Tugasan 1.docx

  • Uploaded by: Hazim Rahmat
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan 1.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,522
  • Pages: 5
TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK Pengenalan Pelbagai program yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti Asian and Pacific Decade of People With Disabilities pada tahun 1993 sehingga 2002 telah membangkitkan kesedaran kepada semua tentang hak-hak orang kurang upaya (OKU). Menurut Abdul Rahman (2000), program sebegini diadakan bagi memberikan peluang yang sama rata dan memperbaiki cara hidup OKU seiring dengan perkembangan sosial dan ekonomi. Malaysia turut terlibat dalam usaha murni memelihara warga OKU dengan menandatangani Pengishytiharan Terhadap Penyertaan Sepenuhnya dan Kesaksamaan OKU di Asia Pasifik dengan menubuhkan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Berdasarkan Jamila (2005), lokasi PDK pertama di Malaysia adalah di Batu Burok, Terengganu yang ditubuhkan pada tahun 1983. Konsep penubuhan PDK dan kerja sosial World Health Organization (WHO) telah mengariskan beberapa konsep dan peranan penubuhan PDK dengan penerbitan manual dengan menekankan kepada konsep pemulihan. Perkaitan antara konsep pemulihan dengan sosial ini dijelaskan oleh Ramlah Hamzah dan Lily Mastura (2006), dimana pemulihan yang dijalankan melibatkan masyarakat. Hal ini menunjukkan

bahawa

masyarakat

merupakan

komponen

utama

dalam

menentukan

pelaksanaan PDK di Malaysia. Hujah ini disokong oleh Abdul Rahman (2000), yang menyatakan bahawa PDK adalah pendekatan perlindungan, pemulihan dan memberikan kesamarataan peluang kepada OKU yang berasaskan komuniti. Jadi dapat dirumuskan bahawa penubuhan PDK adalah selari dengan tanggungjawab sosial dimana komuniti sesuatu tempat merupakan agen utama dapat membantu OKU di kawasan mereka. Memandangkan objektif penubuhan PDK ini adalah melibatkan sokongan masyarakat, maka struktur pentadbiran terdiri daripada komuniti juga. Sukarelawan yang sudi memberikan khidmat bakti di PDK sebagai petugas akan diberikan elaun bulanan. Mereka juga akan pergi ke rumah pelatih untuk home-based kerana menurut Ibrahim dan Herr (1982), petugas bertanggungjawab untuk memastikan keselesaan dan keselamatan OKU berada pada tahap yang optimum sama ada di rumah atau di PDK. Kerja sosial juga melibatkan pelbagai pihak seperti ibu bapa, masyarakat setempat, badan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.

1

Keterlibatan pihak-pihak ini adalah antara perancah keberhasilan pelaksanaan PDK kerana sekiranya tiada kerjasama yang terhasil, maka keperluan OKU di PDK akan terabai. Perkhidmatan PDK Kita sedia mengetahui bahawa PDK adalah pusat untuk membantu golongan OKU meningkatkan kemahiran kendiri dan kebolehan yang boleh diasah untuk memberikan manfaat kepada diri mereka. Modul-modul yang disediakan di PDK adalah bercorak seperti modul kemahiran yang membantu untuk mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti jahitan, perkebunan dan kesenian. Hal ini dapat membantu mereka dalam menjana pendapatan hasil daripada keberkesanan latihan pengajaran yang mereka dapat semasa sesi pengajaran di PDK. Hal ini secara tidak langsung OKU ini mampu membuka mata ramai pihak kerana mereka boleh berdikari untuk mencari pekerjaan sendiri. Masyarakat haruslah memberikan peluang kepada golongan ini untuk mereka menceburi bidang perkerjaan hasil daripada kemahiran yang dipelajari dan diasah semasa di PDK (Ramlah Hamzah dan Lily Mastura, 2006). Pihak pengurusan PDK juga perlu bijak dalam mencari saluran untuk mereka mempelajari pelbagai kemahiran yang boleh menjadi nilai tambah kepada kemahiran kendiri mereka seperti mendedahkan pengalaman berniaga secara kecil-kecilan. Di samping itu, PDK merupakan pusat untuk OKU mendapatkan program intervensi awal dan sokongan kepada kanak-kanak OKU. Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak khas yang tidak boleh berdikari dan mempunyai masalah pengurusan diri tidak akan diserap masuk ke Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Maka, peluang untuk mereka mempertingkatkan kebolehan jasmani intelek dan sosial menjadi berkurangan. Oleh itu, penubuhan PDK dapat membantu dalam memberikan bantuan-bantuan bagi mempertingkatkan lagi kebolehan kendiri supaya mereka boleh menguruskan diri dan bersosial sesama rakan mereka. Memandangkan PDK menjalinkan banyak kerjasama dengan pelbagai badan pertubuhan seperti kerajaan dan bukan kerajaan, jadi kanak-kanak khas tersebut boleh mendapatkan rawatan-rawatan awal seperti terapi daripada ahli terapi. Menurut Bwana dan Kyohere (2001), petugas-petugas di PDK juga mengikuti kursus latihan pengurusan di mana mereka dapat membantu membiasakan kanak-kanak OKU dengan aktiviti terapi dan pengurusan diri. Selain itu, perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PDK merentasi pelbagai kawasan. Ramai yang tidak mengetahui bahawa peranan PDK adalah fleksibel dan perkhidmatannya boleh dilaksanakan walaupun di rumah. Bagi pelatih yang mempunyai masalah fizikal yang tidak membenarkan mereka untuk melaksanakan aktiviti di PDK, petugas sendiri yang akan ke 2

