SKMM2093 NOVEL MELAYU MAJLIS DISKUSI NOVEL
PENGGUNAAN TEORI RASA FENEMONOLOGI DALAM NOVEL KALVARIA NUR SYAFIQAH BINTI ZULKIFLI
ABSTRAK Novel Kalvaria karya Suwaibah Abd Hadi merupakan sebuah novel tentang kehidupan yang penuh kerjaya. Kehidupan yang mengejar cita-cita dan keinginan. Hal ini dapat dilihat apabila Suwaibah Abd Hadi mereka kisah tentang seorang watak yang bernama Muni Qazrina pada mulanya berada dalam bidang perubatan dan di saat- saat akhir menukarkan bidang perubatan kepada bidang perguruan. Dalam novel Kalvaria juga Suwaibah Abd Hadi ingin menunjukkan bagaimana Muni Qazrina mempertahankan keputusannya. Tanpa disokong. Hanya dia yang mengejar cita-citanya sendiri dan juga mengejar cintanya sendiri tanpa diperjodohkan oleh keluarganya. Dia telah memilih jalan yang tidak tefikir selama ini dan juga jalan cerita cintanya tidak disangka akan bersama seorang lelaki yang lebih muda pada mulanya menganggap dirinya sebagai kakak angkat sahaja. Keluarganya juga tidak menjangka seorang bakal bergelar doktor akhirnya menukar bidang perguruan. Dalam novel Kalvaria juga menujukkan bagaimana kehidupan Muni Qazrina sebagai seorang guru yang berkhidmat di SMK Sri Selasih.
1
ABSTRACT The novel Kalvaria by Suwaibah Abd Hadi is a novel about a career full of life. The life that pursues ideals and desires. This can be seen when Suwaibah Abd Hadi tells them about a character named Muni Qazrina who was originally in the medical field and at the last minute changed the field of medicine to the field of teaching. In the Kalvaria novel Suwaibah Abd Hadi wants to show how Muni Qazrina retains his decision. Unsupported. Only he who pursues his own goals and also pursues his own love without being married to his family. He has chosen the unpredictable path so far as well as his love story is not expected to be with a younger man who initially thought of himself as a foster sister. His family also did not expect a doctor who would eventually change the field of teaching. In the novel Kalvaria also shows how Muni Qazrina's life as a teacher serving at SMK Sri Selasih.
PENDAHULUAN Novel Kalvaria mengisahkan tentang kehidupan yang penuh dengan kerjaya. Sangatlah mementingkah kerjaya. Kesemua watak yang dibina mempunyai kerjaya yang sangat tinggi. Cikgu Muni sebagai seorang guru malah sebelum Muni Qazrina menukar bidangnya dalam bidang perguruan Muni adalah seorang yang bakal bergelar doktor. Bidang perubatan adalah bidang yang dipandang tinggi, mampu untuk selamatkan beribu nyawa. Tapi siapa sangka gelaran bakal doktor dilepaskan begitu saja. Tugas seorang guru di SMK Seri Selasih menjadikan Muni Qazrina seorang yang sudah menemui yang dikehendakinya selama ini. Bidang yang bersesuaian dengan dirinya. Konflik dalam dirinya apabila hendak meninggalkan ruang kedoktoran untuk memasuki ruang baru. Ruang yang tidak pernah dia terfikir. Kecewa ada pada dirinya kerana tidak dapat menjadi seperti bapanya, Dr. Ahmad dan tidak dapat memenuhi impian ibunya, Puan Salbiah. Muni Inginkan jalanya sendri tanpa dipaksa oleh orang tuanya atau keluarganya. Muni ingin mencorakkan sendiri langkahnya. Soal kerjaya, soal cinta dan soal membuat keputusan untuk kelangsungan hidup menemukan Muni Qazrina dengan pelbagai peristiwa dan karenah manusia yang akhirnya membentuk perjalanan hidupnya.
2
Keputusan telah dibuat, Muni tetap dengan keputusannya. Muni telah pun memohon untuk menjadi seorang guru. Walaubagaimanapun, ilmu yang Muni telah timba semasa dalam bidang perubatan tidaklah disia-siakan begitu saja. Sebelum Cikgu Muni menjadi seorang kaunselor sekolah beliau juga mengajar subjek Biologi pada pelajar SMK Seri selasih sebagai guru ganti.
