1.0
Pengenalan Transformasi Pendidikan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia antara lain telah menyatakan bahawa keberhasilan sistem pendidikan di negara ini merupakan hasil kegigihan para guru, guru besar/pengetua, pentadbir, pegawai dan kakitangan sokongan. Gabungan ini menjadi teras keutuhan Kementerian Pendidikan Malaysia dari dahulu hingga kini (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,
2.0
2013). Profesion dan Profesional Menurut Ahmad (2010), profesionalisme pendidik mencerminkan satu proses di
mana
pendidik
menerima
tanggungjawab
untuk
meningkatkan
dan
membangunkan keupayaan profesional diri masing-masing. Berdasarkan temu bual bersama dengan Guru Besar Sekolah Mejar Jeneral Dato Ibrahim, beliau menyatakan bahawa guru perlu mengikut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang yang ditetapkan oleh kementerian. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang
mempunyai
llima
standard
dimana
standard
keempat
adalah
pembelajaran dan permudahcaraan. Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. 3.0
Dalam standard ini, guru adalah sebagai perancang dan penilai bagi
memastikan pengajaran dan permudahcaraan mencapai objektif yang ditetapkan. Etika, Akauntabliti dan Integriti Guru Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan dan sesuai untuk dirujuk serta diamalkan oleh guru. Hasil temu bual bersama Guru Besar, beliau ada menyatakan bahawa guru di sekolah tidak memilih murid yang bermaksud guru perlu memberikan pengajaran yang adil kepada semua murid. Ini selaras dengan kod etika guru dimana guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap muridnya tak mengira bangsa, agama dan kepercayaannya. Menurut Sahari (2010), pendidik juga perlu bersifat, adil dan saksama maka semua ini akan memberikan satu motivasi kepada pelajar untuk lebih berusaha kerana mempunyai hubungan yang erat dengan guru mereka. Melalui temu bula dengan Guru besar, beliau telah menyatakan bahawa akauntabliti membawa maksud kepercayaan dimana guru melaksanakan sesuatu itu dengan cara yang sepatutnya dan dedikasi. Denga erti kata lain, guru perlu mengetahui keperluan dan kehendak murid dengan sentiasa mencari jalan terbaik 1
bagi murid. Menurut Johdi (2007), pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Selain itu, intergriti seorang guru memainkan peranan penting dalam membentuk kemenjadian murid. Setelah menemu bual Guru Penolong Hal Ehwal Murid, guru mengahadapi cabaran intergriti apabila murid terdiri daripada kepelbagaian budaya. Guru akan menghadapi masalah dalam memastikan gaya pembelajaran murid dimana guru harus memahami tahap pembelajaran murid dengan budaya sesuatu kaum. Menurut Halim (2017), nilai pelbagai budaya seharusnya difahami oleh guru sebagai satu set nilai yang berjalan seiring dalam sistem pendidikan di sekolah. 4.0
Kepemimpinan Guru Menurut Rahim (2007), kepimpinan adalah keupayaan seseorang individu untuk mempengaruhi, memotivasikan, dan membolehkan orang lain menyumbang ke arah keberkesanan dan kejayaan organisasi. Berdasarkan hasil temu bual bersama ketua Panitia Bahasa Inggeris, guru-guru di sekolah telah dibahagikan mengikut ‘lab’. Guru diletakkan di bawah seperti ‘Lab Kokurikulum’, dan ‘Lab Hal Ehwal Murid’. Tujuan ‘Lab-lab’ ini diwujudkan untuk mencungkil bakat dan kemahiran guru-guru yang diamanahkan kepada semua guru untuk memimpin. Walaupun begitu, cabaran yang perlu dihadapi guru dalam memimpin adalah sesetengah guru hanya menungu arahan di sini kepimpinan seorang guru menyerlah apabila hendak mengajak rakan sejawat dalam menjayakan tugasan yang telah diberi. Maka, guru perlu mempunyai ciri kepimpinan ini agar guru-guru sentiasa berkembang dari segi pengalaman dan pengetahuan dalam memimpin sesuatu yang di arahkan daripada pihak atasan.
5.0
Kesimpulan Dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi, penjawat awam hendaklah sentiasa bersikap profesional, komited dan cekap semasa menjalankan tugas. Zaman telah berubah, peningkatan intelek, akademik, persekitaran dan arus kemodenan
telah
banyak
mengubah
masyarakat
moden
kini
yang
lebih
berpendidikan tinggi dan berpengetahuan luas.
6.0
Rujukan 2
Ahmad, Kamarul Azmi & Khairunnisa (2010). Pembinaan Hubungan Di Antara Guru Dengan Pelajar.Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2](2010]:61-69. Johdi (2007). Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007. Abd. Rahim Abd. Rashid (2007). Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Halim Tamuri (2017). Pendidikan Abad ke 21 Dalam Kepelbagaian Budaya: Cabaran dan Harapan. Jurnal Pendidikan Malaysia. 35 (2): hlm: 87- 95. Sahari Nordin (2010). Meninggikan Profesionalisme Pendidik Menerusi Peningkatan Kempetensi Pengajaran.
3