5_6208279212374097945 (2).docx

  • Uploaded by: rajeswary
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 5_6208279212374097945 (2).docx as PDF for free.

More details

  • Words: 4,902
  • Pages: 25
SULIT*

SET 1

940/1

STPM 2018 SEJARAH SEJARAH DUNIA (1500-1955) KERTAS 1 (Dua jam)

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN (KELANTAN EDUCATION DEPARTMENT)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA ( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE ) Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab empat soalan sahaja. Markah untuk tiap-tiap bahagian soalan dan soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

___________________________________________________________________________ Kertas Soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak.

@Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 2018

STPM 940/1

[Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

2 SULIT* Jawab empat soalan sahaja.

1. Huraikan ciri-ciri masyarakat maritim di Jepun pada abad 16 hingga 17 masihi [20] 2. Bincangkan sistem pembesar dalam pemerintahan beraja di China pada zaman Dinasti Ching. [20]

3. Huraikan perkembangan perindustrian di Jerman pada abad ke 19 hingga 20 masihi [20] 4. Bincangkan faktor-faktor kemunculan Zaman Pencerahan di Eropah pada abad ke 18 masihi. [20]

5. Pertembungan budaya barat dengan budaya tempatan merupakan salah satu faktor tercetusnya peristiwa Dahagi di India pada tahun 1857. Bincangkan [20] 6. Bincangkan kesan-kesan Perang Dunia kedua dari aspek politik, ekonomi dan sosial ke atas negara Jepun

[20]

940/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

SULIT*

SKEMA SET 1

940/1

STPM 2018 SEJARAH DUNIA (1500-1955) KERTAS 1 (Dua jam)

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN (KELANTAN EDUCATION DEPARTMENT)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA ( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE )

___________________________________________________________________________

@Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 2018

STPM 940/1 *Skema ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[Lihat sebelah

SULIT*

1.

Huraikan ciri-ciri masyarakat maritim di Jepun pada abad 16 hingga 17 masihi.

A. Pengenalan 1. Masyarakat maritim ialah masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan laut seperti perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan, penerokaan dan penjelajahan. 2. Masyarakat maritim tinggal di pesisir pantai dan kawasan kepulauan seperti Kyushu. 3. Ciri-ciri masyarakat maritim ialah menjalankan aktiviti ekonomi, petempatan, teknologi, dan lain-lain. B. Isi Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Jepun. 1. i.

Kegiatan Ekonomi kegiatan ekonomi utama masyarakat maritim di Jepun ialah perdagangan.

ii. Pedagang-pedagang Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan Asia Tenggara. iii. Pada abad ke-16, Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan barat. Ini menyebabkan kegiatan perdagangan berkembang pesat . iv. Perkembangan pusat dagangan kemudiannya telah menyebabkan berlaku perkembangan bandar-bandar perdagangan dengan pusat-pusat pertukaran wang dan lain-lain. v.

Kegiatan perdagangan dijalankan di pelabuhan seperti Kyushu, Nagasaki, dan Shimoda. Barangan yang dieksport seperti tembaga, berlian dan perak. Barangan yang diimport adalah sutera, tembikar dan tembaga dari China.

vi. Masyarakat Jepun terlibat dengan kegiatan penangkapan ikan dan mengumpul hasil laut, seperti mutiara. Perikanan merupakan pekerjaan utama penduduk Jepun kerana makanan kedua selepas nasi bagi masyarakat Jepun ialah ikan. vii. Nelayan Jepun juga adalah penyelam mutiara yang handal dan mengutip rumpai laut. viii. Masyarakat maritim Jepun juga terlibat dalam kegiatan membina dan membaiki kapal.

2.

Petempatan i. Masyarakat maritim Jepun tinggal di kawasan pesisir pantai dan kepulauan. Bentuk muka bumi kepulauan yang bergunung ganang menyebabkan petempatan didirikan di kawasan pesisir pantai. Ini memudahkan mereka menjalankan aktiviti menangkap ikan, perdagangan dan mengumpul hasil laut.. ii. Kedudukan berhampiran pantai memudahkan mereka menjalankan aktiviti perdagangan, menangkap ikan dan mengutip hasil laut.

iii. Masyarakat maritim tinggal di pelabuhan yang terletak di muara sungai seperti pelabuhan Kyushu, Hiroshima, Nagasaki dan Shimoda. 3.

Teknologi perkapalan

i. Masyarakat maritim mahir dalam pembinaan kapal dan perahu. Mereka membina kapal layar dikenali sebagai Shuisen (kapal mohor merah) iaitu kapal yang menggunakan teknologi yang tinggi. ii. Kapal ini digunakan untuk pelayaran jarak jauh seperti ke pelabuhan Asia Tenggara dan dilengkapi dengan senjata bagi mempertahankan diri dari serangan lanun. 4.

Teknologi pelayaran i. Masyarakat maritim Jepun mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu pelayaran. ii. Mereka mempunyai pengetahuan dalam ilmu pelayaran, ilmu nautika dan kartografi. iii. Mereka menerima pengetahuan teknologi perkapalan daripada orang Portugal. iv. Shogun Ieyasu mendapat bantuan daripada orang Sepanyol dalam perkapalan dan bantuan teknikal dari British dan Belanda.

5.

