2_laporan Pelaksanaan Internship_1 (2).docx

  • Uploaded by: Juna
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 2_laporan Pelaksanaan Internship_1 (2).docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,124
  • Pages: 20
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR

: HADRY JUNA ANAK JUKI

PROGRAM

: PISMP MATEMATIK (SK) JUN 15

NAMA SEKOLAH

: SK MEJAR JENERAL DATO IBRAHIM

NAMA PROJEK/AKTIVITI

: PERMAINAN “PLAVA GAME”

TARIKH PELAKSANAAN

: 27 FEBUARI 2019 (RABU)

TEMPOH PELAKSANAAN : 60 MINIT OBJEKTIF

:

i.

Memupuk amalan hubungan baik dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru.

ii.

Meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep nilai tempat dan nilai digit.

iii.

Memupuk kemahiran berfikir murid.

STRATEGI PELAKSANAAN : 1. Pada 20 Februari 2019, saya telah membuat perbincangan dengan mentor kami, Pn. Haslinda binti Sulaiman tentang projek individu yang hendak dijalankan iaitu Permainan ‘PlaVa Game’. Selain itu, beliau juga memberitahu bahawa saya perlu membuat permainan tersebut perlu mempunyai inovasi dan dapat membantu kelemahan murid dalam pembelajaran. Maka, saya telah merancang untuk membuat permainan agar murid dapat belajar dengan seronok.

2. Pada hari yang sama, saya telah berjumpa dengan muird-murid untuk menjelaskan permainan yang saya hendak laksanakan terutamanya masa dan tempat agar perjalanan projek berjalan dengan lancar. Saya juga membuat perancangan untuk memilih tempat yang sesuai dan susun atur meja yang baik agar permainan tersebut dapat dilaksanankan dengan baik. Mentor saya iaitu Puan Haslinda telah 1

mencadangkan untuk menggunakan Bilik Gerakan untuk melaksanakan projek kerana di dalam bilik ini mempunyai banyak kemudahan seperti pemancar LCD dan pembesar suara.

3. Pada 20 Februari 2019, kami telah berjumpa dengan mentor, Puan Haslinda untuk menjelaskan perancangan permainan saya. Dalam perjumpaan ini, saya telah menjelaskan objektif projek serta aktiviti-aktiviti yang hendak dijalankan dalam projek tersebut. Selain itu, saya juga memaklumkan kepada beliau bahawa saya meminta murid Tahun 5 Dedikasi untuk terlibat dalam permainan ini. Selepas itu, beliau memberitahu saya untuk menggunakan masa hari Selasa (26 Febuari 2019) kerana ianya mudah dilaksanakan di atas masa kelas tersebut adalah waktu saya sendiri. Dalam perbincangan tersebut juga beliau membimbing kami untuk merancang aktivitiaktiviti agar berjalan dengan lancer dan sistematik.

4. Pada hari yang sama, saya telah membuat perancangan aktiviti-aktiviti yang hendak dilaksanakan dalam projek ini untuk memenuhi permintaan mentor. Hasil daripada perbincangan tersebut, saya telah menamakan projek tersebut sebagai “Plava Game’”. Rajah 1 menunjukkan Bahan-bahan ‘PlaVa Game’.

Rajah 1 2

a) Aktiviti 1: Murid-murid telah mendengar sedikit penjelasan konsep nilai tempat dengan menggunakan pemancar LCD supaya murid-murid bersedia untuk memulakan permainan yang akan dilaksanakan. Sekiranya mereka dapat menjawab dengan betul, maka mereka akan bersedia untuk memulakan permainan. b) Aktviti 2: Permainan telah dimulakan setelah guru memberikan arahan permainan. Permainan yang pertama ini akan menggunakan kotak telur dan kepingan nombor. Murid-murid bermain secara berpasangan dan keputusan kemenangan adalah berdasarkan hasil jumlah nombor yang terbesar akan dijadikan pemenang. Dalam permainan ini, murid-murid telah mencabut nombor yang telah disediakan dimana nombor-nombor yang disediakan adalah terdiri daripada nombor satu hingga sembilan. Kotak telur yang disediakan akan mewakili nilai tempat ‘sa’ dan ‘puluh’. Setiap pasangan yang bermain permainan ini menggunakan satu kotak telur yang telah dipotong. Kotak telur yang dipotong itu telah dijadikan tempat untuk menjumlahkan nombor yang akan dicabut oleh murid. Apabila murid mencabut nombor, maka murid telah meletakkan nombor tersebut di kotak telur sama di tempat sendiri atau tempat rakan yang bermain. Sekiranya murid mendapat nombor besar seperti sembilan maka murid telah meletakkan nombor di nilai tempat puluh. Murid juga boleh meletakkan nombor di tempat rakan sebagai contoh murid mencabut nombor satu maka murid boleh memilih untuk meletakkan di nilai tempat puluh rakan agar nombor rakan akan menjadi kecil. Pendek kata, murid perlu berfikir secara kritis untuk mendapatkan kemenangan. c) Aktiviti 3: Guru akan memberikan permainan yang kedua dengan memberikan murid nombor secara rawak yang merangkumi nombor sifar hingga nombor empat. Dalam permainan ini, guru akan mengarahkan murid untuk mengambil nombor di hadapan kemudian berdiri setelah mendapatkan nombor. Permainan

