Pengajian Am (2).docx

  • Uploaded by: rajeswary
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengajian Am (2).docx as PDF for free.

More details

  • Words: 6,657
  • Pages: 45
1.0 PENGENALAN Kejadian banjir kilat kerap berlaku di Bukit Gambir, Tangkak, Johor. Bukit Gambir terdiri daripada Kampong Sungai Jaya, Taman Cempaka, Taman Sri Jaya, Taman Desa dan lain-lain. Kejadian banjir kilat kerap berlaku di Taman Sri Jaya. Kajian ini dilakukan di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir. Responden juga terdiri daripada penduduk Taman Sri Jaya. Responden yang dipilih juga terdiri daripada pelbagai jenis jantina, umur, status perkahwinan, tempoh tinggal dan bangsa. Kajian ini telah mengenal pasti punca berlaku banjir kilat di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir dan megkaji kesan banjir kilat terhadap masyarakat dan persekitaraan kawasan tersebut. Tajuk fenomena banjir kilat telah dipilih untuk pengkaji untuk mengkaji. Hal ini demikian kerana, fenomena banjir kilat sering berlaku di Taman Sri Jaya. Pengkaji memilih tema 2 iaitu ekologi. Menurut Clint Twist (1991) ekologi ialah kajian tentang hubungan antara benda hidup dengan persekitarannya cara species-species saling bertindak antara satu sama lain.Hubungan interaksi yang terjadi di antara organismeorganisne atau kelompok organisme terhadap lingkungannya. Kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan alam persekitaranya. Semua hidupan terpaksa saling bergantung sesama sendiri dan perlu bergantung kepada persekitaranya dalam komuniti masing-masing dengan komuniti lain. Melalui kajian seperti ini, ahli ekologi dapat memahami bagaimana keseimbangan alam dapat dikekalkan.

Seterusnya, alam merupakan bermaksud keseluruhan kawasan dan keadaan.Alam juga melibatkan semua jenis hidupan, keadaan sesuatu benda dan juga benda yang tidak hidup. Perkataam sekitar pula bermaksud ialah sekeliling atau berdekatan.Jadi, alam sekitar didefinisikan keadaan kawasan disekeliling. Alam sekitar bermaksud semua keadaan fizikal yang membentuk persekitaraan lazim bagi sesuatu species misalanya permukaan tanah atau jenis air, iklim, udara, atmosfera dan kehidupan.Semua komponen ini saling memerlukan satu sama lain (bmpengurusanuum2010.blodspot.com).

Banjir kilat bermaksud keadaan air menenggelami atau menggenangi kawasan yang luas

yang

berlaku

dengan

serta

merta

atau

yang

tidak

disangka-sangka

(https://qcikgubm.blogspot.my). Di samping itu, banjir juga bermaksud sebagai kuantiti air yang sangat banyak atau belebihan yang boleh menggelamkan sesuatu kawasan yang luas 1

atau harta benda. . Disebabkan itu, peristiwa banjir diiktirafkan sebagai bencana alam semula jadi ( web portal world meteorological organisazation).

Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat, masyarakat pula didefinisikan sekumpulan orang yang hidup atau komuniti manusia bersama-sama di sesuatu tempat dengan cara-cara dan peraturan tertentu.Boleh juga dikatakan masyarakat itu merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu. Selain itu, persekitaraan didefinisikan keadaan di sekeliling atau keadaan yang menjadi seperti latar belakang. Kejadian banjir kilat memberikan kesan negatif kepada masyarakat dan persekitaraaan di Taman Sri Jaya. Menurut kajian Siti Nurul Annisa Temrin’, Azhan Awang’(2017) yang bertajuk “Bencana Banjir Dan Tahap Pengetahuan Penduduk Terhadap Pengurusan Banjir Di Seriam, Sarawak” mengatakan bahawa banjir kilat merupakan fenomena yang terjad samada secara mengejut atau tiba-tiba mahupun secara berperingkat. Tahap kesiapsiagaan penduduk dari mamsa ke masa adalah penting bagi memastikan tahap risiko dan impak bencana banjir dapat dikurangkan. Kajian ini pula dilakukan untuk menilai tahap pengetahuan penduduk mengenai risiko dan bahaya, mengkaji punca, proses dan kesan berlakunya bencana banjir dari sudut perspektif banjir ke atas penduduk.

Rasional kajian ini dilakukan adalah kerana terdapat kejadian banjir kilat menyebabkan kesan negatif terhadap masyarakat. Kejadian banjir kilat bukan sahaja memberikan kesan negatif kepada manusia malah juga menimbulkan impak kepada alam sekitar di kawasan Taman Sri Jaya. Ekoran kejadian banjir kilat yang kerap berlaku di taman tersebut. Kejadian ini menyebabkan pengkaji melakukan kajian bertujuan bagi mengetahui lebih jelas tentang kesan kejadian banjir kilat terhadap masyarakat dan persekitaran di Taman Sri Jaya.

2

2.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian bermaksud sesuatu yang ingin dicapai melalui kajian yang dilakukan (develop-tutor.blogspot.my). Kajian dilakukan terhadap masyarakat dan persekitaran di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir untuk mengenai lebih lanjut tentang kejadian banjir kilat. Pengkaji menyenaraikan objektif seperti yang berikut :

i.

Mengenal pasti punca berlaku masalah banjir kilat di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir.

ii.

Mengkaji kesan kejadian banjir kilat terhadap masyarakat dan persekitaraan di kawasan kajian.

3

4.0 LOKASI KAJIAN Dalam melaksanakan kajian ini, kawasan kajian ialah satu elemen penting dan utama. Lokasi kajian ini telah dijalankan di Taman Sri Jaya. Tempat ini berada di Bukit Gambir, Tangkak, Johor.

(Sumber: Google.Maps.Com)

Kawasan kajian adalah salah satu elemen yang terpenting dan utama Malaysia terbentuk di asia tenggara. Malaysia juga terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Lokasi kajian kali ini lebih tertumpu kepada kawasan semenanjung Malaysia iaitu di negeri Johor yang dikenali sebagai Johor Darul Ta’zim (JDT). Negeri Johor terletak di selatan semenanjung Malaysia yang mempunyai keluasan 18986.88 kilometer persegi. Selain itu, Negeri johor bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor mempunyai 10 daerah iaitu Segamat, Kota Tinggi, Johor Bahru, Pontian, Kluang, Tangkak, Kulai Jaya, Mersing , Batu Pahat Dan Muar.

4

3.1 PETA DAERAH TANGKAK

(sumber : http://www.google.com)

Tangkak merupakan sebuah bandar yang kecil terletak di daerah Tangkak, Johor, Malaysia. Bandar tangkak hanya 17 km dari Gunung Ledang yang merupakan gunung tertinggi Di Johor. Daerah Tangkak mempunyai 10 pekan berhampiran iaitu Serom, Sagil, Jementah, Simpang Bekoh, Bandar Jasin, Kundang Ulu, Gerisek, Bukit Kangkar, Bukit Gambir Dan Muar. Tangkak mempunyai kira-kira 50,000 ribu populasi penduduk. Dari Kuala Lumpur, Tangkak hanya kira-kira jam perjalanan melalui lebuhraya Utara-Selatan dan keluar ke tol Tangkak. Bandar Tangkak hanya kira-kira 3 minit dari susur keluar tol.