Penjelajahan dan penerokaan i. Menjelang abad ke-17, kira-kira 350 buah kapal terlibat dalam pelayaran ke luar negeri. Secara purata, Jepun menghantar 14 ekspedisi perdagangan ke luar negara setiap tahun. Matlamat utama pelayaran tersebut adalah untuk berdagang dengan negara-negara lain. ii. Menjelang abad ke-16, pedagang Jepun terlibat dalam aktiviti perdagangan di Asia Tenggara. Kapal-kapal dagang dari Jepun

singgah di pelabuhan-

pelabuhan yang terletak di Asia Tenggara. Di samping itu, masyarakat maritim Jepun juga melancarkan ekspedisi pelayaran ke China, Korea dan Amerika Selatan.

6.

Terdapat Pelabuhan Entreport. i. Masyarakat Jepun mengendalikan perdagangan melalui pelabuhan entreport Kyushu, Shimoda, Hokodate dan Nagasaki. ii. Pada abad ke-16, pedagang Jepun, mengeksport perak, berlian, tembaga dan pedang, Jepun juga telah mengimport sutera Cina dan produk-produk Asia Tenggara (seperti gula dan kulit rusa).

7.

Masyarakat pelbagai Budaya. i. Jalinan

perhubungan

dengan

masyarakat

antarabangsa

menyebabkan

masyarakat Jepun menerima pelbagai pengaruh budaya luar seperti pengaruh agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh-mubaligh Kristian Portugis, agama Buddha dan Confucius dari China serta Shinto yang merupakan kepercayaan tempatan. ii. Di bandar-bandar pelabuhan pula terdapat pedagang-pedagang Portugis, Sepanyol dan China. Sebelum pengamalan dasar tutup pintu, mubaligh Kristian dibenarkan menjalankan

aktiviti penyebaran agama Kristian dan

mendirikan gereja bagi menjalankan kegiatan agama mereka. 8. Sifat ingin tahu. 9.

Semangat keterbukaan

10. Memiliki sifat berani. 11. Keupayaan menguasai laluan laut C. Kesimpulan 1. Perkembangan pesat dalam ekonomi perdagangan telah mengubah mobiliti sosial pedagang di Jepun. 2. Kegigihan masyarakat maritim Jepun juga telah membawa kemajuan negara Jepun dalam bidang perdagangan, pelayaran dan penerokaan. Seterusnya menyebabkan Jepun muncul sebagai negara maritim yag terkenal di timur pada abad yang ke-17M.

Catatan Guru 

Calon seharusnya mengemukakan perubahan-perubahan yang berlaku dalam setiap ciri

2. Bincangkan sistem pembesar dalam pemerintahan beraja di China pada zaman Dinasti Ching.

A. Pengenalan

1. Dinasti Ching telah memerintah China pada 1644 sehingga 1911 . Dinasti ini telah mengasaskan empayar yang luas dan berjaya menyatukan seluruh empayar China di bawah satu pemerintahan pusat. 2. Pembesar ialah pegawai-pegawai yang dilantik oleh maharaja untuk membantunya dalam urusan pentadbiran sama ada di peringkat pusat, wilayah dan daerah. Mereka mesti lulus dalam Peperiksaan Perkhidmatan Awam. 3. Pembesar di China terbahagi kepada 3 peringkat iaitu di peringkat pusat, wilayah dan daerah serta berperanan dari segi politik, ekonomi dan sosial

B. ISI

1. Peranan Pembesar di Peringkat Pusat - Terdiri daripada beberapa peringkat i. Sekretariat Agung -Terdiri daripada 3 hingga 6 orang setiausaha agung yang dipilih oleh maharaja China. Tugas Sekretariat Agung: a) Membantu maharaja

menyelia dan menyelaras 6 badan kementerian dalam

pentadbiran pusat. b) Memaklumkan kepada maharaja segala perjalanan dalam 6 badan kementerian.

ii. Majlis Tertinggi. - Majlis ini menjadi badan penasihat yang penting kepada raja atau maharaja. Ciri-ciri Majlis Tertinggi ialah : a. Dibahagikan kepada enam kementerian. b.Setiap kementerian akan dikawal oleh seorang pegawai kanan atau Shangschu. Sangschu akan dibantu oleh beberapa pegawai rendah dalam setiap urusan berdasarkan kementeriannya.

c.Enam kementerian tersebut ialah Kementerian Personal atau Ministry of Personal terdiri daripada Lembaga Personal, Lembaga Kewangan, Lembaga Adat, Lembaga Perang, Lembaga Hukuman, dan Lembaga Kerja-kerja Awam. Terdapat 4 jabatan utama yang bertanggungjawab terhadap pelantikan, penganugerahan, rekod perkhidmatan dan penilaian prestasi.

d.Kementerian Kewangan terdiri daripada 13 orang pegawai dan setiap orang dipertanggungjawabkan untuk mengawal salah satu daripada 13 provinsi dan mewakili 4 bahagian yang khusus, iaitu penduduk, akaun awam, akaun khusus, dan akaun pertanian atau tanaman.

Kementerian ini menyimpan kewangan negara,

memastikan kekayaan maharaja, serta menguruskan perbelanjaan negara dengan baik.

e. Kementerian Adat dibahagikan kepada 4 jabatan yang bertanggungjawab kepada adat istiadat, pengorbanan, penerimaan tetamu, dan barangan. Kementerian ini juga menguruskan hal ehwal agama Buddha dan Taoisme. Anggotanya terdiri daripada golongan cendekiawan. Kementerian ini turut mengendalikan Sistem Peperiksaan Kerajaan dan melaporkan kepada maharaja sama ada pelajar tersebut layak memegang jawatan atau tidak.

f. Kementerian Perang mempunyai 4 jabatan yang bertanggungjawab terhadap pelantikan pegawai, pengawasan operasi, peralatan, dan pembekalan kelengkapan tentera. Oleh yang demikian, kalangan ketua-ketua tentera sering mendapat tempat istimewa dalam kerajaan.

g. Kementerian Keadilan terbahagi kepada 13 jabatan berasaskan prinsip setiap satu di setiap provinsi.

h. Kementerian Kerja Raya dibahagikan kepada 4 jabatan dan berfungsi mengawal beberapa gudang dan kilang.

