Transkrip Temu Bual Bersama Guru Panitia Bahasa Inggeris Nama: Majidi bin Wahed Jawatan: Guru Panitia Bahasa Inggeris SK MJDI Tarikh: 28 Febuari 2019 Masa: 8.00 – 8.20 pagi Tempat: Bilik Gerakan SK MJDI Saya: Selamat pagi Cikgu Majidi. C. Majidi : Selamat pagi. Saya: Terima kasih cikgu kerana sanggup meluangkan masa pada pagi ini. Seperti yang saya tahu cikgu banyak tugasan dan banyak kerja yang perlu diselesaikan. Hari ini saya hendak bertanyakan soalan yang menjurus kepada apakah seorang ‘guru’ sebenarnya. Bagi pengetahuan cikgu, ini adalah untuk tugasan kami di IPG untuk melaksanakan temu bual bersama guru-guru sekolah. Maka, saya telah memilih cikgu untuk ditemu bual kerana cikgu adalah guru Panitia Bahasa Inggeris. C. Majidi : Ok.Ok. Saya: Ok. Saya teruskan kepada soalan cikgu ya. C. Majidi : Silakan. Saya: Umm. Soalan saya ini adalah berkaitan dengan profesion dan profesionalisme seorang guru. Ok. Profesionalisme guru adalah kemampuan guru untuk melakukan tugasnya sebagai seorang pendidik dalam melaksanakan pembelajaran. Pada pendapat cikgu, apakah konsep profesionalisme dari kaedah PdPc? C. Majidi : Ok. Konsep profesionalisme dari kaedah PdPc merujuk kepada tanggungjawab seorang guru dalam mengajar dan menggunakan kemudahan teknologi dan sentiasa menambah pengetahuan baru dalam mendidik dan berkaitan dengan pedagogi baharu lah dalam pendidikan. Ok, itu saja lah. Saya: Jadi aa…Dengan itu, bagaimanakah seseorang guru boleh meningkatkan kemahiran PdPc abad ke-21 disamping memartabatkan profesion keguruan? C. Majidi : Ok. Seseorang guru boleh meningkatkan aaa… kemahiran PdPc abad ke-21 mereka dengan menggunakan bahan bantu mengajar seperti komputer, ‘powerpoint’ dan
video dalam memberikan isi kandungan pembelajaran sebab kita tahu murid-murid lebih tertarik dengan perkara-perkara yang melibatkan teknologi. Saya: Umm..Jadi cikgu. Selalunya kaedah apa yang cikgu selalu guna. Video kah ? C. Majidi : Selalunya saya akan gunakan video lah untuk memulakan pembelajaran sebab itu kan secara awalnya menarik minat perhatian murid lah pada awal pembelajaran. Saya: Terima kasih cikgu aaa. C. Majidi : Emm. Saya: Ok kita teruskan lagi aa…Soalan yang ketiga ini adalah merujuk kepada aaa etika akauntabliti dan intergriti seorang guru yang tadi adalah profesion dan profesionalisme kita sebagai seorang guru. Jadi soalan ketiga ini, guru mempunyai kod etika yang tersendiri. Bagaimanakah guru mengamalkan etika keguruan di sekolah ini? C. Majidi : Ok aaa..Pertama kali sebab aa saya sebagai Ketua Panitia saya juga diamanahkan untuk menguruskan kewangan Panitia Bahasa Innggeris. Jadi aaa…untuk mengamalkan etika keguruan saya bersikap amanah berhubung dengan pengurusan kewangan sebab kita tahu aaa wang tersebut digunakan membeli bahan-bahan mengajar dan untuk programprogram yang dilaksanakan oleh panitia. Jadi apa yang saya lakukan ialah bersikap amanah lah dengan menguruskan kewangan tersebut berdasarkan kepada kepentingan dan bukan untuk kepentingan peribadi saya lah dan juga aaa dari setiap ‘meeting’ ataupun perjumpaan antara panitia diadakan sentiasa mengamalkan sikap jujur lah. Setiap laporan di hantar kepada Guru Besar adalah bersikap jujur dan memang apa yang dibincangkan setiap kali perjumpaan ataupun mesyuarat antara panitia diadakan. Saya: Itu soalan ketiga cikgu. Soalan keempat, saya nak tanya cikgu. Yang ini saya