LATAR BELAKANG NOVEL Novel kalvaria berlatar belakangkan suasana di Institusi Pendidikan. Pengarang membina watak seorang Cikgu Muni yang telah bertukar bidang perubatan kepada bidang perguruan. Muni Qazrina seorang yang sangatlah kasih pada anak muridnya ketika bertugas di SMK Seri Selasih. Kasihnya terhadap anak murid tidak tumpah seperti anak sendiri. Cikgu Muni bertugas sebagai seorang kaunselor ketika berkhidmat di SMK Seri Selasih. Watak Seorang Cikgu Muni yang begitu rapat dengan perlajar. Contohnya, Cikgu Muni kasih pada salah seorang pelajarnya, Adibah Alawiyah. Cikgu Muni yang memberikan kasihnya sementara menggantikan tempat ibunya, Aldona isteri kepada Kapten Johan. Tetapi tidak sama kasih seorang ibu dengan kasih seorang cikgu. Disinilah pengarang ingin menunjukkan bahawa kebenaran hanya akan diketahui selepas kehancuran, kemusnahan hubungan kekeluargaan atau persahabatan. Fitnah, hasutan, tuduhan dan sebagainya membuatkan hidup menjadi sukar. Pahit untuk ditelan. Namun, dihujungnya tentu ada rasa manis yang berpanjangan. Sakitnya dugaan, manisnya anugerah dari tuhan. Inilah kata-kata sendiri dari pengarang iktibar daripada sebuah novel Kalvaria. Memang benar dalam kehidupan banyak rencahnya. Dapat dilihat bagaimana pengarang membina watak seorang Cikgu Muni dahulunya merupakan seorang yang cenderung dalam bidang perubatan tetapi telah menukar bidang kerjayanya kepada seorang guru oleh kerana hemofobia yang dialami oleh Cikgu Muni. Dalam Novel Kalvaria juga pengarang menunjukkan setiap watak dibina dengan kehidupan keluarga berlandaskan kerja semata-mata. Sebagai contoh, Puan Salbiah iatu seorang emak kepada Muni Qazrina begitu sibuk sehinga tiada masa untuk keluarganya apatah lagi
3
suaminya merupakan seorang doktor dengan gelaran Dr. Ahmad. Begitu juga denga Cikgu Muni yang asyik dengan kerjayanya dan begitu gigih berusaha dalam mencapai impiannya.
LATAR BELAKANG PENGARANG Novel Kalvaria dikarang oleh Suwaibah Abd Hadi merupakan karya beliau yang masih baru dalam dunia penulisan. Cetakan pertama novel Kalvaria ialah pada tahun 2018 dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad dengan kerjasama Persatuan Nasional Malaysia. Menurut Suwaibah Abd Hadi (2018) dalam buku Kalvaria beliau merupakan seorang Pegawai Sains Pemakanan yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands. Beliau juga merupakan anak jati Terengganu. Beliau dilahirkan pada 12 April 1976 di Kampung Teluk Menara, Manir, Kuala Terengganu. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Teknologi Makmal Perubatan di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan 1993. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai juruteknologi Makmal Perubatan di Jabatan Patalogi Kimia, Hospital USM selama empat tahun. Beliau juga turut menimba dan mempunyai pengalaman di Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, UKM Kuala Lumpur pada tahun 2001-2003. Beliau juga mengikuti latihan Sijil Pengurusan Keselamatan Makanan di Kolej TESDEC tajaan kerajaan Negeri Terengganu. Suwaibah Abd Hadi pernah juga bertugas sebagai pensyarah yang merangkap Ketua Jabatan Teknologi Makmal Perubatan di Kolej Islam Sains dan Teknologi. Pada tahun 2008 pada bulan Oktober sejak itu beliau berkhidmat sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan (Anatomi/kemahiran Klinikal /patalogi) selama tujuh tahun di Fakulti Perubatan, Univerisit Sultan Zainal Abidin. Beliau juga berpengalaman selama 14 tahun dalam bidang teknologi makmal perubatan dan sains kesihatan. Suwaibah Abd Hadi juga merupakan Editor Buletin Cakna Sihat Fakulti Perubatan. Beliau juga aktif dalam penyelidikan perubatan kerana minat yang mendalam serta inspirasi bagi beliau untuk hasil karya yang bercorak ilmiah, penyelidikan perubatan dan sains kesihatan.
4
TEORI RASA FENEMONOLOGI Teori rasa fenemonologi merupakan sebuah teori yang memperlihatkan dan memberi pelbagai rasa kepada pembaca. Antara rasa sedih, kecewa, marah dan hiba kesemua rasa ini menjadi kesan apabila pembaca membaca sesebuah karya. Apabila pembaca membaca karya di pertengahan plot ia pastinya mempunyai pelbagi konflik. Daripada konflik tersebut pembaca membayangkan dirinya dalam situasi. Bagaimana kalau pembaca itu sendiri mengalami masalah tersebut. Oleh sebab itu, wujudnya pelbagai rasa ketika membaca sesuatu karya sastera kerana manusia mempunyai pelbagai perasaan dan menghayati kisah tersebut. Bukan baca sekadar baca hanya untuk suka-suka ianya tidak akan memberi apa-apa rasa. Teori rasa fenemonologi juga diperkenalkan oleh Sohaimi Abd Aziz merupakan seorang sarjana dan pensyarah di Universiti Sains Malaysia. Teori Rasa Fenemonologi merupakan kajian beliau semasa di peringkat sarjana dan kedoktoran.Teori Rasa Fenomenologi terbina secara hibridisasi hasil daripada kombinasi dan penyesuaian dua buah teori estetik yang berasal dari timur (India) dan Barat. Teori-teori yang dimaksudkan itu ialah teori Rasa-dhvani dan teori estetik fenomenologi Roman Ingarden. Teori Rasa-dhvani merupakan teori estetik yang tergolong dalam teori religion-aesthetic kerana ia berhubung dengan metafizik (Sohaimi Abdul Aziz.1998:6) Karya kesusasteraan Melayu kaya dengan estetik. Walaubagaimanapun, usaha untuk membawa pembaca kepada menikmati estetik itu tidak diberi jalan yang sewajarnya. Usaha yang dilakukan oleh Muhammad Haji Salleh dan V.I. Braginsky menyelongkari estetik dalam karya Melayu disifatkan oleh Sohaimi sebagai lebih bersifat objektif. Bagi tujuan supaya pembaca dapat menikmati kenikmatan dan merasa.
