalankan. Hal ini sikit sebanyak memberi impak positif kepada peserta yang melakukan ujian tersebut. Peserta menjadi lebih yakin dan bersemangat semasa melakukan ujian Speed Spot Shooting.

Selain itu, Mok Soon Sang (2001) menjelaskan, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial kanak-kanak. Kanak-kanak yang bergau ldengan rakan sebaya yang rajin belajar mendorong perkembangan intelek dan potensinya ketahap maksimum.Shaharuddin (2001), pula berpendapat bahawa pengaruh rakan sebaya dapat memberi ruang untuk merasai kegembiraan bersama rakan-rakan apabila berjaya mempelajari sesuatukemahiran yang baru atau berjaya menguasai serta melakukan kemahiran dengan jayanya. Peserta bola kerangan wanita IPGKSM 90% menyatakan bahawa mereka melibatkan diri dalam sukan bola keranjang kerana mengikut rakan sebaya yang juga terlibat dalam sukan tersebut.Respons yang diberikan sesuai dengan penyataan oleh Shaharuddin (2001) iaitu diantara sebab-sebab individu melibatkan diri dalam sukan ialah untuk bersama dengan rakan dan menjalin persahabatan dengan rakan baru. Mereka belajar tentang persekitaran, bersosialisasi dan berinteraksi dengan orang lain dengan bermain

2.0 KESIMPULAN Ringkasnya, kedua-dua faktor iaitu faktor biologi dan faktor sosial memainkan peranan yang sanagat besar dalam mempengaruhi pertumbuhan, kematangan dan prestasi seseorang dalam bidang sukan yang diceburi. Faktor biologi penting dalam pemilihan atlit untuk memastikan individu tersebut mempunyai keperluan genetik yang khusus pada sesuatu sukan dan permainan manakala faktor sosial juga penting dalam meningkatkan motivasi atlet sekaligus mempengaruhi prestasi atlet.

19

RUJUKAN Coakley, J. (2009). Sports in society: Issues and controversies (10th ed.). New York, NY: McGraw-Hill. Philippaerts, R.M., Vaeyens, R., Janssens, M., Renterghem, B.V., Matthys, D., Craen, R., Bourgois, J., Vrijens, J., Beunen, G., & Malina, R. (2006). The relationship between peak height velocity and physical performance in youth soccer players. Journal of sport Sciences 2006, 24(3): 221-230 Malina, R.M., Bouchard, C., & Bar-Or, O. (2004). Growth, Maturation and physical activity, 2nd ed. Human Kinetics, Champaign, IL. Milder, B. (1992). Smith, et al. Survey Of Ophthalmology, 37(2), 154. doi: 10.1016/00396257(92)90092-8 Patton, G. C., & Viner, R. (2007). Pubertal transitions in health. Lancet. 369(9567): 11301139. Rahil, M., &Habibah, E. (2002). Pisikologi Pendidikan Untuk Perguruan Selangor: KarismaPublications Snd. Bhd. Sang, M. S. (2001).Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 1.Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Shaharudin, A. A. (2001).Mengaplikasi Teori Psikologi Dalam Sukan.Kuala Lumpur: UtusanPublications & Distributors Sdn. Bhd. Shahabuddin Hassim, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2003). Psikologi pendidikan. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Sherar, L., & Baxter-Jones, A. (2007). The relationship between body composition and onset of menarche. Annals Of Human Biology, 34(6), 673-677. doi: 10.1080/03014460701660502 Thomas, J. R., & French, K. E. (1985). Gender differences across age in motor performance: A meta-analysis. Psychological Bulletin, 98, 260-282 Weaver-Hightower,M.(2003) “The Boy Turn” In Research on Gender and Education.Review of Efucation Research, 73(4),-471-498

20

LAMPIRAN

21

22

Related Documents

Shooting
May 2020 21
Shooting
April 2020 23
Speed
November 2019 30
Speed
August 2019 49
Speed
August 2019 44

More Documents from "jyoti mishra"