rumah untuk melaksanakan sesi terapi. Lawatan ke rumah pelatih ini dipanggil Home-Based dimana petugas akan menjalankan sesi intervensi selama 4 jam. Menurut Mohd. Sharani (2007), pengubahsuaian boleh dilakukan sama ada di rumah atau di dalam komuniti mengikut kemampuan golongan OKU dan keluarga mereka. Jadi sekiranya ibu bapa tidak mampu menghantar anak mereka ke PDK kerana terdapat masalah sosioekonomi, maka pihak petugas PDK akan mengambil inisiatif untuk meringankan beban keluarga dengan melaksanakan intervensi di rumah mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sesetengah PDK telah melaksanakan program PDKNet bagi menggalakkan lagi penggunaan kemahiran digital dan mutimedia dan memberikan golongan OKU ini dapat berkembang seiring dengan perkembangan zaman. Dengan ini mereka berpeluang untuk mempelajari ilmu kemahiran asas seperti penggunaan Microsoft Word, Microsoft Powerpoint. dan Windows Movie Maker. Hal ini penting kerana golongan OKU berpotensi untuk menguasai sesuatu bidang dengan lebih baik sekiranya diberikan fokus dan teknik pengajaran dan latihan yang sesuai kerana menurut Prof. Dr. Khadijah Rohani (2007), penggunaan teknologi amat sesuai untuk pembelajaran OKU. Contohnya, sekiranya pelawat ingin mengadakan lawatan penanda arasan, pelatih boleh mengetengahkan bakat mereka membuat video tentang PDK mereka. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan keberkesanan peranan PDK itu sendiri dalam memberikan pendedahan digital kepada pelatih mereka. Seterusnya, PDK mempunyai fungsi sebagai pemangkin bagi membantu pelatih berinteraksi dengan persekitaran mereka. Hal ini penting bagi menyediakan mereka dengan keadaan persekitaran yang sebenar untuk mereka bersosial dan mengenali pelbagai tempat di dalam dan luar daripada komuniti mereka. Hujah ini disokong oleh Jane (1996), membuktikan bahawa PDK bukan hanya berperanan sebagai pusat perkembangan jasmani dan intelek sahaja. Misalnya, pihak pengurusan PDK boleh mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan-kawasan di persekitaran PDK dan melaksanakan aktiviti sukaneka dengan melibatkan komuniti setempat dan pelatih. Justeru, pelatih dapat mengenali komuniti di sekitarnya dan dapat sama-sama menjalankan aktiviti yang dirancang. Selain itu, pihak PDK boleh membawa mereka melawat di sekitar komuniti mereka bagi memperkenalkan kawasan-kawasan yang berada di dalam komuniti mereka.

