Ulasan Novel Kalvaria-faiz

  • Uploaded by: Suwaibah Abd Hadi
  • 0
  • 0
  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ulasan Novel Kalvaria-faiz as PDF for free.

More details

  • Words: 3,352
  • Pages: 17
ULASAN NOVEL KALVARIA KARYA SUWAIBAH ABD HADI

MUHAMAD FAIZ BIN SAZALI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2018

LATAR PENGULAS:

NAMA

: MUHAMAD FAIZ BIN SAZALI

NO. PENGENALAN

:

ALAMAT

: SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG.

INSTITUT PENGAJIAN

: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

E-MAIL

: [email protected]

Kepada Puan Suwaibah:Benar, “cinta sebenar itu beri rasa bahagia dan ketenangan jiwa”. Cinta sebenar itu juga akan dirasai dalam diri yang akan berputik di jiwa kita sendiri andai kita mencari cinta yang hakiki. Cinta hakiki itu akan memberi sejuta rasa dalam jiwa untuk disemai dan dipetik pada yang selayaknya.

1.0

SINOPSIS

Kalvaria, sebuah novel sulung karya Suwaibah Abd Hadi. Diterbitkan pada tahun 2018 oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia. Membaca tajuknya sahaja membuatkan pembeli dan pembaca tertanya, apa itu kalvaria?. Calvarium atau tempurung kepala merupakan tunjang utama yang melindungi otak kita dan diri kita daripada sebarang hentakan. Jika berlakunya kecederaan pada kalvarium, nescaya ia akan mengganggu fungsi otak. Begitu jugalah kehidupan kita yang memerlukan sokongan dan perlindungan dalam menjalani ranjau perjalanan di bumi Allah ini. Novel Kalvaria mengangkat martabat seorang wanita iaitu Muni Qazrina yang tabah menjalani kehidupan dalam memahami dan menolong pelbagai ragam manusia yang singgah dalam kehidupannya. Muni Qazrina merupakan watak utama dalam novel ini. Beliau merupakan seorang graduan dalam ijazah perubatan. Namun, disebabkan masalah peribadi beliau iaitu tidak boleh melihat darah dan menghidu sebarang perkara yang melibatkan kesihatan pesakit, Muni Qazrina telah menukar kerjaya beliau daripada seorang doktor perubatan kepada seorang guru sekolah menengah harian. Pertukaran kerjaya ini bukanlah kerana paksaan, namun disebabkan minat beliau yang begitu mendalam dalam bidang pendidikan telah membuatkan Muni Qazrina berpaling arah daripada dunia perubatan. Melanjutkan ke diploma pendidikan telah membuka sejuta pengalaman dan pengajaran dalam hidup Muni Qazrina yang telah bergelar sebagai Cikgu Muni Qazrina. Pengalaman dalam dunia pendidikan telah mendidik diri beliau untuk membantu serta membuka ruang yang luas buat anak didiknya dan membantu mendidik dirinya sendiri berlandaskan pengalaman yang diperolehi. Erti kasih sayang, penghargaan, sanjungan, pengorbanan dan percintaan adalah pengalaman berharga buat Cikgu Muni Qazrina.

2.0

PENCERITAAN / PLOT

Pengarang mengangkat watak utama iaitu Muni Qazrina dalam pelbagai aspek. Pengarang meletakkan watak utama sebagai seorang anak, sahabat, doktor dan guru. Penggunaan dialog juga diselitkan bagi menghidupkan jalan penceritaan. Teknik imbas kembali dan imbas muka diterapkan oleh pengarang bagi memberi pembaca memahami lebih jelas tentang jalan penceritaan yang ingin disampaikan oleh penulis. Monolog dalaman sering dimainkan di setiap plot penceritaan yang dipegang oleh hampir ke semua watak. Namun, watak Muni Qazrina yang lebih banyak dimainkan dengan teknik penceritaan dan plot cerita. Isu-isu kekeluargaan, dunia pendidikan dan persoalan cinta ditonjolkan dalam novel Kalvaria bagi menguatkan jalan penceritaan novel ini. Isu yang dibangkitkan amat bertepatan dengan latar masa kini yang banyak terjadi dalam kehidupan kita sendiri. Unsur pengajaran dan nilai murni banyak diselitkan buat dijadikan panduan kepada pembaca. Jelas, pengarang mengangkat realiti kehidupan dalam plot penceritaan novel Kalvaria.

