PELAPORAN BERTULIS : RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU Berdasarkan kepada tugasan pada kali ini, saya secara berkumpulan dikehendaki untuk mendapatkan seorang kanak-kanak berkeperluan khas dan melaksanakan pentaksiran terhadapnya. Hasil daripada keputusan pentaksiran tersebut, saya dikehendaki untuk merancang intervensi yang bersesuaian dengan kanak-kanak berkenaan. Kumpulan saya telah pergi ke Sekolah Kebangsaan Tanjong Mas (SKTM) untuk menjalankan pentaksiran dan melaksanakan intervensi. saya membahagikan pelaporan saya kepada tiga kerangka masa iaitu sebelum, semasa dan selepas. Sebelum (Persediaan) Pada awalnya, saya telah melaksanakan Ujian Pentaksiran Bahasa Malaysia yang mengandungi pelbagai kemahiran seperti kemahiran lisan, membaca dan menulis. Sebelum saya menjalankan ujian, saya telah berbincang dengan salah seorang guru di SKTM iaitu Cikgu Fadhly tentang tujuan dan spesifikasi murid yang diinginkan untuk menjawab ujian. Memandangkan pentaksiran dan intervensi dijalankan serentak maka, saya telah menyediakan ujian diagnostik dan perancangan terapi yang bersesuaian terlebih dahulu. Setelah berbincang dengan beliau, ada murid yang memenuhi kriteria saya iaitu Faiz dimana dia mempunyai masalah hiperaktif kelemahan pemusatan perhatian. Cikgu Fadhly telah melihat kepada perancangan intervensi yang telah saya sediakan dan beliau amat bersetuju dengan terapi yang ingin digunakan sebagai langkah intervensi. Semasa Semasa menjalankan ujian diagnostik, Faiz sukar untuk fokus dan sering bangun daripada kerusi dan berlegar-legar di dalam kelas. Hasil daripada pemerhatian semasa ujian pula mendapati bahawa Faiztidak dapat memegang pensel dengan betul semasa menulis. Jadi, hasil tulisannya menjadi tidak kemas. Sebelum memulakan langkah intervensi, saya telah mengenalkan diri saya dan bersoal jawab mengenai perihal latar belakang keluarga Faiz. Dia kelihatan teruja dan ingin cuba untuk bergerak ke tempat lain. Jadi, apabila Faiz sudah mula menunjukkan interaksi yang positif, jadi saya terus menerangkan kepadanya tentang aktiviti yang akan dijalankan. Sesi terapi yang dijalankan terbahagi kepada dua sesi. Sesi pertama adalah terapi seni. Aktiviti yang telah dirancang untuk terapi seni adalah mewarna secara 1
bebas, mewarna secara terkawal dan capan. Pemeringkatan terapi bersifat lebih kompleks untuk ke aktiviti yang seterusnya. Pada awalnya Faizdikehendaki untuk melukis apa-apa objek kesukaannya secara bebas dan seterusnya dia dikehendaki untuk mewarnakan bentuk-bentuk secara terkawal pula. Aktiviti ini adalah signifikan bagi membantu Faizmengawal pergerakan motor halus dan meningkatkan tumpuannya untuk menyiapkan sesuatu aktiviti. Jadi, saya menyedari bahawa keberkesanan terapi seni ini jelas terbukti apabila Faizkelihatan lebih tenang dan fokus dengan aktiviti yang dilakukannya. Dia kelihatan suka dengan aktiviti mewarna dan sememangnya kanak-kanak hiperaktif amat menggemari aktiviti yang melibatkan penggunaaan warna untuk membantu dalam pemusatan
fokus.
