Ulasan Novel Kalvaria-adli

  • Uploaded by: Suwaibah Abd Hadi
  • 0
  • 0
  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ulasan Novel Kalvaria-adli as PDF for free.

More details

  • Words: 5,626
  • Pages: 28
1

PERTANDINGAN ULASAN NOVEL KALVARIA

MUHAMMAD ADLI BIN AZIMAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PERSOALAN PENDIDIKAN DALAM NOVEL KALVARIA

ABSTRAK Novel Kalvaria merupakan salah satu novel popular yang dikarang oleh penulis muda iaitu Suwaibah Abdul Hadi. Novel ini mengandungi pelbagai persoalan pendidikan yang dilontarkan oleh penulis dan sangat meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri pembaca. Persoalan pendidikan yang digarap oleh penulis dalam dilihat menerusi watak utama dan watak sampingan. Sebagai penulis muda, gaya penyampaian pengarang agak santai supaya persoalan pendidikan yang ingin disampaikannya dalam diikuti mudah oleh para pembaca. Kata kunci: Novel popular, Suwaibah Abdul Hadi, persoalan pendidikan, penulis muda.

2

ABSTRACT Kalvaria is a popular novel written by a young writer, Suwaibah Abdul Hadi. The novel consists of various issues of education by the writer and indeed gives a deep impact to the readers. The issues of education that been discussed by the writer is reflected by the main and side characters. As a young writer, the way of her writing is quite simple so that the readers can follow it up easily. Keyword: Popular novel, Suwaibah Abdul Hadi, Issues of education, Young writer.

1.0 PENGENALAN Kalvaria merupakan sebuah novel popular yang diterbitkan oleh Institut Terjamahan & Buku Malaysia (ITBM). Kalvaria diambil daripada perkataan Calvarium ataupun tempurung kepala (Suwaibah Abdul Hadi: 2018). Ia membawa maksud kepada pelindung yang memayungi segala yang berada di dalamnya. Tajuk ini dikiaskan kepada watak Muni Qazrina yang dilihat sanggup melindungi insan di sekeliling walaupun terpaksa mengorbankan perasaan sendiri. Novel ini sarat dengan persoalan pendidikan, kesihatan, kekeluargaan dan keagamaan. Penulis novel ini juga menggunakan gaya penulisan yang santai. Tambahan pula, seperti majoriti novel popular yang lain, novel Kalvaria juga turut mengetengahkan isu cinta dalam kalangan watak utama untuk menarik minat pembaca. Walaupun novel popular tidak mengandungi pemikiran yang idealistik seperti novel serius, novel popular seperti Kalvaria menyajikan sedikit kelainan dengan memasukkan beberapa info penting mengenai info kesihatan secara agak mendalam. Justeru, walaupun tema

3

cinta diangkat jelas dalam novel ini, tetapi beberapa sudut persoalan yang dibangkitkan oleh penulis tampak membezakan novel ini dengan beberapa novel popular yang hangat di pasaran pada masa kini. Tuntasnya, Kalvaria boleh mendatangkan

impak

yang

positif

kepada

segenap

lapisan

masyarakat

terutamanya pembaca muda.

2.0 LATAR BELAKANG PENULIS Suwaibah Abdul Hadi merupakan penulis muda yang pernah mengikuti bengkel penulisan kreatif Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Beliau dilahirkan pada 12 April di Kampung Teluk Menara, Manir, Kuala Terengganu. Anak jati Terengganu ini melanjutkan pelajaran pada 1993 dalam bidang Diploma Teknologi Makmal Perubatan di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan serta sempat berkhidmat sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan di Hospital USM Kubang Kerian. Pada tahun 2002 sehingga 2003, beliau berpeluang menimba pengalaman di Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, di Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur. Pada tahun

2003, beliau menyambung pengajian ijazah Sains

Pemakanan di UKM dan mengikuti latihan Sijil Pengurusan Keselamatan Makanan di Kolej TESDEC di bawah tajaan Kerajaan Negeri Terengganu. Di Kolej Islam Sains dan Teknologi, beliau pernah bertugas sebagai pensyarah merangkap Ketua Jabatan Teknologi Makmal Perubatan. Sejak Oktober 2008, beliau berkhidmat sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan (Anatomi/

4

kemahiran Klinikal/ Patologi) selama tujuh tahun di Universiti Sultan Zainal Abidin. Beliau turut berpengalaman selama 14 tahun dalam bidang teknologi makmal perubatan dan sains kesihatan. Beliau merupakan Editor Buletin Cakna Sihat Fakulti Perubatan. Beliau aktif dalam penyelidikan perubatan kerana minatnya yang mendalam dan hal tersebut menjadi inspirasi kepada beliau dalam menghasilkan karya-karya bercorak ilmiah, penyelidikan perubatan dan sains kesihatan. Keterlibatan beliau dalam dunia akademik juga menyaksikan pelbagai terbitan jurnal mengenai kesihatan diterbitkan menerusi hasil kajian beliau. Kini, beliau bertugas sebagai Pegawai Sains Pemakanan di Pejabat Daerah Kesihatan Cameron Highlands. Novel Kalvaria merupakan hasil penulisan novel beliau yang sulung dan dalam masa yang terdekat sedang merangka idea untuk penghasilan novel yang baharu. Sebagai seorang Pegawai Sains Kesihatan, minat penulisan beliau cenderung ke arah kesihatan.

