TUGASAN 1 Laporan Temu Bual
Pada tanggal 17 Februari hingga 14 Mac 2019, saya telah menjalankan Internship di sekolah kebangsaan raja bahar yang terletak di kota jembal. Saya dikehendaki menemu bual seorang guru mengenai peranannya sebagai pemimpin profesional dalam aspek pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Saya menjalankan Internship selama sebulan dan dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan. Tugasan yang diberikan ialah membuat laporan analisis temu bual tentang peranannya sebagai pemimpin profesional dalam aspek pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Bagi menyiapkan tugasan ini, saya telah memilih seorang guru wanita iaitu Puan Sazura dan telah membuat rakaman penuh sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.