Tugasan 1

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,608
  • Pages: 9
KELAB BOLA SEPAK (TUGASAN 1)

Disediakan oleh; Nama: Alex Baru Pengiran No. Kad Pengenalan: 840211-13-5821 Pengkhususan: KPLI-Sains SENARAI ISI KANDUNGAN MUKASURAT

10

Sejarah Bolasepak

3

1.1

Pengenalan

3

1.2

Luar Negara

3

1.3

Dalam Negara

4

20

Peralatan

6

30

Ukuran padang

6

40

Bagaimana bolasepak dimainkan

9

50

Rujukan

10

60

Lampiran

11

1.0

SEJARAH BOLASEPAK

PENGENALAN

Bolasepak (association football atau soccer) ialah sukan sepasukan yang paling popular di dunia. Permainan yang dahulunya di dominasi oleh kaum lelaki kini di mainkan juga oleh kaum wanita. Permainan bolasepak pada masa kini dimainkan di seluruh dunia dalam bentuk liga ataupun pusingan kalah mati. Selain itu, pembelian pemain yang melibatkan wang perpindahan jutaan ringgit juga telah merancakkan lagi permainan ini. Kelab bolasepak seperti Real Madrid, Manchester United, Liverpool dan lain – lain lagi adalah tidak asing bagi peminat bolasepak di seluruh dunia. Badan pentadbiran dunia bolasepak ialah FIFA, atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (B. Inggeris: International Federation of Association Football, B. Perancis: Fédération Internationale de Football Association). Permainan ini dikenali sebagai soccer di Amerika Syarikat untuk membezakannya dengan kod-kod "football" lain.

LUAR NEGARA Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 S.M. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah. Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari ini. Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti. Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di

stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya. Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu samada peminat, komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Oleh kerana itu ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.

DALAM NEGARA Bolasepak dikatakan sukan pertama yang dibawa dari negara luar ke Malaya ketika kependudukan British pada sekitar 1825.Beberapa kelab kemudian ditubuhkan di kawasan yang mempunyai ramai rakyat British seperti di Selangor,Kuala Lumpur,Perak,Johor dan Negeri Sembilan. Bagaimanapun pada 1926, asas penubuhan Persatuan Bolasepak Malaya(FAM) dilakukan sebelum ia menjadi rasmi sebagai badan induk pada 1933. Pada 1956,FAM menjadi ahli gabungan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa atau FIFA,selain menganggotai Persekutuan Bolasepak Asia(AFC). Nama Persatuan Bolasepak Malaya kemudian ditukar kepada Persatuan Bolasepak Malaysia pada 1960. Berikut adalah sejarah perkembangan FAM yang bertanggungjawab dalam pembangunan bola sepak dalam Negara kita, Malaysia.

FAM-PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA Ditubuhkan: 1933 Bergabung dengan FIFA: 1956 Bergabung dengan AFC: 1958 Bergabung dengan AFF(Asean): 1984 Warna Jersi: Kuning dan Hitam Sejarah Liga: Pada 1989 Liga Semi-Pro perkenalkan sebelum menjadi profesional 1993. 1982-1989: Liga satu pusingan: 1989-1993: Liga Dua Division: Division 1 & Division 2 1994-1997: Liga Satu Division(Liga Perdana) 1989-2003: Liga Dua Division:Division 1(Liga Perdana 1)&Division 2(Liga Perdana 2) 2004-sekarang: Liga Tiga Divison:Division 1(Liga Super),Division 2(Liga Perdana),Division 3(Kelab FAM/Piala FAM) Sejarah Piala: 1921: Piala Malaya(Malaya Cup) diperkenalkan 1933: Piala Malaya ditukar nama kepada Piala HMS(HMS Cup) 1967: Piala HMS(HMS Cup) ditukar nama kepada Piala Malaysia 1982 Piala Liga diperkenalkan 1985: Piala Sumbangsih diperkenalkan 1990: Piala FA diperkenalkan

2.0

PERALATAN

Seseorang pemain tidak dibenarkan menggunakan atau memakai sebarang peralatan berbahaya kepada diri sendiri atau pemain-pemain lain (termasuk barang kemas). Peralatan asas yang diwajibkan untuk seseorang pemain adalah : 1. Jersi atau baju 2. Seluar pendek – jika seluar pendek thermal digunakan, warnanya hendaklah menyerupai warna utama seluar pendeknya. 3. Stoking - Dilitupi keseluruhannya oleh stoking 4. Shinguard - Dibuat daripada bahan yang sesuai (getah, plastic, atau bahan yang sesuai) 5. Alas kaki - Memberikan perlindungan pada darjah yang munasabah

Penjaga Gol Setiap penjaga gol hendaklah memakai warna jersi yang membezakan dirinya dari pemainpemain lain, pengadil dan penolong pengadil, serta sepasang sarung tangan.

