Mdp.docx

  • Uploaded by: Husna Mawardah Halim
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Mdp.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 850
  • Pages: 4
a) kecerdasan analitik (componential intelligence), i. Menurut Sternberg, aspek kemahiran memproses maklumat (componential) menyatakan bahawa proses kognitif bertanggungjawab terhadap tingkah laku kecerdasan. ii. Kecerdasan analitik digunakan untuk mengenali dan memecahkan masalah, merumuskan strategi, menyusun dan menyampaikan maklumat. iii. Kecerdasan analitik melibatkan tindakan menganalisis, membanding serta menilai. Sebagai contohnya, pelajar membuat latihan Matematik. Di dalam proses menyelesaikan masalah Matematik, pelajar akan menganalisis maklumat yang diberikan. Kemudian membuat gerak kerja penyelesaian mengikut formula tertentu. b) kecerdasan pengalaman (experiential intelligence) i. Kecerdasan ini bolehlah dijelaskan ertinya dengan kreativiti. ii. Kecerdasan ini bolehnya dilihat sebagai kebolehan untuk mengatasi situasi baru lantas mempelajari dari situasi tersebut. Dalam erti kata yang lain, individu yang berpengalaman akan lebih cekap dalam memproses maklumat dalam situasi baru. c) kecerdasan praktikal (contextual intelligence). i. sesetengah orang boleh mengadaptasi diri mereka di dalam apa sahaja situasi yang dituntut dalam lingkungan mereka. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini pandai membawa diri untuk berjaya di dalam hidup. Malahan mereka juga dapat bertahan dalam hidup kerana berjaya untuk mengatasi perubahan. ii. Sternberg mengakui bahawa seseorang individu tidak semestinya mempunyai satu sahaja kecerdasan yang disebutkannya. Ada individu yang mempunyai integrasi ketiga-tiga cabang kecerdasan ini dengan menunjukkan tahap kecerdasan yang tinggi.

TEORI KECERDASAN EMOSIONAL ( EMOTIONAL INTELLIGENCE ) Khair hidayati binti mohd khair, fadilah binti abdul majid, khairunnisak bt yahya & munirah bt senik Daniel Goleman melalui bukunya yang terkenal Emotional Interllegence atau dikenali sebagai Kecerdasan Emotional.daripada spekrum – spekrum kecerdasan yang dikemukakan oleh Gardner,Golemon cuba memberi tumpuan pada aspek kecerdasan interpersonal. Intipati dari kecerdasan ini merangkumi kemampuan untuk membezakan dan menganggap dengan tepat perasaan, motivasi dan hasrat. Dengan ini, Goleman ( 1995 ) mengatakan koordinasi perasaan adalah intipati daripada hubungan social yang baik.Apabila

seseorang pandai menyesuaikan diri dengan perasaan individu yang lain atau dapat berempati ,individu tersebut akan memiliki tingkat emosionaliti yang baik dan akan lebih mudah menyesuaikan diri dalam pergaulan sosial serta persekitaran hidupnya. Goleman turut menyatakan bahawa kecerdasan emosi adalah keupayaan lebih yang dimiliki individu dalam memotivasikan diri dan ketahanan dalam menghadapi kegagalan menguruskan emosi dan mengatur keadaan keseronokkan atau ketengangan jiwa. Dengan kecerdasan emotional tersebut seseorang individu dapat menempatkan emosinya pada posisi yang tepat,memilih kepuasan dan mengatur perasaan dan emosi. Menurut Goleman (1997) dalam bukunya ada menyatakan bahawa terdapat beberapa jenis emosi yang biasa dimiliki oleh seseorang seperti marah (anger), sedih (sadness), takut (fear), gembira (happy), sayang (love), hairan (surprise), benci (disgust / hate), dan malu (shame). Kecerdasan emosi adalah kemampuan merasakan , memahami secara selektif menerapkan daya dan kepekaan emosi sebagai sumber tenaga dan pengaruh manusia.kecerdasan emosi menuntut perasaan untuk belajar mengakui,menghargai perasaan pada diri dan orang lainserta menganggapnya dengan tepat, menerapkan secara efektif tenaga emosi dalam kehidupan sehari – hari. Intipati kecerdasan emosi merupakan kompenan yang membuat seseorang individu menjadi pintar menggunakan emosi.Dengan kata lain, emosi manusia berada pada perasaan lubuk hati , naluri yang tersembunyi dan sensasi emosi dimana apabila diakui dan dihormati,kecerdasan emosi menyediakan pemahaman yang mendalam tentang diri sendiri dan orang lain. Daripada beberapa pendapat yang dinyatakan dapatlah disimpulkan kecerdasan emosi menuntut diri untuk belajar mengakui dan menghargai diri sendiri dan orang lain untuk menganggapnya dengan tepat, menerapkan dengan efektif dalam kehidupan dan pekerjaan sehari – hari. Tiga unsur penting kecerdasan emosional terdiri daripada kecekapan peribadi untuk mengurus diri sendiri, kecekapan sosial iaitu bagaimana menangani suatu hubungan dan keterampilan sosial iaitu kepandaian untuk mengubah tanggapan yang dikehendaki pada