3.0

PERSOALAN

Persoalan di bawah merupakan persoalan secara umum yang merangkumi keseluruhan cerita. Setiap bab menonjolkan begitu banyak persoalan yang boleh dirungkaikan. Namun, secara keseluruhan amnya, persoalan di bawah mewakili setiap bab yang terdapat di dalam novel.

1) Pengorbanan seorang guru Pengorbanan seorang guru dapat dilihat pada watak Muni Qazrina yang sanggup menukar kerjaya sebagai seorang doktor perubatan kepada seorang guru yang berpaksikan kepada prinsip dan niat yang suci iaitu ingin membantu masyarakat dan anak didik beliau agar terus mengukir sinar dalam kehidupan mereka yang akan datang. Pengorbanan guru-guru kaunselor juga menonjolkan betapa hebatnya pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa.

2) Kebijaksanaan dalam menghadapi masalah Pelbagai masalah yang terdapat di sekolah dapat diselesaikan dengan jayanya seperti yang ditonjolkan oleh guru-guru. Masalah peribadi dan kekeluargaan juga dapat diselesaikan oleh watak dengan jayanya. 3) Semangat dalam melakukan sesuatu perkara Setiap watak di dalam novel ini menonjolkan semangat yang jitu dalam melakukan sesuatu perkara sehinggalah membuahkan hasil. Bimbingan dan pengajaran dalam kehidupan membuatkan setiap watak cuba menggapai sesuatu dengan jayanya. 4) Semangat cinta akan bangsa dan negara Plot yang terdapat di dalam novel Kalvaria telah menyelitkan unsur pentingnya pendidikan dan apa jua ilmu serta jati diri yang utuh dalam menghasilkan generasi bangsa yang unggul untuk masa akan datang. 5) Sikap berpandangan jauh Sikap yang ditonjolkan pada watak terutamanya Muni Qazrina dan Najmi Haiqal dalam dunia pendidikan dan kesihatan amat membantu buat masyarakat semasa dan akan datang.

4.0

WATAK DAN PERWATAKAN

Senarai di bawah merupakan senarai watak utama yang sering ditonjolkan dalam novel Kalvaria.

BIL 1

WATAK Muni Qazrina

PERWATAKAN Teguh dengan prinsip, bersemangat, penyayang, berfikiran yang jauh dan pandai dalam apa jua bidang. Hebat menyelesaikan masalah.

2

Najmi Haiqal

Junior kepada Muni, seorang yang bercita-cita tinggi, kuat semangat dan teguh dengan impian. Suami kepada Muni Qazrina.

3

Puan Salbiah

Ibu kepada Muni, seorang yang kuat berkerja dan

amat setia serta kasih akan suami dan anakanaknya. 4

Dr. Ahmad

Ayah kepada Muni, seorang Dr pakar bedah otak, seorang yang penyabar dan setia pada isteri.

5

Dr. Khalil Zulhilmi

Abang kepada Muni, seorang yang memegang pada prinsip dan amat mengasihani isteri tercinta.

6

Adibah Alawiyah

Anak murid Cikgu Muni, seorang yang bijak dan mampu hidup berdikari. Amat mengasihani Cikgu Muni. Orangnya banyak bercakap. Anak kepada Kapten Johan Maarif iaitu seorang juru terbang.

7

Ammar Safri

Anak murid Cikgu Muni yang amat pendiam, miskin dan bercita-cita tinggi ingin menjadi seorang doktor. Amat kasih akan ibu dan adik-adiknya dan pernah menyimpan perasaan terhadap Cikgu Muni.

8

Cikgu Hang Tuah

Seorang guru yang tegas dan disanjungi oleh pelajar.

9

Pak Musa

Datuk kepada Muni. Seorang yang tegas dan semangat dalam melakukan apa jua perkara. Kuat beribadat di penghujung usianya.

10

Ustaz Wajdi Solihin

Seorang yang menyokong apa jua gerak kerja Cikgu Muni, mempunyai dua orang isteri dan pernah berhajat untuk memperisterikan Cikgu Muni. Seorang yang bersemangat dalam melakukan kerja.

