Definisi Gkb.docx

  • Uploaded by: Husna Mawardah Halim
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Definisi Gkb.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 300
  • Pages: 2
2.0 DEFINISI KEMAHIRAN BELAJAR Apakah yang diertikan sebagai kemahiran belajar ? Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup yang mana seseorang itu mengalami proses pembelajaran sejak kecil lagi. Kemahiran membawa makna sebagai kecekapan dan kepandaian seseorang dalam melakukan sesuatu kerja (Kamus Dewan ,1994). Manakala belajar bermaksud usaha untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui perubahan tingkah laku. Di samping itu, kemahiran belajar merujuk kepada kemahiran menyediakan diri bagi menerima ilmu ketika belajar. Kemahiran ini sangat penting bagi memastikan apa yang diajar oleh guru dapat diterima dan difahami oleh pelajar. Kemahiran belajar merupakan aspek yang paling utama kepada setiap pelajar kerana ianya melibatkan proses menerima maklumat. Daripada maklumat-maklumat inilah dapat melahirkan individu yang berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi . Kemahiran ini perlu diterapkan kepada semua pelajar agar mereka lebih peka dan tahu tentang kaedah - kaedah pembelajaran yang lebih efektif seterusnya dapat memastikan kesemua maklumat – maklumat yang diterima boleh digunakan untuk mencapai keputusan yang terbaik dalam setiap peperiksaan yang ditempuhi. Selain itu juga, pelajar dapat memanfaatkan segala ilmu yang diperolehi di samping dapat dijadikan sebagai pedoman hidup seharian. Oleh yang sedemikian,para guru memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan pelajar dapat menerima ilmu dan kemahiran secara holistik dan komprehensif. Sehubungan dengan itu , guru-guru perlu menyiapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang dapat menarik perhatian dan minat pelajar untuk belajar dan dapat menghasilkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis. Antara pendekatan pembelajaran yang sesuai digunakan kepada para pelajar ialah pembelajaran masteri,pembelajaran kadar kendiri , pembelajaran berasaskan otak dan projek serta pembelajaran secara berfikrah dan menggunakan teknologi.

3.0 JENIS- JENIS KEMAHIRAN Bagi seorang guru pelatih di IPG, kemahiran belajar di Rajah 1 perlu ada pada setiap pelajar kerana dengan kemahiran tersebut, setiap pelajar dapat menyesuaikan diri untuk belajar di IPG.

Mendengar

Mencatat nota

Mengurus masa KEMAHIRAN BELAJAR

Penggunaan teknologi maklumat

Berfikir

RAJAH 1

Related Documents

Definisi
May 2020 53
Definisi
June 2020 45
Definisi
April 2020 55
Definisi Belajar
October 2019 31
Definisi Pendapatan
December 2019 20
Definisi Makalah
August 2019 37

More Documents from "Abdul Malik"

Tugasan 1.docx
May 2020 19
Definisi Gkb.docx
December 2019 35
Maksud Multimedia
December 2019 27
Mdp.pptx
December 2019 26
Mdp.docx
December 2019 19
Selesai Sudah.docx
December 2019 43