5
TEORI RASA FENEMONOLOGI DALAM NOVEL KALVARIA RASA MARAH Dalam Novel Kalvaria pengarang ada menyelitkan suasana yang penuh emosi supaya pembaca sampai maksud yang dirasai oleh watak dalam cerita. Antaranya dapat dilihat apabila pengarang memasukkan kisah cerita yang menimbulkan rasa marah. Rasa marah dapat dilihat pada petikan teks di bawah. “Saya ingin penjelasan daripada kamu!” “Penjelasan apa Cikgu Muni?” “Apa maksud kamu berbuat begini terhadap saya? Saya datang ke sini untuk membimbing kamu menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat. Bukan menjadi sampah dalam masyarakat!” “Saya minta maaf, Cikgu Muni. Saya tidak faham kenapa saya dipanggil! ” “Awak sebenarnya telah memalukan nama baik saya!” “Kalau saya yang bersalah, saya minta maaf, Cikgu Muni!” kata Ammar Safri. Dia menyayangi cikgu itu. Dan, berjanji untuk berlajar dengan lebih baik demi masa depannya. “Apa masalah awak sehingga awak berani menconteng arang ke muka saya ni! Sedangkan saya dan cikgu-cikgu lain bersusah payah mendidik awak. Kami meluangkan masa emas dan tenaga kami untuk membimbing awak sehingga awak boleh menjadi pemimpin suatu hari nanti. Untuk apa semua ni?” Ujar Cikgu Muni Qazrina. Entah kenapa dia menjadi tegas dan hilang kawalan perasaan
6
(Suwaibah Abd Hadi, 2018: 482, 483) Dapat dilihatt dalam Novel Kalvaria menggunakan teori rasa fenemonolgi. Hal ini dapat dibuktikkan dengan, perwatakan Cikgu Muni yang rasa marah terhadap pelajarnya akibat perbuatan Ammar Safri yang sudah melampaui batas antara pelajar dan guru. Sedangkan Ammar Safri juga difitnah dan tidak mengetahui perkara itu dengan jelas. Rasa marah merupakan sesuatu perasaan yang geram terhadap sesuatu perkara yang boleh menurunkan tahap kesabaran seseorang. Perkataan ‘sampah’ yang dilontarkan kepada Ammar Safri menujukkan begitu mendalam maksudnya yang hendak disampaikan oleh Cikgu Muni.
RASA TAKUT Selain itu, dalam Novel Kalvaria juga pengarang memasukkan rasa yang membuatkan pembaca juga berasa takut. Takut merupakan sejenis perasaan seorang individu tidak mampu untuk menghadapinya. Takut juga boleh menyebabakan seseorang itu mengalami fobia, Seperti Cikgu Muni yang fobia akan darah dan mengalami hemofobia. Antara perasaan takut yang dapat dilihat dalam petikan teks ialah, apabila pelajar melihat sosok yang seakan hantu. Penampakan lembaga menyebabkan pelajar rasa takut lalu dirasai oleh pembaca bagaimana situasi apabila berlaku seperti itu juga. Ia sudah semestinya pembaca akan berasa seram dan tertanya-tanya betulkah ianya hantu atau cuma bayangan pelajar sahaja. “Apa yang berlaku sebenarnya?” “Saya Nampak sesuatu di tingkap!” ujar Adibah Alawiyah. Rakannya yang lain hanya mengangguk tanda setuju. Mereka nampak lembaga yang sama. “Nampak apa?” “Macam hantu cikgu. Dia berambut putih!” kata Adibah Alawiyah. “Tak mungkin hantu. Mungkin kawan kamu memakai tudung putih. Mungkin ada kawan kamu yang tidak masuk dewan!” ujar Ustaz Wajdi Solihin menafikan apa yang dipandang pelajar itu. 7
“Ustaz dia hanya senyum memandang ke arah saya. Matanya besar! Saya takut!” Adibah Alawiyah yakin akan perkara dilihatnya.