3.0 SINOPSIS Cikgu Muni Qazrina merupakan watak utama dalam novel Kalvaria. Pada permulaan novel, dia cuba untuk melakukan program motivasi untuk menaikkan semangat pelajar serta memperbaiki akhlak mereka. Sebagai guru Kaunseling, dia dibantu oleh beberapa guru yang lain seperti cikgu Afifi Mokhtar, cikgu Hang Tuah, cikgu Habibah dan cikgu Belinda Lim. Namun begitu, program motivasi cikgu Muni Qazrina mendapat tentangan segelintir guru senior yang menganggap program tersebut tidak akan mengubah sikap dan nasib pelajar sekolah SMK Seri Selasih. Namun begitu, program tersebut akhirnya diikuti secara berperingkat dan akhirnya

5

mulai diterima oleh semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Masalah sosial yang kerap berlaku di asrama SMK Seri Selasih telah menjadi tanggungjawab Muni Qazrina untuk diselesaikan bersama barisan guru dan warden yang bertugas. Muni Qazrina tekad untuk membantu para pelajar untuk menjadi insan yang berjaya dalam bidang akademik dan memperbaiki sikap yang bobrok dalam hidup. Keputusan Muni Qazrina untuk meninggalkan kerjayanya sebagai seorang doktor untuk menjadi seorang guru, merupakan suatu azam baharu yang membara dalam dirinya untuk terus menjadi guru yang berdedikasi. Hemophobia atau fobia darah telah menyebabkan Muni Qazrina terpaksa meninggalkan cita-citanya sebagai seorang doktor. Dia mulai loya melihat darah dan nanah yang terdapat pada diri pesakit. Muni Qazrina terus meninggalkan kariernya sebagai doktor selepas kematian datuknya, Pak Musa. Hal ini demikian kerana

datuknya amat bertegas untuk melihat Muni Qazrina menjadi seorang

doktor seperti ayah dan abangnya, Dr Ahmad dan Dr Khalil Zulhilmi. Ketegasan datuknya menyebabkan dia tetap meneruskan pengajian dalam bidang Perubatan walaupun sudah mulai menunjukkan tanda homophobia peringkat awal. Muni Qazrina turut bertugas sebagai guru Biologi menggantikan guru lama. Atas keilmuannya sebagai doktor, Pengetua, cikgu Tengku Sabrina Ilyani telah memberikannya dua tugas dalam satu masa iaitu sebagai guru Kaunseling dan guru Biologi. Tugas ini agak berat dipikul olehnya kerana dia seorang guru muda yang masih berpengalaman mentah. Cabarannya bermula apabila dia ditugaskan untuk menaikkan nama sekolah SMK Seri Selasih menjadi sekolah yang kompetitif di daerah Telipot, Terengganu. Dalam masa yang sama, Muni Qazrina dilantik

6

menjadi Guru Penasihat Puteri Islam setelah cikgu Ramlah diberikan cuti bersalin. Cikgu Habibah dan Ustaz Wajdi Solihin sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) sentiasa membantu Muni Qazrina menyesuaikan diri di sekolah. Lamakelamaan, usaha progresif Muni Qazrina untuk membangkitkan semangat caloncalon SPM di SMK Seri Selasih semakin diminati oleh ramai tenaga pengajar yang sebelum ini agak tidak senada dengannnya. Perjalanan Muni Qazrina di SMK Seri Selasih agak getir dengan masalah sosial yang berlaku dalam kalangan pelajar. Kes pelajar bercinta, tidak solat dan ponteng sekolah telah menjadi satu tanggungjawab yang berat untuk dia selesaikan. Watak pelajar sekolah seperti Ammar Safri, Adibah Alawiyah, Vijay Krishnan, Luthi Hadi dan Radhi Ilman telah membangkitkan semangat Muni Qazrina untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi. Dia ingin mereka semua berjaya menjadi pelajar yang cemerlang dalam SPM walaupun ada dalam kalangan mereka yang dihimpit dengan masalah kewangan dan keluarga. Pelbagai program motivasi dan jati diri diadakan supaya mereka sedar akan tanggungjawab sebagai pelajar dan tidak leka dibuai masa. Muni Qazrina juga tidak pernah menghukum pelajar yang berbuat kesalahan tanpa sebarang usul periksa kerana dia inginkan pelajar tersebut belajar daripada kesilapan yang dilakukan. Perasaan cinta terhadap Muni Qazrina ditonjolkan dalam watak Najmi Haiqal, Ariffin, Kapten Johan Maarif. Mereka merupakan lelaki yang hadir dalam hati Muni Qazrina sepanjang pembacaan novel ini. Najmi Haiqal merupakan adik angkat Muni Qazrina sejak di sekolah menengah, Ariffin merupakan tunang yang diaturkan oleh ibunya, Puan Salbiah dan kapten Johan Maarif merupakan ayah kepada Adibah Alawiyah iaitu pelajar kepada Muni Qazrina. Cinta Ariffin ditolak

7

kerana gayanya yang terlalu mendesak dan menolak adat masyarakat Melayu dan adat Timur sebelum pernikahan. Pertunangan mereka dibatalkan selepas Muni diterima masuk sebagai guru di sekolah SMK Seri Selasih. Tindakan Ariffin yang pecah amanah terhadap syarikat milik Puan Salbiah telah menginsafi Puan Salbiah bahawa dia tidak sepatutnya mengaturkan kebahagiaan untuk anaknya seperti yang berlaku kepada kembar Muni Qazrina iaitu Mona Khairina. Cita-cita kak kembarnya sebagai akauntan terpaksa diketepikan setelah berkahwin kerana suaminya tidak mengizinkannya berkerja dan hanya menyuruhnya menjaga anakanak di rumah. Dia hampir menerima Kapten Johan Maarif sebagai peneman hidup. Bapa mithali kepada Adibah Alawiyah itu sudah lama hidup membujang setelah isterinya yang berwarganegara Eropah, Aldona membawa diri kerana diusir keluar oleh ibu mentua, Puan Seroja ketika Adibah Alawiyah berusia 5 tahun. Kapten Johan Maarif sanggup membawa Muni Qazrina, Adibah Alawiyah dan Puan Seroja bercuti ke Kanada untuk memikat hati Muni Qazrina. Tetapi, Muni Qazrina menolaknya kerana inginkan Aldona kembali menjadi ibu untuk Adibah Alawiyah dan menjadi seorang Muslim yang baik.Najmi Haiqal pula yang mulai minat kepada Muni Qazrina sejak zaman persekolahan lagi telah bersabar lama untuk menunggu hati Muni Qazrina terbuka untuk dirinya. Akhirnya, mereka disatukan setelah Muni Qazrina mula menyedari bahawa hanya Najmi Haiqal yang benar-benar ikhlas mencintainya.

