Berdasarkan Penyataan Di Atas.docx

  • Uploaded by: rajeswary
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Berdasarkan Penyataan Di Atas.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,803
  • Pages: 8
TUGASAN 1 : Penulisan Ilmiah Konsep hubungan etnik dari perspektif politik, ekonomi dan agama di Alam Melayu.

Sejak dari peristiwa bersejarah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 sehingga kepada terbentuknya kerajaan Malaysia pada 16 September 1963, negara ini kian membangun ke arah menjadi sebuah negara yang menonjol di rantau Asia Tenggara dan berterusan sehingga ke hari ini. Kebanyakan pencapaian cemerlang negara ini adalah berteraskan kepada kerjasama dan toleransi antara rakyat Malaysia yang pelbagai kaum. Hal ini kerana, negara Malaysia itu sendiri adalah terbina diatas paksi perpaduan rakyat berbilang kaum yang telah melalui proses asimilasi dan nasionalisme yang kian lama. Perbezaan dalam etnisiti tidak menjadi masalah besar kepada masyarakat negara ini untuk menjalinkan hubungan mesra antara satu sama lain tanpa mengira dari segi perspektif ekonomi, politik dan kepelbagaian agama. Jumlah penduduk Malaysia pada bulan Ogos 1970 ialah 10, 439, 530 orang. 46.8% adalah orang Melayu dan 10.1% adalah bumiputera lain seperti Dayak, Iban, Kadazan dan sebagainya. Oleh itu bumiputera merupakan 56.9% daripada penduduk Malaysia. Jumlah orang Cina ialah 34.1% orang manakala orang India dan lainnya pula 9.0% daripada jumlah penduduk Malaysia. Sungguhpun jumlah penduduk bumiputera melebihi penduduk bukan bumiputera, tetapi mereka jauh ketinggalan dalam lapangan ekonomi. Ini adalah kesan dasar ekonomi penjajah British selama 90 tahun yang menimbulkan dwi-ekonomi yang tidak menyediakan orang Melayu untuk bertanding dalam ekonomi moden seperti mana golongan bukan Bumiputera yang lain (Chai Hon Chan, 1967). Oleh yang demikian, selepas perisitiwa 13 Mei 1969, kerajaan telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat untuk membasmi kemiskinan iaitu dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Seterusnya DEB juga bertujuan untuk menyusun semula masyarakat Malaysia dengan memperbaiki kedudukan ekonomi yang tidak seimbang antara kaum. Stratergi penyusunan semula masyarakat diharapkan dapat menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan kepada kegiatan ekonomi dan tempat tinggal (Wan Hashim, 2011). Lanjutan daripada DEB, Dasar Pembangunan Nasional juga turut dilancarkan pada tahun 1991 dengan matlamat untuk menghapuskan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam negara. Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa sistem ekonomi yang diamalkan di negara ini adalah bersifat terbuka kepada semua penyertaan pelbagai kaum. Di samping itu, hubungan etnik antara kaum juga dapat dikenal pasti sejak bermulanya perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air sehinggalah kepada pembentukan negara baharu iaitu Malaysia. Pada mulanya, parti-parti politik berasaskan kaum seperti United Malay National Organisation (UMNO) untuk orang Melayu, Malayan Indian Congress (MIC) untuk

orang India dan Malayan Chinese Association (MCA) untuk orang Cina telah ditubuhkan bagi persediaan ke arah berkerajaan sendiri khususnya dalam mencapai kemerdekaan dan penubuhan negara Malaysia (Ghazali Shafie, 1998). Hubungan etnik antara kaum dari segi perspektif politik jelas dilihat melalui kompromi yang terbina antara tiga parti politik berbilang kaum untuk bergabung bagi membentuk Parti Perikatan yang masih wujud sehingga ke hari ini dengan nama Barisan Nasional. Dalam sebuah Pilihan Raya Persekutuan yang pertama pada tahun1955, Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Keputusan pilihan tersebut telah memperlihatkan penduduk mula menerima kerjasama etnik dalam proses politik negara (Mohd. Noor Abdullah, 1979). Barisan Nasional pada masa kini telah dianggotai oleh berbagai parti politik berdaftar yang terdiri daripada pelbagai ahli politik yang berbilang kaum berbilang kaum. Walaupun masyarakat plural di negara Malaysia menganuti dan mengamalkan kepercayaan yang berbeza-beza, namun hubungan antara kaum tetap terpelihara. Titik permulaan kepada kompromi pelbagai kaum dalam konteks kepelbagaian agama adalah di mana para pemimpin Parti Perikatan (UMNO, MIC dan MCA) telah mencapai permuafakatan dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan. Dalam Perkara (11) Perlembagaan Persekutuan, walaupun agama Islam adalah agama rasmi bagi Persekutuan, namun semua rakyat Malaysia berhak untuk menganut, mengamal dan mengembangkan agama masingmasing namun tertakluk kepada sekatan di bawah Fasal (4), Perkara (11) (Ahmad Yousif, 1998). Selain itu, perlembagaan mengharamkan diskriminasi antara warganegara atas sebab agama yang dianutinya. Tidak kurang bukti yang nyata seperti apabila semua rakyat Malaysia walaupun berbilang agama berkumpul bersama-sama meraikan suatu perayaan keagamaan seperti rumah terbuka Hari Raya, sambutan Hari Krismas dan seumpamanya. Perlembagaan Malaysia yang terbentuk jelas sekali memelihara hubungan etnik dalam konteks kepelbagaian agama dan semua rakyat Malaysia dari pelbagai agama perlu menghormati perkara yang termaktub dalam perlembagaan ini. Kesimpulannya, hasil tolak ansur antara masyarakat Malaysia dan penubuhan Perlembagaan Persekutuan telah berjaya mempertahankan hubungan etnik yang sihat sehingga ke hari ini walaupun terdapat ada anasir yang cuba memporak perandakan perpaduan negara ini. Sejak dari zaman menuntut kemerdekaan sehinggalah kepada zaman pembinaan negara moden, boleh diperhatikan bahawa telah ada kompromi yang wujud antara etnik tidak kira dalam perspektif ekonomi, politik mahupun kepelbagaian agama. Harapan untuk negara Malaysia ini adalah supaya bukan sahaja berkembang dari segi ekonomi, teknologi dan sains namun tetapi juga melahirkan modal insan yang memiliki sifat perpaduan yang kuat.

