Kemahiran Interpersonal Dan Intrapersonal.pdf

  • Uploaded by: rajeswary
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kemahiran Interpersonal Dan Intrapersonal.pdf as PDF for free.

More details

  • Words: 3,156
  • Pages: 16
Topik

X

5

Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menerangkan konsep kemahiran interpersonal;

2.

Menerangkan konsep kemahiran intrapersonal;

3.

Mengenal pasti tahap kecerdasan murid dengan memerhatikan tingkah laku dan kebolehan mereka; dan

4.

Mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran interpersonal dan intrapersonal pelajar.

X PENGENALAN Seorang guru harus mahir dalam menyampaikan maklumat dengan berkesan kepada pelajar dan membimbing mereka dalam pencapaian akademik yang baik. Guru tersebut juga harus menilai cara mengajar diri sendiri dan berusaha untuk memperbaiki kesilapan. Ini melibatkan kemahiran interpersonal dan intrapersonal yang baik. Apakah itu kemahiran interpersonal dan intrapersonal? Dalam topik ini, kita akan melihat bagaimana kemahiran interpersonal dan kemahiran intrapersonal mempengaruhi cara seseorang individu itu berkomunikasi. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga dicadangkan bagi kedua-dua kemahiran ini untuk memudahkan guru mengaplikasikannya di dalam bilik darjah. Unsur-unsur bekerjasama, toleransi dan bertanggungjawab serta komited dibincangkan di bawah subtopik Kemahiran Interpersonal.

X

112

TOPIK 5

KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

Seterusnya di bawah Kemahiran Intrapersonal dibincangkan berkenaan menghargai diri, pengawalan emosi dan mengapa seorang guru itu perlu menjadi prihatin (prihatin telah dibincangkan dalam Topik 3).

5.1

TEORI KECERDASAN PELBAGAI (MULTIPLE INTELLIGENCES)

Cara kita berinteraksi berbeza mengikut tempat, individu yang dilawan berkomunikasi dan situasi yang wujud ketika interaksi berlaku. Sebagai guru, kita tahu pelajar mempunyai keperluan berbeza dan cara belajar berbeza. Sebahagian pelajar sukakan angka manakala sebahagian lagi sukakan warna dan ada pula yang suka bercerita atau menyanyi. Terdapat juga pelajar yang suka bekerja dalam kumpulan, manakala sebahagian kecil pula akan menghasilkan tugasan yang baik jika bersendirian. Justeru itu, untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang lebih berkesan dan mencapai objektifnya, pelbagai aktiviti perlu digunakan. Dengan itu, keperluan pelajar yang pelbagai dengan cara belajar yang pelbagai juga dapat ditangani. Teori Pelbagai Kecerdasan yang dipelopori oleh Howard Gardner pada tahun 1993 mengatakan manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu kecerdasan verballinguistik, logik matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal dan intrapersonal. Terkini telah ditambah satu lagi kecerdasan iaitu naturalis dan melengkapkannya kepada lapan kecerdasan. Setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan ini, tetapi mungkin hanya dua atau tiga kecerdasan yang menonjol atau lebih jelas kelihatan daripada yang lain-lainnya. Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai ialah: (i)

Verbal-Linguistik;

(ii)

Logik-Matematik;

(iii) Visual-Ruang; (iv) Kinestetik; (v)

Muzik;

(vi) Interpersonal; (vii) Intrapersonal; dan (viii) Naturalis.

TOPIK 5

KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

W

113

Mengikut Gardner, kesemua lapan kecerdasan ini dimiliki oleh semua individu tetapi tahapnya adalah berbeza (rujuk Rajah 5.1 untuk penjelasan). Oleh sebab itu, guru boleh memupuk kecerdasan tersebut dalam dirinya sendiri dan juga dalam diri pelajar-pelajarnya.

