Selesai Sudah.docx

  • Uploaded by: Husna Mawardah Halim
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Selesai Sudah.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 6,445
  • Pages: 36
Asia merupakan sebuah benua yang unik. Asia juga merupakan benua terbesar dan paling ramai populasi penduduk merentas Jepun dan Indonesia sehingga ke Negara-negara Arab. Dengan kepadatan populasi 4.3 billion manusia, Asia menjadi tuan rumah kepada hampir 60 peratus daripada 7 billion penduduk dunia. Ia juga merupakan rumah kepada agama-agama besar dunia merangkumi Islam, Buddha, Konfucianisme dan Hindu. Asia juga mengandungi beberapa bangsa dan tamadun besar dunia seperti Islam, China, India dan Melayu yang memperkayakan lagi warisan dan keunikannya. Keunikan kepelbagaian berdasarkan agama, kasta, bahasa, etnik dan budaya ini juga kadangkala menjadi penyebab konflik yang disebabkan oleh kegagalan menguruskan dan meraikan kepelbagaian, perasan dendam, ketamakan dan kerakusan manusia, salah faham dan pelbagai lagi. Ini merupakan antara cabaran yang besar bagi masyarakat Asia bagaimana untuk mengurus dan meraikan kemajmukan masyarakat atau ‘plurality’. Kebanyakan Negara-Negara mempunyai paradigma majoriti-minoriti. Cabaran dan dilema pertembungan antara kaum majoriti dengan kaum minoriti ialah berkaitan dengan jurang dalam menuntut hak-hak asasi yang dijamin dalam perlembagaan dengan penindasan dan penganiayaan terhadap kaum minoriti dan penduduk pribumi. Pendek kata, pelbagai jenis bentuk dan kategori konflik yang berlaku di sekeliling kita setiap hari khususnya di Asia termasuk perang, konflik kelas, konflik agama dan etnik, konflik politik dan konflik antara dan intra komuniti. Tidak harus juga kita lupa konflik dalaman yang berlaku hampir setiap hari dalam diri kita sendiri juga memerlukan perhatian dan penyelesaian kerana setiap konflik luaran berlaku adalah natijah atau cerminan daripada konflik dalaman hati yang bermasalah. Walaubagaimanapun, selagi mana watak yang terlibat bernama manusia, konflik akan terus berlaku dan bakal berlaku di mana-mana sahaja bahkan konflik kemanusiaan telah berlaku jutaan tahun lampau semenjak awal kejadian manusia iaitu ketika pergaduhan antara Habil dan Qabil. Kita tidak mampu menghalangnya namun kita mampu menghadapinya bahkan mengelakkannya berulang semula pada masa depan Sebagai masyarakat sivil yang cintakan keamanan, kita harus terus berusaha memastikan keamanan berkekalan khususnya di Asia untuk generasi

masa depan kerana seperti kata pepatah Inggeris, “Kita tidak mewarisi dunia ini daripada generasi nenek moyang tetapi kita meminjam dunia ini daripada generasi masa hadapan” atau “We are not inheriting this world from our past generation but indeed we are borrowing it from our future generation”.

KRONOLOGI MASA ISU-ISU KONFLIK DUNIA

PERKEMBANGAN KONFLIK TUNTUTAN PULAU BATU PUTEH MENGIKUT KRONOLOGI MASA

TARIKH / TAHUN

25 Januari 1962

PERISTIWA

Persetujuan menyelesaikan isu berdasarkan undang-undang. Pertukaran memorandum masingmasing antara Malaysia dengan Singapura.

Malaysia mengesahkan pemilikannya ke 1979

atas Pulau Batu Puteh, Middle Rocks dan South Ledge ketika menerbitkan peta rasmi baru.

Singapura menghantar Nota Bantahan 14 Februari 1980

terhadap peta baru Malaysia. Bermulalah pertikaian hak kedaulatan Pulau Batu Puteh, Middle Rocks dan South Ledge.

17 Disember 1981

Persetujuan Tun Dr. Mahathir dan Lee

Kuan Yew untuk pertukaran dokumen.

16 Oktober 1991

Tun Dr. Mahathir dan Goh Chok Tong mengulangi persetujuan.

4 Februari 1993

Rundingan pertama dimulakan tetapi gagal

11 – 13 Januari 1994

Rundingan kedua juga tidak berjaya.

6 September 1994

Persetujuan pemimpin untuk merujuk ICJ.

Jun 1995, Mac 1996 & April 1998

Rundingan untuk mencapai Perjanjian Khas.

Selama 28 tahun kerajaan Malaysia mula menjalankan penyelidikan di lebih 40 1979 – 2007

tempat di sembilan negara bagi mencari fakta – fakta yang menyokong tuntutan Malaysia.

Perjanjian Khas Malaysia dengan 6 Februari 2003

Singapura ditandatangani yang bersetuju untuk merujuk pertikaian hak kedaulatan Pulau Batu Puteh ke ICJ.

9 Mei 2003

24 Julai 2003

Perjanjian Khas dikuatkuasakan.

Pemberitahuan bersama untuk merujuk kes ke ICJ.

25 Mac 2004

Penyerahan memorial daripada kedua – dua buah negara.

25 Januari 2005

25 November 2005

Penyerahan memorial balas.

Jawapan balas daripada kedua – dua negara.

6 – 23 November 2007

Perbicaraan di ICJ berlangsung.

Panel 16 hakim ICJ bersidang di The Hague, Belanda mengumumkan 23 Mei 2008

keputusan hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, Middle Rocks dan South Ledge.

PERKEMBANGAN KONFLIK TUNTUTAN PULAU LIGITAN DAN SIPADAN MENGIKUT KRONOLOGI MASA

TARIKH/TAHUN

PERISTIWA Persengketaan antara Indonesia dengan Malaysia mula memuncak pada tahun 1969 ketika dalam pertemuan teknikal undang-undang laut antara kedua-dua

1969

negara. Oleh hal yang demikian, keduadua negara bersepakat agar Sipadan dan Ligitan diisytiharkan dalam keadaan status quo.

Malaysia telah menerbitkan peta yang memasukkan kedua pulau tersebut ke dalam wilayah nasionalnya, dan beberapa tahun kemudian melakukan pembangunan dan pengurusan 1970

kemudahan – kemudahan pelancongan di kedua-dua pulau itu.

Perbahasan terjadi antara Presiden Indonesia iaitu Soeharto dan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Muhammad di Yogyakarta tahun. 1989

Ternyata perebutan terhadap kedua – dua pulau tersebut sukar untuk diselesaikan dalam kerangka perundingan dua hala.

Kedua – dua pihak bersetuju untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Antarabangsa dengan menandatangani dokumen "Special Agreement for the 1997

Submission to the International Court of Justice on the Dispute between Indonesian and Malaysia concerning the Sovereignty over Pulau Ligitan and Pulau Sipadan" di Kuala Lumpur pada 31 Mei 1997.

Pada 2 November 1998, perjanjian khusus yang telah ditandatangani itu kemudian secara rasmi diserahkan 1998

kepada Mahkamah Antarabangsa, melalui suatu "joint letter" atau pemberitahuan bersama.