(Suwaibah Abd Hadi, 2018: 282 & 283)
Petikan di bawah juga merupakan contoh rasa takut yang dimasukkan oleh pengarang. “ Siap ada suara hantu di satu selekoh di dalam hutan itu? Kami dengar. Seramlah ustaz!” kata Radhi Ilman yang masih belum tidur. “Mungkin betullah tu. Suara hantu!” Ustaz Redha mengiakan jawapan. “Seramlah, ustaz!” kata Adibah Alawiyah (Suwaibah Abd Hadi, 2018: 392) Pengarang memasukkan rasa takut apabila pengarang mereka cerita dalam novel Kalvaria apabila pelajar- pelajar Cikgu Muni Qazrina perlu memasuki hutan pada waktu malam. Keadaan pada waktu malam memasuki hutan memberikan rasa takut. Pelbagai perkara difikirkan dalam hutan tentang penampakkan pocong yang dilakonkan oleh cikgu-cikgu yang terlibat memberikan rasa takut kepada pelajar. Selain itu juga, rasa takut memberikan rasa semangat kepada pelajar supaya terus menghadapi ketakutan dan dapat melawan perasaan takut tersebut. Petikan di bawah juga menerangkan tentang rasa takut akibat dibuli oleh pelajar di sekolah. Sehinggakan watak seorang lelaki mencipta alasan untuk mengambil peperiksaan persendirian oleh kerana perasaan takut yang dialami oleh Ammar Safri. “Cikgu, mereka mengugut saya. Jika saya datang ke sekolah, mereka akan pukul saya!” ujar Ammar Safri ketakutan. Pengalaman pernah ditumbuk sehingga bengkak hidungnya adalah pengalaman ngeri. Mengapa dia disakiti sedangkan dia tidak pernah mengacau sesiapa. Dia bukan orang berada. Tidak ada duit untuk dijadikan cagaran. Mungkin hanya kerana dia mula menjadi perhatian guru sejak dirinya menjadi pelajar berpotensi di sekolah. Bakatnya di asah perlahan-lahan oleh cikgu itu. 8
(Suwaibah Abd Hadi, 2018: 297)
RASA MUAL Seterusnya, novel Kalvaria juga memasukkan rasa mual yang dihadapi oleh watak Muni Qazrina yang merupakan seorang bidang perubatan pada awalnya, setelah itu beralih minat pada tugas seorang guru
apabila Muni Qazrina mneyedari bahawa beliau adalah hemofibia. Loya
merupakan sejenis rasa yang memualkan dan berasa pening apabila menghadapinya. Hal ini dapat dibukttikan lagi berdasarkan petikan di bawah. “Apa maksud kamu?” “Saya sebenarnya hemofobia…” Muni Qazrina terpaksa memberitahu keadaan dirinya yang sebenar. “Kalau kamu tidak boleh berhadapan dengan pesakit atau pembedahan, masih banyak lagi ruang untuk bekerja dalam bidang ini. Kamu boleh ambik pengkhususan di jabatan lain. Masih banyak peluang di situ. Tidak semestinya kamu kena berhadapan dengan tugas yang melibatkan darah sepanjang masa,” nasihat Dr Mazwin. “Tapi, saya mual! Loya! Bau pun dah tak boleh,” Ujar Muni Qazrina. Dia loya dengan bau darah dan specimen pesakit (Suwaibah Abd Hadi, 2018: 71) Petikan di bawah juga menunjukkan rasa loya yang dihadapi oleh watak Muni Qazrina yang dimasukkan oleh pengarang. “Imah, Muni dah nekad. Muni dah tak boleh tahan. Muni loya dengan bau darah. Bau spesimen pesakit. Muni rasa tak boleh tahan sangat! Bukan Muni jijik dengan semua ini. Cuma Muni loya denga bau darah! Macam mama!” jelas Muni Qazrina. 9
(Suwaibah Abd Hadi, 2018: 380) Hal ini disebabkan oleh, Muni Qazrina yang telah berubah fikiran untuk tidak meneruskan lagi dalam bidang perubatan. Perkara ini bukan sahaja tidak dipersetujui oleh ahli keluarga Muni Qazrina. Malah, doktor yang mengajar dan membantu Muni Qazrina dalam membantunya untuk mendapat gelaran doktor juga tidak bersetuju dengan piliha Muni Qazrina yang berubah fikiran pada saat-saat akhir.
RASA HIBA Seterusnya, rasa hiba
juga ditunjukkan dalam Novel Kalvaria, dapat dilihat dalam Novel
Kalvaria apabila pengarang memasukkan kisah seorang ibu yang kehilangan anaknya berusia lima tahun. Tidak dapat digambarkan perasaan seorang ibu yang kehilangan anak sendiri. Tiada kata yang mampu terucap. Hiba menujukkan perasaan sedih yang melampau akibat suatu tragis yang sukar untuk diterima. Perasaan hiba juga membuatkan seseorang akan mengalami kemurungan dan sedih yang berpanjangan sehinggalah ia dapat menerima hakikat sesuatu kebenaran. “Doktor,saya nak anak saya! Saya hanya ada seorang anak! Dialah satu-satunya penawar hati kami!” Rayu ibu kepada anak kecil berusia lima tahun itu.
