Transkripsi Temu Bual Encik Ahmad Mustaffa.docx

  • Uploaded by: Juna
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Transkripsi Temu Bual Encik Ahmad Mustaffa.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,704
  • Pages: 7
TRANSKRIPSI TEMU BUAL Nama: Encik Ahmad Mustaffa Bin Haji Idris Jawatan: Guru Besar SK Mejar Jeneral Dato’ Ibrahim Tarikh / Masa: 28 Februari 2019 / 12.30 pm – 1.30 pm Tempat: Bilik Guru Besar . Azam Saya mulakan dengan ucapan Assalammualaikum. Guru Besar Azam

Guru Besar

Azam

Guru Besar

Waalaikummussalam. Saya hendaklah menyiapkan satu tugasan yang berkaitan dengan EDU. Berkaitan dengan profession dan profesionalisme. So saya mulakan dengan apa itu profession. Profesionalisme guru adalah kemampuan guru untuk melakukan tugasnya sebagai seorang pendidik dalam melaksanakan pembelajaran. Pada pendapat cikgu, apakah konsep profesionalisme dari kaedah PdPc? Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t. Berkenaan dengan soalan tadi, kita boleh rumuskan dari segi profesionalisme seorang guru itu kita menggunakan standard yang ditetapkan oleh kementerian. Maksudnya daripada lima standard itu salah satu standard yang khusus untuk guru adalah standard 4 di dalam SKPMG 2 di mana dalam standard 4 itu berkaitan dengan guru. Pertama guru sebagai perancang, guru sebagai pengawal, guru sebagai penilai dan sebagainya. Daripada situ kita menggunakan indakator untuk menilai seorang guru dari segi profesionalisme. Sebagai contoh, dari sudut guru sebagai perancang. Maksudnya gru harus merancang apakah yang diajar, dan kaedah yang digunakan. Kemudian guru memastikan PdPc mencapai objektif yang ditetapkan. Di dalam itu diberikan panduan bagaimana ciri-ciri seorang guru yang dikatakan sebagai perancang tadi. Dan untuk pengetahuan saudara Azam, SKPMG 2 telahpun dilaksanakan dalam tempoh beberapa tahun ini. Cuma kalua dilihat dari segi pencerapan, terdapat tiga pencerapan dimana pencerapan yang ketiga disebut sebagai pencerapan kendiri. Biasanya bulan 1 hingga 3 ini merupakan tempoh guru menilai standard 4 PdP mereka secara kendiri. Untuk memastikan mereka melihat sebagai seorang guru, perlu ada profesionalisme dalam kerjaya dan tugasnya. 4 elemen dalam standard 4 perlu dikuasai dan ditingkatkan pada setiap masa. Itulah yang dinamakan professionalisme dalam tugas. Jadi ada 4 standard yang perlu dikuasai oleh guru. Okay untuk soalan yang kedua, bagaimanakah seseorang guru boleh meningkatkan kemahiran PdPc abad ke-21 disamping memartabatkan profesion keguruan? Bercakap pasal dunia pendidikan yang kearah abad ke-21, pertama guru kena tingkatkan tiga aspek ini. Pertama ialah attitude merekalah. ASK. Attitude, skill, knowledge. Maka yang kedua ialah kemahiran guru dan ketiga ialah ilmu pengetahuan. Saya selalu menekankan kepada guru bahawa dunia pendidikan sekarang ini sudah jauh berubah serta cabaran yang berbeza –beza. Maka skill dan knowledge ini sentiasa perlu ditingkatkan. Malah kita di peringkat pentadbiran, kita perlu merancang. Dalam kita merancang kokurikulum, kita perlu seimbangkan bagaimana kita hendak meningkatkan pengetahuan guru-guru melalui