5

3.2 PETA TAMAN SRI JAYA, BUKIT GAMBIR

(sumber : http://www.google.com) Bukit Gambir merupakan bandar kecil di daerah Tangkak, Johor, Malaysia yang erletak berdekatan dengan bandar Tangkak. Bukit Gambir terletak 25 kilometer dari bandar Maharani, Muar. Dari Bukit Gambir ke pekan Grisek sejauh 5 kilometer boleh terus ke Kundang Ulu di tebing Sungai Muar. Di Bukit Gambir, terdapat banyak taman termasuklah Taman Sri Jaya. Penduduknya mempunyai kira-kira lebih 400 keluarga dan terdiri daripada pelbagai kaum. Taman Sri Jaya merupakan kawasan yang sering dilanda oleh banjir kilat.

6

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2014) metodologi membawa maksud ialah sesuatu sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Dalam menjalankan aktiviti penyelidikan, pengkaji telah menggunakan beberapa bentuk kaedah kajian dengan mengaitkan objektif kajian iaitu mengenal pasti punca berlaku banjir kilat dan mengkaji kesan kejadian banjir kilat terhadap penduduk dan persekitaraan di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir. Tujuan metodologi digunakan dalam kajian yang bakal dilaksanakan adalah untuk membantu memahami dengan lebih luas lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian. Kaedah kajian ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu cara mendapatkan responden, cara mengumpul data serta teknik memproses data dan cara mempersembahkan data.

4.1 CARA MENDAPATKAN RESPONDEN Tajuk kajian ini adalah masalah banjir kilat kepada masyarakat dan persekitaran di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir. Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti punca berlaku banjir kilat di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir dan megkaji kesan banjir kilat terhadap masyarakat dan persekitaraan kawasan tersebut. Bagi sesuatu kajian yang dijalankan, pengkaji akan menggunkan responden sebagai penyokong untuk mendapatkan maklumat dengan data yang telah dikumpulkan. Responden merujuk kepada seseorang yang menjawab soalan yang dilontar oleh pengkaji. Pengkaji telah memilih 30 orang responden dalam kalangan penduduk di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir untuk menjawab soal selidik. Maklumat demografi seperti jantina, umur, status perkahwinan, tempoh tinggal di kawasan berkenaan dan bangsa disoal dalam borang soal selidik.

4.1.1 PERSAMPELAN RAWAK MUDAH Menurut Azlah Md.Ali (2009) persampelan rawak mudah merupakan sattu prosedur di mana setiap elemen dalam populasi itu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Persampelan merupakan satu aspek yang penting dalam penyelidikan keranan penggunaan sampel tang tidak sesuai akan mengurangkan kesahihan dan kebolehpercayaan 7

kajian. Semua individu yang dikaji dipanggil responden atau elemen. Bagi teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan rawak muda di mana setiap penduduk di kawasan berhampiran dengan lokasi kajian dipilih sebagai responden. Pengkaji telah memilih seramai 30 responden dalam kalngan penduduk Taman Sri Jaya, Bukit Gambir untuk memperoleh data yang tepat.

4.2 CARA PENGUMPULAN DATA Dalam kajian ini, pengkaji akan menerangkan cara tang telah dugunakan untuk memperolehi maklumat yang diperlukan dalam rangka mencapai tujuan penelitian bagi menyiapkan tugasan ini. Tujuan yang diungkapkan dalam bentuk hipotesis merupakan jawapan terhadap pertanyaan penelitian. Cara pengumpulan data ini pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan pemerhatian di Taman Sri Jaya. Pengkaji juga mengumpul data dengan menggunakan kaedah perpustakaan serta mendapatkan maklumat dari bahan rujukan, internet, dan bahan ilmiah.

4.3 DATA PRIMER Data primer merupakan sumber maklumat yang diperolehi secara langsung. Data primer juga dikenali sebagai sumber pertama. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan data primer ialah dengan menggunakan kaedah soal selidik dan pemerhatian. Soalan kaji selidik telah dibentuk untuk mendapatkan punca dan kesan banjir kilat terhadap masyarakat dan persekitaraan di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir. 4.3.1 SOAL SELIDIK Melalui kajian tersebut, pengkaji telah menggunakan borang soal selidik untuk mengenal pasti punca berlaku banjir kilat dan mengkaji kesan kejadian banjir kilat terhadap masyarakat dan persekitaraan di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir. Seramai 30 orang responden telah dipilih oleh pengkaji untuk menjawab borang soal selidik. 30 orang responden tersebut terdiri daripada penduduk Taman Sri Jaya, Bukit Gambir yang berbilang kaum. Pemilihan responden adalah berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk menjawab borang soal selidik. Antara ciri yang diambil semasa proses pemilihan responden ialah penduduk mesti berpenduduk Taman Sri Jaya kerana mereka mampu menbuat keputusan dengan pernah 8

menghadapi masalah banjir kilat. Dalam boramg soal selidik ini, terdapat tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Bahagian A ialah tentang Data Demografi Responden. Dalam bahagian tersebut, terdiri daripada 5 soalan untuk mengumpul data demografi responden iaitu jantina, umur, status perkahwinan, tempoh tinggal di kawasan berkenaan, dan bangsa. Bahagian B ialah soalan tentang punca-punca kejadian banjir kilat di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir. Seterusnya, Bahagian C ialah soalan tentang kesan kejadian banjir kilat terhadap masyarakat dan persekitaraan di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir. Terdapat 12 soalan untuk dijawab oleh responden. 4.3.1 PEMERHATIAN Menurut R.Kuberan (2013) pemerhatian dijalankan untuk mendapatkan gambaran sebenar ke atas perkara-perkara yang dikaji. Kaedah kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian tidak berstruktur dengan menggunakan catatan nota. Pengkaji menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti punca berlaku banjir kilat dan mengkaji kesan kejadian banjir kilat terhadap masyarakat dan persekitaraan Taman Sri Jaya. kaedah pemerhatian dilakukan pada masa lapangan dengan memerhati keadaan sekeliling kawasan kajian. Pengkaji telah memerhati sendiri keadaan kawasan kajian untuk mengetahui punca berlaku banjir kilat. Kaedah ini penting supaya pengkaji lebih memahami situasi yang sebenar yang hendak digambarkan oleh responden.

4.4 DATA SEKUNDER Data sekunder pula data yang diperoleh daripada penelitian dari sumber secara tidak langsung melalui media penghantar. Pengkaji telah menggunkan kaedah perpustakaan dan juga melayari internet. Kaedah rujukan ini adalah amat penting untuk dijadikan sebagai rujukan. 4.4.1 DOKUMENTASI BAHAN RUJUKAN Rujukan merupakan sumber kedua terdiri daripada bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis. Sumber kedua merupakan bahan yang telah diolah, dicetak, dan disebarkan kepada umum. Bagi memperkukuhkan kajian terhadap kejadian banjir kilat, pengkaji melakukan rujukan daripada buku-buku ilmiah, majalah, dan juga laman web.