Rajah 5.1: Teori pelbagai kecerdasan

Dengan menguasai Teori Kecerdasan Pelbagai ini, seorang guru akan: (a)

Menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap individu pelajar adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan;

(b)

Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas;

(c)

Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui p&p yang menyeronokkan;

(d)

Meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan dalam p&p;

114

X

TOPIK 5

KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

(e)

Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah; dan

(f)

Mempelbagai cara penilaian seperti berikut (lihat Jadual 5.1): Jadual 5.1: Cara Penilaian Cara Menilai

Penjelasan

Bermakna

x Mempunyai nilai kepada murid.

Mengikut konteks

x Berkaitan dengan persekitaran dan kehidupan mereka.

Sesuai dengan kecerdasan murid

x Membenarkan masa untuk murid menghayati

Membenarkan perkembangan kesemua kecerdasan

x Melibatkan kreativiti, perbincangan, penyelesaian

Digabung jalinkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

x Murid belajar kerana ingin tahu dan digalakkan

Mencerminkan kepakaran murid dalam sesuatu kemahiran

x Perbandingan dibuat dengan hasil yang lepas oleh

(g)

proses penghasilan sesuatu projek atau penilaian. masalah, demonstrasi, refleksi dan penyampaian. belajar dalam kumpulan.

murid itu sendiri.

Mempelbagaikan aktiviti p&p di bilik darjah dengan menggunakan strategi Teori Kecerdasan Pelbagai untuk peningkatan perkembangan kognitif mengikut Taksonomi Bloom.

Sekarang, mari kita lihat bagaimana cara mengenal pasti kekuatan sendiri dan kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai.. Cara-caranya adalah seperti berikut: (a)

Memilih strategi pengajaran dan pembelajaran memadankan dengan kecerdasan murid;

(b)

Memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah; dan

(c)

Membuat pemerhatian ke atas: (i)

Tingkah laku murid semasa p&p;

(ii)

Aktiviti yang digemari murid pada masa lapang;

(iii) Laporan prestasi murid; dan (iv) Profil kecerdasan murid.

yang

sesuai

dan

TOPIK 5

5.2

KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

W

115

KEMAHIRAN INTERPERSONAL

Howard Gardner (1983) memberikan definisi kemahiran interpersonal di dalam bukunya Frames of Mind sebagai kebolehan memahami orang lain dan menggunakan kebolehan ini dalam berinteraksi, bekerjasama, membimbing dan menguruskan komunikasi. Kemahiran interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah dan dapat memberi motivasi kepada orang lain. Salah satu cara mendefinisikan kemahiran interpersonal ialah dengan cara meneliti perkara-perkara berikut: (a)

Bilangan individu yang terlibat;

(b)

Jarak kedudukan antara penutur dengan pendengar;

(c)

Jumlah saluran deria yang terlibat; dan

(d)

Maklum balas yang disediakan.

Rajah 5.2 di bawah menunjukkan aspek-aspek kemahiran interpersonal.

Rajah 5.2: Aspek-aspek kemahiran interpersonal

Seterusnya kita akan melihat huraian lanjut tentang setiap aspek yang dinyatakan dalam rajah di atas.

116

X

TOPIK 5

KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

(a)

Kepimpinan Pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang boleh mempengaruhi ahliahli di dalam kumpulannya menjayakan aktiviti tertentu untuk mencapai matlamat kumpulan seperti yang telah ditetapkan. Untuk mempengaruhi orang lain, memerlukan kemahiran interpersonal yang tinggi seperti mempunyai karisma, kepakaran, kebolehan memberi arahan dan adanya suasana hormat menghormati antara ahli.

(b)

Jaringan Perhubungan Kemahiran mencari, mengenal pasti dan membina hubungan yang berkesan dengan orang lain dan boleh mengekalkan hubungan ini untuk kebaikan kedua-dua pihak. Di dalam mengukuhkan hubungan ini, kemahiran-kemahiran membangunkan hubungan dan memotivasi turut diguna pakai.