Azam

Guru Besar

Azam

apa yang kaedah PLC, pembelajaran berterusan serta guru perlu meningkatkan pengetahuan tentang pembelajaran seperti penggunaan peta I-Think. Itu cabaran sebenarnya. Bagi kita di peringkat pentadbiran dan juga kita akui sokongan dari pihak PPD. Namun pihak sekolah perlu merancang. Sekolah ini sedang merancang sebab sekolah yang kita nak, pertama kita mesti tingkatkan kualiti murid dan juga sekolah. Kualiti murid itu of course kokurikulum bagaimana kita nak tingkatkan. Kita mencapai ke arah menguasai pencapaian. So, kalau mereka tahu hala tuju pendidikan ini, mereka akan nampak. Sebab cabaran kita di sekolah ini khususnya bagaimana kita hendak menggerakkan guru untuk memahami PLC, Kbat, Ithink . Bagaimana mereka mengaplikasi soalan peperiksaan kedalam konsep yang dimintak sebenarnya. Ahhh. Mahu tak mahu cikgu kena berubah. Perlu ada anjakan paradigma. Perlu ada sikap yang mengatakan bahawa banyak benda yang perlu kita kena belajar. Barangkali bagi guru-guru yang masih muda mungkin semangat mereka masih tinggi. Namun apabila sampai ke peringkat-peringkat di penghujung pengkhidmatan, mereka agak ketinggalan dalam isu semasa ini. Dan perkara ini pernah ditanya dengan pihak PPD ketika dulu maksud keupayaan guru itu sendirilah. Ahhh. Tapi apa yang mereka boleh jawab adalah masalah ketepikan. Fokus apa yang kita hendak lakukan. Ringkas kata ASK. Attitude paling pentinglah. Sikap guru itu dalam bentuk kesedaran mereka dalam kehendak dunia pendidikan masa kini. Maka ASK tu lah paling penting. Untuk soalan yang seterusnya. Guru mempunyai kod etika yang tersendiri. Bagaimanakah guru mengamalkan etika keguruan di sekolah ini? Bila datang kepada etika ni, dia macam satu bentuk had yang perlu dipatuhi. Etika keguruan ni banyak. Etikanya dalam dengan komuniti sekolah. Tapi kesemuanya itu guru perlu ingat mereka merupakan contoh teladan. Bukan sahaja kepada murid-murid, tapi nama guru itu sebenarnya. Bila sebut guru, kalau kita lihat dari sudut Bahasa Sankrit ni, guru ni membawa maksud penunjuk contoh yang terbaik. Jadi kalau kita faham contoh teladan yang baik ni kesemuanya dalam bentuk baik. Kena ingat, lagi-lagilah kemenjadian murid sekarang ini itu kemenjadian bagi setiap murid. Tambahan pula sekarang ini pentaksiran bilik darjah dan murid. Ianya menuntut lebih usaha yang lebih daripada guru-guru. Guru bukan satu pekerjaan samata-mata tapi ia merupakan satu profesion. Profesion yang mempunyai nilai. Memetik ucapan menteri Pendidikan, Dr Mazlee Malik, pendidikan adalah wadah untuk mencapai wawasan 2020. Kita nak murid kita bukan menguasai 3M tapi menguasai satu lagi M iaitu memanusiawikan. Maksudnya kita sebagai guru-guru ini, kita kena pastikan setiap garis panduan diikuti. Kadang-kadang ia memberi cabaran kalau kita buat kelas secara, tiada streaming. Jadi benda ini kita perlu bijak untuk memaklumkan kepada ibu bapa bahawa sebagai guru kita tidak memilih pelajar. Termasuk juga kod etika, bukan sahaja pelajar, sesama guru, pentadbir kerana pentingnya kita meletakkan diri kita kedalam satu komuniti yang saling memerlukan antara satu sama lain. Insya Allah dengan izin kod etika ini sebagai kod tetapi roh guru sebenarnya memainkan peranan. Roh guru satu maksud yang sungguh mendalam. Sebab Cikgu dapat dikenali daripada gaya pencakapan, watak, penampilan, dan sebagainya. Itu berkaitan dengan etikalah. Kalau berkaitan dengan akauntabiliti, bagaimanakah guruguru di sekolah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang guru?