9

4.4.2 KEPERPUSTAKAAN Pengkaji menggunakan kaedah keperpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan dan bahan rujukan untuk mengumpulkan maklumat. Pengkaji mencari bahan rujukan tersebut yang berkaitan dengan tajuk kajian. Pengkaji mendapatkan rujukan di pusat sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir Dan Perpustakaan Awam Bukit Gambir.

4.5 CARA MEMPROSES DAN MEMPERSEMBAHKAN DATA Setelah maklumat dan data telah dikumpulkan oleh pengkaji melalui penggunaan beberapa kaedah pengkaji akan memproses dan mempersembahakan data yang telah diperolehi. Pengkaji telah menjalankan analisi secara deksriptif untuk menganalisis data daripada soal selidik yang telah dijalankan untuk menghasilkan laporan kajian. Data yang diperoleh daripada analisis ini, menggunakan kekerapan, peratusan, jadual, graf, dan carta. Pengkaji telah memproses data tersebut dengan menggunakan skala YA atau TIDAK seperti yang berikut:

PERNYATAAN Ya Tidak

10

Pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif dan kaedah kuantatif. Data kualitatif merupakan data yang tidak boleh diukur melalai skala nombor. Kaedah kualitatif pula merujuk kepada data informasi yang berupa simbol angka atau bilangan. Berikut merupakan intrumen yang telah digunakan dalam data kualitatif dan kuantatif.

KAEDAH

INSTRUMEN

Kualitatif

Rujukan Dan Pemerhatian

Kuantatif

Borang Soal Selidik

11

5

DAPATAN KAJIAN Bahagian ini membincangkan dapatan kajian yang dijalankan daripada soal selidik

yang telah diisi oleh para respnoden seramai 30 orang. Dapatan kajian tersebut terdiri daripada analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dikaji.

5.4

DAPATAN DEMOGRAFI RESPONDEN Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada penduduk di Taman Sri Jaya, Bukit

Gambir telah menjawab borang soal selidik yang diedarkan oleh pengkaji. Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat responden bermaksud orang yang memberikan maklumat dalam sesuatu kegiatan kaji selidik. Segala huraian analisis latar belakang responden telah ditunjukkan dalam bentuk jadual dan gambar rajah yang melibatkan aspek jantina, umur, status perkahwinan, tempoh tinggal di kawasan berkenaan dan bangsa. 5.1.1 JANTINA Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat jantina merujuk kepada psikologi dan ciri-ciri tingkah laku berkaitan dengan lelaki atau perempuan. Untuk mengaji pandangan masyarakat tentang kejadian banjir kilat, seramai 30 orang terdiri daripada penduduk Taman Sri Jaya, Bukit Gambir telah mengisi borang soal selidik. Demografi Responden Mengikut Jantina JANTINA

Bilangan(orang)

Peratus (%)

Lelaki

12

30

Perempuan

18

60

JUMLAH

30

100

Jadual 1: Demografi Jantina Sumber : Kerja Lapangan 2018

12

JANTINA

LELAKI 40%

PEREMPUAN 60%

LELAKI PEREMPUAN

Rajah 1: Jantina Responden Sumber: Kajian Lapangan 2018 Rajah 1 menunjukkan bilangan responden berdasarkan jantina. Demografi jantina yang dikaji adalah hasil kajian 30 orang responden daripada penduduk Taman Sri Jaya, Bukit Gambir. Berdasarkan hasil kajian, pengkaji mendapat seramai 12 orang iaitu 40 % terdiri daripada responden lelaki, manakala bakinya terdapat pula sebanyak 18 orang iaitu 60 % orang adalah terdiri daripada responden perempuan. Responden mengikt jantina perlu seimbang agar jawapan yang diperoleh tidak memihak kepada satu gendera sahaja.

5.1.2 UMUR Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, umur merujuk kepada jangka masa hidup atau hayat seseorang mulai dilahirkan. Penduduk Taman Sri Jaya telah menjawab borang soal selidik yang diedarkan oleh pengkaji mengikut umur masing-masing. Umur yang berbeza mendapati pandangan yang berbeza.

13

DEMOGRAFI RESPONDEN MENGIKUT UMUR UMUR

BILANGAN(ORANG)

PERATUS(%)

20 tahun ke bawah

5

16.67

21 hingga 30 tahun

8

26.67

31 hingga 40 tahun

10

33.33

41 hingga 50 tahun

4

13.33

51 hingga kea atas

3

10

JUMLAH

30

100

Jadual 2: Demografi Umur Sumber : Kerja Lapangan 2018

UMUR 10

16.67

13.33 20 TAHUN KE BAWAH 26.67

21 HINGGA 30 TAHUN 31 HINGGA 40 TAHUN

33.33

41 HINGGA 50 TAHUN 51 HINGGA KE ATAS

Rajah 2: Umur Responden Sumber: Kajian Lapangan 2018 Berdasarkan hasil kajian, seramai 30 orang responden telah melengkapkan borang soal selidi yang telah diberikan oleh pengkaji. Seramai 5 orang (16.67 %) adalah terdiri daripada responden yang berumur 20 tahun ke bawah. Seramai 8 orang ( 26.67%) terdiri daripada responden yang mempunyai golongan berumur antara 21 hingga 30 tahan. Responden yang 14

berumur 31 hingga 40 tahun pula mencatatkan sebanyak 10 orang (33.33%) manakala responden berumur 41 hingga 50 tahun terdapat seramai 4 orang (13.33%). Diikuti dengan seramai 3 orang (10%) responden terdiri daripada yang berumur 51 hingga ke atas. Responden yang telah dipilih memiliki perbezaan usia kerana pandangan orang tua sangat penting kepada pengkaji untuk mengetahui pendapat mereka tentang kejadian banjir kilat yang berlaku di Taman Sri Jaya.

5.1.3 STATUS PERKAHWINAN Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat perkahwinan adalah merujuk kepada pihak yang berhubung antara dua orang yang diikitirafkan oleh pihak berkuasa atau diikat oleh kepercayaan agama masing-masing. Bujang pula merujuk kepada pihak yang belum berkahwin. Dalam borang soal selidik, terdapat dua soalan tentang demografi status perkahwinan telah diedarkan oleh pengkaji untuk diisi oleh responden.

DEMOGRAFI RESPONDEN MENGIKUT STATUS PERKAHWINAN STATUS

BILANGAN(ORANG)

PERATUS(%)

Bujang

10

33.33

berkahwin

20

66.67

JUMLAH

30

100

Jadual 3: Demografi Status Perkahwinan Sumber : Kerja Lapangan 2018

15

Status Perkahwinan

33.33

bujang

66.67

berkahwin

Rajah 3: Status Perkahwinan Responden Sumber: Kajian Lapangan 2018 Berdasarkan hasil kajian daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik, pengkaji mendapati bahawa kebanyakan resposden daripada penduduk Taman Sri Jaya telah berkahwin. Seramai 20 orang ( 66.67%) responden berstatus berkahwin, manakala 10 orang (33.33%) responden berstatus bujang. Status perkahwinan yang berbeza mendapatkan yang lebih terperinci mengenai kesan banjir kilat yang dihadapi oleh mereka.

