6 Jpt Rbts3143 Jan19 (versi Pelajar).docx

  • Uploaded by: Aisyah
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 6 Jpt Rbts3143 Jan19 (versi Pelajar).docx as PDF for free.

More details

  • Words: 705
  • Pages: 5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK TUGASAN KERJA KURSUS TAHUN AKADEMIK : 2019

PROGRAM IJAZAH SARJANA Nama Pelajar: MUDA PERGURUAN (PISMP)

KOD: RBTS3143 Asas Penyelidikan dalam Pendidikan

Semester/Tahun : Semester 2 Tahun 3 Ambilan: Jun 2016 Kumpulan: 6 PISMP RBT

Tugasan

Tarikh Mula

Tarikh Hantar

1. KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

29.1.2019

1.4.2019

1.4.2019

5.4.2019

2. PEMBENTANGAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

A. Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menjelaskan asas dan proses penyelidikan dalam pendidikan. (C2, A3, PLO1) 2. Menganalisis isu-isu dalam pendidikan yang boleh dikaji melalui penyelidikan. (C4. A5, PLO3, PLO6, CTPS3, LL2) 3. Memberi justifikasi cadangan kajian secara kritis dan professional melalui pembentangan. (C5, A2, PLO3, PLO4, CTPS3, CS3) 4. Menghasilkan satu kertas cadangan penyelidikan dalam pendidikan dengan mengambil kira etika dalam penyelidikan dan merujuk kepada pelbagai sumber yang relevan. (C6, A5, PLO6, LL2)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 3 dan 4.

B. Objektif Kerja Kursus: Pelajar akan dapat: 1. Menghasilkan satu kertas cadangan penyelidikan dalam pendidikan dengan mengambil kira etika dalam penyelidikan dengan merujuk kepada pelbagai sumber yang relevan. 2. Membentangkan kertas cadangan penyelidikan dengan memberi justifikasi secara kritis dan professional.

Kursus Asas Penyelidikan dalam Pendidikan membuka minda pelajar dengan pengetahuan tentang isu-isu pendidikan yang boleh dikaji, prosedur dan metodologi asas untuk menjalankan penyelidikan dan rangkuman daripada pengetahuan tersebut, pelajar dapat menyediakan satu kertas cadangan penyelidikan pendidikan. Melalui kursus ini juga, pelajar diberikan cabaran untuk membentang kertas cadangan penyelidikan tersebut dan dapat mempertahankan idea mereka secara rasional, sarat dengan justifikasi bersifat ilmiah dengan bersumberkan rujukan yang relevan hasil daripada pembacaan yang luas.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

1. Menghasilkan satu kertas cadangan penyelidikan dalam bidang pendidikan secara individu 2. Membentangkan satu kertas cadangan penyelidikan dalam bidang pendidikan

Arahan Pelaksanaan Tugasan 1 1. Tugasan ini adalah tugasan individu. 2. Panjang kertas cadangan penyelidikan pendidikan ialah 2500 patah perkataan (tidak termasuk senarai rujukan, lampiran dan gambarajah). 3. Pelajar boleh memilih salah satu daripada reka bentuk penyelidkan berikut:  Penyelidikan Tinjauan  Penyelidikan Eksperimental/ Kuasi Eksperimental  Penyelidikan Tindakan  Penyelidikan Kes  Penyelidkan Etnografi 4. Sila rujuk Buku Panduan Penyelidikan yang disediakan oleh IPGM (boleh diakses dalam Laman Web rasmi IPGM) Buku Panduan Penyelidikan tersebut menggariskan format/kandungan Kertas Cadangan Penyelidikan berdasarkan reka bentuk penyelidikan. 5. Format penulisan kertas cadangan penyelidikan pendidikan adalah seperti berikut: 5.1 Bahagian permulaan terdiri daripada lima bahagian kecil yang perlu disertakan dalam penulisan (Kandungan, Senarai Jadual, Senarai Singkatan dan Senarai Lampiran). Muka surat bagi setiap halaman dilabelkan dengan huruf Roman. 5.2 Berikut adalah contoh butiran kertas cadangan penyelidikan untuk reka bentuk Kajian Kes:

BAB 1 : PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN 1.2 PERNYATAAN MASALAH 1.3 TUJUAN, OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN 1.4 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN 1.5 SKOP DAN BATASAN KAJIAN 1.6 KEPENTINGAN KAJIAN 1.7 DEFINISI OPERASIONAL 1.8 RUMUSAN BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN KAJIAN KES 2.2 TEORI-TEORI KAJIAN 2.3 DAPATAN KAJIAN LALU 2.4 FOKUS KAJIAN

BAB 3: METODOLOGI 3.1 REKA BENTUK KAJIAN 3.2 PERSAMPELAN 3.3 INSTRUMEN KAJIAN 3.4 PROSEDUR KAJIAN 3.5 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN 3.6 PENGUMPULAN DATA 3.7 PENGANALISISAN DATA Rujukan Lampiran 5.3 5.4

Fon Arial Saiz huruf 12 dan jarak langkau 1.5 baris. Penulisan dan Rujukan mengikut forma APA (American Psychological Association). 5.5 Penulisan dalam Bahasa Melayu. 5.6 Menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 rujukan daripada pelbagai sumber merangkum jurnal, buku dan sumber dalam talian yang boleh dipercayai. Rujukan kajian lepas tidak melebihi 10 tahun. 6. Pentaksiran dan pemberian markah adalah merujuk/tertakluk kepada rubrik yang telah disediakan (Lampiran 1) 7. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. Tindakan akan diambil jika perkara ini berlaku. 8. Tugasan ini mesti disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. 9. Tugasan ini membawa markah 100% dengan wajaran 60%. 10. Anda di minta merujuk BUKU PANDUAN PENYELIDIKAN terbitan IPGM (boleh diakses di laman web rasmi IPGM) yang berkaitan dengan reka bentuk kajian yang anda pilih.

Arahan Pelaksanaan Tugasan 2 1. 2. 3. 4.

Anda perlu membentangkan kertas cadangan penyelidikan pendidikan . Tarikh tentative pembentangan adalah minggu ke 17. Hantar hardcopy dan softcopy bahan pembentangan pada hari pembentangan. Pentaksiran dan pemberian markah adalah merujuk/tertakluk kepada rubrik yang telah disediakan (Lampiran 2) 5. Tugasan ini membawa markah 100% dengan wajaran 10%.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

(Dr Faizah Md Ghazali) Pensyarah/Penyelaras Kursus

(Dr Ahamad Shabudin Yahaya) Pakar Bidang (SME)

Disahkan oleh:

_____________________________ ( Dr Wan Ameran Wan Mat ) Ketua Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional

Related Documents

Jpt Moral
October 2019 54
Jpt N002 Jul
December 2019 17
Versi Bangang.docx
December 2019 16

More Documents from "Piece of shit"

Doc1.docx
November 2019 27
Poskesdes.doc
December 2019 36
Mencegah Stroke.docx
December 2019 35
Proposal Kewirausahaan.docx
December 2019 23
Analisa Data.docx
December 2019 12