(c)

Kerja Berpasukan Bekerja di dalam kumpulan untuk mencapai matlamat yang sama. Kemahiran ini termasuklah kebolehan bekerjasama dengan ahli-ahli lain, menerima idea orang lain, menggunakan pendekatan kolaboratif di dalam pembelajaran dan bertanggungjawab berusaha mencapai matlamat kumpulan.

Seterusnya kita akan melihat kepada kemahiran interpersonal. Terdapat empat prinsip kemahiran interpersonal iaitu: (a)

Tidak Boleh Dielakkan Komunikasi tidak dapat dielakkan. Kita berkomunikasi bukan sahaja menggunakan suara tetapi juga dengan isyarat badan (gesture), ekspresi muka dan sebagainya. Senyuman, anggukan, jelingan, lambaian dan sebagainya juga adalah antara cara kita berkomunikasi. Kita selalunya berkomunikasi secara spontan dengan sesiapa sahaja yang ada di sekeliling kita.

AKTIVITI 5.1 Apakah teknik yang anda sering gunakan semasa beramah mesra dengan seseorang anda tidak kenali? Bincang dengan rakan anda.

TOPIK 5

KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

W

117

(b)

Tidak Boleh Undur ke Belakang (Irreversible) Apabila kita rasa kita telah melukakan hati seseorang, selalunya kita akan meminta maaf. Bolehkah perkataan yang telah kita keluarkan itu ditarik balik supaya orang yang mendengarnya boleh melupakan? Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

(c)

Rencam (Complicated) Terdapat banyak pihak yang terlibat di dalam sesebuah komunikasi, paling tidak penutur dan pendengar. Menurut pakar-pakar bahasa, enam pihak terlibat di dalam sesuatu komunikasi ialah: (i)

Siapakah anda?

(ii)

Siapakah anda fikir orang itu?

(iii) Siapakah anda fikir orang lain memikirkan anda? (iv) Siapakah orang lain fikir dirinya itu? (v)

Siapakah anda pada fikiran orang lain?

(vi) Siapakah dia yang difikirkan oleh orang itu pada pendapat anda? (d)

Kontekstual (Contextual) Komunikasi tidak berlaku secara terasing tetapi dalam konteks berikut: (i)

Konteks Psikologi Siapa kita dan apa kesan yang telah kita berikan kepada interaksi yang berlaku.

(ii)

Konteks Hubungan Tindak balas kita terhadap orang lain.

(iii) Konteks Situasi Di mana interaksi itu berlaku. Interaksi yang berlaku di pasar berbeza dengan interaksi di pejabat. (iv) Konteks Persekitaran Persekitaran seperti perabot, tahap kebisingan, suhu, musim atau waktu boleh menentukan bentuk interaksi yang berlaku. (v)

Konteks Budaya Ada budaya yang menganggap tidak beradab jika bertentangan mata semasa berinteraksi dan ada pula yang sebaliknya.

118

X

5.2.1

TOPIK 5

KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

Bekerjasama

Seorang guru perlu menjalinkan semangat kerjasama dengan guru-guru yang lain, kakitangan sekolah, dan ibu bapa kepada pelajar-pelajarnya. Kerjasama dengan guru-guru lain sangat diperlukan, bermula dari merancang pengajaran hinggalah kepada melaksanakan aktiviti sekolah yang lainnya; yang diarahkan oleh pentadbir dari semasa ke semasa. Tanpa kerjasama ini, hasrat atau matlamat yang dirancang tidak akan tercapai. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua sekolah. Ahli-ahlinya terdiri daripada semua guru dan ibu bapa pelajar. Melalui PIBG, pelbagai aktiviti dirancang dan dilaksanakan demi meningkatkan prestasi pelajar-pelajar dari segi akademik dan akhlak. PIBG juga dapat mengeratkan hubungan antara guru dan ibu bapa. Kerjasama yang erat antara keduanya akan membantu semua pihak dalam membentuk pelajar menjadi insan berguna kepada bangsa dan negara. Tujuan bekerjasama dengan ibu bapa adalah untuk: (a)

Mengetahui latar belakang keluarga pelajar;

(b)

Menyalurkan maklumat tentang perkembangan pelajar;

(c)

Meningkatkan mutu pencapaian akademik dan sahsiah pelajar;

(d)

Menyelesaikan masalah pelajar secara kolaboratif; dan

(e)

Menyedarkan pelajar bahawa ibu bapa dan guru sentiasa mengambil berat terhadap perkembangan mereka.