5.1.4 Tempoh Tinggal Di Kawasan Berkenaan Perkataan tempoh dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat bermaksud waktu atau had masa manakala tinggal bermaksud tempat kediaman oleh seseorang untuk berhidup. Tempoh tinggal merujuk pula tempat kediaman seseorang dalam had masa tertentu. Penduduk Taman Sri Jaya juga mendiami di kawasan tersebut mengikut tempoh tinggal yang berbeza. Tempoh tinggal responden sangat penting supaya mendapat maklumat dengan terperinci tentang kejadian banjir kilat yang telah berlaku di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir.

16

DEMOGRAFI RESPONDEN MENGIKUT TEMPOH TINGGAL DI KAWASAN BERKENAAN TEMPOH TINGGAL

BILANGAN (ORANG)

PERATUS(%)

Kurang daripada 1 tahun

3

10

2 hingga 5 tahun

4

13.33

6 hingga 10 tahun

9

30

11 hingga 15 tahun

6

20

15 tahun dan ke atas

8

26.67

JUMLAH

30

100

Jadual 4: Demografi Tempoh Tinggal Di Kawasan Berkenaan Sumber : Kerja Lapangan 2018

Tempoh Tinggal Di Kawasan Berkenaan

26.67

10 33.33

kurang daripada 1 tahun 2 hingga 5 tahun

20

6 hingga 10 tahun 11 hingga 15 tahun 30

15 tahun dan ke atas

Rajah 4: Tempoh Tinggal Responden Sumber : Kajian Lapangan 2018

17

Berdasarkan hasil kajian, pengkaji mendapati tempoh tinggal responden penduduk di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir. Hasil kajian yang dilakukan oleh pengkaji, mendapat bahawa seramai 3 orang (10 %) responden tinggal di Taman Sri Jaya kurang daripada 1 tahun dan diikiti oleh responden yang terdiri daripada seramai 4 orang ( 13.33%) memdapati tempoh tinggal 2 hingga 5 tahun. Seramai 9 orang ( 30%) adalah terdiri daripada responden yang tempoh bertinggal 6 hingga 10 tahun manakala seramai 6 orang (20%) responden terdapat tempoh tinggal mereka dalam 11 hingga 15 tahun. Bagi tempoh tinggal yang berlama iaitu 15 tahun dan ke atas terdiri daripada 8 orang (26.67) responden yang berpenduduk Taman Sri Jaya. Tempoh tinggal di kawasan berkenaan mempunyai persepsi yang berbeza mengenai kejadian berlaku banjir kilat dalam kalangan masyarakat.

5.1.5 BANGSA Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat perkataan juga bangsa merujuk kepada jenis manusia yang daripada satu asal keturunan. Penduduk Taman Sri Jaya terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Pengkaji mengedarkan borang soal selidik untuk diisi oleh respoden tanpa mengira bangsa. DEMOGRAFI RESPONDEN MENGIKUT BANGSA BANGSA

BILANGAN(ORANG)

PERATUS(%)

Melayu

16

53.33

India

10

33.33

Cina

4

13.33

JUMLAH

30

100

Jadual 5: Demografi Bangsa Sumber: Kerja Lapangan 2018 18

Bangsa 13.33

53.33

33.33

melayu cina india

Rajah 5 : Bangsa Responden Sumber: Kajian Lapangan 2018 Rajah 5 menunjukkan responden yang terdiri daripada pelbagai bangsa penduduk iaitu Melayu, Cina, India dan Lain-Lain yang berada di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir. Responden Melayu merupakan yang paling ramai terlibat dalam menjawab borang soal selidik ini iaitu seramai 16 orang ( 53.33%). Seramai 10 orang ( 33.33%) responden terdiri daripada bangsa Cina manakala 4 orang (13.33%) responden terdiri daripada bangsa India.

19

5.2 ANALISIS PUNCA KEJADIAN BANJIR KILAT DI TAMAN SRI JAYA, BUKIT GAMBIR. Pada bahagian ini, responden telah diutarakan 4 soalan utama di mana bagi setiap soalan utama terdapat 3 soalan kecil. Setiap soalan yang terdapat dalam borang soal selidik telah dikhususkan kepada penduduk di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir sahaja. Antara 4 soalan utama adalah kedudukan di kawasan rendah, kesan pembangunan, sistem perparitan yang kurang sistematik dan amalan pembuangan sampah kurang baik. Soalan yang diutarakan kepada masyarakat bertujuan untuk mengenal pasti punca kejadian banjir kilat di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir. 5.2.1 KEDUDUKAN DI KAWASAN RENDAH

KEDUDUKAN DI KAWASAN RENDAH 35 30

28

29

27

25 20 15 10 5

2

3

1

0 lokasi kajian secara semula laluan aliran air daripada jadi terletak di kawasan kawasan yang lebih tinggi rendah ya

kawasan perumahan di bawah kaki bukit tidak

Rajah 1 Berdasarkan graf di atas menunjukkan kedudukan kawasan rendah menyebabkan banjir kilat di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir. Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat, kedudukan kawasan rendah merujuk kepada tempat terbuka yang tidak jauh jaraknya dari bawah dan tidak tinggi. Kawasan Taman Sri Jaya juga merupakan kawasan yang terletak di kedudukan yang rendah. Hal ini menyebabkan, penduduk di Taman Sri Jaya sering menghadapi masalah banjir kilat. 20

Berdasarkan hasil kajian, lokasi kajian iaitu Taman Sri Jaya secara semula jadi terletak di kawasan rendah. Soalan ini mendapat persetujuan daripada seramai 28 orang bersamaan 93.33% responden manakala 2 orang bersamaan 6.67 % resposden tidak bersetuju atas penyataan tersebut. Soalan 2 yang disoal kepada responden adalah laluan aliran air daripada kawasan yang lebih tinggi menyebabkan banjir kilat di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir. Terdapat 27 orang yang bersamaan 90 % responden bersetuju dan 3 orang bersamaan 10 % responden tidak bersetuju atas pernyataan punca tersebut. Seterusnya, kawasan perumahan yang di bawah kaki bukit menyebabkan masyarakat menghadapi masalah banjir kilat di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir. Bagi soalan tersebut, di mana kebanyakan responden bersetuju iaitu seramai 29 orang bersamaan 96.67% dengan menjawab borang soal selidik dan 1 orang tidak bersetuju dengan bersamaan 3.33 %. Kesimpulannya, majoriti penduduk di Taman Sri Jaya bersetuju dengan punca utama iaitu kedudukan Taman Sri Jaya di kawasan rendah menyebabkan banjir kilat di kawasan tersebut. Punca pernyataan ini disokong oleh dapatan seramai terdapat 28 orang responden bersetuju dengan peratus 93.33 %.