8

4.0 DAPATAN KAJIAN Novel Kalvaria banyak menyentuh menyentuh aspek pendidikan dalam pelbagai bidang akademik dan merangkumi persoalan hidup. Persona Muni Qazrina sebagai seorang guru yang berwibawa menunjukkan bahawa tekad dan keazamannya tidak boleh dipertikaikan dalam kalangan guru senior di SMK Selasih. Selain itu, terdapat juga persoalan pendidikan yang diperlihatkan melalui watak-watak yang lain.

4.1.1 PERSOALAN PENDIDIKAN KESIHATAN Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, kesihatan bermaksud keadaan atau perihal yang sihat, kesegaran serta kebaikan terhadap tubuh badan. Kesihatan juga turut merangkumi perihal fizikal dan mental. Badan manusia perlu mematuhi aspek kesihatan yang diselia oleh organisasi bertanggungjawab seperti Kementerian Kesihatan Malaysia supaya tidak diserang wabak dan penyakit berjangkit. Faktor kesihatan yang ideal perlu difahami dengan baik oleh semua orang dalam kalangan masyarakat agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini kepada tubuh. Dalam novel Kalvaria, penulis membicarakan penyakit Anoreksia. Anoreksia ialah sejenis gangguan pemakanan sehingga menyebabkan pesakit tersebut mula tidak menjaga pemakanan dengan teratur semata-mata untuk menjadi lebih kurus. Hal ini sering berlaku dalam kalangan golongan wanita berbanding kaum lelaki. Namun begitu, dalam novel Kalvaria, Anoreksia ditumpukan pada watak lelaki iaitu Najmi Haiqal. Dia pernah pengsan dalam dewan peperiksaan sehingga terpaksa

9

menangguhkan kertas peperiksaan. Najmi Haiqal hampir didiagnos oleh pakar psikiatri sebagai Anoreksia Nervosa. Pada zaman persekolahan sehingga universiti, badan Najmi Haiqal agak gempal sehingga dia pernah ditolak oleh perempuan yang pernah diminatinya seketika iaitu Afnani. Semenjak itu, dia berusaha bersungguh-sungguh menjadi seorang yang kurus melalui cara yang agresif. Antara petikan teks yang menunjukkan tentang Anoreksia ialah: “Hei Jemi! Kenapa dah semakin kurus ni? Akak tengok macam anoreksia je! Ujar Muni Qazrina sambil menyusun kerusi di dalam sivik. Memandang ke arah lelaki itu yang terlalu kurus kering dan berwajah cengkung” (Suwaibah Abdul Hadi, 2018: 49) Seterusnya, ia membincangkan secara rinci mengenai info-info Anoreksia. Petikan teks menggunakan bahasa yang mudah dan memudahkan pembaca untuk memahami segenap aspek mengenai persoalan Anoreksia. Berikut merupakan petikan teks yang menerangkan tentang Anoreksia secara mendalam: “Kenapalah dengan Jemi? Apalah nak dibanggakan sangat dengan anoreksia. Dalam negara kita ini sibuk bercakap mengenai wabak obesiti di seluruh dunia. Jemi pula mahu menjadi kurus, dan sanggup menahan lapar hanya sematamata menjaga penampilan. Jemi tidak yakin pada diri sendiri? Tanya Muni Qazrina sambil bangun ke arah meja. Menyusun peralatan pengukuran kesihatan. Dia ditugaskan membuat pengukuran tekanan darah dan sesi kauseling kesihatan kepada warga Kampung Seri Selasih yang akan datang ke Dewan Ibnu Sina pada petang nanti.

10

Orang yang mengalami anoreksia mempunyai sangat tinggi paras ghrelin dalam darah mereka iaitu hormon kelaparan yang memberitahu otak apabila ia adalah masa untuk makan. Tahap ghrelin yang tinggi menunjukkan bahawa badan mereka cuba sedaya upaya menukar aspek kelaparan. Bagaimanapun, rasa kelaparan ini telah ditindas dan diabaikan. “Bukan tak yakin kak. Entahlah! Asalnya, Jemi nak kuruskan badan je ke tahap normal dalam masa yang singkat. Lepas tu, terbawa-bawa sehingga sanggup berlapar pula,” jelas Najmi Haiqal mengaku. “Anoreksia merupakan masalah psikologi yang meningkat ketara khususnya dalam kalangan remaja. Ia merupakan kecelaruan pemakanan yang mengancam nyawa dengan ciri-ciri seperti ketakutan melampau terhadap berat badan yang banyak,” ujar Muni Qazrina. Dia mengingatkan adik angkatnya itu tentang fakta anoreksia. Anoreksia Nervosa mempunyai implikasi yang rumit dan boleh dianggap sebagai penyakit sepanjang hayat yang tak boleh benar-benar sembuh, tetapi hanya berjaya dari semasa ke semasa. Ia dicirikan oleh berat badan yang rendah, tabiat makan yang tidak sesuai. Individu yang mengalaminya suka mempraktikkan berulang kali memeriksa badan dengan mengukur berat, dan cermin diri memerhati bentuk badan, di samping tindakan-tindakan lain yang keterlaluan bagi memastikan mereka masih kurus. Gejala seperti pening, sakit kepala, mengantuk dan sakit kepala.” (Suwaibah Abdul Hadi, 2018: 53-54)

11

Persoalan pendidikan kesihatan sangat penting kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang dinamakan syurga makanan. Lantaran itu, banyak penyakit yang dihadapi oleh rakyat Malaysia berpunca gaya pemakanan yang tidak sihat serta tidak melakukan senaman yang teratur. Dalam novel ini, Najmi Haiqal sering menasihati Muni Qazrina supaya sentiasa menjaga pemakanan dan bersenam untuk mengurangkan berat badan. Walaupun hal ini agak menjengkelkan Muni Qazrina, tetapi nasihat adik angkatnya terus diikuti sehingga berat badannya menurun dan Muni Qazrina sudah mulai dapat memakai baju kebaya yang sesuai berat badannya. Najmi Haiqal menyuarakan kebimbangannya terhadap berat badan Muni Qazrina yang sudah sedikit kerana kakak kepada Najmi Haiqal, Ainun telah menghidap penyakit kencing manis akibat tidak menjaga pemakanan dengan baik. Sebagai Pegawai Sains Pemakanan, Najmi Haiqal sering memberi panduanpanduan yang ideal untuk diikuti oleh Muni Qazrina supaya menjaga berat badan dengan tidak menjejaskan kesihatan. Pak Musa, datuk sebelah ayah Muni Qazrina turut meninggal dunia akibat kesan kencing manis. Datuknya tidak sempat melihat Muni Qazrina menjadi seorang doktor dan seorang isteri seperti yang pernah dilihatnya kepada abang dan kak Muni Qazrina iaitu Dr Khalil Hilmi dan Mona Qhairina. Selain itu, pembaca juga turut diberi penjelasan mengenai fobia terhadap darah ataupun nama saintifiknya iaitu homophobia dalam bahasa Inggeris dan hemofobia dalam bahasa Melayu. Trauma ini ditunjukkan melalui watak Muni Qazrina yang terpaksa meninggalkan kariernya sebagai seorang pegawai perubatan kerana perasaan loya dan mual apabila berhadapan dengan darah dan nanah pesakit. Sepanjang housemanship, Muni Qazrina menghadapi kesukaran untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor pelatih. Ketika itu,