(Suwaibah Abd Hadi, 2018: 371) RASA SEDIH Selanjutnya, dalam Novel Kalvaria menunjukkan rasa sedih apabila difitnah. Hal ini dapat dilihat pada teks dibawah, apabila watak seorang isteri yang telah difitnah bersama lelaki lain telahpun menjadi janda akibat perbuatan fitnah tersebut. Fitnah merupakan perbuatan menceritakan sesuatu benda tanpa ada bukti yang sahih. Fitnah juga, disebabkan oleh mulut orang ramai yang menyebarkan cerita yang tidak betul. Disebabkan itulah, fitnah akan memburukkan lagi keadaan. Seeloknya, berdiam diri jika tidak mengetahui sesuatu kebenaran.
10
Pengarang cuba untuk membangkit suasana cerita supaya pembaca dapat merasai apa yang dirasai oleh watak apabila difitnah. Teori rasa juga, memberi pengalaman kepada pembaca melalui apa yang dibaca. Seterusnya, memberi rasa kepada pembaca. Apabila difitnah pasti wujudnya rasa marah dan juga sedih. Lumrah manusia mempunyai pelbagai perasaan dan perasaan itu adalah mampu atau tidak untuk mengawalnya. “Ada anak saudara Kak Yan bagi tahu kepada mak ayah Kak Yan di kampung. Kak yan dimarahi mak dan ayah. Kak Yan dipulaukan mereka. Sehingga Kak Yan sudah tiada tempat untuk bergantung nasib lagi,” cerita Puan Azean dengan sedih. Air matanya mengalir laju. “Sabar Kak Yan. Semua ini kerana saya!” kata Muni Qazrina “Bukan! Muni tidak bersalah dalam hal ini. Kak Yan yang salah! Kak Yang tidak sepatutnya melayan lelaki itu datang ke rumah sehingga menimbulkan fitnah!” kata Puan Azean. (Suwaibah Abd Hadi, 2018: 118) RASA RISAU Selain itu, pengarang juga ada memasukkan rasa kerisauan dan kebimbangan terhadap sesuatu perkara. Perasaan risau merupakan suatu rasa yang membimgbangkan akan sesuatu perkara dan ianya selalu bermain difikiran sehinggalah mendapat kepastian ataupun mengetahui perkara sebenar yang telah berlaku yang akan memberikan kelegaan kepada individu tersebut. Hal ini, dapat dilihat pada teks di bawah. “Err, saya minta maaf cikgu sebab tidak dapat datang ke sekolah!” “Kenapa? Apa masalah kamu?” Tanya Cikgu Muni Qazrina. “Saya jaga mak. Mak sakit!” ujar Ammar Safri mula menceritakan kisah keluarganya. Adik-adiknya masih kecil. Cikgu Muni Qazrina dipelawa masuk kedalam rumah. Entah kenapa, air matanya mula mengalir. Dia menyapu dengan kain tudungnya. Jiwanya mudah tersentuh. Betapa hebat anak ini. Sejuk Rahim seorang ibu melahirkannya. Anak ini sungguh mulia akhlaknya. Menjaga ibu yang lumpuh sebelah badan. Seorang ibu yang tidak berdaya lagi untuk menjalankan tugas harian kerana angina ahmar. Keadaaan ibu yang sudah tidak berdaya lagi untuk berkata-kata. Kata hati Cikgu Muni Qazrina
11
(Suwaibah Abd Hadi, 2018: 293) Watak seorang Cikgu Muni yang risau akan keadaan pelajarnya iaitu Ammar Safri, sering tidah hadir ke sekolah. Perbuatan Ammar Safri telah menimbulkan kerisauan pada Cikgu Muni sehinggakan Cikgu Muni sanggup pergi ke rumah pelajarnya untuk mendapatkan kepastian. Setelah mendapat kepastian barulah Cikgu Muni mengetahui hal yang sebenar selama ini Ammar Safri kerap kali tidak hadir ke sekolah disebabkan oleh menjaga emaknya yang sedang terlantar sakit akibat lumpuh sebelah badan. Seterusnya, petikan di bawah juga menujukkan rasa risau terhadap seseorang akibat terlampau menjaga badan. Hal ini dapat dilihat, apabila Najmi Haiqal terlampau menjaga badan dan selalu ingin kelihatan kurus sehingga sanggup mengabaikan waktu makan. Keadaan Najmi Haiqal yang terlampau kurus begitu membimbangkan Muni Qazrina. Rasa risau terhadap Najmi Haiqal yang sudah dianggap sebagai adik angkatnya. “Kenapa Jemi Jadi begini?” Tanya Muni Qazrina inginkan kepastian. “Jemi sanggup menahan lapar dan sengaja mengurangkan selera dengan tujuan memperoleh bentuk badan langsing dan mengghairankan. Jauh berbeza daripada biasa. Itu sahaja!” Najmi Haiqal menyatakan pendiriannya. “Jemi, kemerosotan badan yang serius menjejaskan sistem endokrin, jatung dan buah pinggang. Ia akan menyebabkan kematian empat ke lima peratus jika tidak dirawat!” kata Muni Qazrina dengan tegas. Dia ingin melihat adik angkatnya itu kembali sihat seperti sediakala. (Suwaibah Abd Hadi, 2018: 54)
RASA SAYANG Seterusnya, dalam novel Kalvaria juga menyelitkan rasa sayang. Rasa sayang merupakan rasa yang positif dalam diri. Rasa sayang juga akan memberikan kebahagiaan pada seseorang. Perasaan sayang dapat dilihat pada watak Muni Qazrina yang kasih dan sayang terhadap atuknya dalam menasihati atuknya supaya menjaga kesihatan. Hal ini dapat dibuktikkan pada petikan di bawah.