5.2.2 KESAN PEMBANGUNAN

KESAN PEMBANGUNAN 35

30

30 25

27 24

20 15 10 5

6 3 0

0 pembinaan projek kekurangan kawasan larut kekurangan kawasan hijau pembangunan kawasan resap air meningkatkan air larian sekeliling ya

tidak

Rajah 2

21

Menurut Er Ah Cho (2009) kesan pembangunan merujuk kepada aktiviti pembangunan menghasilkan kesan ke kwasan sekitarnya terutama dari segi pertambahan penduduk, peningkatan aktiviti ekonomi, penggunaan infrastruktur asas dan eksploitasi sumber. Kesan pembangunan menyebabkan berlaku kejadian banjir kilat kepada penduduk dan persekitaraan di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir. Berdasarkan rajah 2, beberapa perkara yang dapat daripada punca kesan pembangunan terhadap kejadian banjir kilat. Terdapat 3 soalan telah diutarakan kepada penduduk Taman Sri Jaya dalam borang soal selidik untuk mengkaji pandangan penduduk dalam kesan pembangunan. Antara soalan yang telah disoal kepada responden adalah pembinaan projek pembangunan kawasan sekeliling. Seramai 24 orang bersamaan 80 % respoden telah memilih pernyataan ya dan seramai 6 orang bersamaan 20 % responden telah memilih pernyataan tidak atas soalan 1 yang disoal. Bagi soalan kedua iaitu kekurangan kawasan larut air terdapat seramai 30 orang bersamaan 100% responden telah memilih pernyataan ya. Ini berbukti semua responden bersetuju dengan perkara yang disoal menyebabkan banjir kilat di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir. Bagi soalan ketiga pula, iaitu kekurangan kawasan hijau meningkat air laluan terdapat 27 orang bersamaan (90%) memilih pernyataan ya dan selebihnya seramai 3 orang bersamaan (10%) responden memilih pernyataan tidak bagi soalan ini. Bagi punca kesan pembangunan, kawasan Taman Sri Jaya menjadi kawasan utama yang kerap berlakunya kejadian banjir kilat. Kesimpulannya, majoriti penduduk di Taman Sri Jaya bersetuju dengan punca kedua iaitu kesan pembangunan menyebabkan berlakunya banjir kilat di Taman Sri Jaya. Min bagi punca tesebut adalah terdapat 27 orang responden dengan peratus 90.00 % bersetuju bahawa kesan pembangunan telah menjadi punca bagi berlaku banjir kilat di Taman Sri Jaya

22

5.2.3 SISTEM PERPARITAN YANG KURANG SISTEMATIK

SISTEM PERPARITAN YANG KURANG SISTEMATIK 35 30

29

29 26

25 20 15 10 5

4 1

1

sistem saliran tidak diselenggara

aliran air longkang yang tersekat

0

ya

sistem perparitan lama yang tidak dapat menampung jumlah aliran air tidak

Rajah 3 :

Sistem perparitan berperanan penting dalam menghalang tindakan air melimpah dari kawasan penempatan. Sistem perparitan tidak dipandang dengan serius menyebabkan saliran air yang tidak lancar dan bertakung. Sistem perparitan yang kurang sistematik adalah salah satu punca berlakunya kejadian banjir kilat di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir. Berdasarkan daripada kajian, seramai 29 orang bersamaan 96.67% responden bersetuju dengan pernyataan sistem saliran tidak diselenggara dan terdapat 1 orang bersamaan 3.33 % tidak bersetju dengan pernyataan tersebut. Tabiat segelintir masyarakat pembuangan sampah sesuka hati ke dalam sistem perparitan menyebabkan masalah kepada aliran air longkang tesekat. Aliran air tersekat dalam sistem perparitan di Taman Sri Jaya menyebabkan air tidak boleh mengalir dan akhirnya melimpah ke kawasan penempatan. Daripada analisis kajian, pengkaji mendapati bahawa seramai 29 orang bersamaan 96.67 % responden bersetuju mengenai aliran air longkang yang tersekat menyebabkan banjir kilat di Taman Sri Jaya. Namun begitu, terdapat 1 orang pula tidak bersetuju bersamaan 3.33 % dengan pernyataan tersebut. Selain itu, sistem perparitan lama yang tidak dapt menampung jumlah aliran air juga menyebabkan banjir kilat di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir. Analisis kajian ini terdapat seramai 26 orang bersamaan dengan 86.67 % responden bersetuju dan mendapat tidak

23

bersetujudaripada 4 orang bersamaan 13.33% responden di Taman Sri Jaya yang telah disoal dalam borang soal selidik. Kesimpulannya, daripada hasil kajian mengenai punca sistem perparitan yang kurang sistematik, mendapati majoriti resposden Taman Sri Jaya bersetuju dengan punca tersebut iaitu min bagi pernyataan tersebut adalah terdapat 28 orang responden dengan peratus 93.33 %.

5.2.4 AMALAN PEMBUANGAN SAMPAH YANG KURANG BAIK

AMALAN PEMBUANGAN SAMPAH YANG KURANG BAIK 35 30

30

28

27

25 20 15

10 5

2

3 0

0 pembuangan sisa pepejal pembuangan sisa minyak dan domestik dalam industri ke dalam longkang sistem perparitan ya

longgokan sampah menyekat aliran baik tidak

Rajah 4 Menurut kajian Suguna (1986), sampah sarap ditakrifkan sebagai bahan yang dilupuskan kerana tidak dapat digunakan ataupun yang tidak diperlukan lagi oleh manusia ataupun tidak menpunyai nilai dari segi ekonomi, yang terhasil aktiviti-aktivti harian manusia. Pembuangan sampah dengan cara yang baik atau sistematik perlu diamalkan oleh masyarakat supaya dapat dlupuskan kerana ianya tidak memberikan impak negative kepada alam sekitar.Walau

bagaimanapaun, penduduk di Taman Sri Jaya tidak

mempraktikan nilai sivik dan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar dalam amalan pembuangan sampah. Pembuangan sampah yang kurang baik oleh masyarakat merupakan salah satu punca bagi belakunya kejadian banjir kilat di Taman Sri Jaya.

24

Berdasarkan rajah 4, terdapat 3 aspek pembuangan sampah yang kurang baik menyebabkan kejadian banjir kilat di Taman Sri Jaya. Antaranya adalah pembuangan sisa pepejal dan domestik dalam sistem perparitan, pembuangan sisa minyak industri ke dalam longkang dan longgokan sampah menyekat aliran air. Daripada analis kajian, pengkaji mendapati bahawa seramai 28 orang bersamaan 93.33% responden telah memilih pernyataan ya dan seramai 2 orang bersamaan 6.67% respoden telah memilih pernyataan tidak bagi aspek pertama dengan mengisi dalam borang soal selidik yang dieedarkan. Seterusya, bagi aspek kedua iaitu pembuangan sisa minyak ke dalam longkang mendapati seramai 27 oranag bersamaan dengan 90 % respoden memilih pernyataan ya manakala seramai 3 orang bersamaan 10% responden memilih pernyataan tidak bagi aspek tersebut. Analisis kajin bagi aspek longgokan sampah menyekat aliran air mendapati bahawa kesemua responden iaitu seramai 30 orang bersamaan 100% responden telah memilih pernyataan ya. Mereka berpendapat bahawa amalan pembuangan sampah yang kurang baik yang diamalkan oleh penduduk Taman Sri Jaya menyebabkan longgokan sampah menyekat aliran sehingga berlakunya banjir kilat.