Proses argumentasi tertulis ("written pleadings") dari kedua – dua belah pihak dianggap rampung pada akhir Mac 2000 di Mahkamah Antarabangsa. 2000

Argumentasi itu terdiri daripada penyampaian "memorial", "counter memorial", dan "reply" ke Mahkamah Antarabangsa.

Proses penyelesaian sengketa Pulau Sipadan dan Ligitan di Mahkamah Antarabangsa memasuki tahap akhir, iaitu proses argumentasi lisan ("oral hearing"), yang berlangsung dari 3-12 Jun 2002. Pada kesempatan itu, Menteri Luar Hassan Wirajuda selaku pemegang kuasa undang-undang RI, menyampaikan argumentasi lisannya ("agent s speech"), yang kemudian diikuti oleh persembahan argumentasi yuridis 2002

yang disampaikan Tim Peguam RI. Mahkamah Antarabangsa kemudian

menyatakan bahawa keputusan akhir bagi perbicaraan tersebut akan ditetapkan pada 17 Disember 2002. Pada tarikh 17 Disember 2002, Mahkamah Antarabangsa di The Hague menetapkan Pulau Sipadan dan Ligitan menjadi sebahagian daripada wilayah kedaulatan Kerajaan Malaysia atas dasar "keberkesanan" kerana Malaysia telah melakukan usaha pentadbiran dan pengurusan pemuliharaan alam di kedua – dua pulau tersebut.

PERKEMBANGAN KONFLIK TUNTUTAN PULAU LAYANG-LAYANG MENGIKUT KRONOLOGI MASA

TARIKH/TAHUN

PERISTIWA

Pengisytiharan perairan Zon Ekonomi 20 September 1979

Eksklusif (ZEE) Malaysia menyaksikan Kabinet mengarahkan supaya kajian

segera dilakukan untuk mendirikan penempatan di beberapa buah terumbu batu karang di perairan ini.

Isu Spratly pernah menyaksikan konflik bersenjata antara China dan Vietnam di Gugusan Paracels.Secara terbuka Negara kuasa Asia Timur itu menuntut keseluruhan kepulauan di Laut China Selatan itu sebagai perairan yang berada di bawah penguasaannya.Konflik Januari 1974

bersenjata beberapa kali berlaku antara kedua-dua Negara sekitar tahun 1980-an yang mencetuskan ketegangan.Konflik China-Vietnam membuka mata negaranegara lain yang bersempadan untuk membuat tuntutan sama dengan membina penempatan.

Sebuah tugu kemudian dibina di sini menandakan hak kedaulatan Malaysia. Ia disusuli dengan penempatkan anggota Paskal TLDM di sini pada Mei 1983 dalam keadaan yang cukup mencabar. 21 Jun 1980

Survivaliti pasukan Paskal ketika itu jelas menunjukkan kesanggupan mereka berkorban demi mengawasi kedaulatan negara. Dari segi geografi, kawasan perairan ini mempunyai kepentingan strategik dan ekonomi, khususnya mineral.

Mei 1983.

Penempatan anggota pasukan khas laut (PASKAL)

1989

Kawasan terumbu di Pulau LayangLayang dimajukan menjadi pusat pelancongan dengan pembinaan LayangLayang Resort.

KUPASAN ISU-ISU KONFLIK DUNIA SEMASA

5.1 DEFINISI ISU KONFLIK Isu konflik dunia semasa iaitu konflik persempadanan dan tuntutan bertindih semakin mendapat tempat dalam politik antarabangsa. Hal ini berikutan pengenalan

regim UNCLOS yang membawa kepada bertambahnya kemungkinan konflik antara negara. UNCLOS telah memberi garis panduan mengenai zon-zon maritim seperti pelantar benua dan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).21 Masalah yang timbul ialah setiap negara mempunyai intepretasi tersendiri terhadap zon-zon maritim ini. Apabila setiap Negara mengumumkan ZEE mereka, ZEE ini bertindih dengan ZEE yang diisytiharkan oleh negara jiran. Ini membawa kepada pertindihan ZEE yang seterusnya mencetuskan pertikaian antara kedua buah negara ini. Hal ini berlaku terutama apabila negara menjalankan kerja mencarigali petroleum atau gas atau menjalankan aktiviti perikanan. Hasilnya berlakulah tuntutan bertindih yang membabitkan negara-negara berjiran yang menurut Valencia akan menjadi punca konflik pada masa akan datang. Malaysia sendiri terbabit dalam beberapa siri tuntutan bertindih. Sabah masih dituntut oleh Filipina, tuntutan berdasarkan sejarah pemilikan sebahagian Sabah oleh Kesultanan Sulu. Tuntutan ini masih lagi belum digugurkan oleh Manila sehingga kini Malaysia juga turut terbabit dalam menuntut beberapa buah pulau dan atoll di Kepulauan Spratly bersama lima negara lain iaitu China, Taiwan, Vietnam, Filipina dan Brunei. Sehingga kini Malaysia telah menduduki lima buah pulau-atoll. Pertikaian antara Malaysia-Indonesia berhubung Pulau Sipadan-Ligitan telah diselesaikan oleh ICJ dengan keputusan berpihak kepada Malaysia pada 17 Disember 2002. Malaysia berjaya dalam kes ini kerana hujah effectivities iaitu Malaysia mempunyai kawalan serta pentadbiran yang berterusan sejak 1878 Sipadan-Ligitan. Perkara ini berdasarkan kawalan dan peraturan pengutipan telur penyu serta pengeluaran surat kuasa kepada penduduk Semporna memungut telur penyu. Di samping itu dua lagi hujah effectivities ialah pembentukan ‘bird sanctuary’ pada 1 Februari 1933 serta pembinaan sebuah rumah api oleh Kerajaan Borneo Utara pada tahun 1962 serta pembinaan rumah api kedua pada tahun 1963.

1.1. MENGAPA BERLAKU TUNTUTAN BERTINDIH PULAU BATU PUTEH MALAYSIA-SINGAPURA

Pertikaian mengenai status kedaulatan Pulau Batu Puteh mula tercetus pada tahun 1979 ketika Malaysia menerbitkan peta rasmi yang baru, dengan memasukkan Pulau Batu Puteh di dalam perairan wilayahnya. Jarak Pulau Batu Puteh adalah lebih jauh dari titik terdekat Singapura (Changi) iaitu terletak 46 km (25 batu nautikal) berbanding hanya 14.3 km (7.7 batu nautikal) dari Johor (Tanjung Penyusop, Mukim Pengerang). Lihat peta 1 dan 2.

