Tugasan 1 Baru.docx

  • Uploaded by: Hazim Rahmat
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan 1 Baru.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 703
  • Pages: 3
TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK Pengenalan Pendidikan Inklusif merupakan satu usaha positif pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi melakukan pendemokrasian pendidikan terhadap murid Berkeperluan Khas (MBK). Terdapat pelbagai dasar yang menyokong pelaksanaan pendidikan inklusif ini seperti Convention on the Rights of Persons with Disabilities. Berdasarkan United Nation (2006), yang menyatakan bahawa setiap MBK berhak untuk mendapatkan pendidikan tanpa diskriminasi dan berpeluang untuk pendidikan inklusif pada setiap peringkat pendidikan. Malaysia juga mempunyai Akta Orang Kurang Upaya (2008), yang menggariskan bahawa murid MBK tidak boleh

dikecualikan

daripada

mana-mana

sistem

pendidikan

umum

atas

sebab

ketidakupayaannya. Pendidikan inklusif ini dipengaruhi oleh tiga indikator utama iaitu tanggungjawab pihak sekolah, badan kerajaan dan bukan kerajaan. Pihak sekolah Mereka yang terlibat dengan pendidikan inklusif pada tahap pengurusan sekolah adalah pentadbir, guru pendidikan khas, dan guru yang mengajar MBK yang diinklusifkan (Norliah dan Mohd. Hanafi, 2016). Kejayaan pendidikan inklusif adalah bergantung kepada gabungan kerjasama yang mantap bermula dengan pengurusan yang efektif oleh pihak pentadbiran sekolah. Pelaksanaan pendidikan inklusif terdiri daripada 4 aspek utama iaitu konteks, input, proses dan produk. Pihak pentadbir sekolah perlu melakukan penerokaan secara teliti mengenai bagaimana pendidikan inklusif ini dapat dijalankan supaya penerangan yang jelas dapat diberikan kepada warga sekolah. Selain itu, pihak pentadbir sekolah perlu menyediakan sumber-sumber yang diperlukan untuk pendidikan inklusif seperti menyediakan peruntukan kewangan untuk peralatan baharu bahan bantu mengajar terutamanya Bahasa Malaysia. Kesediaan guru aliran perdana bagi mengajar MBK di kelas inkusif perlu dipertingkatkan melalui program perkembangan staf yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan profesionalisme guru. Jadi, guru dapat memperoleh pendedahan khusus berkenaan teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Malaysia yang bersesuaian dengan MBK (Azad Athahiri dan Nursayyadatina, 2010). Seterusnya, dari segi faktor penempatan murid ke kelas yang diinklusifkan juga perlu perlu disesuaikan mengikut kesediaan mereka. Kelas prainklusif dapat membantu perkembangan pembelajaran mereka secara ansur maju dan hal ini

2

secara tidak langsung memberikan kesan yang positif terhadap pencapaian pembelajaran matapelajaran Bahasa Malaysia mereka dan juga matapelajaran yang lain. Badan Kerajaan Antara badan kerajaan yang terlibat dalam pelaksanaan pendidikan inklusif adalah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Menurut Zalizan (2009), KPM bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan sokongan bagi pendidikan inklusif seperti menyebarkan maklumat, memberikan taklimat pelaksanaan program pendidikan inklusif, merancang dan menyelaras kursus untuk guru-guru yang terlibat dengan pendidikan inklusif. Contohnya, bahagian-bahagian dalam KPM yang terlibat dengan pendidikan inklusif seperti Bahagian Pendidikan Khas boleh menganjurkan kursus-kursus untuk menambahbaik kaedah pedagogi guru inklusif bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia. Tahap kesihatan MBK yang terlibat dengan pendidikan inklusif ini juga perlu diberikan penekanan dari segi keperluan untuk kesihatan mereka. Pusat-pusat perubatan yang berada dibawah KKM berperanan untuk menyediakan perkhidmatan perubatan dan perkembangan kesihatan bagi MBK. Selain itu, menurut Nazmin, Ummi Khalsum dan Hasnah (2017), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pula bertanggungjawab dalam menyediakan bantuan alatan-alatan fizikal khususnya seperti kerusi roda dan pelbagai insentif bantuan fizikal yang lain. Hal ini kerana, bantuan alatan fizikal tersebut dapat memberikan keselesaan yang optimum untuk mereka mengikuti matapelajaran Bahasa Malaysia di kelas yang diinklusifkan. Badan bukan kerajaan (NGO) Terdapat banyak badan bukan kerajaan yang menjadi pendokong kejayaan pendidikan inkusif ini. Hujah ini disokong oleh Hajah Kamaliah dan Aminah (2010), yang menjelaskan bahawa badan bukan kerajaan adalah antara multidisiplin yang berperanan dalam intervensi MBK. Pertubuhan-pertubuhan swasta seperti The National Autism Society of Malaysia (NASOM) dan Autism Parent Support Group (APSG) boleh membuat sesi terbuka bersamasama ibu bapa dan pihak sekolah bagi membincangkan tentang perkembangan MBK yang diinklusifkan. Mereka boleh bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman bagi mengatasi masalah dan cadangan intervensi yang boleh diaplikasikan di sekolah dan di rumah. Selain itu, agensi-agensi swasta seperti Dewan Bahasa dan Pustaka yang bercorak akademik boleh

3

mengadakan bulan bahasa yang menggalakkan penyertaan murid inklusif supaya dapat mengasah bakat dan kemahiran sosial mereka secara verbal dan non-verbal. Penutup Konklusinya, terdapat banyak faedah yang dapat diperoleh sekiranya kesemua pihak menjalankan tanggungjawab dan peranan mereka yang tersendiri. Dengan itu, pelaksanaan pendidikan inklusif ini mampu menjadi platform yang komprehensif untuk setiap MBK mendapatkan kesamarataan peluang pendidikan. Jadi, hal ini menunjukkan bahawa kekemasan perancangan pendidikan inklusif itu bukan hanya sekadar kemegahan hitam putih sahaja tetapi langkah pelaksanaannya juga perlu diberikan penekanan. Akhir sekali, sistem pendidikan inklusif di Malaysia dapat menjadi contoh yang terbaik dan dapat membangunkan serta memperjuangkan hak pendidikan MBK.

4

Related Documents

Tugasan 1
October 2019 38
Tugasan 1
May 2020 19
Tugasan 1
May 2020 21
Tugasan 1
June 2020 19
Tugasan 1
May 2020 20
Tugasan 1
May 2020 17

More Documents from ""

Tugasan 1.docx
June 2020 15
Tugasan 1 Baru.docx
May 2020 13
Rpi.docx
June 2020 19
Tug.1.docx
April 2020 22