Kesimpulanya, majoriti penduduk di Taman Sri Jaya bersetuju dengan punca amalan pembuangan sampah yang kurang baik oleh masyarakat Taman Sri Jaya menyebabkan banjir kilat adalah terdapat 28 orang responden dengan peratus 94.44%.

25

5.3 ANALISIS KESAN KEJADIAN BANJIR KILAT TERHADAP MASYARAKAT DAN PERSEKITARAAN DI TAMAN SRI JAYA, BUKIT GAMBIR.

Pada bahagian ini pula, responden telah diedarkankan oleh pengkaji dengan 4 soalan utama di mana bagi setiap soalan utama terdapat 3 soalan kecil. Setiap soalan yang terdapat dalam borang soal selidik telah dikhususkan kepada penduduk di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir sahaja untuk mengenai kesan banjir kilat terhadap masyarakat dan persekitaraan di Taman Sri Jaya, bukit gambir. Antara 4 soalan utama yang disoal adalah banjir kilat menyebabkan pencemaran air, kemusnahan harta benda, dan menyebabkan akativiti harian penduduk terjejas. 5.3.1 BERLAKU PENCEMARAN AIR

BERLAKU PENCEMARAN AIR 35 30

29

28

27

25 20 15 10 5

2

3 1

0 kualiti air terjejas

air dipenuhi dengan kekotoran sampah sarap ya

air yang berlumpur tidak

Rajah 5 Rajah 5 menunjukkan kesan kejadian banjir kilat terhadap masyarakat dan persekitaraan di Taman Sri Jaya, iaitu berlaku pencemaran air., Pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana ini sehingga menjejaskan kegunaanya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya (https:// aimyaimielya.wordpress.com ). Air merupakan komponen penting dalam semua kehidupan di bumi ini untuk terus hidup. Selepas 26

kejadian banjir kilat di Taman Sri Jaya, bekalan air menghadapi pencemaran yang membawa keburukan kepada masyarakat setempat dan juga persekitaraan. Berdasarkan hasil kajian, pengkaji mendapati bahawa banjir kilat mengakibatkan kualiti air bersih terjejas. Pernyataan ini telah mendapat persetujuan daripada penduduk Taman Sri Jaya iaitu seramai 28 orang bersamaan 93.33% responden dan mendapat tidak persetujuan daripada seramai 2 orang bersamaan 6.67 % responden. Analisis kajian seterusnya menunjukkan seramai 27 orang bersamaan 90% responden bersetuju manakala 3 orang bersamaan 10% tidak bersetuju dengan kesan banjir kilat menyebabkan air dipenuhi dengan kekotoran sampah sarap. Bagi analisis kajian, pengkaji mendapati bahawa seramai 29 orang bersamaan 96.67 % responden bersetuju dan baki 1 orang bersamaan 3.33 % tidak bersetuju mengenai banjir kilat menyebabkan air menjadi berlumpur. kesan kejadian banjir kilat yang menyebabkan pencemaran air telah menyumbang masalah kepada masyarakat dan persekitaran di Taman Sri Jaya. Kesimpulannya, hasil kajian yang dilakukan mendapati pencemaran air antara salah satu kesan daripada kejadian banjir kilat di Taman Sri Jaya. Majoriti penduduk Di Taman Sri Jaya iaitu terdapat 28 orang responden dengan peratus 93.33% bersetuju dengan kesan tersebut.

5.3.2 KEMUSNAHAN HARTA BENDA

KEMUSNAHAN HARTA BENDA 35 30

29

30

29

25 20 15 10 5 0

1

1

0 kemusnahan peralatan rumah, kedai dan pertanian

kemusnahan tanaman kemudahan awam terjejas pertanian dan ternakan ya

tidak

Rajah 6 27

Rajah 6 menunjukkan kemusnahan harta benda akibat daripada kejadian banjir kilat terhadap masyarakat dan persekitaraan Di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir. Menurut kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat kemusnahan harta benda membawa maksud ialah kerosakan atau kebinasaan barang dan benda. Kemusnahan harta benda bukan sahaja merujuk kepada kerosakkan barang atau harta benda manusia malah juga kerosakkan infrastruktur dan juga hasil tanaman.

Berdasarkan hasil kajian, pengkaji mendapati bahawa kesemua responden iaitu seramai 30orang bersamaan 100% telah bersetuju dengan pernyataan kesan kejadian banjir kilat menyebabkan kemusnahan peralatan rumah, kedai dan pertanian. Pernyataan ini mendapati bahawa kemusnahan peralatan rumah, kedai dan pertanian adalah salah satu kesan yang memberi impak yang besar kepada masyarakat dan persekitaran di Taman Sri Jaya. selain itu, seramai 29 orang bersamaan 96.67 % responden bersetuju dan terdapat seorang bersamaan 3.33% responden tidak bersetuju dengan pernyataan kemusnahan tanaman pertanian dan ternakan. Dalam analisis kajian, terdapat juga seramai 29 orang bersamaan 96.67% responden bersetuju dengan pernyataan kemusnahan awam terjejas manalaka 1 orang bersamaan 3.33 % tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut.

Kesimpulannya, majoriti penduduk Taman Sri Jaya bersetuju dengan pernyataan kesan kejadian banjir kilat menyebabkan kemusnahan harta benda terhadap masyarakat dan persekitaraan di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir iaitu terdapat 29 orang responden bersetuju dengan peratus 97.78%.

28

5.3.3 AKTIVITI HARIAN PENDUDUK TERJEJAS

AKTIVITI HARIAN PENDUDUK TERJEJAS 35 30

29

27

29

25 20 15 10 3

5

1

1

0 akativiti perniagaan terjejas

gangguan bekalan air aktiviti pekerjaan harian dengan elektrik penduduk terganggu menjejaskan aktiviti harian penduduk ya

tidak

Rajah 7 Rajah 7 menunjukkan kesan kejadian banjir kilat di Taman Sri Jaya. Aktiviti harian penduduk telah terjejas akibat daripada kejadian banjir kilat. Dalam borang soal selidik, pengkaji disoal dengan 3 soalan mengenai aktiviti harian penduduk terjejas daripada kejadian banjir kilat. Antara soalannya ialah aktiviti perniagaan terjejas, gangguan bekalan air dan elektrik menjejaskan aktiviti harian penduduk dan aktiviti pekerjaan harian penduduk terganggu. Berdasarkan hasil kajian, seramai 27 orang bersamaan 90% responden telah bersetuju dengan kesan aktiviti perniagaan terjejas. Terdapat 3 orang bersamaan 10% responden tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Di samping itu, daripada analisis kajian mendapati seramai 28 orang bersamaan 93.33% responden bersetuju dan 2 orang bersamaan 6.67% tidak bersetuju dengan pernyataan kesan banjir kilat menyebabkan gangguan bekalan air dan elektrik yang menjejaskan aktiviti harian penduduk. Analisis kajian terhadap aktiviti pekerjaan harian penduduk terjejas mendapat persetujuan daripada seramai 29 orang bersamaan 96.67 % respoden manakala tidak bersetuju daripada seorang bersamaan 3.33% dalam kalangan responden di Taman Sri Jaya.