12

Muni Qazrina sudahpun berada pada Tahun 4 dan hampir sahaja menjadi seorang doktor yang disahkan lulus oleh Kementerian Kesihatan Malaysia setelah belajar hampir 5 tahun. Muni Qazrina cuba menceritakan derita ini kepada tenaga pengajar iaitu Dr Mazwin. Hal ini dapat dibuktikan dalam petikan teks yang berikut: “Saya dah cuba teruskan sehingga ke tahun akhir. Saya cuba kuatkan hati berhadapan dengan pembedahan dan pendarahan. Tapi, saya tidak boleh. Mual dan pening sehingga saya hampir pengsan. Bila saya rasa nak pitam, saya beredar dari situ,” terang Muni Qazrina. Cakap salah. Tak cakap salah. Dia jadi serba salah. “Apa maksud kamu?” “Saya sebenarnya hemofobia…”Muni Qazrina terpaksa memberitahu keadaan dirinya yang sebenar. “Kalau kamu tidak boleh berhadapan dengan pesakit atau pembedahan, masih banyak lagi ruang untuk berkerja dalam bidang ini. Kamu boleh ambil pengkhususan di jabatan lain. Masih banyak peluang di situ. Tidak semestinya kamu kena berhadapan dengan tugas yang melibatkan darah sepanjang masa,” nasihat Dr Mazwin. “Tapi, saya mual! Loya! Bau pun dah tak boleh,” ujar Muni Qazrina. Dia loya dengan bau darah dan spesimen pesakit. “Nasihat saya, agar kamu kuatkan hati sehingga menjadi Pegawai Perubatan. Selepas itu, sambung belajar ke bahagian kamu minat. Yang tidak melibatkan darah. Mungkin pendidikan perubatan, kesihatan awam atau psikiatri. Saya hanya bagikan contoh,” terang Dr Mazwin. Membantu meleraikan kekusutan pelajarnya itu.

13

(Suwaibah Abdul Hadi, 2018: 71-72) Petikan di atas menunjukkan bahawa hemofobia merupakan satu halangan buat mereka yang berkecimpungan dalam dunia perubatan. Hal ini dapat dilihat dalam watak Muni Qazrina yang terpaksa mengubah haluan hidup daripada menjadi seorang doktor kepada seorang cikgu. Dia sanggup untuk mengorbankan cita-cita dan masanya selama 4 tahun untuk menjadi seorang Pegawai Perubatan. Dia terpaksa melanjutkan pelajaran dalam Diploma Pendidikan selama 2 tahun di Institut Pendidikan berdekatan Kuala Lumpur bagi mengejar cita-cita baharunya iaitu menjadi seorang guru. Muni Qazrina juga tidak mampu terlibat secara langsung dalam ibadah korban ketika waktu penyembelihan kerana darah lembu turut menjadi igauannya. Neneknya hanya membenarkannya untuk memotong sayur-sayuran.

Tegasnya, isu kesihatan banyak disentuh dengan baik oleh penulis novel ini. Isu-isu kesihatan yang lain juga turut disentuh tetapi isu yang paling dilihat dominan ialah Anoreksia Nervosa, Obesiti dan Hemofobia dalam kalangan masyarakat. Kesedaran yang cuba dibangkitkan dilihat mampu memberi kefahaman yang pembaca supaya sentiasa cakna akan info kesihatan yang kini juga dapat menjaga kesihatan tubuh badan.

14

4.1.2 PERSOALAN PENDIDIKAN NASIONALISME Selain itu, unsur nasionalisme juga turut disemai dengan baik dalam novel Kalvaria.

Nasionalisme

ialah

perjuangan

anti-penjajah

untuk

mencapai

kemerdekaan negara dan pembebasan rakyat iaitu Merdeka (Syed Husid Ali: 2017). Nasionalisme merupakan suatu semangat yang penting supaya masyarakat mempunyai kesedaran dan jati diri yang teguh terhadap bangsa dan negara. Novel Kalvaria turut menyisipkan unsur nasionalisme dan patriotisme dalam subjek Sejarah. Pelajar-pelajar di SMK Seri Selasih menganggap subjek Sejarah sebagai mata pelajaran yang membosan lalu tidak berusaha untuk mempelajari dengan bersungguh-sungguh. Muni Qazrina cuba menangani permasalahan ini dengan mengajari subjek Sejarah secara progresif dan tidak hanya belajar dalam lingkungan ruang kelas. Sebagai contoh teks: “Apa erti kemerdekaan, cikgu?” tanya Vijay Krishnan yang merupakan satusatunya pelajar India di daerah itu. “Bagus Vijay! Kita perlu bersatu padu demi negara yang kita cintai. Tujuan kemerdekaan agar kita dapat mentadbir negara mengikut acuan kita sendiri,” ujar Cikgu Muni Qazrina. Semua pelajar mulai sedar akan sesuatu. Mereka terdiam. Hampir 45 minit masa berlalu. Begitu pantas. Mereka belum puas menghayati erti kemerdekaan. “Sekarang kamu semua boleh masuk ke kelas semula! Kita sambung pelajaran di dalam kelas pula!” Semua pelajar bersalam-salaman antara satu sama lain. Dia kehairanan. Seolah-olah mereka akan berpisah jauh!