3.0

UKURAN PADANG

Padang hendaklah berbentuk segi empat tepat. Garisan tepi hendaklah lebih panjang dari garisan gol. Panjang :

Minimum : 90 m( 100 ela) Maksimum : 120 m ( 130 ela)

Lebar :

Minimum : 45 m( 50 ela) Maksimum : 90 m ( 100 ela)

Perlawanan Antarabangsa Panjang :

Minimum : 100 m(110 ela) Maksimum : 110 m ( 120 ela)

Lebar :

Minimum : 64 m( 70 ela)

Maksimum : 75 m( 80 ela) Tanda-tanda Padang permainan hendaklah ditandakan oleh garisan. Garisan ini adalah sebahagian dari kawasan yang diliputinya sebagai sempadan. Dua garisan sempadan yang lebih panjang adalah garisan tepi. Dua garisan yang pendek adalah garisan gol. Semua garisan tidak melebihi 12 sentimeter ( 5 inci) lebarnya. Padang permainan dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah. Pusat padang hendaklah ditandakan di pertengahan garisan tengah. Satu bulatan berjejari 9.15 meter (10 ela) ditandakan mengelilinginya. Kawasan Gol Satu kawasan gol penalti dikenal pasti pada kedua-dua penghujung padang seperti berikut : Dua garisan hendaklah ditanda bersudut tepat dengan garisan gol, 16.5 meter (18 ela) dari bahagian dalam tiang-tiang gol. Garisan-garisan ini hendaklah dipanjangkan 16.5 meter (18 ela) ke dalam padang permainan dan disambungkan dengan satu garisan yang selari dengan garisan gol. Kawasan yang disempadankan oleh garisan-garisan ini dan garisan gol ialah kawasan penalti. Di dalam setiap kawasan penalti satu tanda penalti dibuat 11 meter (12 ela) dari pertengahan garisan gol di antara tiang-tiang gol dan sama jarak darinya. Suatu garisan lengkuk berjejari 9.15 meter (10 ela) ditandakan dari setiap penalti di luar kawasan penalti Tiang bendera Satu tiang bendera, tidak kurang dari 1.5 meter ( 5 kaki) tingginya, bahagian atasnya tidak ditajamkan dan suatu bendera diletakkan pada setiap penjuru. Tiang bendera boleh juga diletakkan di penghujung garisan tengah, tidak kurang daripada 1 meter (1 ela) di luar garisan tepi. Lengkuk Penjuru Suatu suku bulatan dengan jejari 1 meter(1 ela) dari setiap tiang bendera penjuru ditandakan di dalam padang permainan.

Tiang dan Palang Gol Tiang-tiang gol hendaklah di pertengahan setiap garisan gol. Ia mengandungi dua tiang tegak yang sama jaraknya dari tiang bendera penjuru dan disambungkan di bahagian atasnya oleh suatu oleh palang melintang di mana jarak di antara kedua-dua tiang gol ialah 7.32 meter ( 8ela) dan jarak dari bahagian bawah palang gol ke tanah ialah 2.44 meter ( 8 kaki). Kedua-dua tiang gol dan palang gol mempunyai lebar dan tebal yang sama iaitu tidak melebihi 12sm (5 inci). Garisan gol hendaklah sama lebarnya dengan tiang dan palang gol. Jaring boleh dipasang kepada gol dan bahagian tanah di belakang gol, dengan syarat ia disokong dengan betul dan tidak mengganggu penjaga gol. Tiang dan palang gol hendaklah berwarna putih. Keselamatan Kedua-dua gol hendaklah dipacakkan dengan kukuh ke tanah. Tiang-tiang gol jenis boleh ubah boleh digunakan jika ia memenuhi keperluan ini. Keputusan-keputusan Yang Ditetapkan FIFA Jika palang gol terjatuh atau patah, permainan hendaklah diberhentikan sehingga ia diperbaiki atau diletakkan semula. Jika usaha membaikinya tidak dapat dilaksanakan, perlawanan hendaklah ditangguhkan. Kegunaan tali sebagai ganti palang gol adalah tidak di benarkan. Tiang dan palang gol mestilah di perbuat daripada kayu, logam atau sebarang bahan yang di luluskan. Ia berbentuk empat segi sama, segi empat tepat, bulat atau bulat bujur dan tidak berbahaya kepada pemain. Sebarang bentuk pengiklanan, sama ada jelas atau samar-samar yang ada kaitan tidak dibenarkan di atas padang permainan dan peralatan padang (termasuk jaring gol dan kawasan yang diliputinya) dari masa kedua-dua pasukan masuk ke dalam padang sehingga tamat perlawanan. Penghasilan semula logo atau lambang FIFA, persekutuan, persatuan kebangsaan, liga kelab atau badan-badan lain, sama ada secara jelas atau samar-samar tidak dibenarkan di atas padang permainan, peralatan padang (termasuk jaring gol dan kawasan meliputinya) semasa masa permainan.

4.0

BAGAIMANA PERMAINAN BOLA SEPAK DIMAINKAN

Bola sepak adalah sejenis permainan yang dimainkan di antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol adalah hasil hantaran bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti. Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap sama (draw). Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa berlebihan, extra time) akan ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan. Kalau masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih memenangi perlawanan.

5.0

RUJUKAN

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan http://www.w3.org/TR/xhtml1/DTD/xhtml1-transitional.dtd

6.0

LAMPIRAN

Related Documents

Tugasan 1
October 2019 38
Tugasan 1
May 2020 19
Tugasan 1
May 2020 21
Tugasan 1
June 2020 19
Tugasan 1
May 2020 20
Tugasan 1
May 2020 17