Kementerian ini bertanggungjawab dalam kerja

pembinaan, mendapatkan guna tenaga untuk perkhidmatan awam, pembuatan barang untuk kerajaan, komunikasi laut dan darat, penyelarasan timbangan, dan mengawal pengeluaran barangan tertentu dari kawasan pergunungan dan tasik di China.

iii. Lembaga Penapis atau Censorate

- Memastikan pembesarnya menjalankan arahan serta menjadi mata dan telinga maharaja. Ciri-ciri Lembaga Penapis : a. Terdiri daripada 2 orang Censor, beberapa timbalan, dan 4 pegawai rendah yang bertanggungjawab dalam menguruskan surat-menyurat

Censorate dan urusan

pentadbiran. b. Kuasa utama Censorate terletak pada 110 pegawai penyiasat yang ditugaskan untuk membendung amalan korupsi, penyalahgunaan kuasa, dan ketidakcekapan. c. Pada zaman Dinasti Ching, maharaja menempatkan 24 orang Censorate di Peking atau ibu kota dan lebih 56 orang Censorate di wilayah. d. Jabatan ini berhubung terus dengan maharaja sekiranya terdapat pembesar wilayah yang ‘curang’ terhadap maharaja. Secara langsung ini merupakan satu langkah maharaja untuk mengekalkan kawalannya ke atas pembesar wilayah tersebut dan memudahkan maharaja untuk mengambil tindakan sekiranya kedudukannya terancam atas perlakuan pembesar berkenaan.

2. Peranan Pembesar di Peringkat Wilayah

i. Secara umumnya jawatan pembesar wilayah di China dikenali dengan nama Gabenor.

ii. Dalam pentadbiran semasa Dinasti Ching (Manchu) Gabenor dibantu oleh pegawai-pegawai daerah yang dilantik oleh maharaja seperti Bendahari dan Hakim. Bendahari bertugas sebagai bendahari amal di wilayahnya.

Hakim bertugas

mengawal undang-undang jenayah dan bidang kuasa rayuan dalam perkara-perkara jenayah, serta menjadi Pengawal Garam dan Pegawai Bijirin. Manakala, Tao-tai ialah seorang pegawai yang bertugas dalam pentadbiran khas dalam lingkungan dan jajahan pula dikawal oleh ketua jajahan. iii. Dalam melaksanakan tugasnya memegang amanah “mandat dari syurga”, maharaja amat bergantung kepada kekuatan angkatan tentera. Oleh itu jawatan ketuaketua tentera sering mendapat tempat istimewa dalam kerajaan.

iv. Justeru pembesar wilayah juga dilantik dalam kalangan bijak pandai (gentry) yang telah lulus pendidikan Confucius. Keistimewaan pembesar wilayah:

a.

Dibenarkan mengubah dasar yang dibentuk oleh pemerintah pusat dengan

kebenaran adat istiadat dan keadaan setempat. b.

Diberi kebebasan bertindak dalam hal-hal yang berkaitan dengan adat

istiadat tempatan dan menjalankan perintah mahajara. c. d.

Dianggap sebagai pemerintah separuh merdeka. Bebas ditukarkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain di seluruh

empayar atas arahan maharaja. e.

Menjaga keamanan dan ketenteraman di wilayah-wilayah masing-

masing. f. Menghantar hasil, cukai atau wang kepada kerajaan pusat.

3. Peranan pembesar peringkat Daerah i. Diketuai oleh majistret daerah dan dibantu oleh penduduk yang mengetahui hal ehwal masyarakat setempat. ii. Perkhidmatan peringkat daerah diwujudkan. Ia terdiri daripada a. Bahagian pentadbiran dan sivil b. Bahagian percukaian dan banci c. Bahagian protocol dan upacara d. Bahagian ketenteraan e. Bahagian kerja awam f. Bahagian pencegahan jenayah iii. Selain itu, diwujudkan juga unit pentadbiran lain seperti jabatan (Chou) dan subprefecture (Ting)

C. KESIMPULAN

1. Keseimbangan antara kalangan tentera yang menjadi tulang belakang dalam pertahanan negara serta kehadiran kalangan sarjana dalam sistem pembesar di negara China telah menjadikan pemerintahan China mampu bertahan daripada sebarang ancaman luar sehingga abad ke-19.

Catatan Guru 

Calon seharusnya dapat menyatakan tentang sistem pembesar di peringkat pusat, wilayah, dan daerah

3. Huraikan perkembangan perindustrian di Jerman pada abad ke 19 hingga 20 masihi. A.Pengenalan 1.Penyatuan Jerman oleh Bismarck pada tahun 1871 telah membawa kepada kepesatan perkembangan industri. 2.Bagi memantapkan ekonomi dan memakmurkan negara dasar industri negara telah direalisasikan. 3.Dalam masa empat dekad , Jerman mengalami perkembangan yang menakjubkan B.Isi 1.Industri Perlombongan i..Perkembangan industri Jerman diperingkat awal bermula dengan industri perlombongan. Jerman kaya dengan sumber galian arang batu dan besi yang terdapat di Rhineland, Silesia dan Saxony.. ii.Sumber ini seterusnya telah membawa pula kepada perkembangan besi dan keluli. Hasi pengeluaran besi Jerman meningkat 1.5 juta tan tahun 1871 kepada 8.5 juta tan pada tahun 1900. iii.Seterusnya telah membawa kepada perkembangan perusahaan membuat kapal laut. lokomotif dan gerabak kereta api. iv.Bermula 1880 perusahaan membuat kapal pesat dijalankan di Humburg. Danzig, Bremen dan Elby.Pembuatan gerabak dan lokomotif pesat setelah Syarikat Krupp mengadakan pameran di Crystal Palece.