orang lain. Kecerdasan emosi (EQ )iaitu kebolehan untuk mengawas (monitar ) diri sendiri dan orang lain dari segi perasaan dan emosi, dapat membezakan antara kedua – duanya dan boleh menggunakan maklumat itu untuk memandu pemikiran dan tindakannya. Kecerdasan emosi tidaklah berdasarkan bagaimana pintarnya individu, tetapi lebih menekankan ciri sahsiah yang dimilikinya. Banyak kajian menunjukkan kemahiran dan emosi lebih penting daripada kebolehan intelektual semata-mata ataupun kecerdasan EQ yang tinggi lebih penting dalam menentukan kejayaan hidup daripada kecerdasan IQ yang tinggi. EQ bukan merupakan lawan IQ .Namun kedua – dua berinteraksi secara dinamik.Hakikatnya,perlu diakui bahawa EQ memiliki peranan yang sangat penting untuk mencapai kejayaan di sekolah,tempat kerja dan berkomunikasi dalam persekitaran masyarakat. Goleman ( 1995 ) menggungkap lima bahagian EQ yang dapat menjadi pedoman bagi individu untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan sehari – hari, iaitu: a) Kemampuan mengenali emosi diri b) Kemampuan mengurus emosi diri c) Kemampuan memotivasikan diri d) Kemampuan mengenali emosi orang lain e) Kemampuan membina hubungan

LAPORAN PBS SELAMA LIMA HARI DI SEKOLAH Perbezaan Individu dan Implikasi Terhadap PNP serta kepada Guru atau Murid: i.Perbezaan individu dari aspek kognitif, fizikal, emosi, introvert atau ekstrovert. Kognitif iaitu ada pelajar yang berminat dan ada yang kurang berminat terhadap PnP yang diajar. Ini kerana guru yang tidak menyediakan Bahan Bantu Mengajar dalam pengajarannya. Murid tidak tertarik terhadap perkara yang ingin diajar seperti dalam subjek Sejarah yang mana guru hanya menggunakan kaedah Chalk and Talk dan hal ini akan membuatkan pelajar bosan kerana terpaksa mendengar semata-mata apa yang diajar oleh guru. Oleh itu, pelajar mulai hilang fokus dalam kelas malah ada yang cuba menggangu pelajar lain. Hal ini menyebabkan proses PnP akan terganggu. Murid lelaki lebih cenderung untuk belajar tentang kemahiraan yang melibatkan teknikal manakala perempuan lebih cenderung kepada masakan dan jahitan. Dan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam kelas seperti Reka Bentuk Teknologi.

More Documents from "Husna Mawardah Halim"

Tugasan 1.docx
May 2020 19
Definisi Gkb.docx
December 2019 35
Maksud Multimedia
December 2019 27
Mdp.pptx
December 2019 26
Mdp.docx
December 2019 19
Selesai Sudah.docx
December 2019 43