Guru Besar

Azam

Guru Besar

Azam

Begini. Hrmm. Bila kita sebut pasal akauntabiliti, membawa maksud kebolehpercayaan. Ataupun lebih tepat lagi melaksanakan sesuatu itu dengan cara yang sepatutnya dan dedikasi. Setiap guru harus menetapkan dalam diri mereka menunjukkan kebertanggungjawaban terhadap tugas itu. Dan dia kena memastikan bagaimana muridnya mencapai objektif yang dirancang. Dalam lain lain perkataan, bila kita mengetahui keperluan dan kehendak murid, maka perlulah kita mencari jalan bagi mereka memperoleh ilmu. Kalau kita lihat dari segi integriti ini, dia merujuk sikap yang paling tinggi dalam diri guru. Dia patuh kepada peraturan. Undang-undang. Kesemuanya memainkan peranan untuk membantu guru-guru mengetahui ada perkara yang mengelingi mereka, yang mereka perlu pastikan ianya dilaksanakan. Tugas sebagai seorang guru merupakan tugas yang mulia. Sebab kita tak boleh cari pekerjaan yang cikgu kebanyakan boleh buat. Jadi pentingnya kita bersyukur, kita menjadi seorang guru, mendidik anak bangsa. Roh guru perlu ada dalam diri kita. Jadi itu berkaitan dengan akautabilit. Jadi, berkaitan dengan integriti pula. Integriti guru sebagai penjawat awam merujuk kepada guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Apakah cabaran bagi seorang guru dalam mengekalkan integriti mereka pada masa kini serta langkah mengatasi? Baik. Kalau kita sedar bahawa dunia guru ni dunia pendidikan sentiasa berubah. Kita kena faham kita kitaran sesebuah sekolah itu iaitu guru, murid dan juga ibu bapa ataupun ibu bapa. Jadi, salah satu antara sebab menjadi sekolah yang berkesan adalah sebab adanya kerjasama diantara sekolah dan ibu bapa. Maka hasilnya anak-anak mereka berjaya dan cemerlang dalam pelajaran. Namun begitu, kita kena paham, sebagai seorang guru, kita kena paham, berintegriti. Dia menjalankan kerja dengan jujur dan menganggap kerja merupakan satu amanah. Ini merupakan satu cabaran. Pentingnya perlu mengingat kepada guru-guru memastikan tanggungjawab mereka tertunai ketika keberadaan mereka di sekolah. Kita tak sebut kerja kita sebagai mengajar, tapi mendidik. Aaa. Ringkas katanya, integriti ini cukup penting bagi seorang guru. Kalau kita lihat sesetengah guru. Dia kurang suka satu cabaran. Kita ambil contoh, mengajar di Sarawak, dia punya pelajar tidak tercabar seperti di Semenanjung. Bukan sahaja dari segi IQ, tetapi ibu bapa mereka juga mencabar. Mahu tak mahu, kita mesti bersyukur dan menunaikan segala tanggungjawab kita. Mantan pengarah pendidikan pernah memberi satu perkongsian berkenaan dengan X-Plus. Kita memberi lebih dari apa yang kita nak. Guru belum nampak hala tuju sebenar sebagai seorang guru dengan kaedah PdP yang berbeza, aaa, bagaimana kita nak mengubah pengajaran kita tadi. Kita kena concern dan laksanakan apa segala perubahan. Mesti keluar dari zon yang selesa. Terutamanya bila kita berhadapan dengan guru veteran. Cuma kita di bahagian pentadbir sentiasa memantau. Cuma kekangan kerja kita tak dapat nak buat urusan pencerapan dibuat secara konsisten. Tapi rondaan itu memberi jawapan bagaimana guru itu di dalam kelas. Gaya pengajaran perlu dan ditingkatkan. Aahh..