5.0

LATAR TEMPAT

Latar tempat utama yang diterapkan di dalam novel ini. Kuala Lumpur Kuala Terengganu

SMK Seri Selasih Kg Seri Telipot

Universiti Makmal universiti

United Kingdom New York, Niagara Fall

6.0

7.0

LATAR MASYARAKAT 

Masyarakat yang mementingkan pendidikan



Masyarakat yang mengutamakan pekerjaan



Masyarakat yang mementingkan adat



Masyarakat yang penyayang



Masyarakat yang tidak mengenali erti putus asa

NILAI MURNI DAN PENGAJARAN

Terdapat pelbagai nilai dan pengajaran yang boleh diambil berdasarkan novel Kalvaria. Nilai dan pengajaran yang disenaraikan adalah merupakan nilai keseluruhan yang ada pada novel ini. 

Pentingnya ilmu pendidikan



Kasih sayang antara keluarga



Hormat guru dan orang yang lebih tua



Mengutamakan keluarga bukannya kerjaya semata-mata



Semangat juang yang tinggi



Tidak putus asa dengan sewenangnya



Berani menghadapi apa jua dugaan dan rintangan kehidupan



Saling bantu antara satu sama lain



Berkerjasama antara satu sama lain dan dalam satu organisasi

8.0

KEKUATAN

Penulis telah menerapkan pelbagai ilmu bantu dalam karya beliau untuk menghaslkan jalan penceritaan yang sempurna. Tidak dinafikan bahawa terdapat pelbagai kekuatan yang mencorakkan plot penceritaan setiap bab di dalam novel Kalvaria ini. Anatar ilmu bantu yang digunakan adalah seperti berikut: 

Ilmu Bantu Perubatan Penulis telah menggarapkan pelbagai ilmu bantu perubatan. Melalui pengalaman beliau sendiri dalam dunia perubatan, maka pengaplikasian melalui pengalaman cuba diaplikasikan oleh beliau dalam novel ini. Buktinya dapat dilihat pada petikan berikut. “Anoreksia merupakan masalah psikologi yang meningkat ketara khususnya dalam kalangan remaja.

Ia merupakan kecelaruan

pemakanan yang mengancam nyawa dengan ciri-ciri seperti ketakutan melampau

terhadap

berat

badan

yang

meningkat,

sentiasa

mengharapkan penyusutan berat badan yang banyak,” ujar Muni Qazrina. Dia mengingatkan adik angkatnya itu tentang fakta anoreksia. (Suwaibah Abd Hadi, 2018: 53) Melalui petikan berikut, dapat dilihat bahawa watak Muni Qazrina yang mengingatkan adik angkatnya iaitu Najmi Haiqal berkenaan dengan anoreksia, memandangkan adik angkatnya terlalu taksub ingin kurus dengan hanya memakan sebiji buah apple. Jelas dapat dilihat akan ilmu bantu perubatan yang diterapkan oleh penulis untuk memberi panduan kepada pembaca. Ilmu bantu perubatan yang lain adalah berlandaskan dunia teknologi dalam perubatan. Penulis telah menerapkan kisah teknologi perubatan di novel ini. Buktinya dapat dilihat pada petikan berikut: “Ujian rutin yang dilakukan melibatkan ujian fungsi buah pinggang, ujian fungsi hati, gula dalam darah, lemak dalam darah, ujian air kencing dan sebagainya. Di Makmal Ujian Rutin, ada mesin analisis ujian darah yang berteknologi moden. Sistem pengecaman spesimen pesakit menggunakan bar kod. Setelah ujian selesai disemak oleh doktor yang bertugas, keputusan ujian makmal akan dimasukkan ke dalam sistem komputer.”

