LANGKAH-LANGKAH PERLAKSANAAN PROJEK DAN KRITERIA PEMARKAHAN A. Langkah-Langkah Perlaksanaan 1. Pemilihan Projek Pelajar boleh memilih projek yang telah dicadangkan oleh pensyarah atau pelajar boleh mencadangkan tajuk projek sendiri yang telah dipersetujui oleh penyelia projek. 2. Jam Kredit E3006 - 2.0 E4006 - 1.0 E5006 - 1.5 3. Kaedah Kerja Projek Projek dilaksanakan dalam bentuk kumpulan atau individu. Maksimum 2 orang pelajar dalam satu kumpulan. Pelajar perlu mengelolakan segala kerja seperti buku laporan projek, laporan projek, dsb secara individu. 4. Pelaksanaan mengikut kriteria projek Bil 1
2
Kriteria Perkakasan
Kursus E3006
Individu Bekalan kuasa dan satu keluaran(output)
E4006 & E5006
Bekalan kuasa dan 2 litar berbeza yang berhubung kait 1. CD intraktif • Video • Audio • Grafik • Animasi • Teks
Perisian
E4006 & E5006
Berkumpulan Bekalan kuasa dan 2 litar berbeza yang berhubung kait Bekalan kuasa dan 3 litar berbeza yang berhubung kait
2. Data base • Keselamatan • Pengiraan • Keluaran 3. Laman Web • Dinamik web • Element multimedia terutamanya video • Upload • Ada input pengguna (chat) 4. DLL (yang setaraf 1, 2 dan 3) (Semua projek mestilah dikaitkan dengan elektrik) 3
Perisian dan Perkakasan
E4006 & E5006
4
Analisis sistem
E4006 & E5006
Microcontroller Bahasa perisian bebas- perlu ada input dan output Memilih sesuatu sistem (cth kawalan, perhubungan , kuasa, instrumentasi dll) serta
Bil 5
Kriteria Kajian data/maklumat
Kursus E4006 & E5006
melakukan simulasi Individu Berkumpulan Memilih sesuatu kajian (cth: jangka hayat computer, kualiti audio dalam sesuatu bilik/dewan, keberkesanan sesustu produk elektrik)
5. Kertas Cadangan /Pertukaran Tajuk Projek Pelajar perlu mengemukakan cadangan projek kepada penyelia. Projek hanya boleh diteruskan setelah mendapat kelulusan daripada Penyelaras projek Penyerahan tajuk projek berdasarkan takwim yang terkini. Sekiranya terdapat perubahan tajuk, pelajar perlu mengisi borang pertukaran tajuk projek dan perlu diluluskan oleh penyelaras projek selewat-lewatnya minggu ke enam (6) 6. Proposal Proposal perlu dihantar kepada penyelia masing-masing. (Rujuk Aktiviti Mingguan Pelajar). Pelajar perlu menyediakan satu proposal / kertas projek yang mengandungi: a) Muka depan : tajuk, nama dan no. pendaftaran, kursus dan sesi. b) Isi kandungan: Bab1 (Pengenalan) Pengenalan Penyataan masalah – pelajar memulakan dengan mengemukakan sesuatu pemasalahan yang ingin diketahui atau diselesaikan. (sekurangkurangnya tiga (3) penyataan masalah). Objektif – pelajar perlu menyenaraikan objektif yang ingin dicapai selepas projek dilaksanakan (sekurang-kurangnya tiga (3) objektif). Skop – pelajar perlu menjelaskan skop atau had-had perlaksanaan projek yang dijalankan. Ini bertujuan untuk memastikan perlaksanaan projek tidak terkeluar daripada skop yang ditetapkan. Bab2 (Kajian Literatur) Teori komponen/software dan penyelidikan bahan sedia ada serta membuat perbandingan bahan. Bab 3 ( Metodologi) Pelajar perlu menerangkan secara ringkas kaedah-kaedah atau tatacara yang digunakan bagi menjalankan projek, kesesuaian dengan teknologi terkini termasuklah perisian yang akan digunakan. 1. Carta alir perlaksanaan keseluruhan projek 2. Carta alir pengujian litar/software/ analisis sistem dan kajian data 3. Carta gantt (pelajar dikehendaki membina carta guntt perancangan pelaksanaan projek sepanjang semester) 4. Gambarajah blok 5. Kendalian litar, software Bab 4 (Kesimpulan) Lampiran 7. Aktiviti Mingguan Pelajar Penyelaras projek akan menyedia serta mengedarkan takwim yang mengandungi aktiviti mingguan pelajar dan tarikh pertemuan pelajar dengan penyelia projek. 8. Kehadiran Projek i) Penyelia projek perlu merekodkan tarikh kedatangan pelajar mengikut peringkatperingkat yang telah ditetapkan di dalam Rekod Kehadiran Projek
9.