(Peta 1 : Pulau Batu Puteh)

(Peta 2 : Pulau Batu Puteh)

Malaysia menegaskan berikutan daripada Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac dan Perjanjian Crawfurd 2 Ogos 1824, apabila Kesultanan Johor menyerahkan Singapura dan 19 km (10 batu nautika) pulau-pulau serta perairan di sekelilingnya kepada pihak British, penyerahan ini sama sekali tidak termasuk Pulau Batu Puteh. Temenggung dan Baginda Sultan Johor ketika itu memberi kebenaran secara bertulis kepada pihak British untuk membina rumah api di atas pulau tersebut hanya pada tahun 1844. Ini sekali lagi membuktikan bahawa Kesultanan Johor sememangnya mempunyai kedaulatan serta penguasaan di perairan pulau terbabit. Pihak koloni British dan kemudiannya Singapura hanya diberikan kebenaran mengurus rumah api tersebut bagi kepentingan industri perkapalan Singapura yang kurang penting bagi pihak Malaysia atau Malaya pada masa itu. Ini memandangkan tiadanya pelabuhan utama di Johor serta kebergantungan kebanyakan pedagangpedagang Inggeris di Tanah Melayu ketika itu kepada kemudahan pelabuhan tukar barang Singapura untuk mengeksport hasil perdagangan mereka. Singapura pula mengemukakan dakwaan bahawa mereka telah menguasai pulau tersebut semenjak tahun 1840-an tanpa sebarang tentangan dan halangan oleh pihak Malaysia. Sikap berdiam diri serta mengelak dari menggunakan pendekatan konfrontasi oleh Malaysia berdasarkan semangat setiakawan dua negara yang berjiran itu sebaliknya telah digunakan dengan sebaiknya di dalam

penggulungan hujah pihak Singapura di Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang akhirnya dengan persetujuan 12-4 memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh milik Singapura sementara 15-1 mengesahkan Batuan Tengah milik Malaysia. Manakala status Tubir Selatan pula akan ditentukan kemudian berdasarkan di perairan mana ia terletak. 1.1 MENGAPA BERLAKU TUNTUTAN BERTINDIH PULAU LIGITAN DAN SIPADAN MALAYSIA-INDONESIA Pertikaian mengenai “status quo” pulau Ligitan dan Sipadan yang berada di Selat Makassar iaitu pulau Sipadan (luas: 50.000 meter²) dengan koordinat: 4°6′52.86″N 118°37′43.52″E dan pulau Ligitan (luas: 18.000 meter²) dengan koordinat: 4°9′N 118°53′E. Malaysia telah memulakan kerja mencari gali hasil petroleum di kawasan Pulau Ligitan dan Sipadan. Lihat gambar 1 dan Peta 3.

(Gambar 1 : Pulau Sipadan)

(Peta 3 : Sempadan Malaysia-Indonesia)

Isu hak pemilikan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan antara Malaysia dan Indonesia menjadi kontroversi pada 1969 apabila Indonesia membantah cadangan wilayah pelantar laut Malaysia yang memasukkan kedua-dua pulau tersebut. Sikap Indonesia bermula dengan ingin membawa masalah ini melalui Dewan Tinggi

ASEAN

namun

akhirnya

keduah-dua

buah

Negara

berstuju

untuk

menyelesaikan tuntutan ini melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Sejak sekian lama kedua-dua pulau ditadbir oleh Malaysia. Pertemuan antara Presiden Soeharto dan Dato Hussein Onn pada 26 Mac 1980 di Kuantan memutuskan untuk menyelesaikan masalah melalui rundingan, namun usaha tersebut gagal. 1.2 MENGAPA BERLAKU TUNTUTAN BERTINDIH PULAU LAYANG-LAYANG Pulau Layang-Layang atau Terumbu Layang-Layang (Jawi) adalah sebuah pulau yang merupakan sebahagian daripada gugusan Kepulauan Spratly. Kerajaan Malaysia telah memantau pulau ini dan menegaskan bahawa pulau ini adalah

kepunyaan Malaysia kerana kedudukannya yang berada berhampiran dengan Sabah. Pulau ini juga dituntut oleh negara Republik Rakyat China, Republik China (Taiwan),Filipina dan Vietnam.Pulau ini merupakan tuntutan negara Malaysia terhadap sebahagian daripada pemilikan di Kepulauan Spratly kerana ia berdekatan dengan kawasan tanah. Setelah Kerajaan Malaysia mengisytiharkan terumbuterumbu Pulau Layang-Layang itu terletak dalam perairan zon ekonomi eksklusif Malaysia pada 20 September 1979, Kabinet Malaysia telah mengarahkan agar kajian dilakukan untuk mendirikan tugu dan penempatan di beberapa buah terumbu batu karang yang dalam wilayah negara. Hasil kajian telah melihatkan pembinaan tugu pertama Terumbu Layang-Layang atau Stesen Lima telah didirikan pada 21 Jun 1980 dan pada Mei 1983, 18 anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditempatkan di Terumbu Layang-Layang. Terumbu Layang-Layang terletak kira-kira 162 batu nautika atau sejam penerbangan dari Kota Kinabalu merupakan sebahagian daripada gugusan Kepulauan Spratly di Laut China Selatan, dengan empat lagi terumbu dikawal oleh TLDM iaituTerumbu Ubi, Terumbu Mantanani, Terumbu Siput dan Terumbu Peninjau. Kepulauan Spratly menjadi rebutan beberapa negara seperti China, Vietnam, Filipina dan Brunei kerana dipercayai kaya dengan hasil semula jadi seperti fosforus, gas asli,petroleum dan pelbagai hasil marin yang memukau.

Laluan perhubungan laut terpenting antara Lautan Pasifik di Timur dan Lautan Hindi di barat. Pada 1989, kawasan terumbu berkenaan akan dimajukan sebagai pusat pelancongan dengan pembinaan Layang-layang Resort. Dasar lautnya adalah antara 10 tercantik di dunia, dan menjana pendapatan hasil laut berjumlah RM 70 Juta setahun. Hanya antara 50 hingga 80 pengunjung dibenarkan berada di Resort ini pada satu-satu masa. Turut menempatkan Sistem Penyelidikan Jabatan Perikanan.

Pulau Layang-Layang terletak 162 batu nautika bersamaan 300 km dari barat laut Kota Kinabalu, yakni dalam lingkungan 200 batu nautika zon eksklusif seperti yang

dibenarkan menurut Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Terumbu atau Pulau Layang-Layang terletak di Laut China Selatan. Pulau ini timbul hampir 2000 meter dari dasar laut. Berukuran sepanjang 1.2 km dan selebar 200 meter, pulau berbentuk bujur ini amat menarik dengan pelbagai pemandangan dasar laut yang mengagumkan, kepelbagaian batu karang dan ikan terumbu, termasuk haiwan laut dalam (pelagik) yang menjadi daya tarikan kepada para penyelam. Pulau Layang-Layang juga menjadi tempat perlindungan kepada beribu-ribu ekor burung berpindah. 1.3 TEMPOH TUNTUTAN

BERTINDIH

PULAU

BATU PUTEH MALAYSIA-

SINGAPURA Pertikaian mengenai status kedaulatan Pulau Batu Puteh mula tercetus pada tahun 1979 dan berakhir pada 28 Mei 2008 iaitu selama 28 tahun. Setelah gagal mencari penyelesaian yang memuaskan Tun Dr. Mahathir telah bersetuju untuk merujuknya ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Walaupun keputusan tersebut adalah sesuatu yang tidak menyenangkan Malaysia. Semasa rundingan pertikaian hanya melibatkan Pulau Batu Puteh, tetapi pada tahun 1993 Singapura mahukan Batuan Tengah dan Tubir Selatan dimasukkan sekali kolumnya adalah kedua tempat tersebut sebahagian dari Pulau Batu Puteh perlu diputuskan secara bersama. Tidak syak lagi yang Batuan Tengah dan Tubir Selatan dimasukkan kerana Malaysia menuntut Pulau Batu Puteh. Lantas tindak balas Singapura adalah melebarkan tuntutannya kepada Batuan Tengah dan Tubir Selatan