29

Kesimpulannya, majoriti penduduk Taman Sri Jaya bersetuju dengan pernyataan kesan kejadian banjir kilat menyebabkan aktiviti harian penduduk terjejas di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir. Min bagi kesan tesebut adalah terdapat 28 orang responden bersetuju dengan peratus 93.33%.

30

6.0 RUMUSAN Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui tentang ekologi yang dilakukan dalam kejadian banjir kilat terhadap masyarakat dan persekitaraan di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti punca kejadian banjir kilat dan mengkaji kesan kejadian banjir kilat terhadap masyarakat dan persekitaraan di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir. Bagi memenuhi objektif kajian tersebut pengkaji telah menjalankan kajian melalui kaedah soal selidik dengan menyusun beberapa soalan. Kajian ini dijalankan terhadap 30 responden yang terdiri daripada penduduk Taman Sri Jaya, Bukit Gambir. Borang soal selidik tersebut mengandungi tiga bahagian untuk diisi oleh responden. Dalam kajian terdapat analisis soalan tentang punca kejadian banjir kilat di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir. Antaranya adalah punca kedudukan di kawasan rendah, kesan pembangunan, sistem perparitan yang kurang sistematik dan amalan pembuangan sampah yang kurang baik. Punca- punca tersebut telah mendorong untuk menyebabkan banjir kilat di Taman Sri Jaya. Seterusnya, terdapat juga analisis kesan kejadian banjir kilat terhadap masyarakat dan persekitaraan di taman tesebut. Antara soalan yang disoal kepada responden adalah kesan kejadian banjir kilat menyebabkan pencemaran air. Kemusnahan harta benda dan aktiviti harian penduduk terjejas. Analisis secara keseluruhan, hasil kajian mendapati min keseluruhan sebanyak 92.78 % orang responden bersetuju bahawa punca-punca yang disoal dalam borang soal selidik. Hal ini bermakna 30 orang responden yang mewakili sebilangan besar penduduk di Taman Sri Jaya bersetuju bahawa punca-punca tersebut mengakibatkan banjir kilat yang kerap berlaku di Taman Sri Jaya. Begitu juga dengan kesan, terdapat min keseluruhan sebanyak 94.81 % orang responden bersetuju bahawa mereka menghadapi kesan-kesan tersebut ketika kejadian banjir kilat di Taman Sri Jaya. Hasil kajian telah mencapai objektif kajian yang dilakukan oleh pengkaji terhadap kejadian banjir kilat di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir. Pengkaji berharap manusia perlu menanamkan amalan penjagaan alam sekitar supaya dapat menggelakkan bencana seperti banjir kilat dapat dielakkan dan risiko masyarakat terhadap alam sekitar dapat dikurangkan.

31

RUJUKAN

Clint Twist, 1991. Siri Sains Dan Teknologi Prisma Alam Sekitar. Diterjemah Oleh Zubaidah Abdul Rahman. Petaling Jaya. Prisma Sdn.Bhd (Teks asal dalam Bahasa Inggeris). Kamus Dewan, 2013, Edisi Keempat, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur. Mohd Zuhdi Marsuku (2002), Kepentingan Alam Sekitar. Definisi Alam Sekitar. Dicapai pada Januari 13, 2018, dari bmpengurusanuum2010.blogspot.com. Solehah(2013), Banjir Kilat. Dicapai pada 13 Januari 13, 2018, dari https://qcikgubm.blogspot.my. Krunoslov Premec (2013), Program Berkaitan Pengurusan Banjir. Dicapai pada

Januari

20,2018, dari web portal world meteorological organisazation). Zaher Ahmad (2010), Objektif Kajian. Dicapai pada Februari 5, 2018, dari develop tutor.blogspot.my. Azlah Md.Ali (2009), Metodologi Kajian. Dicapai pada Februari 18, 2018 dari studentsrepo.um.edu.My. R.Kuberan (2013), Pengajian Am Metodologi Kajian. Dicapai pada Februari 25, 2018 dari https://www.slideshare.net/Upper6/metodologi-kajian-pa. Suguna (1986), Kecerdasasan Minda Dan Waktu. Definisi Sampah Sarap. Dicapai pada Mac 3, 2018, dari syarifmawahib.blogspot.com/2008/07/definisi-sampah-sarap.html. Aimielya (2016), Pencemaran Air. Dicapai pada Mac 11, 2018 dari https:// aimyaimielya.wordpress.com. Er Ah Cho. “ Pembangunan Dan Impak Terhadap Keselamatan Dan Kesejahteraan Penduduk Setempat”. Dlm. Jurnal e-Bangi volume 4, hlm.84-94, 2009.

32

BORANG SOAL SELIDIK

KERJA KURSUS PENGAJIAN AM KOD MATAPELAJARAN 900/4 Makluman Kepada Responden :

Soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) untuk mata pelajaran pengajian am 900/4. Soal selidik ini bertujuan untuk mengkaji punca dan kesan kejadian banjir kilat terhadap penduduk di Taman Sri Jaya,Bukit Gambir.Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan ia akan hanya digunakan bagi kepentingan kajian sahaja.

BAHAGIAN A :DATA DEMOGRAFI RESPONDEN Arahan : Tandakan (/) pada ruangan yang disediakan.

1. JANTINA Lelaki

Perempuan

2. UMUR 20 tahun ke bawah

41 hingga 50 tahun

21 hingga 30 tahun

51 hingga ke atas

31 hingga 40 tahun

3. STATUS PERKAHWINAN Bujang

Berkahwin

33

4. TEMPOH TINGGAL DI KAWASAN BERKENAAN Kurang daripada 1 Tahun

2 hingga 5 tahun

6 hingga 10 tahun

11 hingga 15 tahun

15 tahun dan ke atas

5.BANGSA

Melayu

India

Cina

Lain-lain

34

ARAHAN: Tanda (/) pada ruang yang disediakan

BAHAGIAN B : Mengenal pasti punca kejadian banjir kilat di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir.

B 1. Punca-punca menyebabkan kejadian banjir kilat : a) Kedudukan di kawasan rendah

Bil

Perkara

1.

Lokasi kajian secara semula jadi terletak di kawasan rendah

2.

Laluan aliran air daripada kawasan yang lebih tinggi

3.