AKTIVITI 5.2 Secara bekerjasama di dalam kumpulan kecil, bincangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh PIBG untuk menjayakan tujuan kerjasama antara guru dan ibu bapa. Pelajar anda yang mempunyai kecerdasan interpersonal akan mudah bekerjasama dengan rakan-rakan lain di dalam kelas. Pelajar yang belajar secara kumpulan koperatif sentiasa mendapat pencapaian akademik yang lebih tinggi daripada mereka yang bekerja secara individu. Tugasan yang dihasilkan secara kumpulan juga didapati lebih berkualiti. Kerjasama kumpulan membuktikan masalah perkauman dapat dikurangkan di samping meningkatkan kemahiran sosial ahli-ahli yang terlibat.

TOPIK 5

KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

W

119

Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah: (a)

Temu duga;

(b)

Membuat kajian berkenaan orang kenamaan melalui temu bual;

(c)

Main peranan;

(d)

Bekerja dalam kumpulan/kumpulan koperatif;

(e)

Bekerja secara berpasangan;

(f)

Menjadi pembimbing rakan sebaya;

(g)

Mengelolakan perbincangan kelas;

(h)

Menjalankan kempen;

(i)

Berurus niaga;

(j)

Membaca berita; dan

(k)

Berlakon.

5.2.2

Toleransi

Apakah yang dimaksudkan dengan toleransi? Mengapa perlu ada toleransi dalam hubungan? Toleransi mengikut Kamus Dewan bermaksud „sedia menghormati atau menerima pendapat atau pendirian orang lain yang berbeza daripada pendirian sendiri‰. Individu yang mempunyai kemahiran interpersonal akan sentiasa mengamalkan sikap toleransi ini. Di dalam pergaulan sehari-hari kita akan bertemu dengan pelbagai kerenah manusia, malangnya tidak semua kerenah itu kita senangi. Sebagai satu cara mengelakkan daripada berlakunya konflik, sikap toleransi diamalkan. Di dalam situasi tertentu, perbezaan pendapat sama ada berkenaan dengan politik, agama dan sebagainya terpaksa kita terima demi memberi peluang yang sama dan berlaku adil kepada semua pihak. Di dalam negara kita yang mempunyai masyarakat majmuk ini, sifat toleransi sangatlah dituntut. Di dalam perhubungan setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia. Kita tidak perlu pergi jauh; cuba kita renungkan apa yang terjadi antara anak dan ibu bapa. Ada di antara kita terpaksa memilih jalan kerjaya yang kita tidak minati kerana ibu bapa yang menentukannya. Akibatnya individu berkenaan akan rasa tertekan ditambah pula dengan tanggapan salah masyarakat yang menobatkan kejayaan sebagai cemerlang di dalam akademik sahaja.

120

X

TOPIK 5

KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

Apakah yang anda pelajari semasa di tadika dahulu? Bukankah kita diajar supaya berkongsi, bermain bersama, belajar bersama dan sebagainya dilakukan bersama dengan rakan lain yang tidak kita kenali sebelum ini? Rakan-rakan kita itu datangnya daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang. Kalau direnungkan semula, bolehkah anda jelaskan apakah aktiviti-aktiviti yang digunakan oleh guru tadika anda untuk memupuk sikap toleransi?