2.Industri berasaskan pertanian i. Perkembangan industri berasaskan pertanian iaitu tekstil dan kulit. Industri tekstil berkembang pesat di Rhineland, Saxony, Silesia dan Berlin. ii.Pembuatan barangan berasaskan kulit pula seperti tas tangan,tali pinggang,kasut,pelana kuda dan sebagainyajuga berkembang pesat. Jerman telah mengambilalih tempat England sebagai pengeluar utama barangan kulit di Eropah.

3.Industri perkhidmatan i.Perkembangan industri perkhidmatan iaitu pengangkutan dan perbankan merancakkan lagi perkembangan industri di Jerman. Kapal dan kereta api telah memainkan peranan penting mengangkut barangan industri. Jaringan jalan kereta api menghubungkan bandar-bandar utama di Jerman mempercepatkan penghantaran dan tempahan. ii.Kemunculan bank-bank seperti Fuggers Augburg di Frankfurt, Join Stock Bank, Deutshe Bank, Dresdener Bank dan banyak lagi telah memberikan kemudahan kredit telah mengembangkan lagi industri . 4.Industri Kimia i.Penghujung abad ke 19 Jerman terlibat pula dalam industri kimia, pertrolium dan eletrik. Kemunculan Syarikat BASF,Bayer dan Hoechst terlibat dalam perusahaan ini dengan mengeluarkan pewarna. ii.Bayer turut terlibat dengan pengeluaran ubat-ubatan dan racun. Syarikat Hoechst mengeluarkan baja kimia. 5.Industri automotif dan senjata i.Pada awal abad ke 20, Jerman memasuki era pembuatan automotif dengan kemunculan 2 syarikat iaitu Benz, Daimler dan Volkswaegon. Kedua-dua syarikat ini terlibat dengan pengeluaran kereta bagi kenderaan penumpang. ii.Jerman juga turut terlibat dengan pembangunan industri pertahanan seperti pembinaan kapal perang, kilang senjata dan peluru. Sebagai contohnya pembinaan kapal perang laut canggih yang dikenali Dreadnought. C.Kesimpulan. 1.Selepas penyatuan ,Jerman telah berkembang pesat membangun sebagai sebuah negara industri .Kejayaan ini direalisasikan dengan keupayaan menyaingi Britain. 2.Persaingan ini akhirnya membawa kepada penglibatan Jerman dalam Perang Dunia Pertama. Catatan Guru * Calon seharusnya dapat menjelaskan jenis-jenis perindustrian, kemajuan yang dicapai oleh setiap industri dan faktor-faktor yang mempengaruhi setiap jenis industri yang terdapat di Jerman.

4. Bincangkan faktor-faktor kemunculan Zaman Pencerahan di Eropah pada abad ke 18.

A.Pengenalan. 1. Menjelang abad ke 18, muncul zaman yang dikenali sebagai Zaman Pencerahan ( Enlightenment ). Zaman ini menyaksikan kemunculan gerakan intelektual yang dipelopori oleh pemikir-pemikir dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. 2. Tokoh-tokoh ulung pada zaman ini ialah John Locke, Voltaire, Montesquieu, Rousseau dan Adam Smith. 3. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemunculan Zaman Pencerahan ini di Eropah iaitu Pengaruh Renaisans, Pengaruh Reformasi, Pengaruh ahli falsafah, Revolusi Sains, Kegiatan Penerokaan dan Penjelajahan dan kemunculan kelas pertengahan.

B. Isi a. Pengaruh Renaisans i. Gerakan Renaisans melahirkan semangat ingin tahu dan pemikiran kritikal yang radikal dalam kalngan masyarakat. Secara tidak langsung, hal ini telah mendorong masyarakat menolak sistem yang sedia ada. ii. Renaisans membuka mata masyarakat untuk mengkritik system lama yang dianggap tidak sesuai dengan peredaran zaman. iii. Hasilnya muncul Negara bangsa , ciptaan baharu, kemajuan dalam seni lukis, seni bina, dan lain-lain. iv. Perkembangan ini telah melahirkan masyarakat yang bersifat terbuka dan sedia untuk menghadapi perubahan yang lebih besar. b. Pengaruh Reformasi. i. Reformasi menamatkan konsep dunia kristian dan melahirkan aliran pemikiran baharu seperti Protestan, Anglican dan Presbyterianism.