12
“Kalau atuk tidak jaga pantang semasa makan, siapa lagi yang nak kena jaga? Tolonglah kawal pemakanan atuk tu. Makan sikit sudahlah. Jangan sampai makan dua tiga biji buah durian,” ujar Muni Qazrina yang geram. Atuknya itu tetap berdegil. Tidak akan mendengar katakatanya. “Sayangnya Muni pada atuk. Selagi hidup, apa yang boleh dimakan, selagi itu atuk akan makan. Kalau dah mati nanti, dah tak boleh makan,” kata Pak Musa. (Suwaibah Abd Hadi, 2018: 355)
RASA KECEWA Novel Kalvaria, pengarang juga memasukkan rasa kecewa apabila ditipu. Rasa kecewa apabila di tipu membuatkan pembaca penuh emosional apabila membaca. Pembaca juga boleh membayangkan bagaimana dirinya jika di tipu. Hal ini juga boleh memberikan kesan rasa kepada pembaca. Rasa kecewa apabila ditipu dapat dilihat pada petikan di bawah. “Sampai hati Johan tipu mak, Johan cakap kes penceraian telah difailkan!” “Mak, Johan minta maaf. Aldona terpaksa mengalah demi mak!” “Johan memang tak sayangkan mak!” Puan Seroja kecewa. Anaknya masih berdegil untuk kembali bersama isterinya, Aldona. (Suwaibah Abd Hadi, 2018: 554) Perasaan Puan Seroja amat kecewa apabila ditipu oleh anaknya sendiri tentang kes penceraian anaknya bersama Aldona. Selama ini Puan Seroja menyangkakan anaknya itu telah pun bercerai dengan isterinya dahulu tetapi tidak seperti yang disangkakan oleh Puan Seroja. Selain itu, petikan teks dibawah juga menggambarkan rasa kecewa yang dimasukkan oleh pengarang. Abangnya, Dr. Khalil Zulhilmi dan kakaknya, Mona Khairina sudah berkeluarga dan membawa haluan sendiri. Hanya setelah dia menukar profesion daripada doktor menjadi seorang guru, mamanya Puan Salbiah berasa kecewa. Sejak itu dia bosan.
13
Ibu mana yang tidak kecewa. Anak menukar profesion menjadi guru. Tugas seorang guru tidak sama dengan tugas seorang doktor. Namun, dia nekad dengan pilihannya itu (Suwaibah Abd Hadi, 2018: 83) Teks di atas menggambarkan tentang rasa kecewa yang dirasai oleh Puan Salbiah iaitu ibu kepada Muni Qazrina. Puan Salbiah kecewa kerana anaknya tidak dapa mengikuti jejak menjadi seperti ayahnya iaitu Dr. Ahmad. Perasaan kecewa yang dirasai oleh ibunya telah membuatkan Muni meniggalkan rumah dan mencari sebuah rumah sewa untuk didudukinya kerana Muni ingin berdikari sendiri bersama kawan-kawannya yang lain. Petikan di bawah juga menunujukkan rasa kecewa apabila Muni Qazrina menolak pinangan seorang lelaki yang dikenalinya sewaktu Muni menetap di rumah sewa ketika menukar bidang kedoktoran kepada bidang penguruan PUAN AZEAN menjelaskan kekecewaan Kamarul setelah Muni Qazrina menolak harapan lelaki itu. Sememangnya Kamarul seorang lelaki yang malu berterus terang. Kamarul tidak lagi menjamah kui-muih yang dimasak oleh Muni Qazrina. Kamarul berasa kecewa. (Suwaibah Abd Hadi, 2018: 100) Watak seorang ustaz yang digilai ramai iaitu Kamarul dan juga dikenali sebagai anak Ketua Kampung berasa kecewa apabila niatnya ingin menjadikan Muni Qazrina sebagai suri hati ditolahk mentah-mentah oleh Muni. Sedangkan di luar ramai yang menggilai ustaz kamarul.
RASA BERANG Selain itu, rasa berang juga terdapat dalam novel Kalvaria. Rasa berang merupakan rasa yang teramat marah. Rasa berang juga disebabkan sesuatu perbuatan yang tidak memberi kepuasan hati pada seseorang. Hal ini dapat dilihat, apabila cikgu Muni Qazrina berasa berang apabila perbuatan buli terjadi antara pelajar-pelajar SMK Sri Selasih. Sepatutnya perbuatan itu tidak harus berlaku kerana ia akan mendatangkan keburukkan. Hal ini dapat dilihat pada petikan di bawah.