Kawasan perumahan di bawah kaki bukit

Ya

Tidak

Ya

Tidak

Ya

Tidak

b) Kesan pembangunan

Bil

Perkara

1.

Pembinaan projek pembangunan kawasan sekeliling

2.

Kekurangan kawasan larut resap air

3.

Kekurangan kawasan hijau meningkatkan air larian

c) Sistem perparitan yang kurang sistematik

Bil

Perkara

1.

Sistem saliran tidak diselenggara

2.

Aliran air longkang yang tersekat

3.

Sistem perparitan lama yang tidak dapat menampung jumlah aliran air

35

d) Amalan pembuangan sampah kurang baik

Bil

Perkara

Ya

1.

Pembuangan sisa pepejal dan domestik dalam sistem perparitan

2.

Pembuangan sisa minyak industri ke dalam longkang

3.

Longgokan sampah menyekat aliran air

Tidak

B 2. Mengkaji kesan kejadian banjir kilat terhadap masyarakat dan persekitaran di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir.

a) Menyebabkan pencemaran air

Bil

Perkara

1.

Kualiti air bersih terjejas

2.

Air dipenuhi dengan kekotoran sampah sarap

3.

Air yang berlumpur

Ya

Tidak

Ya

Tidak

b) Kemusnahan harta benda

Bil

Perkara

1.

Kemusnahan peralatan rumah, kedai dan pertanian

2.

Kemusnahan tanaman pertanian dan ternakan

3.

Kemudahan awam terjejas

36

c) Aktiviti Harian Penduduk terjejas

Bil

Perkara

Ya

1.

Aktiviti pernigaan terjejas

2.

Gangguan bekalan air dan eletrik menjejaskan aktiviti harian penduduk

3.

Aktiviti perkerjaan harian penduduk terganggu

37

Tidak

BORANG CATATAN PEMERHATIAN Nama Penyelidik

:

NANTHINI A/P DARMAL

Tarikh

:

15/2/2018

Hari

:

KHAMIS

Masa

:

04.00 hingga 04.45 petang

Lokasi

:

TAMAN SRI JAYA, BUKIT GAMBIR

Item Pemerhatian

Catatan

KEADAAN SALIRAN AIR

: 1 2

Kebersihan air secara umumnya mengalami pencemaran. Dipenuhi sisa makanan, sisa minyak dari kedai makanan

KEADAAN SISTEM PERPARITAN

: 1

Dipenuhi dengan longgokan sampah sarap.

2 KEADAAN PEMBANGUNAN

: 1 2

Saliran air longkang disekat oleh sampah sarap. Pembinaan bangunan dilakukan Sisa pembinaan seperti pasir, simen, perabot buang ke dalam longkang.

Tanda tangan ………………………………………………… Tarikh : …………………………………….

38

BORANG CATATAN PEMERHATIAN Nama Penyelidik

:

NANTHINI A/P DARMAL

Tarikh

:

3/3/2018

Hari

:

SABTU

Masa

:

11.00 hingga 11.30 TENGAH HARI

Lokasi

:

TAMAN SRI JAYA, BUKIT GAMBIR

Item Pemerhatian

Catatan

KEADAAN KEMUDAHAN AWAM

: 3

KEADAAN SISTEM PERPARITAN

: 3

4

4 PEMBUANGAN SAMPAH SARAP

: 3 4

Parit longkang telah rosak Jalan raya mengalami kerosakan Perparitan dipenuhi dengan sampah sarap Kualiti air tercemar mengakibatkan hidupan air terjejas Penduduk membuang sampah sarap dibuang ke dalam parit Pekerja kedai makanan membuang sisa makanan ke dalam parit

Tanda tangan ………………………………………………… Tarikh : …………………………………….

39

BORANG CATATAN PEMERHATIAN Nama Penyelidik

:

NANTHINI A/P DARMAL

Tarikh

:

20/3/2018

Hari

:

SELASA

Masa

:

3.00 hingga 3.30 PETANG

Lokasi

:

TAMAN SRI JAYA, BUKIT GAMBIR

Item Pemerhatian KEADAAN PEMBANGUNAN

Catatan : 5 6

KEADAAN KAWASAN TAMAN

: 5 6

KEADAAN SALIRAN AIR

: 5 6

Projek pembinaan pembangunan dilakukan kawasan lapang telah digunakan untuk membina perumahan Secara semula jadi Kawasan rendah Air hujan mengalir dari kawasan tinggi Saliran air tersekat dengan longgokan sampah Air melimpah dari sistem perparitan yang lama

Tanda tangan ………………………………………………… Tarikh : …………………………………….

40

BAHAGIAN B: MENGANALISIS PUNCA KEJADIAN BANJIR KILAT DI TAMAN SRI JAYA, BUKIT GAMBIR. a) Kedudukan Di Kawasan Rendah YA

TIDAK

B1

BILANGAN

PERATUS

BILANGAN

PERATUS

1.1

28

93.33

2

6.67

1.2

27

90.00

3

10

1.3

29

96.67

1

3.33

min

28

93.33

2

6.67

b) Kesan Pembangunan YA

TIDAK

B2

BILANGAN

PERATUS

BILANGAN

PERATUS

2.1

24

80.00

6

20.00

2.2

30

100.00

o

0.00

2.3

27

90.00

3

10.00

min

27

90.00

3

10.00

41

c) Sistem Perparitan Yang Kurang Sistematik YA

TIDAK

B3

BILANGAN

PERATUS

BILANGAN

PERATUS

3.1

29

96.67

1

3.33

3.2

29

96.67

1

3.33

3.3

26

86.67

4

13.33

min

28

93.33

3

6.66

d) Amalan Pembuangan Sampah Kurang Baik YA

TIDAK

B4

BILANGAN

PERATUS

BILANGAN

PERATUS

4.1

28

93.33

2

6.67

4.2

27

90

3

10

4.3

30

100

0

0

min

28

94.44

2

5.56

42

BAHAGIAN C: MENGANALISIS KESAN KEJADIAN BANJIR KILAT TERHADAP MASYARAKAT DAN PERSEKITARAAN DI TAMAN SRI JAYA, BUKIT GAMBIR. a) Berlaku Pencemaran Air YA

TIDAK

B1

BILANGAN

PERATUS

BILANGAN

PERATUS

1.1

28

93.33

2

6.67

1.2

27

90

3

10

1.3

29

96.67

1

3.33

min

28

93.33

2

6.67

b) Kemusnahan Harta Benda YA

TIDAK

B1

BILANGAN

PERATUS

BILANGAN

PERATUS

2.1

30

100

0

0

2.2

29

96.67

1

3.33

2.3

29

96.67

1

3.33

min

29.33

97.78

2

2.22

43

c) Aktiviti harian penduduk terjejas YA

TIDAK

B1

BILANGAN

PERATUS

BILANGAN

PERATUS

3.1

27

90

3

10

3.2

28

93.33

2

6.67

3.3

29

96.67

1

3.33

min

28

93.33

2

6.67

44

45

Related Documents


More Documents from "H.J.KUNG"