Arahan-arahan
yang
diberikan
juga
dapat
dipenuhi
oleh
Faizcontohnya menggunakan warna-warna yang saya kehendaki untuk mewarnakan sesuatu bentuk. Selain itu, Faizjuga menunjukkan kesan yang positif di mana dia membenarkan saya untuk membantunya mewarna. Sesi yang kedua iaitu terapi cara kerja telah berlangsung selepas rehat. Terapi cara kerja ini adalah satu satu teknik yang efektif dalam membantu Faizuntuk fokus terhadap perkara yang sedang dihadapinya dan cenderung untuk mengekalkan komunikasi sosial. Jadi untuk aktiviti terapi cara kerja yang pertama adalah melengkapkan bentuk dengan puzzles yang telah diberikan. Terdapat 4 set puzzle yang telah diberikan untuk Faizselesaikan mengikut bentuk-bentuknya. Faizkelihatan begitu asyik mencari dan melengkapkan bentuk mengikut arahan daripada saya. Aktiviti yang kedua adalah membuat origami berbentuk. Saya telah memuat turun video untuk membuat origami hati dengan mudah. Berbantukan sumber multisensori seperti komputer dan bahan konkrit diharapkan sesi terapi cara kerja dengan teknik origami ini berhasil. Aktiviti yang ketiga bersifat lebih kompleks iaitu menganyam tikar kertas di mana Faizmemerlukan konsentrasi yang tinggi untuk membuatnya. Fungsi aktiviti menganyam ini adalah untuk membantu Faizmengawal koordinasi pergerakan tangan dan matanya untuk membantu dalam meningkatkan fokusnya dalam aktiviti yang dia lakukan. Kebiasaannya kanak-kanak hiperaktif ini tidak begitu selesa dengan sentuhan orang lain. Hal ini berlainan dengan situasi menganyam tikar bersama dengan Faizyang kelihatan begitu selesa dengan bantuan anyaman yang telah diberikan. Wujud kelainan
2
yang telah ditunjukkan oleh Faizdari segi tingkah lakunya walaupun merasakan bahawa Faizmasih lagi malu untuk memulakan perbualan bersama saya. Selepas (Refleksi dan Penambahbaikan) Selesai sahaja menghantar Faizke kelas, saya telah mengadakan sesi refleksi bersama Encik Fadhly untuk menerangkan bagaimana perjalanan sesi terapi yang telah dirancang. Saya juga menyedari beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki semasa menjalankan sesi terapi. Contohnya, semasa pelaksanaan sesi terapi dijalankan guru pembimbing yang perpengalaman boleh bersama-sama membantu memperbaiki kesilapan saya seperti penggunaan laras bahasa yang kompleks dan cuba bersikap lebih ceria bersama-sama dengan murid semasa menjalankan sesi terapi. Selain itu, sebagai satu langkah penambaikan amatlah perlu untuk mencari masa dan tempat yang sesuai untuk melaksanakan terapi. Elakkan melakukan terapi pada waktu-waktu kritikal dan tempat yang tidak sesuai seperti panas dan kotor. Rumusan Berdasarkan
kepada
perubahan
awal
yang
ditunjukkan
oleh
Adam,
keberkesanan terapi cara kerja dan terapi seni ini menunjukkan kesan yang positif kepadanya dari segi pemusatan fokus dan menggalakkan interaksinya. Jadi, penambahbaikan perlu dilakukan bagi memantapkan lagi sesi yang telah dijalankan dan memperbaiki kelemahan terapi yang dilaksanakan.
3
Gambar 1: Faiz sedang menjalankan terapi seni iaitu melukis
Gambar 2: Faizs edang mewarnakan hasil lukisannya
4
Gambar 3: Faizsedang menjalankan terapi cara kerja iaitu “Shape Puzzle” dengan memasukkan bentuk pada perumah yang betul.
Gambar 4: Faizsedang membuat anyaman tikar setelah dia berjaya menyelesaikan aktiviti yang lain.
5
Gambar 5 : Hasil lukisan murid untuk terapi seni
Gambar 6 : Mewarna secara terkawal
6
Gambar 7: Hasil aktiviti capan murid
Gambar 8: Hasil daripada aktiviti anyaman murid.
7