(Suwaibah Abd Hadi, 2018: 67) Jelas dapat dilihat berdasarkan petikan berikut, pengarang mengangkat tentang dunia perubatan yang kini berteknologi moden. Unsur yang diselitkan oleh pengarang telah membuka minda pembaca untuk mengetahui tentang teknologi moden yang ada dalam dunia perubatan. Berlandaskan novel Kalvaria, penulis turut menyelitkan ilmu kesihatan yang melibatkan kehidupan seharian dan pengajaran buat pembaca. Berikut merupakan petikan yang menerangkan tentang ilmu kesihatan: “Mungkin juga jika ada luka pada kulit bayi ketika bersalin yang menjadi tempat masuknya virus. Tapi penularan virus ini boleh dicegah dengan pemberian HBIG (Hepatitis B immune globulin) sesaat setelah lahir. Dan dilanjutkan dengan tiga kali vaksinasi Hepatitis, iaitu pada minggu pertama kelahiran, satu bulan kemudian, dan enam bulan kemudian,” terang Cikgu Muni Qazrina...” (Suwaibah Abd Hadi, 2018: 578) Petikan di atas menunjukkan dialog Ckgu Muni bersama Kapten Johan yang amat risau berkenaan dengan jangkitan Hepatitis B terhada Diba melalui isteri tercintanya. Jelas dapat dilihat bahawa pengarang telah menggarapkan ilmu bantu perubatan yang melibatkan kesihatan kendiri. Pembaca boleh mengutip pengajaran dan ilmu yang diceritakan oleh pengarang. Di sinilah dapat dilihat bahawa kekuatan novel ini terdapat pada kekuatan plot ilmu yang berguna. Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai aspek yang melibatkan ilmu bantu perubatan di dalam novel Kalvaria. Ilmu bantu perubatan ini telah menguatkan novel ini dengan karya ilmiah yang menambah ilmu pengetahuan kepada pembaca. Sukar untuk memperoleh novel yang diselitkan dengan pelbagai cerita berlandaskan kepada konsep plot yang melibatkan perubatan dalam novel fiksyen. 

Ilmu Bantu Sejarah Penulis juga telah menerapkan ilmu bantu sejarah di dalam novel Kalvaria. Ilmu bantu sejarah adalah melibatkan dengan kisah-kisah fakta sejarah yang diselitkan dalam sesebuah penulisan kreatif termasuklah novel. Berikut merupakan petikan yang menunjukkan rentetan sejarah yang diceritakan di dalam novel ini:

“Berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu setelah upacara menurunkan bendera Union Jack. Ia berlalu pada pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur...” “Pada 31 Ogos 1957. Di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu. Dengan rasmi penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.” (Suwaibah Abd

Hadi,

2018:

172) Dapat dilihat pada dua rangkap petikan di atas berkenaan dengan dialog Ammar Safri semasa sesi pembelajaran yang diadakan oleh Ckgu Muni di luar kelas. Pengarang telah menggarapkan rentetan sejarah dalam karya beliau. Hal ini telah menjadikan novel ini sebuah novel yang unik. Unsur-unsur sejarah yang dterapkan telah memudah pembaca untuk mengetahui lebih jelas dan tidak bosan berkenaan dengan peristiwa sejarah. Jika membaca semata-mata buku sejarah, pembaca akan menjadi bosan. Namun melalui karya kreatif ini, pembaca lebih berminat dan jelas akan peristiiwa penting sejarah negara kita yang telah diselitkan oleh penulis itu sendiri. Jelas dapat dilihat bahawa ilmu bantu sejarah telah menguatkan lagi novel Kalvaria ini. 

Kritikan Sosial Terdapat juga kritikan sosial yang diketengahkan oleh pengarang. Kritikan sosial ini melibatkan perkara yang benar terjadi dalam dunia realiti kini. Buktinya dapat dilihat pada petikan berikut: “Selama ini mak Ina dan mak Fariz sangat rapat. Mereka sangat baik. Tapi, Ina tidak sangka hanya kerana pelamin, mereka bertekak sesama sendiri. Dan, mak Ina membatalkan perkahwinan Ina dan dengan Fariz. Mak dengan berani membuat pengumuman tanpa menghiarukan saudara-mara yang ada di rumah yang tekun membantu membuat persiapan perkahwinan kami.” Sarina bercerita sambil menangis. (Suwaibah Abd 107)

Hadi,

2018:

Petikan di atas merupakan dialog antara Sarina iaitu teman rumah Muni ketika menuntut diploma pendidikan. Jelas dapat dilihat bahawa perkahwinan era kini, ibu bapa serta saudara mara sering merumitkan perkahwinan anak mereka sendiri. Sebagai ibu bapa, semestinya bertanggungjawab untuk memudahkan anak sendiri mendirikan rumah tangga bukannya merumitkan keadaan. Masyarakat Melayu kini lebih mementingkan adat barat dan mementingkan mulut orang. Risau apa orang akan mengata jika kenduri tidak semeriah yang dijangka. Dapat diihat bahawa pengarang mengkritik isu sosial yang berlaku pada zaman kini. Ini telah membuatkan novel Kalvaria sebuah novel yang baik. Pengarang juga telah menyelitkan kritikan jurang sosial yang telah berlaku dalam dunia pendidikan kini. Berikut merupakan petikan tersebut: “Sabar, Cikgu Muni. Zaman sekarang tidak boleh sentuh kulit pelajar walau pelajar bebruat kesilapan. Bukan macam zaman kita dulu-dulu. Kena pulas telinga kalau tidak menyiapkan kerja sekolah! Kalau tak solat, memang kena rotan!” ujar Ustaz Redha. (Suwaibah Abd

Hadi,

2018:

213) Petikan di atas merupakan dialog Ustaz Redha bersama Cikgu Muni yang membincangkan berkenaan dengan masalah pelajar SMK Seri Selasih. Jelas dapat dilihat bahawa pelajar era kini sememangnya tidak boleh disentuh. Jika disentuh maka ibu bapa akan menyalahkan guru dan sekolah, bukan anak mereka. Malah ada yang menyaman pihak guru. Tujuan guru menghukum murid adalah untuk mendidik bukan mendera. Dapat dilihat bahawa penulis mengkritik isu sosial yang telah berlaku dalam dunia pendidikan kini. Ini jelas menunjukkan bahawa penulis peka dengan isu sosial dan menjadikan novel ini sebagai saluran kritikan yang baik. Jelaslah bahawa kekuatan novel Kalvaria juga terletak pada kritikan sosial yang halus. Pengarang bijak menyelitkan kritikan ini dalam plot penceritaan agar pembaca lebih mudah memahami dan menjadikan pengajaran pada masa akan datang. 

Penerapan Unsur Sastera Penulis telah menerapkan nilai estetika dalam karya beliau. Buktinya beliau telah menyelitkan sajak dalam plot penceritaan. Antara sajak yang diselitkan dapat dilihat pada halaman 220 yang berkenaan dengan sajak Harga

Remaja. Sajak ini telah menerapkan unsur pengajaran kepada pembaca. Di samping itu juga, nilai estetika sastera yang lain dapat dilihat pada halaman 280 iaitu berkenaan dengan sajak Usman Awang yang berjudul Ke Makam Bonda. Sajak ini telah didendangkan oleh Cikgu Muni Qazrina pada malam program motivasi. Jelas dapat dilihat bahawa pengarang juag mementingkan nilai estetika iaitu dengan menerapkan unsur sastera dalam karya beliau. Secara tidak langsung, ia telah menguatkan novel Kalvaria ini sebuah novel remaja yang baik untuk pembaca. Penulis telah mengangkat martabat sastera dalam dunia penulisan kreatif. 

Penerapan Ilmu Agama Ilmu agama amat penting dalam kehidupan seharian. Penulis tidak ketinggalan dalam menerapkan ilmu agama dan secara tidak langsung menjadikan novel Kalvaria ini sebuah medium dakwah melalui penulisan kreatif. Beberapa contoh dapat dilihat pada plot penceritaan yang terdapat di dalam novel ini: “..Biasanya selepas menunaikan solat subuh berjemaah, Ustaz Redha akan menyampaikan tazkirah selama 20 minit sebelum pelajar dibenarkan ke kantin untuk sarapan pagi. Kitab Tanbihul Ghafilin dan Riadhus Solihin dijadikan panduan. Pelajar dicorak agar mentaati perintah Allah.” (Suwaibah Abd

Hadi,

2018:

212) Petikan di atas merupakan petikan yang menceritakan bahawa SMK Seri Selasih mementingkan ilmu agama. Berdasarkan kitab klasik Islam, pelajar dapat memanfaat serta mengutip pelbagai ilmu agama yang terkandung dalam kitab tersebut. Jelas dapat dilihat bahawa pengarang mengangkat nilai Islam dalam novel ini. Di samping itu juga, pengarang telah menggabungkan ilmu agam dengan sains dalam plot penceritaan karya beliau. Buktinya dapat dilihat pada petikan berikut: “Atuk, saraf tunjang putus tak?” kata Muni Qazrina. Dia teringatkan tentang prosedur semasa penyembelihan korban. Apa yang dia tahu, saraf tunjang tidak boleh putus. Jika saraf tunjang terputus, fiber saraf

ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala dipisahkan. Keadaan ini akan membersihkan daging kerana darah bertindak sebagai perantara kepada kuman. (Suwaibah Abd Hadi,

2018:

419) Petikan di atas menjelaskan bahawa pentingnya kebersihan makanan mengikut syariat Islam. Jelas dapat dilihat bahawa pengarang menggabungkan ilmu agama bersama ilmu sains dalam karya beliau. Secara tidak langsung ia menjadikan karya kreatif ini sebuah karya yang unik. Kekuatan novel Kalvaria ini juga dapat dilihat pada penerapan kisah nabi dalam plot penceritaan. Buktinya dapat dilihat pada halaman 473 yang menceritakan berkenaan dengan kisah Maryam mengandungkan Nabi Isa. Berdasarkan plot penceritaan bahawa Adibah dituduh melahirkan seorang bayi dan membuang bayi di surau, penulis telah menyelitkan kisah Maryam semoga watak Adibah tabah dengan tuduhan yang tidak betul terhadapnya. Jelas dapat dilihat bahawa penulis amat peka dengan nilai Islam dalam karya beliau. Selain itu, pengarang mengangkat martabat nabi iaitu Nabi Muhammad SAW dalam plot penceritaan novel ini. Buktinya dapat dilihat pada petikan berikut: “Begitu mulianya sikap Rasulullah SAW. Biarpun disakiti, dilukai, dan dihina sebegitu rupa, Rasulullah masih sudi memaafkan sesiapa sahaja termasuklah musuh-musuh Islam. Jika Rasulullah SAW yang mulia ini mempunyai sifat pemaaf yang sebegini rupa mengapa tidak dengan kita, manusia biasa yang punya banyak kelemahan”. (Suwaibah Abd

Hadi,

2018:

495) Petikan di atas merupakan petikan yang berkaitan dengan nasihat Cikgu Muni terhadap pelajarnya agar memaafkan seseorang. Jelas dapat dilihat bahawa pengarang menerapkan nilai murni dalam Islam berlandaskan kisah nabu junjungan. Secara tidak langsung menjadikan novel ini kuat dengan nilai murni dalam Islam. Kisah nabi yang lain juga dapat dilihat dalam novel Kalvaria. Dapat dilihat pada petikan tersebut: “Kapten! Dalam keadaan begini, kita perlu mengambil teladan dari kisah Nabi Ayub a.s. yang diuji oleh Allah SWT. Imannya sangat kuat.

Nabi Ayub a.s. menjadi orang miskin dan jatuh sakit selama tujuh tahun,” ujar Cikgu Muni Qazrina yang mula menceritakan tentang penderitaan Nabi Ayub a.s. yang ditinggalkan isterinya hanya kerana penyakit yang dihadapinya”. (Suwaibah Abd

Hadi,

2018:

589) Petikan di atas merupakan nasihat Cikgu Muni terhadap Kapten Johan yang ingin berkahwin lain iaitu bersama Cikgu Muni kerana isterinya iaitu Aldona disebabkan penyakit Hepatitis B. Dapat dilihat bahawa pengarang menyelitkan unsur pengajaran yang terdapat dalam kisah nabi untuk tujuan pengaplikasian dalam kehidupan. Hidup berumah tangga seharunya bermuafakat dan saling bantu antara satu sama lain agar kehidupan lebih diberkati. Jelaslah bahawa kekuatan novel Kalvaria dapat dilihat pada penerapan kisah nabi untuk dijadikan tauladan. Secara keseluruhannya, penerapan ilmu Islam amat menguatkan plot penceritaan novel ini. Pembaca boleh menjadikan cerita yang diketengahkan sebagai pengajaran dan nilai dalam kehidupan seharian. Malah cerita sejarah Islam yang tidak diketahui oleh pembaca juga dapat diketahui dengan hanya membaca karya penulisan kreatif ini. 