Pertemuan Kemajuan Projek i) Penyelia projek perlu merekodkan tarikh kedatangan pelajar dan hasil kerja pelajar iaitu Draf Laporan dan Kerja Projek mengikut peringkat-peringkat sepertimana di dalam Borang Penilaian Aktiviti Pelajar. ii) Pelajar-pelajar mestilah mencatatkan segala perkembangan perjalanan projek mereka di dalam buku laporan projek pelajar JKE dan disahkan oleh penyelia masing-masing pada setiap minggu. Kegagalan pelajar mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Penilaian Berterusan Politeknik Merlimau semasa.
10. Pembentangan Projek (E3006 & E5006) Pembentangan di hadapan panel yang dilantik oleh Ketua Jabatan. Pelajar perlu menyediakan nota edaran untuk diserahkan kepada panel sekurang-kurangnya seminggu sebelum pembentangan dijalankan. Isi kandungan pembentangan perlulah mengandungi perkara-perkara berikut: Nama pelajar, penyelia, tajuk projek Penyataan Masalah Objektif Skop Gambarajah Blok Kendalian litar, software, analisis sistem dan kajian data Hasil dapatan dan Analisis Data Cadangan dan Kesimpulan 11. Pembentangan Projek (E4006) Pembentangan di hadapan panel yang dilantik oleh Ketua Jabatan. Pelajar perlu menyediakan nota edaran untuk diserahkan kepada panel sekurang-kurangnya seminggu sebelum pembentangan dijalankan. Isi kandungan pembentangan perlulah mengandungi perkara-perkara berikut: Nama pelajar, penyelia, tajuk projek Penyataan Masalah Objektif Skop Gambarajah Blok Kendalian litar, software, analisis sistem dan kajian data Kesimpulan 12. Laporan Akhir Projek Format penulisan laporan hendaklah merujuk kepada buku panduan penulisan laporan akhir. Pelajar perlu menyediakan kandungan laporan akhir seperti berikut: Bab1 (Pengenalan) Pengenalan Penyataan masalah – pelajar memulakan dengan mengemukakan sesuatu pemasalahan yang ingin diketahui atau diselesaikan. (sekurangkurangnya tiga (3) penyataan masalah). Objektif – pelajar perlu menyenaraikan objektif yang ingin dicapai selepas projek dilaksanakan (sekurang-kurangnya tiga (3) objektif). Skop – pelajar perlu menjelaskan skop atau had-had perlaksanaan projek yang dijalankan. Ini bertujuan untuk memastikan perlaksanaan projek tidak terkeluar daripada skop yang ditetapkan. Bab 2 (Kajian Literatur)
Teori komponen/software dan penyelidikan bahan sedia ada serta membuat perbandingan bahan. Bab 3 ( Metodologi) Pelajar perlu menerangkan secara ringkas kaedah-kaedah atau tatacara yang digunakan bagi menjalankan projek, kesesuaian dengan teknologi terkini termasuklah perisian yang akan digunakan. 1. Carta alir perlaksanaan keseluruhan projek 2. Carta alir pengujian litar/software/ analisis sistem dan kajian data 3. Carta gantt (pelajar dikehendaki membina carta gantt perancangan pelaksanaan projek sepanjang semester) 4. Gambarajah blok 5. Kendalian litar, software Bab 4 (Dapatan dan Analisa) Pelajar perlu memuatkan data-data (ukuran-ukuran, bentuk gelombang, soal selidik, simulasi dll) Hasil kerja (proses rekabentuk peringkat awal hingga akhir) Analisis dan kajian data perlu dibandingkan dangan teori dan kajian yang telah dibuat pada Bab 2. Bab 5 (Kesimpulan dan Cadangan) Laporan projek perlu ditaip dan dijilid. (Sila rujuk panduan pengurusan projek semester akhir). Laporan projek akan dinilai oleh penyelia projek. 13. Penilaian Projek i) Penilai akan menilai dan memberi markah pembentangan projek pelajar. Penilai adalah pensyarah bebas dan bukan penyelia projek pelajar berkenaan. ii) Penyelia projek akan menggabungkan markah keseluruhan pelajar didalam Rekod Markah Projek dan menyerahkannya kepada penyelaras projek seminggu sebelum peperiksaan akhir bermula. 14.
Kriteria pemarkahan Bagi Semester 4 Penilaian Aktiviti Pelajar Proposal Pembentangan Rekod Laporan Projek Akhir
25% 5% 20% 50%
Bagi Semester 6 Penilaian Aktiviti Pelajar Draf Laporan Pembentangan Rekod Laporan Projek Akhir
30% 10% 20% 40%
Bagi Semester 5 Penilaian Aktiviti Pelajar Proposal Pembentangan Rekod Laporan Projek
40% 10% 20% 30%