3

ini memerlukan murid untuk mencari pasangan dengan nombor yang mereka ambil di hadapan sebentar tadi. Pasangan yang mendapat nombor terbesar akan dapat meneruskan ke pusingan seterusnya. d) Aktiviti 4: Permainan ketiga ini adalah berdasarkan permainan kedua. Murid yang layak ke permainan ini adalah pemenang pada permainan kedua. Pada permainan ini, murid yang telah mendapat pasangan akan bergabung lagi dengan pasangan permainan kedua dan perlu membentuk nilai nombor yang besar. Kumpulan yang mendapat nombor terbesar akan memenangi permainan ketiga ini. 5. Pada 22 Febuari 2019 saya telah menunjukkan draf pertama kertas cadangan kepada Puan Haslinda di samping meminta pendapat dan cadangan penambahbaikan dalam kertas cadangan ini. Selepas itu, pada hari yang sama proses menyiapkan kertas cadangan yang lengkap terus bermula supaya ia dapat dihantar kepada mentor dengan kadar segera. 6. Pada 25 Febuari 2019, saya telah mengadakan perjumpaan kedua bersama Puan Haslinda untuk menjelaskan aktiviti-aktiviti yang hendak dijalankan dalam permainan ini. Beliau telah membenarkan saya menjalankan projek seperti yang telah dirancang. 7. Pada hari yang sama, saya telah memberikan taklimat kepada murid-murid Tahun 5 Dedikasi mengenai perkara yang akan berlaku pada keesokan harinya. Setiap murid telah diberikan peringatan untuk membuat sedikit ulangkaji mengenai nilai tempat agar memudahkan mereka untuk bermain permainan yang akan dilaksanakan oleh saya. 8. Pada 26 Febuari 2019, pada pukul 8.10pagi, murid-murid berkumpul di Bilik Gerakan. Saya telah memberikan taklimat serta peraturan-peraturan berkaitan permainan yang akan dijalankan.

REFLEKSI: A. Kekuatan Projek/Aktiviti : 4

i.

Permainan “PlaVa Game” juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan Matematik dan pengalaman dalam kalangan murid-murid semasa menyertai aktiviti yang dilaksanakan seperti ini. Ini kerana aktiviti yang disediakan adalah berunsurkan pengetahuan Matematik seperti yang terkandung di dalam sukatan pelajaran bagi matapelajaran Matematik sekolah rendah. Aktiviti pembelajaran yang berunsurkan permainan dan berpusatkan murid seperti ini sangat membantu dalam mewujudkan pembelajaran yang aktif dan berkesan.

ii.

Selain itu, projek ini juga meningkatkan kemahiran pengendalian aktiviti yang melibatkan murid-murid di sekolah. Projek yang telah dilaksanakan ini juga sangat membantu dalam meningkatkan kemahiran saya dalam mengendalikan pelbagai aktiviti yang dikendalikan semasa proses pengajaran dan permudahcaraan. Melalui pengalaman

ini,

saya

dapat

meningkatkan

kemahiran

dalam

merancang,

melaksanakan dan menilai setiap aktiviti yang telah dijalankan. Pengalaman mengendalikan aktiviti yang melibatkan murid-murid sekolah merupakan cabaran bagi saya di sekolah ini. iii.

Beberapa kekuatan dapat dikenal pasti dalam pelaksanaan aktiviti dalam projek ini. Antaranya adalah meningkatkan kemahiran penyediaan kertas kerja. Berdasarkan projek yang telah dilaksanakan, saya dapat meningkatkan kemahiran diri dalam merancang dan menyediakan kertas kerja. Perbincangan yang diadakan dengan rakan-rakan guru pelatih dan juga mentor membantu dalam memperbaiki setiap kelemahan pada kertas kerja yang disediakan. Saya juga dapat belajar menyediakan kertas kerja dengan mengambil kira faktor-faktor persekitaran seperti bilangan murid yang terlibat, tempoh masa projek dilaksanakan, dan anggaran kewangan yang diperlukan.

iv.