ii. Perkembangan ini meletakkan asas kepada kemunculan Negara mutlak dengan pemerintah sebagai ketua agama dan Negara. Para pemerintahan mula mengejar kemewahan dan berusaha menubuhkan Negara yang kuat. iii. Badan-badan yang muncul pada zaman ini mempunyai kuasa autonomi dan mula bebas daripada ancaman gereja. Perkembangan ini membolehkan idea baharu seperti rasionalisme dan reasoning berkembang luas. c. Pengaruh ahli falsafah i. Kemunculan ahli-ahli falsafah seperti Voltaire, Rousseau dan Monstesquieu turut mempengaruhi perkembangan Zaman Pencerahan. ii. Golongan ahli falsafah yang dikenali sebagai physiocrats merupakan golongan yang mempelopori gerakan pencerahan. Mereka terdedah kepada pemikiran kritis dan memiliki semangat ingin tahu. iii. Golongan ini berusaha membebaskan pemikiran yang bersifat rasionalistik dan saintifik. d. Revolusi Sains i. Semangat Zaman Pencerahan diperolehi daripada revolusi saintifik dan intelektual pada abad ke-17. ii. Revolusi Sains telah menyebabkan penekanan terhadap ilmu dan akal. Perkembangan ini melahirkan percambahan idea-idea baharu yang menggalakkan para saintis melakukan penyelidikan saintifik. iii. Kemajuan dalam bidang sains menyebabkan perunhan daripada kepercayaan karut dan mitos kepada kuasa akal dan sains. iv. Revolusi ini melahirkan tokoh-tokoh saintis terkenal seperti Francis Bacon, Rene Descartes, Baruch Spinoza, John Locke dan Isaac Newton. v. Idea tokoh-tokoh ini telah tersebar secara meluas pada zaman tersebut dan menjadi ciri-ciri dominan dalam tamadun Eropah mulai abad ke-17-20. e. Kegiatan penerokaan dan penjajahan. i. Golongan kelas pertengahan bukan sahaja berpengetahuan , malah peka terhadap perkembangan sekeliling. ii. Keinginan untuk memperoleh idea dan maklumat menyebabkan golongan ini belayar dan menjelajah ke luar. Contohnya Columbus, Ferdinand Magellan dan Francis Drake. iii. Pengetahuan tentang penduduk dan budaya asing telah membawa perspektif baharu tentang konsep manusia sejagat kepada mereka. Dengan ini, segala prasangka

terhadap budaya asing terhakis dan cara pemikiran baharu yang berasaskan empiris dan sebab-musabab pun bermula. f. Kemunculan kelas pertengahan. i.Kemunculan kelas pertengahan turut mempengaruhi perkembangan zaman pencerahan. ii. Jumlah golongan terpelajar dan professional meningkat berbanding zaman sebelumnya. iii. Bilangan surat khabar dan majalah yang diterbitkan juga bertambah. iv. Terdapat permintaan yang tinggi untuk kamus, ensiklopedia dan kajian ke atas semua jenis ilmu pengetahuan. C.Kesimpulan 1. Berasaskan faktor – faktor ini telah menjadikan Eropah sebagai tempat munculnya idea-idea baharu. 2. Perkembangan ini telah berjaya meletakkan asas bagi kelahiran zaman Pencerahan di Eropah pada abad ke 18 dan mempengaruhi perkembangan politik, ekonomi dan sosial masyarakat di Eropah. Catatan Guru 

Calon dapat mengemukakan faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan zaman pencerahan di Eropah

5. Pertembungan budaya barat dengan budaya tempatan merupakan salah satu faktor tercetusnya peristiwa Dahagi di India. Bincangkan.

A.Pengenalan : 1. Pada tahun 1857 satu pemberontakan terbesar menentang pemerintahan British telah berlaku di India. Pemberontakan ini dikenali sebagai Dahagi India dan merupakan pemberontakan tentera atau sepoi menentang pemerintahan di India. 2.Pemberontakan ini merupakan permulaan tindak balas masyarakat India membebaskan negara daripada cengkaman pentadbiran British. 3.Memang benar bahawa pertembungan budaya merupakan faktor yang menyebabkan tercetusnya peristiwa Dahagi namun terdapat juga faktor-faktor lain iaitu faktor politik seperti pengilhakan Lord Dalhousie, pentadbiran yang tidak stabil dan faktor ekonomi turut menyebabkan tercetusnya Dahagi India.

B.Isi a)Pembaharuan Sosial (Pertembungan budaya) 1.Penghapuskan Amalan Thugge dan Sutte yang Dianggap Kejam : i.

Masyarakat India yg beragama Hindu marah dengan tindakan Gabenor Jeneral British di India [Lord William Bentick] telah menghapuskan amalan thugge dan sutte. Tradisi Sutte merujuk kepada amalan balu akan dibakar bersama-sama mayat suami ketika upacara pengebumian. Amalan Thuggee ialah amalan merompak dan membunuh pengembara oleh kumpulan agama atas nama Dewi Kali.

2.Amalan Membunuh Bayi Perempuan : i.

Masyarakat India juga tidak berpuas hati dengan penghapusan amalan membunuh bayi perempuan yg dianggap akan memalu dan menyusahkan keluarga kerana terpaksa menyediakan dowri perkahwinan anak perempuan mereka.

3.Penggubalan Akta Kahwin Semula oleh Lord Dalhousie : i.

Undang-undang ini dianggap bertentangan dengan tradisi masyarakat Hindu yg menetapkan isteri ‘mesti mati’ bersama-sama suami.

4.Diskriminasi Kaum :

i.

Orang British memandang rendah masyarakat India. Sebagai contoh, masyarakat India hanya boleh menaiki kereta api kelas ketiga[kelas pertama dan kedua dikhaskan untuk pegawai Inggeris. Masyarakat India yang berkasta tinggi berasa marah kerana menganggap situasi tersebut mengancam sistem kasta yg mereka amalkan secara turun-temurun.

5. Isu Penggunaan Senapang Rifle Enfield i.

Pengenalan senapang Rifle Enfield menyemarakkan lagi kemarahan dan kebencian sepoi-sepoi. Hujung peluru senapang telah disapu dengan rninyak lembu dan babi.

ii.

Sepoi Hindu dan Muslim menganggap tindakan ini satu muslihat British menentang kebudayaan mereka dan sebagai satu langkah mengkristiankan mereka.