Singapura menegaskan oleh kerana Pulau Batu Puteh adalah wilayahnya, maka Batuan Tengah dan Tubir Selatan adalah sebahagian darinya. Pendirian Malaysia adalah soal Batuan Tengah dan Tubir Selatan tidak pernah dibawa atau dipertikaikan oleh Singapura sebagai satu kumpulan Pulau dengan Pulau Batu Puteh. Perkara ini pun hanya ditimbulkan Singapura pada tahun 1993.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah menetapkan untuk mendengar kes pertikaian antara Malaysia dengan Singapura berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca), Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge), yang terletak di perairan luar pantai Johor, pada 6 November 2007 di The Hague, Belanda. Pendengaran bermula dengan ucapan pembukaan oleh kedua-dua

pihak sebelum penyampaian hujah lisan oleh Singapura pada hari pertama. Singapura diberikan empat hari (6-9 Nov) untuk menggulung hujah lisan pusingan pertama, sementara Malaysia diberikan giliran pada minggu berikut iaitu pada 13-16 Nov 2007.

1.4 TEMPOH

TUNTUTAN

BERTINDIH

PULAU

LIGITAN

DAN

SIPADAN

MALAYSIA-INDONESIA Konflik ini berlanjutan lama 33 tahun iaitu bermula pada 1969 hingga 2002. Setelah rundingan melalui ASEAN juga gagal menyelesaikan pertikaian, pada 2 November 1998 kedua-dua pihak bersetuju untuk membawa kes ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Pada 3 Jun 2002 wakil Malaysia dan Indonesia membentang hujah masingmasing mempertahankan hak kedaulatan ke atas pulau-pulau tersebut di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, The Hague. Keputusan yang dikeluarkan pada 17 Disember 2002 memberi hak kedaulatan terhadap wilayah Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada Malaysia. Pertikaian selama 33 tahun akhirnya ditamatkan dengan keputusan 16-1 oleh badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Pada 29 Mac 2001, Malaysia menentang usaha Filipina yang memohon Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda untuk campur tangan dalam menyelesaikan konflik hakmilik Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan yang melibatkan negara ini dan Indonesia. Permohonan itu dibuat di bawah Perkara 53 (1) Undang-Undang Mahkamah tetapi gagal.

1.5 TEMPOH TUNTUTAN BERTINDIH PULAU LAYANG-LAYANG Isu Kepulauan Spratly di Laut China Selatan terus menjadi konflik besar di rantau Asia Tenggara . Ini kerana selain negara Asean seperti Filipina, Brunei, Malaysia dan Vietnam , negara kuasa besar China juga menuntut seluruh atau sebahagian wilayah di Kepulauan Spratly, yang dipercayai memiliki sumber galian dan minyak. Bagi negara tercinta kita Malaysia , hanya Pulau Layang-Layang menjadi lambang kedaulatan negara kita di tengah lautan luas Laut China Selatan

hingga kini . Isu Spratly pernah menyaksikan konflik bersenjata antara China dan Vietnam pada Januari 1974 di Gugusan Paracels. Secara terbuka negara kuasa Asia Timur itu menuntut keseluruhan kepulauan di Laut China Selatan ini sebagaiperairan yang berada di bawah penguasaannya. Konflik bersenjata beberapa kali berlaku antara kedua-dua negara sekitar tahun 1980-an yang mencetuskan ketegangan. Yang pasti, konflik China - Vietnam membuka mata negara-negara lain yang bersempadan di sini untuk membuat tuntutan sama dengan membina penempatan. Pengisytiharan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia pada 20 September 1979 menyaksikan Kabinet mengarahkan supaya kajian segera dilakukan untuk mendirikan penempatan di beberapa buah terumbu batu karang di perairan ini. Awal tahun 80-an , tiada pun pulau layang -layang ini .Yang ada hanyalah terumbu karang. Tetapi hasil kebijaksanaan bekas Perdana Menteri ketika itu iaitu negarawan ulung Tun Dr Mahathir, beliau mengarahkan pasukan komando kita menawan terumbu itu dan jadikan ia sebuah pulau.Bekas Perdana Menteri Tun Seri Dr Mahathir Mohamad, negarawan terulung kita kemudian mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menguasai kawasan itu. Maka terkial-kiallah ATM menghantar personal dari Rejimen Gerak Khas (RGK) untuk menduduki terumbu yang besarnya hanya sekangkang kera, masa itu Pasukan Khas Laut (Paskal) tidak campur tangan lagi. Jurucakap kedua-dua negara memberitahu Malaysia sepatutnya menghormati perjanjian yang ditandatangani pada tahun 2002 antara negara-negara yang terbabit dalam isu tuntutan bertindih itu. Kenyataan yang disiarkan oleh hampir semua media utama negara itu bagaimana pun pantas dijawab Timbalan Perdana Menteri. "Tidak timbul soal provokasi kerana Pulau Layang-layang terletak dalam perairan negara walau pun tuntutan mengenainya masih diperbincangkan antara negara-negara termasuk China dan Taiwan," ujar beliau.Langkah pertama adalah menghantar komando, masa itu stesyen Lima belum dibina, apabila air laut naik, komandokomando kita bersusah payah untuk memanjat pokok dan tidur sepanjang malam dengan seribu kepayahan diharung taufan dan hujan lebat.

Dalam proses itu,

penempatan sementara dari papan dan kayu kayan dibina oleh gabungan tentera darat, laut dan semua penghantaran dibuat oleh helikopter Nuri milik Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM).

Modul-modul ini kemudian diletakkan di atas sejenis kapal tongkang atau “barge” dan di “camoflage” dengan kayu kayan serta papan-papan lapis. Pelayaran mereka mengikuti perairan antarabangsa sebenarnya terpaksa melalui kawasan berhampiran wilayah Singapura dan Indonesia. Kapal-kapal perang TLDM mengiringi pelayaran tongkang-tongkang ini yang mengambil masa sekurang-kurangnya 4 minggu untuk sampai. Rupa-rupanya ada mata yang memerhatikan pelayaran tongkang ini, mereka terdiri dari unit-unit pasukan khas Singapura dan Indonesia. Kali pertama komando Singapura cuba mendekati tongkang tersebut, tanpa segan silu, kapal TLDM yang mengiringi memberikan arahan supaya mereka beredar dari menaiki tongkang, senjata yang siap di pasang dengan peluru diarahkan, komando Singapura berundur. Kali kedua, komando Indonesia pula naik, dan berjaya naik, tanpa teragak-agak peluru mesingan dilepaskan, habis bertempiaran komando Indonesia ini terjun ke laut, terbunuh atau cedera tidaklah diketahui. Akhirnya stesyen LIMA terpacak megah.

