PENYATAAN PROFESSIONAL SEMASA PRAKTIKUM MINGGU 4 (27 OGOS- 31 OGOS 2018)
Setiap sekolah telah bermula cuti pada 20 Ogos hingga 24 Ogos 2018 selama 1 minggu. Selepas cuti adalah minggu yang keempat bagi guru pelatih menjalankan praktikum di sekolah. Selama 1 bulan saya berada di SJK(C) Benta, saya telah mengenal pasti setiap tahap murid tahun 3 semasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Segelintir daripada murid tahun 3 mempunyai tahap yang boleh menguasai kemahiran dalam aspek Bahasa Malaysia. Maka, terdapat segelintir murid yang tidak dapat menguasai kemahiran aspek Bahasa Malaysia dalam kelas saya. Cara saya untuk meningkatkan penglibatan dan kemahiran murid dalam Bahasa Malaysia adalah menggunakan ‘Sistem Token’. ‘Sistem Token’ adalah salah satu cara untuk merangsang minat murid supaya belajar bersungguh-sungguh demi ganjaran. Sebagai contoh, sesuatu murid telah berusaha untuk mencapai sesuatu pencapaian, guru akan memberi satu ‘Token’ kepada murid tersebut. Jika murid tersebut telah mengumpul 5 ‘Token’, dia boleh menukar ‘Token’ tersebut dengan satu ganjaran daripada guru. Menurut Slavin 1983, ganjaran kumpulan dan kebertanggungjawaban individu merupakan elemen penting untuk menghasilkan pencapaian kemahiran asas. Pelaksanaan ‘Sistem Token’ telah banyak membantu saya pada pengajaran dan pembelajaran semasa dalam kelas. Sebagai contoh, murid yang kurang mengangkat tangan untuk menjawab telah ditarik untuk menjawab disebabkan ganjaran. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam kelas saya amat mesra semasa sesi soal jawab. Penglibatan murid semasa menjawab adalah 90% atau lebih. Walaupun jawapan murid tersebut adalah salah, tetapi mereka telah mencuba untuk menjawab. Ini adalah salah satu cabaran yang boleh membimbing murid supaya menjana idea sendiri.