5.2.3

Tanggungjawab dan Komited

Semua kita mempunyai tanggungjawab masing-masing sama ada tanggungjawab terhadap keluarga, kerjaya, masyarakat mahupun tanggungjawab terhadap negara. Di sini kita akan tumpukan perbincangan terhadap tanggungjawab kita dengan kerjaya kita sendiri sebagai seorang guru kerana tanggung terhadap kerjaya ini adalah berbeza-beza. Tanggungjawab yang kita temui dalam kerjaya kita adalah yang: (a)

Berkaitan dengan tugas;

(b)

Diterima secara sukarela; dan

(c)

Ditimbulkan oleh sesuatu situasi.

Jadual 5.2 menunjukkan contoh-contoh tanggungjawab berkaitan kerjaya. Jadual 5.2: Tanggungjawab Berkaitan Kerjaya Tanggungjawab Berkaitan Kerjaya Tanggungjawab yang berkaitan dengan tugas

Tanggungjawab yang diterima secara sukarela

Contoh x

Mematuhi peraturan  dari segi waktu bekerja, cara berpakaian.

x

Bersedia sebelum masuk kelas.

x

Kawalan bilik darjah.

x

Mendisiplinkan pelajar.

x

Mengambil tahu latar belakang pelajar.

x Menjadi kaunselor untuk pelajar. Tanggungjawab yang ditimbulkan oleh sesuatu situasi

x

Membawa pelajar ke hospital.

x

Menghubungi penjaga atau ibu bapa jika diperlukan.

x

Keperluan menambah ilmu  belajar.

TOPIK 5

KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

W

121

Berikut adalah panduan di dalam melaksanakan tanggungjawab kita: (a)

Jika kita tidak pasti bagaimana tangggungjawab harus dilaksanakan dapatkan penjelasan daripada pihak berkenaan;

(b)

Jika melakukan kesilapan, anda perlulah mengambil tanggungjawab itu dan terimalah sebagai petanda perkembangan ke arah kematangan; dan

(c)

Jika kesilapan anda dibetulkan oleh seseorang, hargai dan jangan rasa terancam.

Tanggungjawab Tambahan Sekarang mari kita lihat tanggungjawab tambahan seorang guru. Menerima tanggungjawab tambahan boleh dilaksanakan secara sukarela atau pun secara terpaksa. Contohnya bila anda diarahkan untuk melaksanakan tugas-tugas yang tidak tersenarai di bawah tanggungjawab anda. Jika anda dapat menerimanya dan melaksanakannya dengan baik, ini boleh membantu anda meningkatkan diri di dalam kerjaya. Berikut adalah contoh tanggungjawab tambahan: (a)

Belajar kemahiran baru;

(b)

Meningkatkan peluang untuk maju;

(c)

Memberikan sumbangan positif untuk kemajuan sekolah;

(d)

Membantu guru-guru baru; dan

(e)

Menepati masa.

5.3

KEMAHIRAN INTRAPERSONAL

Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan mengenali diri sendiri. Kemahiran ini membolehkan seseorang itu mempelajari siapa dirinya, apakah perasaannya, apa yang ingin dilakukannya, apa yang perlu dielakkannya dan mengapa dirinya begitu. Mereka sangat pasti tentang kehendak dan tahap keupayaan sendiri. Individu yang mempunyai kemahiran intrapersonal dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Keadaan ini menjadikan mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Mereka boleh menentukan hala tuju kehidupan dan mempunyai prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari.

122

X

TOPIK 5

KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

Secara luarannya, seseorang yang mempunyai kemahiran intrapersonal itu kelihatan murung dan mengelamun tetapi sebenarnya sentiasa berwaspada dan mempunyai wawasan. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk pelajar-pelajar anda memperbaiki kemahiran intrapersonal ialah: (a)

Menyimpan jurnal atau diari;

(b)

Menghuraikan perasaannya terhadap sesuatu mata pelajaran;

(c)

Menilai kerja sendiri;

(d)

Mengisi borang;

(e)

Menulis pengalaman manis atau pahit yang pernah dialami;

(f)

Menghuraikan kekuatan/kelemahan sendiri;

(g)

Melaksanakan projek secara individu;

(h)

Menulis berkenaan sejarah keluarga sendiri;

(i)

Membuat refleksi secara senyap;

(j)

Menggunakan teknik metakognitif (menyedari teknik pembelajaran sendiri dan dapat menjelaskannya);

(k)

Menggunakan kemahiran memerhati atau memfokus; dan

(l)

Menggunakan kemahiran menaakul.