Selain itu, melalui pelaksanaan projek pertandingan ekplorasi ini juga telah banyak memberi pendedahan kepada saya tentang cara bagaimana mengurus dan mengawal 5

murid semasa sesuatu aktiviti atau projek berjalan. Selain itu, saya juga telah banyak menimba ilmu baru tentang cara mengurus sumber kewangan dengan bijak, membahagikan tugas, merancang masa dan sebagainya yang berkaitan pengurusan sesuatu aktiviti projek. Projek ini juga telah memberi peluang kepada saya sebagai seorang guru pelatih untuk mengaplikasikan ilmu teori yang dipelajari di IPG dalam situasi sebenar di sekolah. v.

Di samping itu, permainan ini telah membantu murid untuk berfikir dengan baik. Pada permainan yang kedua dan ketiga, murid telah dapat mencapai objektif ketiga kerana mereka dapat mencari pasangan dengan menggunakan nombor dan dapat mencari jumlah nombor yang terbesar. Pada permainan ketiga juga, murid telah menunjukkan kemahiran berfikir yang baik kerana mereka dapat mencari satu kumpulan dengan menggunakan jumlah nombor yang terbesar.

vi.

Kekuatan yang seterusnya ialah saya mempunyai guru pelatih yang berpengalaman mengendalikan slot permainan di institut dan ianya membantu saya dari segi pemilihan permainan dan aktiviti-aktiviti bagi projek ini. Hasilnya, pada hari pelaksanaan projek tersebut, murid-murid boleh mengikuti permainan yang perlu murid sertai.

A.1. Dapatan Sampingan Pelaksanaan Projek Inovasi ‘PlaVa Game’. I.

Kekuatan daripada pelaksanaan projek ini ialah permainan ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid semasa menjalankan aktiviti daripada projek yang telah dijalankan, saya dapat membantu dalam membina dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid yang menjalankan aktiviti bersama-sama. Para murid belajar untuk bertolak ansur dengan rakan-rakan dalam kumpulan dan menyiapkan

aktiviti

bersama-sama

dimana

ianya

selaras

dengan

objektif

pembelajaran pada hari itu. II.

Akhir sekali, melalui pelaksanaan projek yang berunsurkan pertandingan ini juga telah banyak mengajar serta melatih diri kita dalam usaha untuk berdiri sendiri bagi

6

menghasilkan sesuatu program kecil bersama warga sesebuah institusi itu juga. Bukan itu sahaja, tahap sosial dan kemahiran komunikasi kami juga telah ditingkatkan secara tidak langsung apabila kami melaksanakan sesi kolaborasi bersama guru pembimbing serta perbincangan bersama guru-guru panitia dan pihak pentadbir sekolah seperti Guru Penolong Kanan serta Guru Besar berkenaan dengan projek yang bersesuaian dengan murid-murid yang terlibat. Secara tidak langsung, tahap keyakinan diri saya sendiri juga telah meningkat.

B. Kelemahan Projek/Aktiviti : i.

Dalam menjalankan projek ini, saya mendapati beberapa kelemahan yang wujud sepanjang pelaksanaan projek. Antaranya adalah aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada setiap permainan telah mengambil masa yang lama. Berdasarkan pemerhatian semasa melaksanakan aktiviti eksplorasi, setiap kumpulan mengambil masa yang lama iaitu melebihi 10 minit untuk menyiapkan setiap tugasan yang diberikan. Ini kerana mereka perlu mencari pasangan bagi tugasan yang telah telah diberikan. Kemudian, mereka mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.

ii.

Kelemahan seterusnya ialah, saya mengalami kesusahan semasa menentukan pemenang kerana saya tidak berpengalaman dalam mengadili sesuatu permainan. Hal ini menyebabkan saya terpaksa membuat keputusan secara tidak langsung. Semua hasil tugasan murid adalah lebih kurang sama dan menyebabkan saya susah untuk menentukan siapa pemenang.

iii.

Kebersihan semasa tamat permainan adalah kurang memuaskan walaupun telah dipesan supaya mengemaskan kertas-kertas dan bahan digunakan untuk permainan yang telah dijalankan.

7

iv.

Kelemahan yang lain yang dapat dilihat adalah terdapat segelintir murid yang tidak mengambil perhatian semasa guru menerangkan pertauran permainan dan hal ini berikutan masalah dapatan maklumat yang diterima murid kurang maka telah menyebabkan perjalanan projek menjadi lambat kerana saya perlu mengulang arahan bagi kali kedua.

v.