3

Peranan PDK dengan kumpulan multidisiplin Menurut Lacey (1998), PDK memerlukan penglibatan kumpulan pelbagai disiplin bagi membantu melicinkan lagi pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran. Pihak yang membantu terdiri daripada badan kerajaan dan bukan kerajaan. Berdasarkan kepada jurnal yang dianalisis, antara badan kerajaan yang membantu dalam membangunkan program-program di PDK ini adalah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Kebajikan Malaysia (KKM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Memandangkan OKU yang berada PDK mempunyai masalah yang besar dari sudut perkembangan kendiri maka, KKM banyak memainkan peranan yang besar dalam membantu mereka ini. Pihak hospital bertanggungjawab dalam menjaga kesihatan seperti membekalkan ubat-ubatan, temu janji untuk sesi berjumpa pesakit dan program kesihatan yang lain seperti pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan gigi. Sekiranya pelatih telah menunjukkan perkembangan yang baik dari aspek akademik, kemahiran dan sosial mereka berpotensi untuk ke sekolah Pendidikan Khas. Pihak PDK boleh melaksanakan pentaksiran dan hasil keputusan tersebut dirujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang berada di bawah KPM bagi mencadangkan pelatih berkenaan ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi. Disamping itu, kerjasama yang wujud antara PDK dengan KKM dapat membantu PDK dalam memperoleh alat-alat bantuan fizikal seperti kerusi roda. KKM juga perlu mengamalkan dasar buka pintu dengan memberikan banyak peluang untuk sukarelawan-sukarelawan daripada pelbagai pihak melakukan khidmat bakti di sesebuah PDK. Ini menunjukkan bahawa PDK adalah medium pengantara pelatih dengan pelbagai badan kerajaan dan bukan kerajaan. Jadi, berdasarkan jurnal nukilan Ibrahim dan Herr (1982), pihak pengurusan PDK perlu cakna dengan pelbagai insentif yang diberikan oleh kerajaan dapat digunakan sepenuhnya untuk OKU mencapai perkembangan yang optimum. PDK juga boleh menjalinkan kerjasama dengan pusat pemulihan yang lain. Apabila OKU ditempatkan di PDK, mereka boleh dibantu oleh petugas-petugas secara intensif dari segi jasmani, emosi, intelek dan sosial agar mereka mampu mengecapi hidup seperti manusia normal. Jadi bagi meningkatkan kepakaran petugas dalam melaksanakan intervensi dan pemulihan kepada pelatih, mereka boleh melihat bagaimana pusat pemulihan lain melaksanakan program intervensi (Ramlah Hamzah dan Lily Mastura, 2006). Hal ini memberikan peluang untuk bertukar-tukar idea dan pengalaman dalam menjalankan aktiviti pemulihan di antara petugas-petugas di PDK dengan pusat pemulihan yang lain. Selain itu, jika

4

berlaku masalah seperti kekurangan alatan dan juga tenanga kepakaran, PDK boleh memohon bantuan daripada pihak pemulihan yang lain. Rumusan Konklusinya, PDK mempunyai peranan yang besar dalam komuniti setempat. Sekiranya ketiadaan PDK mungkin akan menyebabkan kebajikan OKU yang tidak boleh ke sekolah akan terjejas kerana mereka tidak diajar dan dilatih daripada awal untuk berdikari. Selain itu, pihak PDK perlu menjalinkan banyak kerjasama dengan multidisiplin agar dapat bersama-sama meningkatkan keberkesanan perkhidmatan di PDK. Tambahan lagi, masalah-masalah keperluan yang dihadapi oleh pihak PDK dapat dikurangkan dengan bantuan yang diberikan oleh pelbagai pihak dalam membantu menjayakan pelaksanaan PDK. Disamping itu, pihak PDK sendiri perlu memperkasakan usaha dalam melibatkan komuniti setempat dan pihak luar bagi membantu dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang ingin dijalankan. Oleh itu, kebajikan OKU di PDK akan terpelihara. Pemurnian perkhidmatan program PDK adalah signifikan bagi memastikan golongan OKU yang berada di PDK mendapatkan perkhidmatan yang terbaik. Pihak PDK perlu bijak dalam mengatur dan mencari sumber kewangan yang baik agar dapat melaksanakan program dengan lebih mantap dan teratur. Selain itu, pemantapan kemahiran petugas juga perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa agar dapat membantu OKU menjalani intervensi yang bersesuaian dengan mereka. Dengan segala usaha yang dilaburkan akan membuahkan hasil apabila dapat membuka mata masyarakat untuk terlibat sama dalam menjayakan program ini. Akhir sekali, komuniti haruslah memberikan sokongan yang padu agar PDK dapat membantu dalam perkembangan OKU.

5

Related Documents

Tugasan%20pdpp.docx
November 2019 18
Tugasan Ma
May 2020 17
Tugasan 2
June 2020 19
Tugasan 1
October 2019 38
Tugasan 1
May 2020 19
Tugasan Vb
May 2020 27

More Documents from ""

Tugasan 1.docx
June 2020 15
Tugasan 1 Baru.docx
May 2020 13
Rpi.docx
June 2020 19
Tug.1.docx
April 2020 22