B) Menganalisis faktor-faktor pembentukan masyarakat pluralistik di Alam Melayu, Sarawak dan Sabah, Kesultanan Melayu Melaka dan penjajahan British serta selepas pembentukan Malaysia berdasarkan rujukan pelbagai sumber.

Pluraliti dalam masyarakat Malaysia pada hari ini adalah hasil daripada interaksi antara etnik yang telahpun berlaku sejak zaman perkembangan kerajaan Alam Melayu ataupun dikenali sebagai Nusantara. Pembentukan dan komposisi masyarakat plural di negara ini secara umumnya telah melalui empat peringkat masa iaitu pada sebelum abad ke-13M, zaman Kesultanan Melayu Melaka, zaman penjajahan British dan zaman selepas kemerdekaan serta selepas pembentukan Malaysia. Alam Melayu ataupun dikenali sebagai Nusantara adalah kepulauan Melayu yang terdiri daripada beberapa kerjaan Maritim awal seperti kerajaan Chih Tu, kerajaan Kedah Tua, Langkasuka dan sebagainya (Nazarudin Zainun & Nasha Roziadi, 2015). Kepulauan Melayu merupakan kawasan geopolitik rumpun Melayu dan penduduknya bergerak atau berpindah dari satu kawasan ke kawasan lain. Masyarakat di Alam Melayu adalah seperti Orang-orang asli daripada suku kaum Negrito, Senoi dan Melayu Asli dianggap sebagai penduduk asal kawasan Kepulauan Melayu. Hubungan antara etnik telahpun wujud di antara orang Melayu yang mendiami kawasan pantai dengan orang Sakai iaitu orang asli di kawasan pedalaman (Wilkinson, 1923). Antara barangan utama yang dibawa oleh orang Sakai ini ialah rotan, gambir dan lain-lain hasil hutan untuk ditukar dengan orang Melayu. Orang Sakai malah pernah menjadi tenaga pekerja bagi kaum Melayu. Manakala di Sabah dan Sarawak, masyarakatnya adalah lebih plural dan majoritinya adalah daripada pelbagai etnik peribumi asal (Aziz Deraman, 2005). Sebelum abad ke-19M, Sarawak adalah dibawah Kesultanan Brunei yang mana penduduknya adalah terdiri daripada orang Iban, Bidayuh, Kedayan, Kayan, Melanau dan orang Melayu Sarawak yang dipercayai berasal daripada Sumatera. Di Sabah pula, penduduknya adalah daripada kaum Kadazan, Bajau, Murut dan Dusun. Seterusnya, semua entik kecil ini pula mempunyai sejarah asal usulnya yang tersendiri. Contohnya, Kadazan berasal dari Kalimantan manakala Bajau pula berasal daripada Kepulauan Mindanao dan Sulu. Namun begitu sebelum kedatangan James Brooke ke Sarawak, sudah ada imigran Cina yang menetap di Sarawak dan mereka menjalankan aktiviti perniagaan serta perlombongan emas (Steven Ruchiman, 2011). Kemudian, semasa perkembangan pemerintahan keluarga Brooke, semakin ramai imigran India yang dibawa masuk untuk menjadi polis di Sarawak. Kedatangan imigran Cina ke Sabah pula didorong oleh pembukaan syarikat-syarikat tembakau dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Kesultanan Melayu Melaka diasaskan pada tahun 1400M dengan kedatangan Parameswara dari Srivijaya. Pada zaman kegemilangannya, Melaka telah menjadi pusat perdagangan,