6. Ketidakpuasan hati golongan Sepoi. i.

Tentera Benggala yang terlibat dalam Dahagi berasal dan kaum Brahmin dan Rajput yang berkasta tinggi. Golongan ini tidak suka melakukan kerja berat dan berkhidmat di luar India.

ii.

Perasaan tidak puas hati bertambah apabila Lord Canning meluluskan Akta Pengambilan Tentera Am Melalui akta ini seseorang sepoi boleh dihantar berkhidmat di mana-mana sahaja perkhidmatan mereka diperlukan.

iii.

Apabila dihantar berkhidmat di kawasan jauh sepoi-sepoi ini tidak diberi elaun yang lebih. Sepoi-sepoi ini bimbang bahawa kedudukan dan kasta mereka tercemar jika mereka bekerja di luar India.

iv.

Sepoi-sepoi ini juga tidak puas hati dengan dasar diskriminasi di antara mereka dan tentera British. Mereka diberi layanan buruk dan gaji lebih rendah

v.

Kenaikan pangkat dalam tentera adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan dan bukannya keupayaan dan kebolehan seseorang calon.

vi.

Penglibatan British dalam Perang Crimea memberi keyakinan kepada sepoi-sepoi bahawa mereka dapat mengusir orang British dari tanah air mereka dengan mudah.

b. Politik: 1. Dasar pengilhakan Lord Dalhousie i.

Proses penaklukan dan Undang:undang Lesap Waris yang dijalankan telah menyinggung perasaan orang India, khasnya pemerintah wilayah-wilayah. Lord Dalhousie telah mengilhakkan wilayah-wilayah di India tanpa mempertimbangkan perasaan orang India.

ii.

Juga telah mencabar kedaulatan pemerintah tempatan seperti Nawab dan Camatic dan Raja Tanjore.

iii.

Tindakan Dalhousie menarik balik pembayaran• pencen Nana Sahib, anak angkat Baji Rao selepas kemangkatan beliau menyebabkan Nana Sahib begitu benci terhadap pihak British sehingga beliau sendiri memberi sokongan kepada Dahagi India.

3. Pentadbiran tidak stabil i.

Inggeris menggantikan sistem pentadbiran lama dengan pentadbiran baru yang menyebabkan kesukaran masyarakat India menerima pentadbiran yang berlainan dengan sistem yang telah mereka alami sejak turun temurun.

ii.

Perubahan dalam pentadbiran tanah tidak disukai oleh penduduk India. Suruhanjaya Inam yang dibentuk untuk menakaji pajakan tanah tanpa sewa telah menyebabkan Inggeris merampas 20,000 estet di Deccan. Perubahan dalam pentadbiran hasil tanah telah menyebabkan kesusahan dan kesengsaraan kepada para pemilik dan penyewa tanah.

iii.

Di wilayah Oudh, Inggeris telah menghentikan bayaran kepada raja dan elaun serta pencen kepada pegawai-pegawai. Tentera raja dibubar mengakibatkan mereka kehilangan punca pencarian.

iv.

Sikap angkuh pegawai -pegawai British dan sukar ditemui menyebabkan rakyat membenci British. -Pengenalan Undang-Undang British yang dianggap asing dan tidak difahami oleh rakyat serta Bahasa Inggeris dijadikan bahasa kehakiman telah menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk India.

v.

Inggeris juga tidak memberi jawatan penting (tinggi) dalam perkhidmatan awam dan tentera kepada orang India. Orang orang India tidak diberi apa-apa hak politik,menyebabkan semua lapisan masyarakat India menentang British.

c. Faktor Ekonomi 1. Penindasan Ekonomi i.

Penindasan di dalam bidang perdagangan telah berlaku di Benggal sejak ia mula beroperasi. Perdagangan telah lama dimajukan tetapi sektor perkilangan India telah dimusnahkan dengan mengenakan cukai tarif yang tinggi di England bagi barang-barang India.

vi.

Ini menyebabkan eksport kapas dan sutera India ke England terhenti tetapi pasaran India pula telah dibanjiri dengan barangan Inggeris. Ini menyebabkan industri perkilangan India lumpuh.

vii.

Industri-industri lain juga mengalami nasib yang sama, contohnya industri melebur besi lumpuh kerana pengimportan besi dan besi waja. Industri desa, iaitu penggabungan pertanian dan industri desa turut musnah.

viii.

Keadaan ini menyebabkan pekerja-pekerja terlibat terpaksa menukar pekerjaan ke sektor pertanian.

ix.

India beransur-ansur bertukar menjadi jajahan pertanian untuk kapitalisme Inggeris. Ini bermakna India membekalkan bahan-bahan mentah untuk pengilangan

England

dan

rnembeli

barangan

siap

buatan

British.

C. Kesimpulan 1.Dahagi India merebak ke seluruh India. Pihak Inggeris berasa terancam dan cuba melumpuhkan kebangkitan masyarakat India.Pada bulan Julai 1858, Dahagi India berjaya ditamatkan. Maharaja Delhi berserta putera-puteranya ditangkap dan ditembak 2.Dahagi India menjadi titik tolak permulaan semangat mengusir penjajah daripada tanah India. Walaupun usaha tersebut gagal tetapi ia telah menjadi detik terpenting dalam sejarah penentangan masyarakat India terhadap pihak Inggeris. Catatan Calon * Calon seharusnya dapat mengemukakan pertembungan budaya sebagai isi utama dan faktor-faktor lain sebgai faktor sampingan yang menyebabkan tercetusnya Peristiwa Dahagi di India.

6.