Jadi untuk ketiga-tiga tadi, iaitu etika, akauntabiliti dan integriti memainkan peranan yang penting dalam diri guru. Bagaimanakah etika, akauntabiliti dan integriti seorang guru memainkan peranan yang penting dalam menghadapi cabaran abad ke-21?

Guru besar

Pertama, cikgu-cikgu perlu sedar tugas seorang guru sangat besar dan impaknya juga sangat besar. Hrmm. Kalau kita lihat dalam bajet kerajaan pun, pendidikan paling besar bajet. Nak memanusiakan manusia. Saya ambil contoh. Di sekolah ini, kita ada guru yang memang mengajar tahap 1. Dan mereka adalah pemula segala-galanya. Mereka perlu memastikan apa bentuk penguasaan yang mereka perlu capai. Jadi ianya perlu dan menuntuk kepada etika, akauntabiliti, dan integriti terhadap tugas itu. Aahhh. Jadi ketiga-tiga perkara ini dia memang memberi kesan kepada guru tentang peranan dia sebagai seorang guru. Sekarang ini bukan guru mengajar, guru kena mengajar murid bertanya seperti yang dikatakan oleh menteri pendidikan. Jadi kemahiran itu perlu ada bila dia menguasai tahap yang diperlukan dalam SKPMG. Kalau kita lihat dalam SKPMG2, ia merupakan satu instrumen yang menjadi satu rahsia bagaimana kita nak jadi guru cemerlang. Aaaa. Standard 4 itu sendiri sudah cukup iaitu guru sebagai merancang. Bagaimana guru itu hendak merancang hendak merancang agar murid seronok di dalam kelas. Guru sebagai seorang pengawal. Bagaimana dia hendak mengawal murid-murid supaya murid berada di dalam zon yang selesa semasa belajar. Jika dilihat pentaksiran holistik dalam bilik darjah, guru kena melihat keselurahan murid-muridnya. Dan menuntut perancangan apakah bentuk pentaksiran yang dibuat, daripada ilmu yang diajar. Tetapi dari segi ilmu, dalam Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP), di bahagian prestasi, kalau kita lihat dari segi kualiti guru dan ilmu, dia memang menguasai ilmu tu. Tapi sekarang bagaimana guru hendak memastikan murid menerima ilmu dalam bentuk didik hibur, dan pembelajaran yang bermakna. Guru kena berubah. Saya pernah baca satu buku iaitu pembelajaran bermakna. Contohnya pembelajaran di Jepun. Pendidikan formal bermula apabila mereka masuk tahun 4. Sebelum itu mereka hanya diterapkan kepada adab, nilai dan etika. Konsep mereka mengalami sesuatu pembelajaran yang menyeronokkan. Banyak aktiviti PAK-21 yang boleh digunakan seperti Gallery Walk, Hot Seat, dan sebagainya. Kalau sebut PAK-21, kalau di sekolah ini, kita lebih berfokus kepada punca-punca murid tidak menguasai Bahasa. Kita akan rumuskan PLC yang mana yang sesuai mengikut masalah murid yang dapat dikenalpasti. Etika, akauntabiliti dan integriti perlu ada dalam diri guru. Sekarang ini saya nampak kenapa pengarah pendidikan kita kata no streaming class. Sebab zaman mengasingkan budak pandai dan budak lemah. Dia pandai tu kita menilai hanya pada kertas sahaja. A adakah markah betul dia dapat. Kalau dia dapat cemerlang, kita masih boleh pertikaikan. Barangkali dia meniru. Bila kita tukar kepada pentaksiran bilik darjah, dia memang pentaksiran yang kita tuju kepada seseorang murid. Pentaksiran bilik darjah merangkumi banyak tahap penguasaan. Aaa. Maka, bila cikgu faham kehendak pendidkan, dia kena laksanakan. Dan tiga perkara penting tadi menjadi asas kepada guru. Kita membina hubungan baik dengan ibu bapa. Ibu bapa menyokong setiap aktiviti yang dilaksanakan. Jika kita membuat sesuatu dengan tidak betul, ia akan memberi implikasi yang tidak baik kepada sekolah. Jadi etika, akauntabiliti dan integriti perlu sentiasa ada dalam diri guru. Cikgu ni sampai pencen pun orang panggil cikgu. Umpama katanya kalau makan pun macam cikgu, minum pun macam cikgu, jalan pun macam cikgu, segala-galanya macam cikgu. (Gelak kecil), itu lah ceritanya berkenaan dengan tiga perkara tadi. Jadi apa sahaja amanah, apa sahaja perubahan dari cucuk pimpinan, apa sahaja ilmu baharu, guru-guru kena bersikap positif. Memang itu adalah satu cabaan bukannya satu masalah. Aa. Dan dunia