Kelemahan yang dapat dilihat ialah tempoh masa yang diberikan kepada murid adalah tidak mencukupi kerana murid telah menyiapkan tugasan tanpa banyak berfikir terlebih dahulu. Jika diberikan tempoh masa yang lama, saya ingin mempelbagaikan lagi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan konsep nilai tempat seperti membuat soal jawab lebih banyak kepada murid-murid agar murid sentiasa jelas dengan objektif yang perlu dikuasi oleh mereka sepanjang perjalanan projek permainan yang diberikan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: i.

Saya berharap agar mendapat masa akan datang yang lebih untuk mengadakan permainan ini pada peringkat sekolah pula. Hal ini kerana permainan ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan saya beranggapan bahawa jika dibuka pada murid kelas lain suasana pasti akan menjadi lebih meriah. Sokongan daripada guruguru terhadap pelaksaan juga penting jika saya mahu mengadakan permainan kerana saya akan melibatkan masa pengajaran guru lain. Oleh itu, saya akan cuba untuk melaksanakan aktiviti ini pada masa akan datang dan saya anggap bahawa Permainan “PlaVa Game” sebagai langkah permulaan dan pengenalan terhadap saya.

ii.

Selain itu, saya juga akan meningkatkan tahap permainan (aras kognitif ) agar lebih mencabar kepada supaya kefahaman murid terhadap konsep nilai tempat dapat ditingkatkan.

8

iii.

Pada pandangan saya, pengurusan masa juga akan ditingkatkan kerana masa permulaan sesuatu permainan akan memainkan peranan yang penting. Jika lewat maka guru akan tergangu emosinya kerana banyak lagi perkara lain yang harus dilakukan selepas itu. Persediaan yang rapi haruslah dirangka dahulu sebelum memulakan sesuatu permainan. Pada permainan tersebut saya telah memulakan pertandingan tersebut 10 minit lewat kerana mahu mengaturkan kedudukan murid semasa dalam Bilik Gerakan. Kesannya permainan tersebut telah tamat lewat dan murid terpaksa balik lewat. Namun segalanya berjalan seperti yang dirancang tetapi pengurusan masa saya terhadap sesuatu permainan haruslah ditingkatkan.

iv.

Selain itu, soalan tugasan yang disediakan juga harus disesuaikan tahap kesukarannya dengan kognitif murid-murid. Seharusnya kami menyediakan panduan yang jelas kepada murid supaya mudah untuk mereka menjawab setiap soalan yang diberikan. Penggunaan perkataan dan ayat ringkas juga membantu murid-murid untuk memahami arahan yang diberikan dengan jelas memandangkan mereka adalah murid sekolah rendah.

KESIMPULAN: Secara keseluruhannya, projek ini telah berjaya diadakan dengan adanya kerjasama daripada pihak sekolah dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Mejar Jeneral Dato Ibrahim. Selain itu, bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh mentor, Puan Haslinda sangat membantu saya dalam menjayakan projek ini mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Diharapkan segala aktiviti yang telah dilaksanakan dalam projek ini dapat membantu para murid menambahkan ilmu pengetahuan dalam matapelajaran Matematik disamping menambahkan minat dan kecintaan mereka terhadap penerokaan ilmu Matematik dalam kehidupan seharian.

9

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

………………………………..

………………………………..

(HADRY JUNA ANAK JUKI)

(PN. HASLINDA BINTI SULAIMAN)

Guru Pelatih

Guru Pembimbing SK Mejar Jeneral Dato Ibrahim 10

IPG Kampus Batu Lintang

Disahkan oleh :

………………………………….. (ENCIK AHMAD MUSTAFFA BIN HAJI IDRIS) Guru Besar, SK Mejar Jeneral Dato Ibrahim



11

Gambar-gambar ini menunjukkan guru sedang menerangkan sedikit konsep nilai tempat kepada murid-murid dan menjelaskan arahan permainan yang akan dijalankan.

12

13

14

Gambar-gambar murid-murid

ini sedang

menunjukkan bermain

permainan satu.

15

16

Gambar-gambar

ini

menunjukkan

murid-murid sedang bermain permainan dua.

17

Gambar-gambar

ini

menunjukkan

murid-murid sedang bermain permainan tiga.

18

Pada akhir sesi pelaksanaan projek guru telah membimbing murid untuk membuat

kesimpulan

proses

pengajaran dan permudahcaraan pada hari tersebut.

19

20

Related Documents

Pelaksanaan Pengajaran
June 2020 11
Metode Pelaksanaan
October 2019 39
Pelaksanaan Demkrasi
June 2020 15
Pelaksanaan Rvs.xls
April 2020 21
Pelaksanaan Projek
May 2020 27

More Documents from "Ellis Seriana"

Soalan Temu Bual.docx
November 2019 29
Laporan Temu Bual.docx
November 2019 30
Minggu 3.docx
November 2019 24
Nombor.docx
November 2019 16