pengembangan agama Islam dan pusat kemasyarakatan yang termahsyur sekali di Alam Melayu (Andaya, Barbara dan Leonard, 2001). Ramai pedagang dari luar telah tertarik dengan perkembangan pesat kerajaan Kesulta nan Melayu Melaka dan menyebabkan mereka berminat menjalankan aktiviti ekonomi di negeri terserbut. Melaka mula menerima kemasukan pedaganga Arab dan Parsi melalui perhubungan perdagangan yang erat dan secara tidak langsung telah melahirkan satu jalinan interaksi dan hubungan etnik yang baharu dalam kalangan masyarakat luar dengan masyarakat tempatan. Contoh jalinan interaksi yang dimaksudkan ialah seperti perkahwinan campur antara orang Arab dan Parsi dengan orang tempatan lalu terus menetap di Melaka. Zaman kolonialisme British khususnya di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah memainkan peranan penting dalam sejarah pembentukan masyarkat majmuk di Malaysia boleh dilihat kesannya sehingga ke hari ini. Perkembangan penjajahan British di Tanah Melayu telah menggalakkan banyak lagi episod kemasukkan imigran Cina dan India bagi memenuhi keperluan tenaga buruh dalam pelbagai komoditi seperti perlombongan bijih timah dan penanaman pokok getah (Furnivall, 1956). Imigran Cina masuk ke Tanah Melayu melalui Sistem Tiket Kredit manakala imigran India melalui Sistem Kontrak atau Kangani. Oleh yang demikian, masyarakat Cina adalah lebih tertumpu di bahagian kawasan bandar manakala masyarakat India pula tertumpu di kawasan estet pokok getah. Lama-kelamaan, buruh Cina yang sudah tamat kontrak membuka perniagaan sendiri dan berjaya menguasai ekonomi moden. Walaupun pluraliti masyarakat Tanah Melayu pada ketika itu semakin bertambah namun pada peringkat awal kedatangan imigran dari China dan India, tidak wujud sebarang bentuk hubungan antara kaum. Dalam menuju ke arah kemerdekaan Tanah Melayu, semua kaum Melayu, Cina dan India telah menyedari kepentingan bersama untuk membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan. Maka dengan itu telah wujud satu kompromi dan toleransi antara kaum bagi mencapai matlamat memerdekakan tanah air sehinggalah kepada pembentukan Malaysia. Hasil daripada pembentukan Malaysia pada tahun 1963, komposisi tiga kaum utama di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India dapat diseimbangkan dengan penduduk peribumi di Sabah dan Sarawak (Mohd. Isa Othman, 2002). Namun, enam tahun selepas penubuhan Malaysia, timbul peristiwa berdarah iaitu perisitiwa 13 Mei 1969 yang telah mencerminkan permasalahan serius dalam perhubungan antara kaum (Leon Comber, 1985). Peristiwa ini telah melibatkan perbalahan antara kaum Melayu dengan kaum Cina. Peristiwa ini telah berjaya diselesaikan dengan penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dan sehingga ke hari ini, peristiwa 13 Mei 1969 telah menjadi pengajaran semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama menjaga perpaduan antara kaum.

Kesimpulannya, masyarakat plural khususnya di negara Malaysia pada hari ini adalah hasil daripada perkembangan sejarah sejak dari zaman tradisional lagi sehinggalah kepada era pembangunan negara moden yang melibatkan unur-unsur seperti perdagangan, kekuasaan wilayah, penghijrahan, penjajahan dan kemerdekaan.

C) Sejauhmana konsep Perlembagaan menjadi asas dalam pembinaan jati diri dan negara bangsa.

D) Menilai secara kritis usaha-usaha kerajaan dalam meningkatkan integrase nasional di negara ini serta cabaran-cabaran yang boleh menjejaskan usaha-usaha tersebut

czccc

RUJUKAN Ahmad F. Yousif, (1998), Religious Freedom, Minorities and Islam: An Inquiry into the Malaysian Experience, Kuala Lumpur: Thinkers Library. Andaya, Watson. B & Leonard Y., (2001), A History of Malaysia (2nd Edition), Hampshire: Palgrave. Aziz Deraman, (2005), Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chai Hon Chan, (1967), The Development of British Malaya 1896-1909, Kuala Lumpur: Oxford University Press. Furnivall, J.S., (1956), Colonial Policy and Practice, New York: New York University Press. Ghazali Shafie, (1998), Memoir of the Formation of Malaysia, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Leon Comber, (1985), Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, University of Michigan: International Book Services. Mohd. Isa Othman, (2002), Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Mohd. Noor Abdullah, (1979), Kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bhasa dan Pustaka. Nazarudin Zainun & Nasha Rodziadi Khaw, (2015), Sejarah Arkeologi Nusantara, Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Richard James Wilkinson, (1923), A History of Peninsular Malays, University of California: Kelly & Walsh. Steven Ruchiman, (2011), The White Rajah: A History of Sarawak from 1841-1946, London: Cambridge University Press. Wan Hashim Wan The, (2011), Hubungan Etnik di Malaysia, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Related Documents


More Documents from "Arnis"