5.3.1

Menghargai Diri

Seseorang individu yang menghargai diri akan dapat menerima diri sendiri seadanya dan tidak membandingkan dengan orang lain yang dirasakan jauh lebih baik darinya. Individu ini akan sentiasa bersyukur dengan kelebihan atau pun kekurangan yang dimilikinya. Harga diri ialah sebahagian daripada unsur dalam konsep kendiri. Harga diri adalah bahagian yang menilai diri sendiri dan mempunyai kaitan yang amat kuat dengan keyakinan diri dan kejayaan. Seseorang yang menghargai diri dapat menerima hakikat bahawa kejayaan dan kegagalan adalah perkara lumrah di dalam kehidupan seseorang. Misalnya, jika beliau pernah mengalami kegagalan di sekolah; keadaan ini tidak akan melemahkan semangatnya atau menjadikan beliau merasa rendah diri. Beliau akan terus berusaha untuk berjaya.

TOPIK 5

KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

W

123

Setiap individu tidak dilahirkan dengan konsep diri atau harga diri tetapi ia terbentuk melalui cara orang lain di sekeliling bertutur, bertindak balas dan melayan mereka. Sebelum seorang kanak-kanak menjejakkan kaki ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan secara formal, ibu bapa atau orang yang terdekatlah yang mempengaruhi pembentukan harga diri seseorang itu. Kemudian peranan itu akan diambil pula oleh guru-guru dan rakan sebaya yang berhubungan rapat dengannya. Guru meningkat atau mengurangkan harga diri kanak-kanak tanpa disedarinya. Kanak-kanak yang dilabel sebagai malas, bodoh, lembab dan bermasalah akan mengalami kekurangan harga diri. Guru sendiri menjadi penghalang kepada pembentukan harga diri yang lebih tinggi apabila mereka dibandingbandingkan, dikritik atau diberikan perlindungan berlebihan. Sebaliknya kalau mereka sering diberi pujian dan galakan, harga diri akan terbentuk dan harga diri inilah yang akan menjamin kesejahteraan hidup mereka. Individu yang menghargai diri akan sentiasa menyukai dirinya walaupun bukan kerana kejayaan memperoleh sesuatu. Menghargai diri adalah satu daripada taktik untuk memberikan nilai yang tinggi kepada diri sendiri, misalnya untuk keyakinan diri. Kita menyukai diri kita seadanya bukan kerana apa yang boleh kita lakukan atau sebaliknya. Bagi individu ini, sebarang pujian tidak diperlukan untuk mengenal kekuatan diri, sebab diri sendiri telah yakin dengan apa yang dipunyai. Seseorang yang menghargai diri akan: (a)

Meningkatkan prestasi pembelajarannya kerana beliau berani mencuba, bertanya dan meneroka keadaan ini menjadikan mereka kreatif dalam pemikiran dan hasil kerja;

(b)

Berkeyakinan untuk bergaul dan pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan sosial mereka. Mereka tidak mudah tersinggung oleh komen atau pendapat rakan sebaya; dan

(c)

Tidak mudah berputus asa dan akan terus mencuba untuk berjaya.