15

“Minggu depan, kelas Sejarah akan diadakan di mana pula, cikgu?” tanya Luthi Hadi. “Hari ini saya nak kamu faham tentang erti sebuah kemerdekaan. Di kelas nanti, sila tulis semula peristiwa penting yang berlaku sebelum kemerdekaan. Hantar kepada Cikgu Habibah. Dia akan memberikan markah. Esok Cikgu Habibah dah masuk bertugas semula,” ujar Cikgu Muni Qazrina. Dia memahami. Pelajar sering kali kebosanan apabila mendengar tentang sejarah. Mereka sukar mengingati peristiwa. Semua pelajar berasa sangat seronok. Kelas yang tidak menjemukan membuatkan mereka merasa seronok membuat aktiviti di luar kelas. “Ammar, apa erti kemerdekaan bagi awak? Awak kan Perdana Menteri!” sinis Adibah Alawiyah. “Ammar Safri, kamu sebagai Perdana Menteri perlu menjawab soalan daripada rakan kamu,” ujar Cikgu Muni Qazrina. Rakan-rakan kelas Tingkatan 5 Bestari ketawa. “Bebas, cikgu! Kita bebas memerintah negara sendiri tanpa campur tangan penjajah!” ujar Ammar Safri bersemangat. Dia merasa tercabar! Rakan-rakan sinis terhadapnya. Jika tersilap, rakan-rakan lain tentu akan mengetawakannya. “Bagus Ammar!” ujar Cikgu Muni Qazrina dengan bangga. Dia menerangkan maksud di sebalik peristiwa itu. Betapa pemikiran rakyat di bumi ini tidak seharusnya dijajah. Tanah pusaka warisan perlu dijaga. Khazanah paling berharga. Minda pelajar perlu diasah agar berusaha membangunkan tahap pemikiran menguasai ilmu. Bagaimana negara luar yang hebat. Sehingga berupaya dikenali

16

di dunia. Tiada alasan untuk tidak bersuara. Setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan pendapat dan mempertahankan hak sosial. Jika hak sosial dicerobohi, ia adalah salah.” (Suwaibah Abdul Hadi, 2018: 175-177) Petikan teks di atas menunjukkan pentingnya kefahaman yang betul terhadap semangat nasionalisme terhadap negara dan mengetahui sejarah tanah air. Sekiranya generasi muda tidak didedahkan tentang peri penting sejarah negara, mereka tidak akan tahu tentang perjuangan pemimpin dahulu yang berjuang

untuk

mendapatkan

kemerdekaan

demi

kedaulatan

negara

ini.

Penjajahan minda akan berlaku seandainya generasi muda terus-menerus memandang enteng terhadap aspek pendidikan Sejarah kerana penyemaian semangat dan roh nasionalisme dan patriotisme lahir dalam subjek tersebut. Pelajar masa kini perlu ditekan aspek Sejarah bukan sahaja untuk pendidikan tetapi untuk kesedaran moral dalam diri.

4.1.2 PERSOALAN PENDIDIKAN YANG MANUSIAWI Dalam konteks ini, pendidikan tidak harus dipandang untuk mencungkilkan bakat terpendam serta kepintaran yang geliga dalam kalangan pelajar. Terdapat jurang perbezaan yang ketara dalam kalangan pelajar SMK Seri Selasih. Antaranya ialah keharmonian keluarga dan kewangan. Ammar Safri sering kali ponteng kelas Biologi kerana terpaksa menjaga keluarga dan menjual kuih yang dimasak oleh ibunya. Namun begitu, Muni Qazrina tidak terlalu pantas menghukumnya seperti andaian Cikgu Afifi Mokhtar bahawa Ammar Safri inginkan perhatian yang lebih

17

daripada Muni Qazrina. Muni Qazrina telah mengambil tindakan untuk pergi ke rumah Ammar Safri setelah Ammar Safri berhenti daripada menginap di asrama SMK Seri Selasih dan memilih untuk tinggal di rumah. Walaupun jaraknya tidak jauh, namun keprihatinan Muni Qazrina terhadap insan marhaen yang daif seperti Ammar Safri jelas kelihatan pada petikan teks di bawah: “Entah mengapa dia semakin mengambil berat pelajar di sekolah itu. Rasa ingin rapat dengan pelajar. Lebih-lebih lagi pelajar yang lemah dalam pelajaran. Mesti ada sesuatu kisah hidup yang istimewa. Ada pelajar yang diam membisu seribu bahasa. Memendam rasa permasalahan keluarga sehingga tidak tertumpu kepada pelajaran. Mereka diberati dengan masalah yang merungsingkan fikiran. Mereka tidak patut dibebani dengan masalah menganggu emosi. Usia remaja perlu dimanfaatkan dengan pengisian ilmu yang mencerna jiwa mereka.” (Suwaibah Abdul Hadi, 2018: 287) Seterusnya, Muni Qazrina turut melawat Ammar Safri dengan membawa bersama rombongan kelas ke rumah Ammar Safri yang terletak di hujung belakang SMK Seri Selasih. Antara petikan tersebut ialah: “Ayah pergi secara tiba-tiba. Pemergian ayah buat selama-lamanya ketika mengambil wuduk beberapa tahun lalu, menyebab kami sekeluarga terkejut. Ayah disahkan mengalami serangan jantung. Selepas ketiadaan ayah, emak mengambil alih tugas ayah sepenuhnya. Menjaga kami sekali gus mencari rezeki untuk menampung keperluan hidup kami sekeluarga. Emak melakukan apa sahaja kerja sehingga mengabaikan kesihatannya.

