Minggu 3.docx

  • Uploaded by: Juna
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minggu 3.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 505
  • Pages: 2
INSTITUT PENDIDIKAN GURU

JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN JURNAL REFLEKTIF MINGGU KETIGA NAMA PELAJAR OPSYEN / KUMPULAN NAMA SEKOLAH TARIKH 1.

HADRY JUNA ANAK JUKI MATEMATIK (SK) AMBILAN JUN 2015 SK MEJAR JENERAL DATO IBRAHIM 17 MAC 2019 – 22 MAC 2019

Isu / Masalah / Peristiwa Pada minggu ketiga internship di SK Mejar Jeneral Dato Ibrahim ini, isu yang saya ingin fokuskan adalah hasil pelaksanaan projek terhadap murid yang telah dipilih. Melalui analisa saya, projek individu yang telah dilaksanakan telah mencapai objektif sebanyak 80%

2.

berdasarkan ujian pos yang telah diberikan. Pandangan dan Perasaan Terhadap Isu / Masalah / Peristiwa Dengan melaksanakan projek individu ini, saya berpuas hati kerana dapat membantu murid menguasai konsep nila tempat. Konsep nilai tempat ini amat penting kerana kemahiran ini sangat berguna dalam pengiraan bentuk lazim. Bentuk lazim ini banyak digunakan dalam topik-topik yang akan dipelajari oleh murid seperti isipadu cecair, jisim dan Panjang. Maka, kesilapan dalam menulis nilai tempat semasa menggunakan bentuk lazim adalah kesalahan yang serius.

3.

Analisis Isu / Masalah / Peristiwa 3.1

Punca / Sebab Kesilapan murid semasa menggunakan bentuk lazim bukan hanya berfaktorkan

kelemahan dalam menghafal sifir. Setelah diamati, beberapa orang murid yang menghafal sifir juga membuat silap dalam pengiraan bentuk lazim. Kesilapan ini telah mendorong kepada penyelesaian murid tidak tepat. Ini kerana murid membuat kesilapan apabila menambah, menolak, mendarab dan membahagi atas sebab nilai tempat.

3.2

Kekuatan / Kelemahan Kelemahan yang saya dapat lihat adalah murid mempunyai masalah dalam nilai tempat

yang menyebabkan murid kurang yakin dalam membuat pengiraan dengan menggunakan bentuk lazim. Sekiranya saya meminta murid untuk menunjukkan langkah penyelesaian di

papan putih maka sentiasa malu hendak tampil kehadapan. Kekuatan daripada meminta murid untuk menunjukkan langkah penyelesaian di papan putih adalah untuk mengenalpasti keadaan sebenar yang berlaku dengan murid. Strategi ini amat baik dalam mengetahui masalah murid dengan lebih cepat. Tambahan pula, saya 4.

mempunyai masa yang singkat semasa internship. Cadangan Idea Untuk Menyelesaikan Isu a) Melibatkan murid dengan lebih effisien agar murid akan sentiasa mengikuti proses pengajaran dan permudahcaraan. b) Meninjau kelemahan murid secara keseluruhan agar dapat membuat satu keputusan (projek inidividu) yang dapat membantu murid untuk meningkatkan prestasi dalam subjek Matematik.

5.

Tempoh Masa Yang Diberikan Untuk Menyelesaikan Isu Saya akan berusaha untuk mengatasi masalah ini dalam tempoh masa seminggu. Adalah penting bagi memikirkan aras kognitif murid yang akan terlibat dalam pelaksanaan pengajaran dan permudahcaraan saya. Hal ini akan mempengaruhi prestasi murid serta objektif yang telah ditetap dapat dicapai.

6.

Penglibatan dan Sumbangan Pada minggu ini, saya telah membantu guru-guru dalam menjayakan Program Tilawah AlQuran peringkat Zon. Pengalaman ini sangat bermakna kepada saya kerana berpeluang untuk melihat dan mempelajari dalam mengurus satu program yang besar. Program ini amat berbeza daripada program yang sebelumnya kerana melibatkan ramai peserta dan banyak sekolah. Ini amat mencabar bagi saya kerana adalah pertama kalinya terlibat dalam pengurusan yang melibatkan ramai pihak. Walaupun saya hanya membantu dalam program ini tetapi saya dapat mempelajari dalam kemahiran social bersama guru-guru yang lain terutamanya guru sekolah lain.

Pelajar

Guru Pembimbing

………………………… (

Pensyarah Penyelia

………………………… )

(

…………………………. )

(

)

Related Documents

Minggu
May 2020 32
Minggu
June 2020 26
Minggu Ii
June 2020 22
Minggu Letare.docx
April 2020 25
Minggu Kelima
November 2019 38
Minggu-12
November 2019 12

More Documents from ""

Soalan Temu Bual.docx
November 2019 29
Laporan Temu Bual.docx
November 2019 30
Minggu 3.docx
November 2019 24
Nombor.docx
November 2019 16