5.3.2

Pengawalan Emosi

Satu daripada emosi manusia yang perlu dikawal ialah kemarahan. Marah adalah satu emosi yang normal, semua individu pernah mengalami emosi ini sama ada marahkan seseorang atau dimarahi oleh seseorang. Bagaimanapun jika ianya terjadi hingga di luar kawalan akan menimbulkan masalah perhubungan

124

X

TOPIK 5

KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

sama ada di tempat kerja, menjejaskan hubungan dengan individu lain dan yang jelasnya akan menjejaskan pandangan orang lain terhadap kita. Manusia menggunakan pelbagai cara untuk mengawal emosi sama ada secara sedar atau tidak seperti: (a)

Melahirkan Emosi Dalam melahirkan emosi seseorang harus tahu apa yang dikehendaki dengan jelas dan bagaimana memperolehnya tanpa melukakan hati orang lain.

(b)

Memendamkan Emosi Keadaan ini terjadi bila kita menahan kemarahan, tidak mahu memikirkannya tetapi memberikan tumpuan kepada melakukan perkara lain yang lebih positif. Jika keadaan tersebut berterusan ia akan mengakibatkan berlakunya tekanan darah tinggi atau kemurungan.

(c)

Bertenang Kita berupaya menenangkan diri sendiri dengan cara mengawal tingkah laku, mengawal tindak balas dalaman, mengambil langkah menurunkan degupan jantung, memujuk diri sendiri dan membiarkan perasaan itu berlalu dengan sendiri.

Pada pendapat anda, perlukah seseorang itu mendapatkan bantuan kaunselor? Jika anda merasakan emosi anda sukar dikawal dan akan memberi kesan ke atas hubungan dengan orang lain, sebaiknya anda perlulah mendapatkan bantuan kaunselor supaya emosi itu dapat dikendalikan dengan baik. Pakar sakit jiwa boleh membantu anda menangani emosi dengan pelbagai teknik secara berkesan.

x

Kemahiran interpersonal adalah kebolehan memahami orang lain dan menggunakan kebolehan ini dalam berinteraksi, bekerjasama, membimbing dan menguruskan komunikasi.

x

Kemahiran intrapersonal adalah kebolehan memahami diri dan dapat membuat keputusan berdasarkan pengalaman dan perasaan diri sendiri.

x

Seseorang yang mempunyai kemahiran interpersonal mempunyai sifat kepimpinan yang baik, dapat bekerja dalam pasukan dan mengekalkan perhubungan yang baik.

TOPIK 5

x

KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

W

125

Bagi memupuk kemahiran intrapersonal guru harus melibatkan pelajar dalam aktiviti seperti menguruskan jurnal pembelajaran, menggunakan teknik metakognitif, membincangkan kelemahan dan kekuatan diri sendiri dan sebagainya.

Keperluan

Taksonomi Bloom

Karisma

Teknik metakognitif

Keperluan

Toleransi

Jawab semua soalan. 1.

Apakah yang dimaksudkan sebagai kemahiran interpersonal oleh Howard Gardner? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ (1 markah)

2.

Kemahiran intrapersonal ialah _______________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ (1 markah)

3.

Senaraikan tiga kelebihan bekerjasama di kalangan pelajar. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ (3 markah)

4.

Mengapakah seseorang individu perlu mengamalkan sikap bertoleransi di dalam pergaulan? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ (2 markah)

126

5.

X

TOPIK 5

KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

Jelaskan contoh tanggungjawab di dalam jadual di bawah: Tanggungjawab Berkaitan Kerjaya

Contoh

Tanggungjawab yang berkaitan dengan tugas Tanggungjawab yang diterima secara sukarela Tanggungjawab yang ditimbulkan oleh sesuatu situasi

(3 markah)

Kerjasama yang terjalin antara guru dan ibu bapa akan memudahkan pelbagai masalah pelajar diselesaikan. (a)

Jelaskan empat kepentingan kerjasama antara guru dan ibu bapa.

(b)

Bagaimanakah ibu bapa dapat membantu menyelesaikan masalah pelajar-pelajarnya.

(c)

Berikan contoh-contoh masalah yang sering melibatkan pelajar di sekolah.

pihak

sekolah

dalam

Related Documents


More Documents from "Jaime Acaro"