18

Apabila emak jatuh sakit, siapa lagi yang perlu berkorban kalau bukan Ammar sendiri. Ammar tidak boleh membiarkan emak terus terlantar. Walaupun masih bersedih dengan pemergiaan ayah secara tiba-tiba ketika mereka semua belum bersedia, Ammar perlu berbuat sesuatu sekarang. Sebab itulah Ammar terpaksa meninggalkan kelas dan menjaga keluarga. Demikian cerita Ammar. “Ammar, anggapalah ia dugaan hebat daripada Allah SWT. Cikgu datang ke sini bukan berniat untuk mencari aib keluarga Ammar. Mengetahui kisah duka Ammar. Bukan! Cikgu hanya ingin menjenguk keadaan Ammar. Cikgu risau tentang peperiksaaan SPM yang semakin hampir. Ammar makin kerap tidak ke sekolah. Bagaimana dengan cita-cita Ammar? Cikgu menaruh harapan yang tinggi. Ammar mesti buat yang terbaik! Tidak mahu mencungkil kisah keluarga pelajar itu. Melawat sekadar mengambil berat. “Bagaimana keadaan ibu Ammar sekarang?” tanya Cikgu Muni Qazrina. “Begitulah yang cikgu nampak,” ujar Ammar Safri menahan sedih. Menyapu air mata di hadapan Radhi Ilman dan cikgu yang di hormatinya. “Cikgu minta maaf. Cikgu tidak berniat untuk mengetahui kisah keluarga Ammar!” Ammar Safri menggeleng. Selama ini dia hanya memendamkan perasaan seorang diri. Tiada siapa yang tahu. Betapa dia memikul tugas sebagai seorang dan sebagai ayah kepada adik-adik yang masih kecil.” (Suwaibah Abdul Hadi, 2018: 294-295) Petikan di atas menunjukkan persoalan pendidikan manusiawi yang ditunjukkan oleh Muni Qazrina. Sebagai seorang guru, dia tidak hanya

19

mementingkan kecemerlangan akademik tetapi turut prihatin akan keperitan hidup pelajarnya yang memerlukan bantuan. Kepedulian Muni Qazrina terhadap Ammar Safri menunjukkan sifat ihsan seorang guru terhadap adik didiknya. Dengan ini, Ammar Safri tidak akan berasa tersisih dan tidak akan ketinggalan dalam pelajaran. Kegigihan Ammar Safri dalam menolong ibu dan adik-adik untuk mencari rezeki menyara kehidupan mereka sekeluarga. Hal ini menunjukkan kegigihan Ammar Safri memikulkan tanggungjawab sebagai seorang pelajar melebihi rakan-rakannya yang lain. Sifat manusiawi ini juga turut terakam melalui watak Adibah Alawiyah dan Radhi Ilman yang mula mengesan perubahan sikap Ammar Safri yang kerap ponteng sekolah selama beberapa hari dengan kerap. Walaupun Ammar Safri tidak menceritakan perkara yang sebenarnya kepada mereka, tetapi Adibah Alawiyah dan Radhi Ilman antara yang terawal mencuba membantu Ammar Safri. Sifat yang manusiawi ini merupakan aspek pendidikan yang tidak boleh diajar dalam melalui silibus pendidikan tetapi

4.1.3 PENDIDIKAN YANG MENGANGKAT AJARAN ISLAM Walaupun dunia telah meminggirkan konsep pendidikan dengan ajaran agama, namun Islam tidak bersifat memisahkan urusan dunia dan agama kerana menurut Islam agama adalah cara hidup (Siddiq Fadzil: 2012). Novel Kalvaria tidak hanya mempamerkan citra pendidikan yang unik tetapi turut mengangkat syariat Islam sebagai panduan hidup. Usaha murni Muni Qazrina turut didukung oleh Ustaz Wajdi Solihin dan Cikgu Habibah sebagai warden asrama. Mereka prihatin akan gejala sosial yang merebak dalam kalangan pelajar SMK Seri Selasih yang dilihat

20

punca utama kejatuhan mereka dalam akademik. Pelbagai usaha untuk memperbaiki sahsiah diri dan akhlak mereka serta membersihkan diri daripada sifat-sifat yang mazmumah. Hal ini demikian kerana manusia hanya akan berubah secara istiqamah apabila kembali kepada ajaran Islam yang sejati. Kesedaran yang timbul akan menginsafi mereka bahawa tugas seorang pelajar adalah belajar bersungguh-sungguh, menghormati guru, menjalankan perintah dan menjauhi larangan Allah SWT. Usaha tenaga pengajar SMK Seri Selasih untuk mengadakan program motivasi untuk memantapkan kerohanian para pelajar dalam dilihat dalam petikan yang berikut: “Mereka telah berpakat. Bersetuju sebulat suara untuk berganding bahu menjayakan program motivasi sebelum peperiksaan akhir di sekolah. Pengetua sangat berbesar hati kerana ramai guru yang terlibat. Program dilaksanakan oleh cikgu-cikgu di sekolah mendapat makluman ibu bapa. Program tiga hari dua malam itu meninggalkan kesan kepada pelajar. Itulah hajat Cikgu Muni Qazrina untuk kali terakhir dia berada di sekolah itu. Bersyukur kerana guru-guru lain turut memberi sokongan. Mereka tidak perlu tahu apa perancangannya nanti.Tidak sampai hati melihat pelajar-pelajar berdukacita. Kerana, ada rasa cinta yang kuat seolah sudah lama berputik di situ. “Ustaz, kita bagi pelajar-pelajar kita main-main terlebih dahulu. Kita hiburkan mereka dengan permainan ini. Biar mereka bermain sepuas-puasnya. Kita suruh mereka lukis wajah kawan mereka. Potret itu biar mereka simpan sampai bila-bila!” ujar Cikgu Muni Qazrina untuk program malam, iaitu acara kenali diri. Selepas Isyak ada tafsir al-Quran selesai. Pagi ada sesi ceramah. Petang pula ada sukaneka. Tentu pelajar berasa bosan dan penat!”