cikgu tiada penghujung. Kadang-kadang saya percaya penting sokongan dari pihak pentadbir dan PPD. Saya sentiasa menghargai usaha guru-guru di sekolah ini.

Azam

Panjang lebar cikgu aa. (gelak kecil)

Guru Besar

Semangat (gelak kecil)

Azam

Seterusnya saya akan bertanya soalan tentang peranan guru. Seperti yang kita tahu, Peranan guru Abad ke-21 sangat rencam dan mencabar. Kini dalam era globalisasi yang pantas dan penuh persaingan, guru juga terpaksa menghadapi cabaran zaman. Apakah peranan guru di sekolah dalam memastikan mereka bersedia dalam menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21?

Guru besar

Baik. Beginilah. Saya percaya bila berlaku autonomi diberi kepada sekolah, maksudnya guru besar memainkan peranan melaksanakan apa yang dikehendaki pihak kementerian mengikut acuan sekolah itu sendiri. Aahhh. One size fit all dah tak ada lagi dah. Kerana setiap sekolah perlu memastikan kekuatan guru, murid dan ibu bapa. Sebab itu bila kita dah mengetahui kekuatan guru di sekolah, baru lah kita dapat membawa guru untuk menghadapi apakah cabaran yang betul-betul dihadapi. Pemimpin perlu ada ilmu. Kebijaksanaan pihak pentakbir memberi arahan demi arahan mengikut acuan sekolah itu sendiri. Jadi berbalik kepada sekolah, peranan guru abad ke-21 rencam dan mencabar. Tapi pada saya, bagaimana kebijaksanaan pihak pentakbir untuk memantau agar guru tahu peranan masing-masing. Sebab terima arahan sudah sebati dalam diri guru. Tapi kalau peringkat kita masih lagi kabur, menyampaikan sesuatu maklumat tanpa penghuraian, tanpa keterangan kepada guru, maka maklumat tidak akan sampai sepenuhnya. Buat PLC dan terangkan. Buat taklimat ringkas dan jemput pihak luar dari sekolah yang hebat untuk membantu sekolah kita di sini.

Azam

Saya teruskan dengan soalan yang seterusnya. Bagaimanakah guru menerapkan nilainilai murni dalam diri murid di sekolah bagi memastikan kemenjadian murid dapat dicapai? Baik. Soalan ini agak menarik. Dah namanya guru, dia memang menjadi teladan baik. Guru memberi cermin kepada pelajar-pelajar. Sebab kita tengok di sekolah, bukan sahaja ilmu pengetahuan yang kita ajar kepada murid-murid, tetapi dari segi sahsiah. Tapi cara yang paling mudah adalah guru memberi contoh teladan yang baik kepada murid. Balik kepada kita sebagai sumber teladan yang terbaik, kepada pelajar. Kita ambil contoh dari segi pengurusan masa dan kekemasan diri. Sebab sekarang ni kementerian pendidikan menekankan tentang nilai. 3 fokus pertama yang kita dengar kan. Pertama kasih saying. Guru perlu ada rasa kasih sayang kepada murid. Murid pun akan ada rasa kasih sayang

Guru Besar

dengan murid. Aa. Kedua kegembiraan. Cikgu perlu rasa gembira pergi sekolah. Murid happy pergi sekolah. Roh guru itu perlu ada dalam diri guru bagis saya lah.