14
“Ammar, jika benar apa yang dikatakan oleh Radhi, sila bagi tahu kepada pihak sekolah. Biar kami mengambil tindakan sewajarnya. Ammar jangan buat tindakan bodoh yang menggagalkan diri sendiri!” kata Cikgu Muni Qazrina dengan tegas. Dia mula naik berang. Perkara buli adalah perkara yang serius dan tidak boleh dirahsiakan. Ia perlu dikemukakan kepada pihak sekolah. Agar yang bersalah dijatuhi hukuman. Bukan pelajar itu yang seharusnya berkorban untuk ponteng kelas.
(Suwaibah Abd Hadi, 2018: 296 & 297) RASA LELAH Seterusnya, dalam novel Kalvaria juga memasukkan rasa letih ataupun kepenatan. Rasa letih ataupun kepenetan merupakan suatu rasa yang tidak mampu lagi untuk membuat sebarang aktiviti. Rasa letih juga bukan sahaja tertumpu pada perbuatan malah ia juga boleh digunakan dalam menggambarkan riak muka seseorang apabila keletihan. Riak muka ketika keletihan pastinya tidak ceria dan muka yang lesu. Rasa letih yang dialami oleh Puan Seroja menyebabkan dirinya tidak larat untuk mengikuti anak dan cucunya untuk meneruskan perjalanan. Rasa letih yang terdapat dalam novel Kalvaria dapat dilihat pada petikan di bawah. “Papa, bagaimana dengan taman herba? Papa janji nak bermalam di sana malam ni,” kata Adibah Alawiyah menuntut janji. “Ya, semestinya. Selepas kita balik ke hotel, kita terus ke Muar. Bermalam di sana dua malam. Percutian kita seronok sebab ada tetamu istimewa,” kata Kapten Johan Maarif. “Wah, sayang papa!” “Letihlah, kalau bercuti bersama kamu, Johan. Mak nak balik kampunglah!” Puan Seroja memprotes tanda kepenatan. “Mak, bukan selalu kita dapat bersama begini. Nanti, kalau Johan dah terbang, entah bila pula mendarat di sini. Jumpa mak dan Diba,” Kata Kapten Johan Maarif lagi. “Jumpa Cikgu Muni,” tambah Adibah Alawiyah.
15
Perjalanan mereka menaiki kereta menuju ke Muar- Pagoh. Mereka menuju ke Herbal Resort. (Suwaibah Abd Hadi, 2018: 398)
RASA GELISAH Novel Kalvaria juga menujukkan kisah yang memberikan rasa gelisah. Gelisah merupakan suatu rasa yang tidak senang akan sesuatu perkara. Gelisah juga boleh mendatangkan keburukkan. Sebagai contoh, watak lelaki iaitu Najmi Haiqal yang hampir sahaja untuk disahkan sebagai anoreksia akibat terlampau memikirkan sesuatu perkara sehingga ia mendatangkan keburukkan. Najmi Haiqal sering berfikiran melampau tentang keadaan tubuhnya ianya memberikan impak yang besar sehingga Najmi Haiqal hampir disahkan sebagai Anoreksia Nervosa. Hal ini dapat dilihat pada petikan di bawah yang menujukkan rasa gelisah. Namun, hatinya mula gelisah. Setiap kali lepas makan, dia akan memandang ke arah cermin. Memerhati bahagian perut dan pipinya yang agak cengkung itu. Walaupun perutnya sudah kempis, dia masih tidak selesa dengan penampilan dirinya. Bukan dia tidak yakin pada diri sendiri. Cuma kalau boleh kena sentiasa kelihatan kurus. Slim. Dengan penampilan begitu, mudah mendapat kerja. Mendapat kepercayaan. Segala apa yang dikat, akan mudah dipercayai. Kalau kelihatan gemuk, majikan mana yang akan mengambilnya kerja setelah tamat kursus pemakanan nanti. Itu lah prinsipnya sehingga dia mendapat kerja di situ (Suwaibah Abd Hadi, 2018: 47)
RASA KAGUM
16
Novel Kalvaria juga ada memasukkan rasa kagum. Rasa kagum merupakan perasaan yang begitu hebat yang dirasakan dalam diri. Rasa kagum juga dirasai apabila seseorang itu membuktikkan kebolehannya yang bukan sahaja dilakukan oleh lelaki malah seorang perempuan juga mampu melakukannya. Kagum juga merupakan rasa bangga terhadap kejayaan yang dicapai oleh individu tersebut. Hal ini, dapat dilihat pada petikan di bawah yang memberikan rasa kagum. “Mak, Cikgu Muni, sebenarnya masa Johan mengikuti kursus penerbangan di Florida, Amerika Syarikat ada wanita pertama pernah menerbangkan pesawat menyeberangi Lautan Atlantik!” ujar Kapten Johan Maarif menyatakan pengalamannya. Dia tidak menghalang andai anaknya itu mengikuti jejaknya sebagai juruterbang. “Ada? Siapa papa?” tanya Adibah Alawiyah. Dia duduk merapati papanya. Tangan papanya