2. KESAN Terdapat beberapa impak yang melanda sesebuah Negara yang terlibat dengan konflik persempadanan dan tuntutan bertindih sama ada baik mahupun buruk. Keputusan ICJ dalam mengendalikan konflik persempadanan dan tuntutan bertindih menyebabkan Negara yang bernasib baik akan mengekalkan peta dalam wilayahnya manakala bagi Negara yang kurang bernasib baik terpakasa mengeluarkan sebahagian wilayahnya daripada peta Rasmi. Negara yang bernasib baik terhadap tuntutan yang direbut sesama sendiri akan mendapat kepulangan yang lumayan sebagaimana Malaysia manahkluki pulau Layang-layang di mana ia boleh menghasilkan pendapatan sebanyak 70 Juta setahun hasil daripada pelancongan dan aktiviti laut. Hal ini dapatlah kita lihat betapa pentingnya menjaga aset Negara daripada digembeling oleh Negara lain untuk kepentingan Negara kita sendiri. Sikap hormat-menghormati

serta

percaya-mempercayai

adalah

penting

dalam

menyelesaikan sebarang konflik bagi sesebuah Negara untuk terus bekerjasama dalam kemajuan ekonomi serantau. Bagi Negara-negara yang terlibat dalam satu tuntutan bertindih yang sama akan mengalami kekangan hubungan secara tidak langsung akan menjejaskan kerjasama yang berterusan sehingga konflik dapat diselesaikan dalam cara apa

sekali pun. Perkara ini dapat kita lihat Pertubuhan Kerjasama Srantau Asia Selatan (SAARC) tidak begitu maju serta kurang berperanan berbanding dengan asian kerana Pakistan dan India masih bergelut dengan isu Kahmir yang masih belum ada kata sepakat. Oleh hal yang demikian, adalah amat penting untuk Negara Malaysia menangani konflik antara sesama sendiri bagi mengekalkan kerjasama hubungan serantau bagi mengekalkan kestabilan ekonomi, menjana pendidikan serta kesejahteraan rakyat.

3. REAKSI Kekangan konflik di Negara kita dengan Singapura yang menuntut Pulau Batu Puteh haruslah dijadikan iktibar kerana ianya membuka mata semua pihak tentang peri pentingnya pihak berwajib untuk mendokumentasikan secara teratur, tersusun dan selamat segala sejarah serta rekod-rekod penting kerajaan. Sentimen rakyat juga terutamanya di negeri-negeri selatan semenanjung Malaysia juga sudah semakin berubah. Walaupun diketahui rakyat Johor, Melaka dan Negeri Sembilan adalah di antara penyokong kuat parti pemerintah, namun kini sudah ada asas untuk mereka meragui dan mencurigai kewajaran pelaksanaan Iskandar Malaysia (dahulunya Wilayah Pembangunan Iskandar; sebelumnya SJER) oleh pihak kerajaan. Berdasarkan perjalanan kes Tuntutan bertindih mengenai Pulau Batu Puteh yang memihak kepada Singapura, penglibatan berlebih-lebihan Singapura di kawasan terbabit dikhuatiri akhirnya akan hanya mengulangi kisah tuntutan kedaulatan yang berskala lebih besar daripada republik berkenaan dikemudian hari. Selain itu,sentimen anti-Malaysia di Indonesia kembali muncul di awal abad ke21, terutama sebagai reaksi atas perlakuan-perlakuan yang diterima Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Malaysia, baik pada tingkat awam mahupun pada tingkat pentadbiran. Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang memberikan kedaulatan atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan pada tanggal 17 Disember 2002 juga telah menimbulkan kekecewaan di pihak Indonesia, bahkan hingga tingkat parlimen. Rasa kurak senang itu menjadi rentetan peristiwa yang dipandang Indonesia sebagai tindakan angkuh sepihak oleh Malaysia, berupa kes perselisihan di blok Ambalat yang memaksa Presiden Susilo Bambang Yudhoyono meminta

Tentera Nasional Indonesia (TNI) untuk "menjaga kedaulatan wilayah Indonesia" (2005),

penggunaan lagu "Rasa Sayang" pada kempen promosi pelancongan

Malaysia, dan dakwaanTarian Barongan (disebut "Reog" di Indonesia) sebagai kesenian asli Malaysia (2008). Pada kes Ambalat, situasi yang agak serius terjadi kerana pada tanggal 7 Mac 2005 dikendalikan oleh TNI dengan pengiriman lapan kapal tempur yang didukung oleh empat pesawat tempur jet F-16 oleh Armada Wilayah Timur di Balikpapan. Pada kejadian yang lain, usaha-usaha klarifikasi dilakukan melalui komunikasi politik di antara pejabat kedua negara. Pada kes "Rasa Sayang", protes muncul dari kalangan masyarakat Maluku (sebagai kelompok etnis yang mendakwanya) dan anggota parlimen (DPR). Paling menyedihkan apabila rakyat Indonesia mengadakan mogok secara beramai-ramai serta perkara yang amat memalukan adalah sebahagian daripada mereka telah membakar jalur gemilang yang menunjukkan bantahan kepada Malaysia. Lihat gambar 4.

(Gambar 4 : Jalur Gemilang dibakar) Walaubagaimana pun, rakyat Malaysia amat berpuas hati akan kecekapan Negara dalam mengambil langkah yang sepatutnya dalam menangani konflik Pulau Layang-layang. Hal ini dapat kita lihat pada sebuah resort milik rakyat Malaysia iaitu Avillion Layang-Layang (Resort selam) telah beroperasi di situ selama beberapa tahun. Menurut Pegawai Pemerintah Terumbu Layang-Layang Leftenan Mohd Khairulislah

Ahmad

(TLDM),

sejak

Avillion

Layang-Layang

Resort

dibuka

sehinggalah tahun 2006, statistik kehadiran pelancong yang datang melawat pulau tersebut seramai 1,457 orang, kebanyakannya dari Jepun, Perancis, Korea Selatan dan China. Cara untuk sampai di Pulau Layang-Layang ialah melalui kapal terbang foker. Penerbangan dari Kota Kinabalu mengambil masa kira-kira satu jam.

4. STATISTIK KONFLIK PERSEMPADANAN DAN TUNTUTAN BERTINDIH 4.1 JADUAL ISU KONFLIK PERSEMPADANAN DAN TUNTUTAN BERTINDIH Pulau Pulau Batu Putih

Tahun (Tempoh) 1979-2008

Negara terlibat

Hak milik kini

Malaysia-Singapura

Singapura

Malaysia-Indonesia

Malaysia

(28 Tahun) Pulau Ligitan dan

1969-2002

Sipadan

(33 Tahun)

Pulau Layang-layang

1979-Kini

Malaysia, Vietnam,

Di majukan Oleh

(34 Tahun)