Bincangkan kesan-kesan Perang Dunia kedua dari aspek politik, ekonomi

dan sosial ke atas Negara Jepun

1. Pengenalan 1. Negeri Jepun telah tewas dalam Perang Dunia Kedua. Pendudukan Amerika selama 6 ½ tahun telah bermula secara rasmi pada 2 September 1945 dan berakhir pada 28 April 1952. 2.Pada teorinya, pendudukan tersebut adalah bersifat antarabangsa. Satu perjanjian yang dicapai di Moscow pada bulan Disember 1945 telah menetapkan bahawa pendudukan di negeri Jepun harus ditentukan oleh dua badan, iaitu Suruhanjaya Timur Jauh (Far Eastern Commission) dan Majlis Berikat (Allied Council). 3.Suruhanjaya Timur Jauh diwakili oleh 13 buah negara dan beribu pejabat di Washington manakala Majlis Berikat diwakili oleh 4 buah negeri dan beribu pejabat di Tokyo. 4. Pada akhirnya, pendudukan tersebut telah dilaksanakan oleh Amerika Syarikat melalui Jeneral Douglas MacArthur yang telah dilantik Pemerintah Agung Kuasakuasa Berikat (Supreme Commander for the Allied Powers – SCAP).

B. Isi Pendudukan Amerika telah merintis jalan bagi perkembangan-perkembangan politik, ekonomi dan sosial yang penting di negeri Jepun.

a.Politik: 1.

Pembubaran angkatan tentera

i.

Salah satu tugas utama SCAP ialah untuk membubarkan angkatan tentera Jepun. Ini adalah untuk memastikan bahawa negeri Jepun tidak akan lagi mengancam keamanan dan keselamatan dunia. Jentera perang Jepun telah dimusnahkan. Angkatan tentera Jepun dan kira-kira 1300 buah persatuan nasionalis lampau telah dibubarkan.

ii.

Kilang-kilang membuat senjata telah ditutup. Peperangan diharamkan. Semua tentera dan orang awam Jepun di seberang laut yang berjumlah kira-kira 3 juta telah dibawa balik ke negeri Jepun.

iii.

Pembicaraan orang Jepun yang dianggap penjenayah perang telah diadakan. 7 pemimpin Jepun termasuk Tojo telah digantung dalam bulan Disember 1948.

iv.

SCAP telah juga menyingkirkan kira-kira 200000 orang pegawai tentera, kerajaan dan pemimpin perniagaan yang dipercayai terlibat dengan dasar perluasan negeri Jepun.

2.

Pengenalan unsur-unsur demokrasi i.

Pengenalan unsur-unsur demokrasi merupakan kesan terpenting pendudukan Amerika.

ii.

Satu perlembagaan demokratik baru telah diperkenalkan pada tahun 1947.

iii.

Negeri Jepun telah mengamalkan semula sistem kerajaan berparlimen dengan keunggulan Diet. Diet yang terdiri dari Dewan Rakyat dan Dewan Councillor dijadikan organ kuasa negara yang tertinggi dan organ perundangan yang tunggal. Diet juga diberi kuasa penuh ke atas hal-hal kewangan.

iv.

Kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Councillor merupakan badan terpilih. 467 orang ahli Dewan Rakyat adalah dipilih bagi tempoh 4 tahun manakala 250 orang ahli Dewan Councillor adalah dipilih bagi tempoh 6 tahun. Semua rakyat Jepunyang berumur 20 tahun dan ke atas mempunyai hak mengundi. Perlembagaan baru tersebut juga mensyaratkan bahawa Perdana Menteri Jepun harus dipilih daripada kalangan ahli Diet.

v.

Majoriti menteri-menteri kabinet juga merupakan ahli Diet. Kuasa kerajaan pusat telah diagihkan dan pilihanraya tempatan digalakkan. Pihak-pihak berkuasa tempatan diberi kuasa yang lebih dalam hal-hal cukai dan perundangan.

vi.

Kementerian Dalam Negeri yang menguasai polis dan pentadbiran tempatan telah dibubarkan.

vii.

Perlembagaan baru ini telah menjamin hak-hak asasi seperti persamaan dari segi undang-undang, kebebasan pemikiran, kebebasan akhbar dan hak-hak suami dan isteri yang sama. Orang tahanan politik dibebaskan.

viii.

Perlembagaan baru Jepun telah juga mengubah kedudukan Maharaja Jepun yang telah dianggap sebagai suci dan “inviolable”. Maharaja Jepun dijadikan hanya lambang negara dan perpaduan rakyat Jepun. Baginda tidak lagi mempunyai sebarang kuasa berkaitan dengan pentadbiran negara. Kerajaan Jepun telah menjadi secular.

ix.

Pada keseluruhannya terdapat kestabilan politik di negeri Jepun yang tetap mengamalkan sistem kerajaan berparlimen.

x.

Parti Liberal Demokratik telah muncul sebagai parti yang paling penting dan berpengaruh. Menjelang pertengahan tahun-tahun 1950-an, negeri Jepun telah mencapai semula paras ekonomi sebelum perang.

b. Pemulihan ekonomi 1.Akta Pembaharuan Tanah 1946 i.

Pemulihan ekonomi merupakan kesan jangka panjang pendudukan Amerika yang

ii.

penting. Beberapa pembaharuan ekonomi yang bertujuan menggalakkan pembahagian pendapatan yang lebih luas di kalangan rakyat Jepun telah diperkenalkan.

iii.

Pihak berkuasa pendudukan telah melaksanakan satu program pembaharuan tanah yang bertujuan menambahkan pemilikan tanah oleh petani-petani.

iv.