21

“Untuk apa semua semua ni Cikgu Muni?” tanya Ustaz Redha yang sibuk dengan ceramah motivasinya. “Supaya mereka ingat. Kawan yang baik, cerminan peribadi! Untuk program ini biar Cikgu Habibah yang menguruskannya,” ujar Cikgu Muni Qazrina. (Suwaibah Abdul Hadi: 509-510) Petikan di atas menunjukkan usaha mengangkat kesedaran agama dalam diri pelajar melalui wadah pendidikan. Hal ini dilihat lebih berkesan kerana berlaku interaksi yang jelas antara pengajar dan pelajar. Berbanding hanya seruan dalam kelas, pendidikan yang bersifat praktikal seperti program motivasi dilihat lebih efektif. Sebagai bukti, Ammar Safri mulai mendapat semula keyakinannya untuk belajar bersungguh-sungguh menghadapi peperiksaan SPM. Hal ini berlaku setelah dia turut terlibat dalam program motivasi anjuran Muni Qazrina. Usaha yang bersifat dakwah ini juga dibantu oleh Ustaz Wajdi Solihin dan Ustaz Redha yang lebih pakar dalam membuat slot kerohanian manakala slot motivasi lebih dikuasai oleh Cikgu Muni Qazrina dan Cikgu Habibah walaupun mereka pada asalnya bukan seorang guru Kaunseling yang tulen. Di samping itu, pelajar yang juga turut meningkat kesefahaman mereka terhadap Islam dengan nilai-nilai murni yang dianjurkan dalam kehidupan. Hubungan mereka yang selama ini agak dingin dan kurang mengambil berat antara satu sama lain juga terhapus apabila mereka mulai mengeratkan ukhwah serta silaturahim selepas menyertai program motivasi tersebut. Tambahan pula, ketegasan Muni Qazrina dan Ustaz Redha dalam memantau waktu solat pelajar lelaki dan perempuan menunjukkan pasal solat merupakan asas untuk berjaya dalam kehidupan. Pelajar yang ingin berjaya dalam

22

pendidikan perlu sentiasa menjaga solat supaya mendapat pertolongan dan reda daripada Allah SWT. Antara petikan teks bagi contoh ini ialah: “Sabar, Cikgu Muni!” ujar Cikgu Habibah. Dia mengambil semula senarai nama pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang tidak menunaikan solat Subuh di surau asrama daripada tangan Cikgu Muni Qazrina. Senarai nama hasil tangkapannya dengan Ustaz Redha pada saat kawan gurunya itu dan Cikgu Hang Tuah Nerada di hospital pada subuh hari. Rupanya, pelajar bersembunyi di dalam almari, bawah katil dan di sebalik dormitori. Pailng hebat, sanggup bersembunyi di atas siling dan terjun dari tingkat satu. “Macam mana nak dapat berkat? Kita hendak sangat latih pelajar agar mereka menunaikan solat Subuh berjemaah. Jangan ingat study hard, boleh jawab dengan baik tanpa keberkatan. Sedangkan ilmu itu lahir daripada Allah SWT!” tegas Cikgu Muni Qazrina. Dia perlu berbuat sesuatu. Kali ini dia sudah tidak peduli lagi. Pelajar-pelajar tersebut bagaikan anaknya sendiri. (Suwaibah Abdul Hadi, 2018: 211-212) Tuntasnya, pendidikan yang mengangkat ajaran Islam sangat penting kerana ia dapat memperbetulkan sahsiah dan akhlak pelajar. Mereka juga akan kembali merenungi kesalahan-kesalahan mereka dan akan bertaubat daripada mengulanginya. Berbeza dengan hukuman fizikal yang biasa dilakukan, pendidikan yang berteraskan agama dapat meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri pelajar dan kesannya adalah sepanjang hayat. Sejajar dengan prinsip agama Islam yang menganjurkan umat supaya sentiasa membersihkan diri daripada kotoran dosa yang kecil mahupun dosa yang besar. Teras agama hendaklah sentiasa utuh dalam diri generasi kerana mereka masih mudah dibentuk berbanding orang

23

dewasa yang sudah leka dan alpa akan tanggungjawab terhadap Allah. Pada peringkat usia remaja lagi mereka seharusnya perlu sentiasa diberikan bimbingan agama agar tidak terpesong dengan kebejatan gejala sosial yang semakin menular.

4.1.4 PERSOALAN PENDIDIKAN KASIH-SAYANG DALAM KELUARGA Keluarga merupakan salah satu unit sosial dalam masyarakat. Ia terbina dengan ikatan perkahwinan dan bilangan ahli dalamnya. Institusi kekeluargaan penting untuk membina masyarakat yang mempunyai kelompok sosial yang teratur. Keluarga yang bahagia pula merupakan idaman semua orang kerana ia adalah salah satu anugerah Allah SWT dalam kehidupan. Dalam novel Kalvaria, persoalan pendidikan kasih-sayang dalam keluarga sering ditekankan dalam keluarga Muni Qazrina dan watak sampingan itu Puan Azean. Kedua-dua watak ini melalui kisah yang berbeza di mana Muni Qazrina dilahirkan dalam lingkungan keluarga yang bahagia manakala rumah tangga Puan Azean mulai hancur apabila suaminya berlaku curang terhadapnya. Puan Salbiah sering menasihati anaknya agar sentiasa menjaga keharmonian rumah tangga selepas Muni Qazrina berkahwin dengan Najmi Haiqal. Manakala Muni Qazrina pula sentiasa meminta ibunya agar menumpukan perhatian kepada ayahnya, Dr Ahmad yang bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu sementara Puan Salbiah bertugas di Kuala Lumpur. Kesibukan Puan Salbiah bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Ekspres Railway Transit Sdn. Bhd telah merisaukan Muni Qazrina kerana tindakan ibunya dilihat sebagai mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri terhadap seorang suami. Menurut Muni Qazrina, kesetiaan seseorang akan diuji

24

walaupun sudah lama menempuh alam pernikahan. Antara petikan teks yang menunjukkan persoalan pendidikan kasih-sayang dalam keluarga ialah: “Mungkin papa sedang makan malam dengan perempuan lain!” sengaja Muni Qazrina membangkitkan kemarahan mamanya yang tidak memahami papa. “Muni, jangan nak naikkan tekanan darah mama! Tak baik tau!” “Mama ni! Sampai bilalah kehidupan mama dan papa macam ni. Sekejap papa di KT. Sekejap papa di KL. Papa terpaksa berulang-alik. Mama pula kerja di KL. Tak sanggup Muni lihat kehidupan mama dan papa begini. Suami isteri yang sah, tetapi hidup seorang diri!” “Muni, dah nasib nama dan papa berjauhan begini,” “Mama boleh merancang dengan papa. Berbincang dengan baik apa salahnya!” “Jawatan mama taka da di KT. Papa yang sepatutnya berpindah ke KL. Temani mama!” “Mama, bukan papa tak nak temani mama jika papa kerja di KL. Yang jadi masalahnya, jika papa kerja di KL, lagi taka da masa nak jumpa mama! Mama sentiasa kerja, kerja dan kerja! Tak sedar siang atau malam. Sebab itu papa balik sini. Kerja di kampong. Sekurang-kurangnya ada nenek yang akan melayan makan minum papa,” ujar Muni Qazrina. “Dah lama hidup kami begini! Taka da apa-apa yang perlu dirisaukan. Papa tu jujur dan setia orangnya. Papa tak mungkin akan menyakiti hati mama.”

