( i ) Watak utama : Zarina ( ii) Perwatakan: (a) Zarina merupakan gadis belasan tahun yang sedang menuntut di Tingkatan 3. (b) Zarina seorang yang agak bebas tetapi tetap mempertahankan tata-susila adat ketimuran. (c) Peristiwa yang hampir menimpa diri Zarina, telah menyedarkannya supaya menolak nilai-nilai bebas Barat. (a) Zarina • Zarina merupakan gadis belasan tahun yang sedang menuntut di Tingkatan 3 • Dia bersama dengan keluarganya pergi ke Belanda untuk mengunjungi ayahnya iaitu Encik Ali yang sedang bertugas di sana. • Zarina seorang yang agak bebas tetapi tetap mempertahankan tata-susila adat ketimuran. • Dia hampir jatuh hati kepada seorang pemuda kacukan Indonesia-Belanda yang bernama Niek Van Hoeve. • Peristiwa yang hampir menimpa diri Zarina, telah menyedarkannya supaya menolak nilai-nilai bebas Barat. • Zarina akhirnya menganggap bahawa tanah airnya sendiri, iaitu Malaysia sebagai tempat yang selesa dengan dirinya. (b) Niek Van Hoeve • Niek Van Hoeve merupakan seorang pemuda Belanda kacukan Indonesia. Datuknya berbangsa Belanda, mengahwini neneknya yang berbangsa Indonesia. • Umurnya 18 tahun dan mempunyai cita-cita untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Leiden dalam jurusan Sejarah Indonesia. • Dia seorang yang berbudi bahasa dan memahami tatasusila ketimuran. • Dia fasih berbahasa Indonesia dan telah berkenalan dengan Zarina. (c) Encik Ali • Encik Ali ialah ayah Zarina. Isterinya bernama Ros dan anak lelakinya bernama Rizal. • Beliau bertugas di SOAS (School of Oriental and African Studies), iaitu sebuah daripada pusat pengajian Universiti Leiden. Beliau banyak juga membuat penyelidikan di beberapa buah universiti di Belanda. • Beliau juga dapat berbahasa Belanda. (d) Ros • Ibu kepada Zarina dan Rizal • Beliau amat mengambil berat tentang anak-anaknya terutamanya Zarina. Beliau amat bimbang sekiranya Zarina jatuh hati pada Niek. (e) Mevrouw de Vries • Umurnya dalam lingkungan empat puluh tahun. • Orangnya sederhana tinggi dan tidak terlalu gemuk, baik hati, dan mesra. Dia tinggal bersendirian dengan anjing peliharaannya. • Dia membeli peralatan memasak yang baru setelah menyedari bahawa keluarga Encik Ali beragama Islam.
•
Suaminya pernah berkhidmat di Indonesia.