Melalui Akta Pembaharuan Tanah 1946, pihak berkuasa pendudukan telah membeli tanah-tanah kepunyaan tuan-tuan tanah tidur (absentee landlords). Tanah-tanah ini kemudiannya dijual dengan harga rendah kepada petanipetani.

vii.

Program tersebut tamat dilaksanakan pada tahun 1950 dan telah membolehkan 3 juta orang petani memperolehi tanah seluas 5 juta ekar. Ia juga berjaya menstabilkan ekonomi luar bandar. 2. Hapus Monopoli Ekonomi golongan Zaibatsu

i.

Pihak berkuasa pendudukan telah juga mengambil langkah-langkah untuk menghapuskan monopoli ekonomi negeri Jepun oleh golongan zaibatsu. ii. 83 buah syarikat induk zaibatsu telah dibubarkan. Harta-harta zaibatsu telah dibekukan. Ahliahli keluarga dan eksekutif zaibatsu telah disingkirkan. Pihak berkuasa pendudukan telah menggalakkan penubuhan kesatuan-kesatuan sekerja. 3. Akta Kesatuan Sekerja 1945 i.

Akta Kesatuan Sekerja 1945 telah memberi pekerja-pekerja hak mogok dan berunding secara kolektif. Bilangan ahli kesatuan sekerja telah meningkat dengan pesat.

ii.

Menjelang tahun 1949, kira-kira 6.5 juta orang pekerja telah menyertai kesatuan sekerja. Dasar ekonomi pihak berkuasa pendudukan telah berubah selepas tahun 1948.

iii.

Akibat Perang Dingin antara dunia Barat dan Timur, langkah-langkah telah diambil untuk mengukuhkan negeri Jepun sebagai sekutu dunia Barat untuk menentang Komunisme.

iv.

Pembayaran ganti rugi perang oleh negeri Jepun telah dihapuskan. Amerika Syarikat telah memberi bantuan ekonomi dan mempergiatkan langkah-langkah untuk memulihkan ekonomi negeri Jepun. Perdagangan eksport negeri Jepun telah digalakkan.

v.

Dalam tahun-tahun 1960-an pula, ia telah muncul sebagai sebuah kuasa ekonomi yang utama di dunia. Pendapatan per kapita negeri Jepun telah meningkat dari $146 pada tahun 1951 ke $395 pada tahun 1960 dan melebihi $2000 pada tahun 1972.

4. Dasar hubungan luar berasaskan ekonomi dengan Amerika Syarikat i.

Dasar luar negeri Jepun adalah berasaskan pada hubungan yang erat dengan Amerika Syarikat dan prinsip susunan dunia perdagangan yang aman dan terbuka. Menjelang tahun 1980, negeri Jepun telah muncul sebagai kuasa ekonomi yang ketiga terbesar (selepas Amerika Syarikat dan Rusia) di dunia.

c. Sosial 1. Penyusunan semula sistem pendidikan i.

Pihak berkuasa pendudukan telah menyusun semula sistem pendidikan Jepun dengan berasaskan model Amerika Syarikat.

ii.

Prinsip-prinsip yang mempengaruhi penyusunan semula pendidikan Jepun ialah demokrasi, kebebasan, pengagihan kuasa pusat, pendidikan massa, kepelbagaian dan internasionalisme.

iii.

Pendidikan wajib dari 6 tahun ke 9 tahun. Kursus-kursus lama mengenai etik yang telah menggalakkan perkembangan faham ketenteraan telah digantikan dengan kursus-kursus sains sosial.

iv.

Pentadbiran pendidikan diletakkan di bawah kerajaan tempatan. Beberapa universiti telah ditubuhkan di peringkat prefecture. Buku-buku teks telah ditulis semula dan kaedah-kaedah pengajaran baru diperkenalkan. Penekanan dalam buku-buku teks diberi ke atas aspek demokrasi dan hak-hak individu.

2. Pengaruh budaya barat i.

Bilangan penduduk Jepun di kawasan-kawasan bandar telah bertambah dengan pesat. Satu kelas pertengahan yang baru telah muncul.

ii.

Masyarakat Jepun semakin dipengaruhi oleh kebudayaan Barat. Kadar pertumbuhan pendudukan Jepun telah merosot.

iii.

Pergaulan antara lelaki dan wanita telah menjadi lebih bebas. Perasaan “kekitaan” masih kuat di kalangan orang Jepun.

C. Kesimpulan: 1.

Pada bulan April 1951, Jeneral Douglas MacArthur telah diganti oleh Jeneral

Matthew B. Ridway. Dasar pendudukan Amerika adalah berasaskan kepada 2 prinsip utama, iaitu keperluan membubarkan angkatan tentera Jepun (demilitarization) dan menjadikan Jepun sebuah negara yang demokratik (democratization of Japan). Pada keseluruhannya, pendudukan Amerika di negeri Jepun telah berjaya dan diterima baik oleh rakyat Jepun. 2.

Ia telah membantu negeri Jepun memulihkan ekonominya dan mengamalkan

sistem kerajaan berparlimen. Pada 8 September 1951, Amerika Syarikat dan 47 buah

negara lain telah menandatangani satu perjanjian perdamaian dengan negeri Jepun di San Francisco. 3. Melalui perjanjian ini, Jepun mencapai semula kemerdekaannya pada 28 April 1952 tetapi terpaksa menggugurkan segala tuntutan ke atas bekas koloni-koloninya Catatan Guru 

Calon seharusnya dapat mengemukakan kesan-kesan dari segi politik, ekonomi dan sosial ke atas negara Jepun

More Documents from "rajeswary"