25

“Mama, papa terpaksa mengalah bila bersama mama. Hanya mama sahaja yang kurang mengerti. Atau mama sengaja buat tak faham?” “Muni! Mama bertuah dapat suami seperti papa. Papa, suami yang baik.” “Mama, lelaki boleh berubah jika sampai masa dan ketikanya. Jangan bila sampai papa berubah sikap, ada calon isteri kedua, ketika itu, barulah mama nak merayu cinta papa semula!” nasihat Muni Qazrina. Dia sayangkan keluarganya. Dia ingin melihat mama dan bersama dengan papa sebagaimana orang lain. “Muni. Jaga mulut tu. Jangan pedas sangat,” ujar Puan Salbiah yang berfikir semula dengan kata-kata anaknya itu. Ada benarnya. Lelaki tetap lelaki. Ada pasang dan surutnya. Tapi, dia mengenali siapa suaminya. Setia pada cintanya. (Suwaibah Abdul Hadi, 2018: 309-310) Petikan di atas menunjukkan bahawa ego Puan Salbiah agak tinggi kerana tidak mahu mengalah untuk hidup bersama-sama Dr Ahmad di Kuala Terengganu. Puan Salbiah terlalu menumpukan kerjayanya kerana ingin fokuskan tender Kerajaan

Persekutuan

dalam

projek

landasan

kereta

api

yang

bakal

menghubungkan Pantai Timur ke Kuala Lumpur. Bekas tunang Muni Qazrina, Ariffin pula telah pecah amanah sehingga menghancurkan kepercayaan Puan Salbiah terhadap orang dianggap bakal menggantikannya itu. Muni Qazrina cuba untuk menasihati ibunya agar tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada ayahnya, Dr Ahmad. Muni Qazrina bimbang kerana Dr Ahmad seolah-olah kesunyian tanpa teman di Kuala Terengganu sedangkan ayahnya itu mempunyai seorang isteri yang sah. Usaha Muni Qazrina tidak dilihat seperti memperkecil ibunya tetapi sekadar mengingati

26

tentang peranan ibu yang bukan sahaja sebagai Ketua Pegawai Eksekutif tetapi seorang isteri kepada Dr Ahmad. Mendidik ibunya mengenai persoalan kasihsayang dalam keluarga agak sukar kerana keegoan ibunya yang menganggap Dr Ahmad hanya akan setia padanya dan tidak akan mencari pengganti yang lain. Walaupun benar Dr Ahmad seorang yang setia, tetapi Puan Salbiah tidak seharusnya membiarkan suaminya berseorangan pada jangka masa yang lama. Tegasnya, persoalan pendidikan kasih-sayang dalam keluarga turut dianjurkan dalam Islam iaitu keluarga sakinah mawaddah. Kebahagian dalam keluarga dapat dipupuk apabila seorang isteri mentaati perintah suami dan suami menjalankan segala tanggungjawabnya terhadap isteri dan keluarganya. Sekiranya tidak dididik mengenai kepentingan kasih-sayang dalam keluarga, kebahagiaan tidak akan muncul dan sesebuah keluarga tidak akan mencapai pundak kebahagiaan. Kebahagiaan yang tidak palsu harus seiring dengan seruan dalam ajaran Islam di mana kebahagiaan diukur dengan bersyukur dan patuh terhadap perintah Allah SWT kerana dari Allah SWT datangnya bahagia.

KESIMPULAN Novel Kalvaria merupakan sebuah novel popular yang tidak bersifat picisan biasa. Hal ini demikian kerana ia tidak hanya sarat dengan persoalan cinta seperti kebiasaan novel popular di pasaran. Suwaibah Abdul Hadi bijak menghidupkan watak utama dan sampingan dengan perwatakan yang tersendiri. Gaya bahasa yang penulis yang mudah sangat melancarkan pembacaan kerana pembaca tidak akan berasa berat untuk membaca novel ini dan mudah untuk mentafsir isi dan pengajaran yang dilontarkan oleh penulis.

27

Tegasnya, persoalan pendidikan yang ditulis oleh penulis dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu pendidikan kesihatan, pendidikan agama, pendidikan kasih-sayang, pendidikan nasionalisme dan pendidikan kemanusiaan. Novel Kalvaria telah menjadi medium yang baik untuk menyegarkan pemikiran masyarakat yang dilihat lesu akan isu semasa dan meninggalkan aspek kerohanian diri. Akhir sekali, novel Kalvaria merupakan sebuah novel gendre yang sangat sesuai untuk dibaca oleh majoriti dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan muda yang ingin menjadi insan yang lebih baik daripada diri pada masa yang lalu.

28

RUJUKAN Kamus Dewan Edisi Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nurul Izza Rosly. 2013.

Alami Komplikasi Fizikal dan Psikologikal: Penangan

Anoreksia Nervosa. Kosmo Online, 3 Ogos: 25. Siddiq Fadzil. 2012. Islam dan Melayu: Martabat umat dan daulat rakyat. Kajang : Akademi

Kajian Ketamadunan.

Suwaibah Abdul Hadi. 2018. Kalvaria. Kuala Lumpur: Institut Buku& Bahasa Malaysia

Berhad.

Suwaibah Abdul Hadi. 2018. Penulis Novel Kalvaria. Temu bual. 10 Disember. Syed Husin Ali. 2017. Sejarah Rakyat (Khususnya Perkembangan Nasionalisme) Malaysia. Centre.

Kuala Lumpur: Strategic Information and Research Development

Related Documents

Ulasan Buku.docx
December 2019 14
Novel
June 2020 48
Novel
May 2020 30
Novel
May 2020 27

More Documents from ""