agak tu sikit lah. Jadi, bagaimankah guru-guru di sekolah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang guru? C. Majidi : Ok aaaa. Seperti yang kita tahu tanggunjawab seorang guru di sekolah yang umum diketahui adalah mengajar tapi sebenarnya tanggungjawab di guru di sekolah bukan hanya untuk mengajar tetapi juga untuk bersikap adil dalam memberikan aaa ilmu kepada semua murid-murid di sekolah tidak mengira latar belakang. Selain juga membantu dalam menjaga disiplin murid sebab seperti yang telah dinyatakan setiap guru adalah guru disiplin dan itu membantu dalam membentuk kemenjadian murid disekolah lah. Saya: Wow bagus cikgu adil. Memang seorang guru perlu adil lah cikgu. Soalan kelima cikgu, integriti guru sebagai penjawat awam merujuk kepada guru perlu melaksanakan amanah dan
kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Apakah cabaran bagi seorang guru dalam mengekalkan integriti mereka pada masa kini serta langkah mengatasi? C. Majidi : Cabaran intergriti guru. Baik biasanya dalam intergriti guru iini adalah dari aspek amanah lah. Sebab setiap guru diberikan tanggungjawab dan amanah untuk dijalankan tetapi ada yang. Cabaran nya ada yang bersikap sambil lewa lah dalam menjalankan amanah ini. Tapia aa tempat untuk mengatasinya adalah guru tidak boleh menganggap perkara tersebut sebagai satu bebanan sebernarnya. Lakukan itu sebagai satu amanah yang boleh mendatangkan faedah dan manfaat kepada orang lain. Contohnya di sekolah pelajar lah. Setiap amanah yang dijalankan perlu dilakukan dengan telus dan bukan kerana aaa terpaksa juga mendapat habuan untuk duit lah. Saya: Ok cikgu. Jadi duit lah cikgu. C. Majidi : Ya. Ok. Saya: Ok cikgu. Terima kasih cikgu. Ok. Soalan yang keenam, bagaimanakah etika, akauntabiliti dan integriti seorang guru memainkan peranan yang penting dalam menghadapi cabaran abad ke-21? C. Majidi : Ok. Bagi saya etika, intergriti dan akuntabliti tersebut merupakan satu garis panduan umum untuk seorang guru yang berada di sekolah sebab tiga perkara tersebut merupakan aaa sat ugaris panduan dalam menjalankan satu amanah di sekolah. Maksudnya, setiap tugas yang kita lakukan perlu ada ketiga-tiga aspek tersebut lah. Saya: Jadi itulah cabaran yang cikgu hadapi lah. C. Majidi : Ya. Saya: Aaa ok cikgu. Yang itu tadi adalah tema yang kedua iaitu etika, intergriti dan akuntabliti guru. Jadi sekarang kita beralih kepada tema yang lain iaitu peranan guru. Jadi ini adalah soalan yang ketujuh. Aaa kita tahu cikgu peranan guru Abad ke-21 sangat rencam dan mencabar. Kini dalam era globalisasi yang pantas dan penuh persaingan, guru juga terpaksa menghadapi cabaran zaman. Apakah peranan guru di sekolah dalam memastikan mereka bersedia dalam menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21? C. Majidi : Aaaa. Bila melihat perkara ini kepada diri saya sendiri. Aaa…sebab saya sudah agak berusia dan sudah lebih 20 tahun berada di sekolah ini. Aaaa…menjadi sesukaran lah untuk saya bila elemen-elemen yang berkaitan PAK-21 ini diterapkan di sekolah sebab saya sudah berada dalam perkhimatan ketika itu. Jadi cabaran kepada saya adalah lambat untuk mengadaptasikan diri saya dalam elemen-elemen PAK-21 ini dan apa yang saya lakukan ialah saya sentiasa membuat pembacaan umum di internet, berita pun sudah di diperkatakan