Ilmu Penerbangan Ilmu Penerbangan merupakan ilmu yang melibatkan sains dan teknologi. Uniknya novel ini, pengarang telah menggarapkan ilmu penerbangan dalam plot penceritaan. Buktinya dapat dilihat pada petikan berikut: “Menurut arwah ayah, dengan kemajuan teknologi penerbangan, tenaga daripada kilat dialihkan. Sebenarnya, jika kapal terbang disambar kilat, fiuslaj tidak terbakar atau rentung. Penumpang di dalamnya tidak terkena renjatan. Bekalan elektriknya tidak terputus!” ujar Kapten Johan Maarif. (Suwaibah Abd

Hadi,

2018:

502) Petikan di atas merupakan dialog antara Kapten Johan bersama Cikgu Muni berkenaan dengan soalan Cikgu Muni. Cikgu Muni telah bertanya jika berlakunya kilat menyambar kapal terbang, apa yang akan berlaku kepada penerbangan tersebut. Jelaslah dapat dilihat bahawa penulis telah menerapkan ilmu sains dan

teknologi bagi memberi pencerahan kepada pembaca untuk mengetahui tentang dunia penerbangan. Penerapan ini telah menjadikan novel ini unik dari dan utuh dengan nilai ilmunya.

Secara kesimpulan bagi kekuatan novel ini adalah berdasarkan penerapan ilmu bantu dan penerapan ilmu pengetahuan yang lain. Penerapan pelbagai ilmu juga telah diselitkan dengan pelbagai nilai dan pengajaran. Pengarang juga menceritakan tentang latar sesebuah tempat dengan jelas yang menyebabkan pembaca berasa seperti berada di kawasan tersebut. Misalnya di New York iaitu di air terjun Niagara Fall. Kekuatan novel ini boleh dijadikan panduan buat pembaca serta pengaplikasian ilmu nilai dan pengajaran Islam dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya, penulis banyak mengaplikasikan pengalaman serta pembacaan dalam penulisan kreatif beliau. Jelas bahawa novel Kalvaria sarat dengan kekuatan plot penceritaan yang baik.

9.0

KELEMAHAN

Setiap penulisan karya kreatif ada kelemahan tersendiri. Berdasarkan novel Kalvaria ini, klimaks penceritaan pada bab akhir kurang jelas. Pengarang tidak menceritakan apa yang telah terjadi kepada watak-watak utama yang sering dimainkan dalam plot penceritaan. Pengarang menamatkan karya ini dengan menunjukkan kebahagiaan watak utama iaitu Muni Qazrina di kota London. Pengarang tidak menceritakan kisah watak-watak lain dalam bab akhir. Pembaca jadi tertanya-tanya apa yang berlaku pada watak lain. Mungkin pengarang mempunyai sebab tersendiri. Jika ada rezeki, mungkin pengarang akan menghasilkan karya penulisan kreatif iaitu Kalvaria siri dua. Melalui karya siri ke dua, watak-watak lain akan diceritakan oleh pengarang dan ada kesinambungan kisah Cikgu Muni Qazrina dan suaminya Najmi Haiqal. Itu hanyalah tanggapan dan mungkin boleh dijadikan cadangan buat penulis.

10.0

PENUTUP ULASAN

Sesungguhnya novel karya Suwaibah Abd Hadi ini merupakan sebuah karya yang baik dan sarat dengan ilmu serta nilai yang boleh dijadikan panduan buat pembaca. Penerapan ilmu dan pengajaran adalah sebuah karya yang baik. Diharapnya akan ada kisah Kalvaria 2 dalam pelayaran dunia penulisan kreatif. Muni Qazrina, seorang anak, doktor, isteri dan guru yang patut dicontohi buat anak muda. Membaca novel ini, kita dapat mengetahui bahawa pengorbanan dalam apa jua bidang dan situasi adalah pengorbanan diri yang terbaik buat semua orang. Yang baik dijadikan panduan, dan yang buruk dijadikan tauladan.

Related Documents

Ulasan Buku.docx
December 2019 14
Novel
June 2020 48
Novel
May 2020 30
Novel
May 2020 27

More Documents from ""