Teknik suspens—Teknik ini menarik pembaca untuk meneruskan pembacaan kerana pembaca sentiasa diserang oleh perasaan ingin tahu dan berdebar-debar sehingga berlaku ketegangan emosi. Pembaca ingin sekali megetahui peristiwa yang akan berlaku seterusnya. Peristiwa yang menimbulkan tanda tanya pembaca adalah semasa Tuan Robert merayau di hutan dan tiba-tiba dikelilingi oleh Orang Sakai. Buktinya ialah “Sekonyongkonyong terdengarlah satu bunyi yang memeranjatkan dia dari pihak belakangnya”. Pembaca tertanya-tanya akan asal-usul bunyi tersebut dan ingin sekali mengetahui peristiwa yang akan berlaku kepada Tuan Robert. Perasaan tanda tanya juga diukir dengan gambaran yang ternampak oleh Tuan William semasa mencari Tuan Robert. Keadaan itu digambarkan seperti “ia berjumpa kesan-kesan tapak manusia yang banyak dan berlapis-lapisan dan di antaranya ada juga bekas tapak-tapuk yang berkasut”.Pembaca diserang oleh perasaan ingin tahu tentang nasib yang akan dialami oleh Tuan Robert. Adakah Tuan Robert diserang oleh orang hutan?Pengarang juga menimbulkan tanda tanda pembaca/keadaan suspens dengan cara mengambarkan kedatangan kapal terbang ke puncak Gunung Tahan. Kedengaran “bunyi berdengung-dengung” semasa perbualam Ratu Bongsu dengan Tuan William. Pembaca berasa hairan akan apa yang mungkin berlaku kepada Ratu Bongsu dan istananya. Kedua-kedua watak sampingan dalam dua novel menghadapi cabaran dalam masalah keluarga. Afidah menjadi mangsa penceraian ibu bapanya dan tidak dapat merasai kasih sayang keluarga manakala Tuan William menjadi mangsa kecurangan isterinya kerana isterinya bermadu kasih dengan seorang pemuda semasa ketiadaannya.Tuan William dan Afidah juga menghadapi cabaran dari segi negara. Afidah mengalami desakan peperangan dan juga masalah kekurangan makanan kerana negara diserang oleh Jepun. Dia terpaksa beratur untuk membeli todi dengan memperoleh upah sedikit daripada peminum todi demi meneruskan kehidupan. Tuan William pula sanggup medaki Gunung Tahan demi medapatkan ganjaran lima ribu paun daripada kerajaan Inggerisnya. Namun malangya dia ditimpa kematian dalam serangan. Tuan William menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri di negara asing. Apabila berada di Gunung Tahan, dia berasa jemu kerana tidak dapat berbual dengan sesiapa.Dia hanya mendengar suara manusia bercakap dan ketawa.Walaubagaimanapun, dia tidak pernah berputus asa demi cita-citanya. Afidah menghadapi cabaran semasa mencari makanan di kubu lama. Cabaran ini menunjukkan Afidah seorang yang penakut.Buktinya, dia berasa takut apabila mengetahui bahawa kubu lama itu terletak dalam kawasan perkuburan dan segera mengajak Aziz segera meninggalkan tempat itu.