Filipina, Brunei dan

Malaysia

China

GRAF ISU KONFLIK PERSEMPADANAN DAN TUNTUTAN BERTINDIH

Tempoh isu Konflik 35 30 25 20 Tempoh isu Konflik 15 10 5 0 Pulau Batu Putih

Pulau Ligitan dan Sipadan

Pulau Layang-layang

5. TINDAKAN KERAJAAN Keamanan tidak akan tercapai melalui peperangan dan ekstremisme tetapi melalui kesederhanaan serta kesanggupan untuk duduk di meja rundingan bagi

menyelesaikan masalah.Justeru, Malaysia berkongsi sempadan dengan Thailand dan perairan antarabangsa dengan Indonesia, Singapura dan Filipina dan pelbagai isu sempadan telah timbul hasil kedudukan itu. Isu yang timbul harus di tangani dengan bijak jika tidak ia akan meleret sehingga menjadi konflik yang tidak terkawal. Ini boleh menguggat keamanan dan keselamatan serantau. Pendekatan yang diambil Malaysia dari perspektif dasar luar, adalah menyelesaikan apa jua masalah melalui saluran diplomasi pendekatan ini bertujuan bagi mengelakkan ia merebak kepada konflik terbuka. Salah satu mekanisma utama diplomasi yang digunakan adalah ‘rundingan’ diantara negara-negara terlibat. Matlamatnya adalah supaya persoalan tuntutan hak kedaulatan wilayah tidak mengheret negara-negara yang bertelingkah ke kancah peperangan. Sebagaimana terbukti dalam sejarah, peperangan tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada mana-mana pihak pun. Hubungan dua hala Malaysia-Singapura berdepan dengan perselisihan kerana ia negara jiran terdekat yang berkongsi sejarah dan penjajah. Lokasi geografi dan sejarah kedua-dua negara juga memainkan peranan dan menyumbangkan kepada keadaan itu tidak dapat dielakkan dan berlaku. Pada pendapat saya hubungan Singapura-Malaysia banyak dipengaruhi oleh kerana penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 serta melibatkan juga watak-watak pemimpin. Boleh dikatakan sejak dari penyingkiran itu Singapura sentiasa mahu membuktikan yang negara tersebut maju tanpa Malaysia. Justeru, sikap dan cara Singapura bertindak dan menguruskan hubungannya dengan Malaysia diselubungi oleh latar belakangnya.Hasil analisis saya tentang

isu hubungan Malaysia-

Singapura, tidak dapat dinafikan lagi bahawa ia saling bertaut dengan sejarah, hubungan kerajaan dengan kerajaan, dan rakyat dengan rakyat. Memang tidak dapat dielakkan dari masa ke semasa ia berdepan dengan pasang surut serta turun naik yang tidak menentu dan adakalanya membimbangkan. Sesungguhnya,konflik tuntutan Pulau Batu Puteh diantara Malaysia-Singapura memperlihat pegangan serta pendirian yang kuat Malaysia yang mempertahankan Pulau Batu Puteh adalah sebahagian dari wilayah Malaysia dari perspektif sejarah serta undang-undang diakui oleh ICJ dalam penghakimannya. Diantara lain ICJ menyatakan “The court thus concludes that the Sultanate of Johor had original title to Pedra Blanca/Pulau Batu Puteh”. Malaysia gagal mempertahankan milik dan kedaulatan ke atas tempat tersebut disebabkan antara lain; (i) surat 1953 yang

dihantar oleh Penolong Setiausaha Kerajaan negeri Johor berbunyi “…the court expresses the view that the Johor reply is clear in its meaning: Johor does not claim ownership over Pedra Blanca/Pulau Batu Puteh. That response to the island as a whole and not simply to the lighthouse……it becomes evident that the letter addresses the issue of sovereignty over the island. The Court accordingly concludes that Johor’s reply shows that as of 1953 Johor understood that it did not have sovereignty over Pedra Blanca/Pulau Batu Puteh.”, (ii) kerana Malaysia telah kelihatan membiarkan Singapura membina, mengurus dan mentadbir berserta mengadakan kemudahan di Pulau Batu Putih tanpa menunjukkan bantahannya terhadap apa-apa yang dibuat oleh Singapura dalam menguruskan Rumah Api yang dinamakan “Rumah Api Horsburg”.Yang menjadi permasalahan Malaysia apabila kes ini dirujuk ke ICJ adalah kerana Malaysia telah dikatakan mengabaikan Pulau Batu Putih. Bila ia membenarkan pihak British membangunkan dan menguruskan Rumah Api Horsburg di pulau tersebut pada kurun ke 19 tidak ada sebarang perjanjian yang mencatatkan statusnya, termasuklah tidak ada bukti yang kukuh dan ketara kebenaran diberikan hanya untuk kegunaan ‘Rumah Api’ sahaja. Lantas terus menguasai tempat tersebut sebagai hak dan wilayahnya. Berbeza dengan Pulau Pisang, dimana ada perjanjian pajakan untuk memberi kebenaran kepada Singapura menguruskan Rumah Api. Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang akhirnya dengan persetujuan 12-4 memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh milik Singapura sementara 15-1 mengesahkan Batuan Tengah milik Malaysia. Manakala status Tubir Selatan pula akan ditentukan kemudian berdasarkan di perairan mana ia terletak. Berbalik kepada Konflik Pulau Ligitan dan Sipadan Malaysia dengan Indonesia. Pada tahun 1966 Indonesia bekerjasama dengan Japex (Japan Exploration Company Limited) untuk mengeksplorasi di wilayah Sipadan. Malaysia pula bereaksi terhadap perjanjian kerjasama Indonesia-Japex dan melakukan kerjasama dengan Sabah Teiseki Oil Company di wilayah Sipadan pada tahun 1968. Malaysia memasukkan Sipadan-Lingitan sebagai wilayahnya. Hal ini dibantah oleh Pemerintah Indonesia. Kedua-dua buah negara kemudian mengadakan rundingan berkaitan konflik tersebut.Menurut Peta Malaysia, Pulau Sipadan dan Ligitan merupakan bahagian dari wilayah Republik Indonesia, namun tidak tertera pada lampiran Perpu No. 4/1960. Kedua-dua belah pihak sebulat suara menyatakan

dua pulau tersebut dalam “status quo” pada tahun berikutnya dan diikuti Traktat Persahabatan dan Kerja Sama di Asia Tenggara atau TAC (Treaty of Amity and Cooperation in Southeast Asia) dalam KTT pertama ASEAN di Bali menyatakan bahawa

akan

membentuk

Dewan

Tinggi

ASEAN

untuk

menyelesaikan

perselisihfahaman yang berlaku diantara sesama anggota ASEAN akan tetapi pihak Malaysia menolak dengan beralasankan akan melibatkan pula konflik dengan negara jiran yang lain. Kedua-dua negara juga sebulat suara menyelesaikan masalah SipadanLigitan secara litereal,iaitu didahulukan dengan perundingan kerajaan masingmasing. Hasil daripada rundingan tersebut,kedua-dua negara bersetuju akan membentuk (Joint Commission/JC) dan Kumpulan Kerja Bersama (Joint Working Groups/JWG). Pemerintah Republik Indonesia diwakili oleh Mensesneg Moerdiono dan Malaysia diwakili oleh Anwar Ibrahim sebagai wakil khusus pemerintah untuk mencari jalan penyelesaian. Namun,mereka tetap juga gagal mencapai hasil perundingan. Akhir sekali, Presiden Republik Indonesia dengan Perdana Menteri Malaysia di Kuala Lumpur bersetuju untuk menyelesaikan penentuan status pemilikan

Pulau

Ligitan

dan

Pulau

Sipadan

melalui

Mahkamah

Keadilan

Antarabangsa. Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah memberi “status quo” Pulau Ligitan dan Sipada diberikan kepada Malaysai pada 17 Desember 2002 di Den Haag, Belanda oleh 16 orang Hakim menyetujui pulau itu sebagai milik Malaysia dan 1 Hakim menyatakan sebagai milik Indonesia. Dari 17 Hakim tersebut, 15 adalah Hakim tetap dan 2 adalah tidak tetap yang masing-masing dipilih oleh Indonesia dan Malaysia.

Melihat

kepada

konflik

Pulau

Layang-layang.