juga terutamanya yang melibatkan pendidikan lah. Contohnya, pedagogi, pendekatanoendekatan yang boleh dilakukan untuk menarik dan mengimplenmentasikan elemen Pendidikan abad ke-21 lah. Saya: Ok soalan seterusnya cikgu, bagaimanakah guru menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid di sekolah bagi memastikan kemenjadian murid dapat dicapai? C. Majidi: Aaaa…Seperti saya setiap kali saya menjalankan aaa PdPc Bahasa Inggeris saya akan menerapkan nilai murni secara tidak langsung dalam setiap peringkat pembelajaran saya. Contohnya, dalam set induksi juga kita boleh menerapkan nilai murni. Nilai hormat menghormati contohnya murid memberikan tumpuan dan tidak membuat bising ketika aaa set insuksi dijalankan. Sebagai contohnya menunjukkan video jadi itu sudah menjadi satu nilai murni hormat menghormati dan juga biasanya dihujung pembelajaran iaitu di penutupnya saya akan menerangkan tentang aaa nilai-nilai murni yang telah dipelajari lah pada hari tersebut juga dalam setiap aktiviti memang aaa menjadi tanggungjawab guru lah untuk menerapkan nilai murni dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Saya: Ok cikgu. Sekarang ini kita akan beralih kepada tema yang baru lagi cikgu. Tema yang terakhir iaitu kepimpinan guru. Jadi soalan saya yang kesembilan. Bagaimanakah guru di sekolah ini menunjukkan sikap kepimpinan mereka? C. Majidi: Aaaaa…Seperti di sekolah ini, kami telah dibahagikan mengikut ‘lab-lab’ tertentu. Macam kami ada ‘lab’ kami tertentu jadi guru dibahagikan mengikut ‘lab’ aaaa bukan berdasarkan mata pelajaran mereka sahaja tetapi cara bercampur. Maksudnya itu boleh hubungan silaturahim lah antara cikgu. Selain setaip ‘lab-lab’ ini juga diberikan peluang untuk menguruskan sesuatu program. Maknanya, setiap ‘lab’ ini ada peluang untuk menajdi ketua dalam setiap program dijalankan. Maksudnya mereka berpeluang untuk memimpin dalam setiap program. Bukan bermakna satu orang saja yang mengambil tugas sebagai ketua maknanya yang lain juga akan menjadi ketua dalam sesuatu. Saya: Itu memang saya sedar cikgu ada ‘lab’ di sekolah ini. C. Majidi: Ya. Saya: Sebab baru diperkenalkan oleh Guru Besar sekolah. C. Majidi: Ya. Saya: Ok soalan yang kesepuluh cikgu. Kenapakah atau aaaa mengakapakah ciri-ciri ini perlu ada dalam dalam diri seorang guru pada masa kini?
C. Majidi: Aaaa.. Ciri-ciri yang telah dinyatakan tadi aaa perlu adalah daalm diri seseorang guru sebab seperti yang kita tahu. Zaman dulu tidak sama dengan zaman sekarang. Sebab Guru perlu mengikut peredaran masa lah dan perkembangan Pendidikan. Sebab dulu kita boleh dan cenderung lah guna ‘chalk and talk’. Aaaa…benda pembelajara yang melibatkan yang berpusatkan lebih banyak kepada guru itu sendirilah. Tetapi seperti yang kita tengok sekarang penglibatan murid adalah yang utama jadi guru-guru sepatutnya aaa mengikuti lah perkembangan semasa dalam pendidikan. Maksudnya, aaaa membaca ataupun ‘google’ sendiri lah tentang aaa pedagoi-pedagogi dan juga pendekatan-pendekatan yang boleh dilakukan untuk menarik perhatian murid bagi melahirkan murid-murid yang mampu berdaya saing lah di peringkat global. Saya: Jadi aaa itu lah soalan-soalan yang saya ingin aaa tanyakan semasa sesi temu bual pagi ini ini lah cikgu. Jadi itu saja soalan daripada saya cikgu dan terima kasih lah kerana sanggup meluangkan masa bersama saya cikgu. C. Majidi: Ya ya ya…. Sama - sama. Saya: Ok cikgu. Terima kasih cikgu ya. C. Majidi: Iya ya.