dipegang. “Namanya, Amelia Earhart. Beliau menerbangkan pesawat pada tahun 1928!” ujar Kapten Johan Maarif. Andai anaknya itu lulus semua ujian saringan yang melibatkan saringan kesihatan dan ujian IQ, dia menyokong seratus peratus. Kepuasan menjayakan penerbangan tidak sama sebagaimana memandu kereta atau lori. “Wah! Baguslah papa! Diba pun nak ikut jejak papa. Boleh terbang bebas bagai burungburung di langit tinggi. Seronok kan papa?” kata Adibah Alawiyah mengangguk-angguk. (Suwaibah Abd Hadi, 2018: 500) Rasa kagum dapat dilihat pada Adibah Alawiyah apabila begitu asyik mendengar cerita papanya iaitu sebagai seorang Kapten. Adibah Alawiyah juga menujukkan minat terhadap bidang yang sama seperti papanya. Hal ini dapat dilihat apabila pengarang menjelaskan ketika Adibah Alawiyah mendengar kisah yang diceritakan oleh papanya, Adibah Alawiyah duduk merapati papanya dan tangan papanya dipegang dengan erat. Ini bermaksud Adibah Alawiyah menujukkan tanda positif dan berminat serta kagum tentang kisah Amelia Earhart merupakan seorang perempuan yang telah menerbangkan pesawat pada tahun 1928.
RASA CURIGA 17
Rasa curiga juga terdapat dalam novel Kalvaria. Hal ini dapat dilihat pada petikan di bawah, apabila Najmi Haiqal tertanya-tanya tentang status Muni Qazrina. Perkara ini menyebabkan Najmi Haiqal berasa curiga dan inginkan kepastian terus bertanya pada Puan Salbiah iaitu ibu kepada Muni Qarina. Curiga juga sebuah rasa yang mebuatkan sering tertanya-tanya tentang sesuatu perkara. Perasaan curiga juga sering difikir-fikirkan akan sesuatu perkara tersebut sehinggalah menumukan sebuah jawapan kepastian. “Kak Muni dah kahwin ke auntie?” Tiba-tiba soalan itu terhembur keluar dari bibir Najmi Haiqal. Sekadar bertanya tentu tidak salah. “Kalau Kahwin sekalipun, tentu satu Kampung Sri Telipot tahu. Muni memang nak raikan majlis perkahwinannya di KT,” ujar Puan Salbiah. (Suwaibah Abd Hadi, 2018: 73)
RASA MALU Rasa malu merupakan suatu perasaan yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan tidak senonoh ataupun perkara yang tidak disengajakan yang dilakukan oleh dirinya sendiri. Malu juga merujuk kepada perbuatan yang bersikap rendah diri. Malu bukanlah suatu sifat yang merujuk pada perbuatan negatif sahaja. Setiap orang yang normal mempunyai perasaan malu. Tetapi setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza mengenai malu. Sehubungan itu, pendapat mengenai apa yang dimaksudkan malu, apa yang mendatangkan malu serta tindakan yang harus untuk mengatasi perasaan malu berbeza-beza dari satu masyarakat ke satu masyarakat yang lain. Ini adalah kerana dalam konsep malu dan segan ini sebenarnya terkandung satu sisitem nilai dan kepercayaan sesebuah masyarakat itu. Petikan di bawah menerangkan tentang rasa malu yang terdapat dalam novel Kalvaria. Pertanyaan tentang perkahwinan Muni Qazrina menyebabkan Najmi Haiqal malu kerana tiada angina tiada ribut tiba-tiba ingin mengetahui tentang status Muni Qazrina. “Err, senyap-senyap je jadi cikgu. Saya dah lama tak hubungi Kak Muni. Manalah tahu, kahwin pun tak jemput saya ni.” Najmi Haiqal segan. Malu dengan persoalan itu. 18
‘Malunya. Kenapalah aku bertanya soalan kahwin ni. Tapi memang betul. Dah lama tak jumpa dia. Hisyy, janganlah gelojoh sangat bertanya soalan yang begitu,’ desis hati Najmi Haiqal. (Suwaibah Abd Hadi, 2018: 73 & 74)
RUJUKAN Suwaibah Abd Hadi 2018, Kalvaria, Institut Terjemahan Buku Malaysia. Brouwer, M.A.W 1984. Psikologi Fenomenologis. Jakarta: Gramedia. Moustakas, Clark. 1994. Phenomenological Research Methods. New Delhi: Sage Publications. Hashim Awang. (1984). Teman pelajar kesusasteraan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Muhammad Haji Salleh. (2006). Puitika sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ali Ahmad. (1994). Pengantar pengajian kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Hashim Awang. (1988). Kritikan kesusateraan: Teori dan penulisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
19
20