Malaysia

membawa

pembangunan yang paling pesat di kepulauan itu berbanding negara lain, Filipina menguasai pulau yang paling besar di kepulauan Spratly tetapi kesemua negara lain hanya memiliki terumbu-terumbu kecil sahaja sehinggalah Malaysia membawa masuk bertan-tan pasir untuk mengubah Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau. Malaysia turut membina pengkalan kapal selamnya di Teluk Sepanggar, Sabah sebagai persediaan menghadapi sebarang konflik di Spartly dan juga sebagai

senjata cegah rintang apabila terpaksa menghadapi kekuatan yang besar seperti China.

Umum mengetahui, China mempunyai armada laut yang besar tetapi ia mempunyai kelemahan yang agak ketara dari segi kekuatan Peperangan Anti Kapal Selam. Jarak operasi pesawat Sukhoi dan J-10 China untuk ke Spratly juga sangat jauh dan kuasa besar itu tidak mempunyai kapal induk pesawat untuk menjalankan operasi ketenteraan secara berkesan. Kemasukkan pesawat-pesawat Sukhoi 30MKM menyediakan negara sistem pertahanan yang mempunyai kemampuan menguasai udara dari jarak yang jauh, umum mengetahui jarak penerbangan Sukhoi yang beroperasi dari Gong Kedak yang terletak berhampiran Laut China Selatan memungkinkan TUDM beroperasi untuk anti perkapalan dari perairan Vietnam, Filipina sehinggalah ke Sabah.

6.

KESIMPULAN Sesungguhnya,keputusan yang telah diumumkan dianggap adalah sesuatu

yang tidak dijangka atau ‘Blessing in Disguise’ (perkara baik yang pada awalnya tidak diketahui) untuk negara Malaysia. Hal ini diakui oleh ramai pemimpin tempatan sebgaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, selaku Menteri Luar Negeri pada 28 Mei 2008,

“Keputusan pada pagi ini (waktu

Belanda) adalah memberi kemenangan kepada kedua-dua pihak…pada satu peringkat mahkamah ICJ memutuskan mengikut fakta sejarah dan perundangan antarabangsa serta menimbulkan kesan-kesan pentadbiran dan hal lain berkaitan tuntutan Pulau Batu Puteh. Dalam keadaan win-win situation inilah kita dapat menentukan kedaulatan atas kedua-dua tuntutan berkenaan.” Malaysia kini bebas dan mempunyai kuasa untuk melakukan pelbagai kegiatan di Middle Rocks dan perairan sekitarnya termasuk menempatkan kapal tentera laut, menjalankan kajian meteorologi dan mengawal ruang udara di kawasan

tersebut yang mana kesemuanya tidak dapat dilakukan sebelum ini biarpun keputusan ICJ telah memberi hak kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura. Bahkan, Singapura yang sebelum ini bertindak mengawal perairan di Pulau Batu Puteh, Middle Rocks dan South Ledge sejak tahun 1986 tidak lagi mempunyai kebebasan untuk berbuat demikian kerana bidang kuasa mereka kini terhad kepada Pulau Batu Puteh semata-mata. Keputusan ICJ sekali gus mengingatkan Singapura bahawa mereka kini tidak lagi boleh bertindak sewenang-wenangnya di Pulau Batu Puteh dan kawasan perairannya kerana kedudukan pulau itu yang terlalu hampir dengan Middle Rocks menuntut republik itu supaya lebih berhati-hati. Begitu juga dengan cita-cita Singapura untuk melakukan penambakan di sekitar Pulau Batu Puteh seperti yang diserlahkan dalam hujah bertulisnya ternyata tidak kesampaian kerana Middle Rocks kekal milik Malaysia. Penyerahan hanya Pulau Batu Puteh kepada Singapura ternyata mengekalkan status quo republik itu terhadap pulau berkenaan selain memelihara segala perjanjian berhubung urusan persempadanan antara Malaysia dan Indonesia. Akhir sekali, keputusan ICJ mesti dilihat dari sudut yang amat luas dan tidak mengehadkan kepada kehilangan Pulau Batu Puteh semata-mata. Keputusan majoriti 15-1 bagi Middle Rocks amat jelas menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai kedaulatan ke atas bentuk maritim, selain ICJ sendiri mengesahkan hak milik asal Pulau Batu Puteh adalah di bawah Kesultanan Johor. Namun atas kecuaian negara Malaysia dalam mengambil cakna apa yang dilakukan oleh British yang kemudiannya diikuti Singapura ke atas pulau tersebut hanya menyebabkan Malaysia mampu berputih mata atas kehilangannya. Justeru, amat penting masyarakat Asia berusaha mengekalkan keamanan dan meminimakan konflik kerana Asia menyumbang kepada 60 peratus kepada keamanan dunia berdasarkan kedudukan populasi semasa. Penting juga untuk penduduk Asia turut bersama-sama masyarakat dunia untuk menunjukkan komitmen dan iltizam yang tinggi untuk mendokong prinsip keamanan sejagat. Sekali lagi ditegaskan bahawa Asia merupakan kunci kepada keamanan dunia. Namun yang sedang dan bakal dirintis merupakan jalan yang berliku dan mencabar.

Namun

ianya

tidak

mustahil

jika

komitmen

keamanan

dunia

diterjemahkan dan diterapkan secara beransur dalam sistem pendidikan kepada

generasi muda agar nilai-nilai keunggulan keamanan, kestabilan dan keharmonian dapat dihayati dan dipertahankan oleh generasi muda Asia. Mungkin Pendidikan Keamanan atau Peace Education ini adalah jawapan terbaik untuk melihat kemajuan Asia

50 tahun akan dating di samping

konflik di benua Asia akan dapat

diminimakan serendah mungkin.Akhirnya, maka wujudlah dunia aman sejahtera yang diidamkan semua insan.

REFLE KSI Pertama sekali, ingin saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt yang dengan izinNya saya dan rakan-rakan berjaya menyiapkan tugasan ini dalam masa yang telah ditetapkan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih ini ditujukan kepada pensyarah Cabaran dan Isu Semasa Dunia,Dr Abdullah bin Derahman yang telah banyak memberikan tunjuk ajar, bimbingan dan penerangan yang jelas serta terperinci tanpa rasa jemu sepanjang kami melaksanakan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah lain yang turut terlibat serta rakan-rakan seperjuangan sekalian diucapkan ribuan terima kasih. Kami telah menerima tugasan ini pada bula yang lalu. Sejujurnya, sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman baru. Sebagai contoh, dalam proses mendapatkan maklumat, saya telah menggunakan pelbagai sumber dan kemudahan yang ada dengan sebaik mungkin seperti mengakses Internet, merujuk buku-buku yang terdapat di perpustakaan yang berkaitan serta sentiasa mendapatkan bantuan dan mengadakan perbincangan bersama pensyarah dan rakan-rakan. Daripada situ, saya mengumpul maklumat-maklumat berkaitan yang dapat digunakan untuk menyiapkan tugasan ini. Hasilnya, saya dapat memahami dan mendapat gambaran yang jelas mengenai tajuk ini. Secara keseluruhannya, saya cukup gembira dan teruja kerana dapat melaksanakan tugasan ini. Hal ini demikian kerana sebelum ini saya hanya mengetahui serba sedikit konflik dunia semasa serta implikasinya terhadap rakyat dan pihak yang terlibat. Saya hanya mengetahui secara ringkas kerana telah mempelajarinya ketika di sekolah dahulu seperti adanya pengucapan awam berbentuk pidato, syarahan, ceramah,forum dan sebagainya. Namun di sini, dalam tugasan

