IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TERMASUK MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS
PERBEZAAN GAYA BERFIKIR Perbezaan gaya berfikir merujuk kepada gaya kognitif dan gaya murid belajar. Kedua-dua gaya terhasil daripada perbezaan individu. Kedua-dua gaya ditunjukkan oleh murid dalam kelas seperti ada yang lebih selesa belajar menggunakan kemudahan audio dan ada pula yang selesa dengan menggunakan alat visual. Murid-murid yang cepat bertindak akan cepat menyiapkan kerja-kerja rumah. Bagi murid-murid yang tidak berminat dengan kerja rumah akan menghantar lewat tugasannya kepada guru.
KEBOLEHAN FIZIKAL • kanak-kanak mempunyai kebolehan yang berbeza untuk melaksanakan kegiatan-kegiatan yang melibatkan psikomotor. • Kanak-kanak di peringkat sekolah rendah harus menguasai asas iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira. • Kemahiran-kemahiran asas seperti menulis sangat bergantung kepada sejauh mana otot kecil mata, jari dan tangan bekerjasama dengan kekuatan pemikiran individu. • Oleh itu, pelajar yang mempunyai koordinasi yang baik diantara otot-otot mata dengan otot-otot yang terdapat di bahagian lengan biasanya dapat menulis dengan cepat dan cantik sekiranya dibandingkan dengan yang menghadapi masalah dalam penyelarasan otot-otot tersebut.
PERBEZAAN SOSIAL • Murid-murid bersifat ekstrovert aktif mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. • mereka membentuk konsep yang lebih jelas dan dapat menunjukkan pencapaian persekolahan yang lebih baik. • murid-murid bersifat introvert, iaitu yang gemar berseorangan biasanya akan menarik diri daripada penyertaan dalam pengajaran dan pembelajaran. • mereka akan berasa malu dan takut untuk mengemukakan soalan-soalan sekiranya menghadapi pelbagai kesulitan atau keraguan. Hal ini seterusnya akan menyebabkan murid tersebut ketinggalan dalam kemajuan persekolahan.
PERBEZAAN EMOSI
• Murid-murid yang berasal daripada keluarga yang bahagia serta mendapat asuhan ibu bapa yang sempurna akan mengalami kestabilan emosi. • Murid-murid seperti ini tentu dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru di dalam kelas. • murid yang berasal daripada keluarga yang retak atau ibu bapa yang terlalu sibuk sentiasa mengalami masalah emosi kerana kekurangan kasih sayang dan perhatian. • Menjejaskan prestasi pembelajaran.
LATAR BELAKANG • Keadaan latar belakang kehidupan sesebuah keluarga ada hubungkait dengan kemajuan anak-anaknya. • Murid yang memiliki pencapaian akademik yang cemerlang mempunyai latar belakang keluarga yang sempurna. Keluarga berkenaan menyediakan berbagai-bagai kemudahan pembelajaran seperti menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas tambahan, kemudahan komputer dan buku-buku rujukan yang lengkap. • Sebaliknya, murid-murid yang berasal dari kawasan luar bandar biasanya lebih rendah pencapaian mereka dalam sesuatu peperiksaan terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. • Hal ini kerana mereka kurang didedahkan dengan faktor-faktor persekitaran yang boleh mendorong mereka untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Sikap keluarga dan pengaruh sosiobudaya masyarakat di luar bandar secara tidak langsung mempengaruhi suasana pembelajaran di kalangan murid-murid.
PENENTUAN HASIL PEMBELAJARAN Hasil pembelajaran hendaklah berasaskan keupayaan dan kemampuan murid. Dalam kelas terdapat murid yang cerdas, sederhana, dan murid yang tidak berminat terhadap sesi pengajaran. Guru perlu tentukan hasil pembelajaran sesuai dgn muridnya.
KEPELBAGAIAN BAHAN DAN PERALATAN MENGAJAR Guru boleh mendorong pembelajaran aktif dengan gunakan audio visual menarik. contohnya lakonan, peralatan ICT, wujudkan pusat pembelajaran di satu sudut.
KEPELBAGAIAN STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Perbezaan murid menentukan kesediaan mereka menghadapi pembelajaran. Terdapat murid yang terlalu teruja untuk belajar dan ada murid yang kurang berminat. guru menggunakan aktiviti bermain untuk menarik minat murid yang tidak bersemangat. Aktiviti analisis atau penyelesaian masalah utk pelajar pintar.
PENYAMPAIAN GURU Guru sebagai penghibur yang berbakat. dalam bahasa dan sastera, guru turut bercerita, syair dan pantun. Dalam sains, guru sbg saintis. Murid-murid akan dapat manfaat walaupun wujud perbezaan antara murid jika guru mampu mempelbagaikan penyampaiannya.
MURID PENDIDIKAN KHAS KATEGORI
IMPLIKASI
Masalah Pendengaran
- Menempatkan murid ini di hadapan bilik darjah agar dapat melihat pergerakan bibir guru. - Gunakan bahasa isyarat dan badan. Arahan diberikan bersama ilustrasi grafik.
Masalah Penglihatan
- Banyakkan aktiviti hands-on. - Gunakan BBM jenis audio-visual. Saiz huruf harus cukup besar dan disertakan bahan audio.
Masalah Pertuturan
- Mempelbagaikan bahan visual seperti peta minda dan persembahan pelbagai warna, bentuk dan corak. - Arahan jelas dan ringkas, berulangulang.
Masalah Kecacatan Fizikal
- Guru tahu prosedur mengurus murid bermasalah kecacatan spt cara bantu murid ketika diserang sawan.
Masalah Pembelajaran
- Mengadakan aktiviti pemulihan. - Mengajar dgn kadar yang sesuai dgn kadar pembelajaran murid. - Masukkan dalam Program Integrasi dan Program Inklusif.
Masalah Tingkahlaku
- Mengasingkan murid agar tidak mengganggu proses PNP. - Memberi peneguhan positif apabila berkelakuan baik.
Pintar-cerdas
- Guru memberi aktiviti pengayaan spt lembaran kerja yang mencabar.