Azam

Kita pergi ke aspek yang terakhir iaitu kepimpinan guru.

Guru Besar

Menarik juga soalan ni (gelak kecil)

Azam

(Gelak Kecil) Bagaimanakah guru di sekolah ini menunjukkan sikap kepimpinan mereka?

Guru Besar

Okay. Kita di sekolah ini kita menggunakan kaedah pengurusan yang berbentuk Lab. Lab itu bukan bermaksud makmal. Guru diletakkan dibawah Lab seperti Lab Kokurikulum, Lab hal ehwal murid. Setiap event akan dikendalikan oleh Lab yang telah ditetapkan. Jadi, sebenarnya kita nak mengurangkan beban guru. Kedua kita nak melatih, mencungkil bakat dan kemahiran guru-guru yang diamanahkan. Tapi kita kena hakikat bahawa ada orang dia boleh jadi pemimpin. Ada orang dia suka menunggu arahan. Bagaimana kita nak melihat sikap kepimpinan mereka ni, balik kepada tugas yang diberi. Bila kita beri cabaran kepada seseorang guru, kita dapat melihat bakat yang terpendam dalam diri guru tersebut. Dia berusaha mencari ilmu, maka dia berjaya menjalankan amanah dia dengan baik. Jadi cabaran dia adalah bagaimana dia hendak mengajak rakan-rakan yang lain untuk menjayakan tugasan yang telah diberi. Kan. Kita kena bijak memberi ruang kepada guru untuk bergaul dengan guru yang lain. Masing-masing memerlukan antara satu sama lain.

Azam

Baiklah cikgu, untuk soalan yang terakhir. Kenapakah ciri-ciri ini perlu ada dalam dalam diri seorang guru pada masa kini?

Guru Besar

Baiklah. Ini yang kita kata tadi. Kualiti sekolah dan kualiti guru. Nak meningkatkan kualiti sekolah, pertama, bagaimana sekolah sekolah itu nak cemerlang kalau tak ada guru yang cemerlang. Aaa.. Mahu tidak mahu seorang guru kena berusaha menjadi guru yang berkualiti. Maksudnya apa sahaja tanggungjawab yang diberi dia buat sehabis baik. Cuma kita sebagai pihak yang memberi arahan kena ada ilmu yang lebih daripada mereka untuk membimbing guru-guru di sekolah. Kalau kita lihat naratif baru dalam amalan pendidikan, kesinambungan daripada melangkap ke hadapan, yang dihasilkan pengarah pendidikan kita, dia kata murid , guru dan kepimpinan sekolah, 3 aspek itu perlu bergerak seiringan. Perlu tahu peranan masing-masing. Guru besar adalah sebagai peneraju kepada kokurikulum itu sendiri. Kalau kita lihat standard satu, pengurusan organisasi, aa standard satu khas untuk guru besar dan pengetua. Kena ikut apa yang ada dalam standard itu. Kalau jadi peneraju tapi tidak membimbing guru pun tak dapat. Jadi perlu ada ciri guru yang berkualiti untuk menghasilkan sekolah yang berkualiti.

Azam

Saya itu sahaja lah. Terima kasih atas pengkongsian cikgu. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu.

Zaid

Alhamdulillah. Sama-sama.

Related Documents


More Documents from "Aiman"

Soalan Temu Bual.docx
November 2019 29
Laporan Temu Bual.docx
November 2019 30
Minggu 3.docx
November 2019 24
Nombor.docx
November 2019 16