kali

ini,

saya

ditugaskan

untuk

menganalisis,mengenalpasti

dan

menghasilkan satu penulisan mengenai isu-isu konflik dunia semasa serta implikasinya terhadap ekonomi,politik dan social negara yang terlibat. Melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari dengan lebih mendalam dan menganalisis secara kritis dan rasional serta konseptual berhubung perkembangan dasar negara,pendekatan dan perlaksanaannya.Selain itu,saya dapat mengetahui

isu-isu konflik dunia semasa serta implikasinya terhadap kemajuan sesebuah negara.Bagi merumuskan idea tentang isu-isu konflik dunia semasa dan langkah penyelesaiannya,saya telah ditugaskan untuk menggunakan carta,jadual,kerangka masa atau kerangka konsep dalam menunjukkan perkembangan isu-isu konflik dunia mengikut kronologi masa.Berdasarkan tugasan tersebut,saya telah mengambil keputusan untuk merumuskan idea saya dalam bentuk jadual mengikut kronologi masa untuk memudahkan pembacaan dan kefahaman terhadap isu-isu konflik dunia semasa dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara dalam menangani isu-isu yang dialami. Ternyata, nota dalam bentuk jadual lebih mudah difahami dan jelas. Sebelum saya dapat melakukannya, saya perlu membaca dan memahami dengan sebaik mungkin maklumat yang saya peroleh agar tidak terpesong dan mengelirukan. Justeru,saya juga berpeluang untuk mengukuhkan kefahaman saya dalam pelajaran ini sewaktu melaksanakan tugasan ini. Saya sentiasa melatih diri untuk berkolaborasi serta bertanyakan pensyarah dan rakan-rakan sekiranya menghadapi sebarang kemusykilan dan permasalahan. Saya tidak suka untuk membiarkan sesuatu perkara yang saya tidak pasti tanpa bertanya kepada yang lebih arif. Sikap sebegini telah saya praktikkan sejak di zaman persekolahan lagi. Saya dan rakan-rakan juga sentiasa melakukan perbincangan bersama-sama dan kami berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain. Secara tidak langsung, semangat kerjasama antara ahli kumpulan dapat dipupuk. Sekiranya kami menghadapi masalah, kami akan duduk berbincang dan mencari jalan penyelesaiannya. Kami juga sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur dan menerima pendapat rakan-rakan dalam kumpulan. Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa setiap rakyat Malaysia patut mempelajari subjek cabaran dan isu semasa dunia kerana terdapat banyak pengajaran

yang

kita

boleh

dapat

daripada

konflik

dunia

seperti

konflik

persempadanan dan tuntutan bertindih di Asia seperti Pulau Batu Putih,Pulau Ligitan dan Sipadan serta Pulau Layang-Layang.Melalui kajian saya,saya mendapati banyak pengajaran yang boleh saya dapat seperti pemimpin negara perlu bijak merancang strategi untuk mempertahankan hak negara masing-masing walaupun perlu melalui pelbagai

penderitaan

dan

kesusahan..Saya

amat

berharap

agar

dengan

pengetahuan yang saya perolehi ini sedikit sebanyak dapat saya manfaatkan kepada anak didik saya kelak,InsyaAllah. Kesimpulannya, saya dan rakan-rakan berpuas hati dengan hasil kerja yang telah kami siapkan sebaik mungkin. Sekali lagi, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung dalam memberikan bantuan kepada kami. Tanpa bantuan kalian semua, pasti agak sukar bagi kami untuk melaksanakan tugasan ini. Semoga Tuhan membalas jasa baik kalian. Wassalam.

RUJUKAN

Berbagi dan Menginspirasi. (2002, Mei 9). Berbagi dan Menginspirasi. (R. Kunyil, Ed.) Retrieved Ogos 27, 2013, from Berbagi dan Menginspirasi: http://rochmarohmakunyil.blogspot.com/2012/05/putusan-mahkamah-internasionalmengenai.html Berbagi Pelajaran. (2013, April 7). Berbagi Pelajaran. (Ikawulan, Ed.) Retrieved Ogos 19, 2013, from Berbagi Pelajaran: http://ikawulan30.wordpress.com/2013/04/07/sengketa-sipadan-dan-ligitan/ detikNews. (2008). Sengketa Pulau Batu Puteh Dimenangi Singapura, Badawi Sedih. Tokyo: detiknews. Dinding Kreatif. (2002, April 22). Dinding Kreatif. (M. E. Prahastis, Ed.) Retrieved Ogos 19, 2013, from Dinding Kreatif: http://dindingkreatif.wordpress.com/2012/04/22/sengketa-pulau-batu-putehsingapura-vs-malaysia/ Ho, J. H., & Bateman, S. (2012). Maritime Challenges and Priorites In Asia. USA and CANADA: Routledge. Hussin, Sufean; Shahril; Razak, Ahmad Zabibi Abdul; Som, Habib Md.; Ranee, Alina. (2005). Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan (1 ed.). Bentong: Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Jayakumar, S., & Koh, T. (2009). Pedra Branca The Road to the World Court. Arts Link Singapore: National University of Singapore. Kosmo. (2013). Kedaulatan Pulau Layang-layang. Kota Kinabalu: Kosmo. Mustafa Abu Bakar. (2006). Menata Pulau-pulau Kecil Perbatasan (1 ed.). (Suhana, Ed.) Jakarta: Penerbit Buku Kompas.

Schanzer, J. (2008). Fatah vs. Hamas . New York: PALGRAVE MACMILLIAN. Sediaberkorban79. (2013, May 16). Sedia Berkorban. Retrieved Ogos 17, 2013, from Sedia Berkorban: http://sediaberkorban.wordpress.com/2013/05/16/stesenlima-tldm-pulau-layang-layang/ Sepenggal Sejarah. (2013, Mac 16). Sepenggal Sejarah. Retrieved Ogos 22, 2013, from Sepenggal Sejarah: https://www.facebook.com/permalink.php?id=213519898735715&story_fbid=4 38745956213107 Utusan Online. (2013). Kepentingan Pulau Layang-Layang. Kuala Lumpur: Utusan Malaysia. Utusan Online. (2001). Pulau Sipadan, Ligitan: Malaysia tentang campur tangan Filipina. Kuala Lumpur: Utusan Online. Wikipedia Project. (2013, April 7). Batu Puteh. Retrieved Ogos 20, 2013, from Wikipedia Ensiklopedia Bebas: http://ms.wikipedia.org/wiki/Batu_Puteh

Related Documents

Selesai
June 2020 26
Selesai Sudah.docx
December 2019 43
Selesai Lkpiik
October 2019 42

More Documents from "Hany Ajh"

Tugasan 1.docx
May 2020 19
Definisi Gkb.docx
December 2019 35
Maksud Multimedia
December 2019 27
Mdp.pptx
December 2019 26
Mdp.docx
December 2019 19
Selesai Sudah.docx
December 2019 43